Bersedialah Jadi Ibu Yang Penyabar Mendidik Anak Pahalanya Juga Sangat Besar


Andai kita mendapat apa yang diinginkan mesti kita akan suka dan gembira, bahkan menjaganya dengan baik. Begitulah juga anak, walaupun pelbagai ragam sebagai ibu hendaklah menerima hakikat bahawa ragam anak-anak kecil sememangnya begitu, lasak.
Menghadapi karenah dan gelagat anak-anak yang sedang membesar merupakan situasi yang memerlukan kesabaran dan komitmen yang tinggi. Anak-anak yang gemar bergaduh, berebutkan barangan mainan, menyelerakkan peralatan rumah memberikan ujian yang besar untuk ibu bapa mengendalikannya.
Terdapat beberapa tips bagi para ibu untuk berhadapan dengan anak-anak kecil yang pelbagai karenah ini:
#1 – Banyakkan Berdoa
Doa merupakan jalan terpenting dalam menangani apa jua keadaan. Tambahan lagi doa dari seorang ibu mudah dimakbulkan oleh Allah SWT.
Berdoalah agar anak-anak kita dilembutkan dan senang dikendalikan, selain itu seorang ibu juga harus berdoa agar diberi kesabaran dan ketenangan dalam mendidik dan membesarkan anak-anak.
#2 – Sentiasa Bersabar
Kesabaran sangat penting bagi seseorang ibu untuk mengatasi karenah anak-anak yang sedang membesar. Melalui kesabaran inilah ibu masih mampu mengendalikan anak-anak melalui pujukan dan nasihat.
Bahkan sabar juga sangat penting apabila seseorang ibu itu berada dalam keadaan beremosi yang memungkinkan dia memarahi anak-anaknya mahupun memukul mereka.
Rasulullah SAW telah memberi contoh yang baik melalui kelembutan, dakwah akan lebih mudah diterima. Jadi sabar itu sangat penting untuk menjadikan ibu bapa itu lembut dan terkawal emosinya.

#3 – Banyakkan Mengingati Tuhan
Banyakkanlah mengingati Allah, dengan mengingati Allah menjadikan kita seorang yang lebih tenang dan membentuk kesabaran dalam diri. Ini sangat membantu dalam memenangi anak-anak. Sentiasa menyebut 99 nama Allah juga menambahkan keberkatan dalam didikan.
Alunan ayat-ayat al-Quran memang sebaik-baiknya dibaca setiap hari oleh ibu bapa dalam proses membesarkan anak-anak. Seperti dengan membaca surah Yasin dapat melembutkan hati anak-anak. Selain itu, banyakkan istighfar dan mengingati Allah untuk menjauhkan gangguan syaitan.
#4 – Memberi Pujian
Ibu bapa seharusnya memberikan pujian kepada setiap kejayaan atau tindakan baik yang dilakukan oleh anak-anak. Ini sedikit sebanyak memberi semangat dan galakan kepada mereka untuk meneruskan perbuatan baik itu.
“Wah… rajinnya anak mama, tolong kemaskan barang mainan. Macam nilah Allah sayang.”
Setiap anak sangat sukakan belaian dan kasih sayang, dengan memberi pujian akan membuatkan anak-anak tahu bahawa ibunya sangat mengasihinya.
Anggaplah usia anak yang masih kecil berkelakuan nakal dan aktif ini hanya sementara. Layanilah karenah mereka tanpa rotan, dan amarah. Pujian kadang-kadang lebih berkesan daripada menghukum.
#5 – Ibu Yang Sihat
Setiap ibu mestilah dalam keadaan sihat, bertenaga dan terkawal emosinya. Oleh itu, seseorang ibu itu mestilah cukup tidur, cukup minum air, tidak menahan lapar serta terbawa-bawa akan permasalahan lain ketika mengasuh anak-anak.
Ini akan membuatkan seseorang ibu itu mudah tertekan dan melepaskan tekanan itu kepada anak-anaknya. Kadang-kadang inilah yang menjadi punca kepada kes penderaan.

#6 – Fahami Keadaan Anak-anak
Memahami keadaan anak juga sangat penting. Anak-anak mestilah dalam keadaan sihat, tidak lapar, tidak sakit bagi mengelakkan anak-anak tidak selesa dan menganggu ibu mereka. Contohnya jika anak membuang air besar, sudah pasti mereka merengek kerana tidak selesa.
Kadang anak-anak sering melakukan pelbagai karenah hanya kerana mereka ingin perhatian dan kasih sayang. Berilah tumpuan dan masa untuk mereka, seperti menemani mereka membuat kerja sekolah, membawa anak-anak beriadah bersama-sama dan sebagainya.
#7 – Bersyukur Dan Sentiasa Gembira
Selalunya jika kita mendapat apa yang diinginkan dan gembira mendapatnya mesti kita akan suka dan gembira, bahkan menjaganya dengan baik.
Begitulah juga anak, walaupun banyak ragam dan karenah sebagai ibu haruslah menerima hakikat bahawa ragam anak-anak kecil sememangnya begitu, lasak dan ada ragam yang tersendiri. Bayangkan hidup tanpa anak-anak, pasti akan rasa kosong dan sunyi.
Sememangnya bukan mudah untuk membesarkan dan mendidik anak-anak, terutamanya sewaktu kanak-kanak yang benar-benar menguji emosi dan fizikal ibu dan bapanya.
Terutamanya para ibu haruslah menanam kesabaran yang tinggi dari mula-mula berkahwin agar lebih bersedia untuk menjadi ibu yang penyabar.
Sesungguhnya besar pahala ibu bapa yang mendidik anak-anak ini, apatah lagi jika anak yang dididik itu berjaya di dunia dan akhirat.
Sumber: www.slviral.bbn.my
The post Bersedialah Jadi Ibu Yang Penyabar Mendidik Anak. Pahalanya Juga Sangat Besar! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/bersedialah-jadi-ibu-yang-penyabar-mendidik-anak-pahalanya-juga-sangat-besar/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Masih Bersuami Tetapi Jaga Anak Anak Seperti Seorang Ibu Tunggal

Masih Bersuami Tetapi Jaga Anak Anak Seperti Seorang Ibu Tunggal

papar berkaitan - pada 31/12/2019 - jumlah : 549 hits
Sebagai ibu bapa anda bertanggungjawab dalam menjaga makan pakai anak anak anda Sama ada ibu ataupun ayah kedua duanya mempunyai tanggungjawab masing masing dalam penjagaan harian anak anak Namun bukan semua ibu bapa yang memahaminya yang b...
Ibu Hantar Anak Ke Sekolah Tamil

Ibu Hantar Anak Ke Sekolah Tamil

papar berkaitan - pada 31/12/2019 - jumlah : 607 hits
Nurul Fadznie bersama anak sulungnya Siti Nur Husna ketika orientasi tahun satu di SJKT Karak pada Sabtu lalu BENTONG Bagi memenuhi hasrat ibu mentua yang mahu cucu cucunya menguasai pelbagai bahasa mendorong Nurul Fadznie Ashikin Hairul 27...
Saya Dah Penat Nak Uruskan Dia Ibu Bunuh Anak Perempuannya Yang Lumpuh Alami Masalah Gangguan Jiwa

Saya Dah Penat Nak Uruskan Dia Ibu Bunuh Anak Perempuannya Yang Lumpuh Alami Masalah Gangguan Jiwa

papar berkaitan - pada 1/1/2020 - jumlah : 447 hits
Kebanyakan ibu di luar sana tidak akan tergamak untuk menyakiti anaknya sendiri apatah lagi melihat badan anak tercalar pasti membuatkan si ibu berasa sedih Tetapi bagi si ibu ini pula lain Dia tergamak menamatkan riwayat darah dagingnya se...
Tak Perlu Sental Ibu Ini Tunjuk Cara Mudah Basuh Baju Sekolah Anak Putih Sampai Akhir Tahun

Tak Perlu Sental Ibu Ini Tunjuk Cara Mudah Basuh Baju Sekolah Anak Putih Sampai Akhir Tahun

papar berkaitan - pada 1/1/2020 - jumlah : 733 hits
Bagi mak mak tip ni kena kena simpan sangat berguna bila sesi persekolahan baru bermula tahun depan Maklumlah kan waktu tu baju anak masih putih baru Kalau tak memang tiga bulan baju baru dah jadi kedam Cara yang dikongsi Puan Leena Hassan ...
Berminggu Korek Tanah Jam 3 Pagi Ibu Tunai Hasrat Anak Bina Kolam Sendiri

Berminggu Korek Tanah Jam 3 Pagi Ibu Tunai Hasrat Anak Bina Kolam Sendiri

papar berkaitan - pada 2/1/2020 - jumlah : 434 hits
Setiap ibu pasti mahukan yang terbaik untuk anak anak Selagi ada kemampuan insan ini akan cuba sehabis mungkin merealisasikan impian seorang anak Mereka sanggup mencurahkan jerit perih dan usaha semata mata demi senyuman kegembiraan mereka ...
Hantar Anak Belajar Ke Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Kerana Mahu Memenuhi Impian Ibu Mentua Seriuslah

Hantar Anak Belajar Ke Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Kerana Mahu Memenuhi Impian Ibu Mentua Seriuslah

papar berkaitan - pada 31/12/2019 - jumlah : 535 hits
Gambar sumber dari Sinar HarianAda sesetengah lebih cenderung untuk menghantar anak mereka belajar disekolah kebangsaan biasa atau Sekolah Jenis Kebangsaan Cina berbanding Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Namun demi untuk memenuhi hasrat ibu ...
Merasa Dibuang Sekolah Hingga Ibu Dihina Anak Sopir Ini Buktikan Tembus Itb Hingga Lulus Ipk 3 98

Merasa Dibuang Sekolah Hingga Ibu Dihina Anak Sopir Ini Buktikan Tembus Itb Hingga Lulus Ipk 3 98

papar berkaitan - pada 31/12/2019 - jumlah : 283 hits
Jantung Muhammad Reza Nurrahman berdetak cukup kencang saat namanya dipanggil Dengan langkah meyakinkan ia berjalan menuju mimbar untuk menyampaikan pidato perwakilan wisudawan prodi sarjana pada Sidang Terbuka Wisuda Pertama ITB Tahun Akad...
Bu Bu Bu Netizen Sebak Tengok Keletah Anak Kecil Ini Rindukan Arwah Ibu Bapanya

Bu Bu Bu Netizen Sebak Tengok Keletah Anak Kecil Ini Rindukan Arwah Ibu Bapanya

papar berkaitan - pada 30/12/2019 - jumlah : 803 hits
29 Oktober lalu ibu bapa kepada anak kecil ini meninggal dunia dalam nahas jalan raya sekali gus menjadikan dia anak yatim piatu Lans Koperal Muhammad Shakiran dan isterinya Nurul Ashikin Kamaruddin maut apabila motosikal yang ditunggangi m...
Bawa Anak Autisme Tunai Umrah Ibu Ini Kongsi Tip Pengalaman Nak Bawa Anak Kecil Ke Mekah

Bawa Anak Autisme Tunai Umrah Ibu Ini Kongsi Tip Pengalaman Nak Bawa Anak Kecil Ke Mekah

papar berkaitan - pada 30/12/2019 - jumlah : 504 hits
Setiap orang pasti mendambakan untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah dan Madinah sama ada untuk mengerjakan ibadah Haji mahupun Umrah Tapi kalau nak bawa anak anak kecil pastinya ia memerlukan persiapan yang rapi kerana maklum sahajala...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik