Bersatu Sudah Tonjolkan Wajah Sebenar Ipf


Kasthuri Jeevendran
Datuk M. Sambanthan

KUALA LUMPUR – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang diasaskan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan kini menerajui negara bersama-sama kerajaan Pakatan Harapan (PH) dikritik kerana menanam kebencian demi kuasa.

Parti itu turut dikecam hebat kerana berterusan melaungkan slogan-slogan retorik serta meracuni pemikiran rakyat untuk membenci kerajaan Barisan Nasional (BN) dan UMNO atas alasan rasuah.

Menurut Presiden Barisan Kemajuan India SeMalaysia (IPF), Datuk M. Sambathan, selama ini Bersatu bersama-sama PH bercakap besar tentang isu rasuah dan kronisme tetapi apabila terkena pada batang hidung sendiri, terdiam terus.

“Saya tidak faham, selama ini segala macam tuduhan dilemparkan kononnya kerajaan sebelum ini telah menggunakan kuasa sebagai parti pemerintah untuk kedudukan serta kepentingan sendiri serta parti.

“Peliknya, selepas mereka (PH) berkuasa, tanpa segan silu boleh pula bercakap secara terbuka dan lantang  tentang bagaimana boleh menggunakan kuasa politik untuk kedudukan serta peruntukan demi memastikan survival politik mereka.

“Bukankah anda cakap kata UMNO dan BN salah guna kuasa? Habis sekarang kenapa bila anda ada kuasa maka boleh buat sesuka hati? Sebelum ini bukan main hebat bercakap atas pentas bahawa jika rakyat mengundi anda, anda hanya amanah dan ‘pekerja’ untuk rakyat.

“Apa sudah jadi kini? Sampai boleh bercakap tentang menggunakan kedudukan sebagai kerajaan hari ini untuk menyalurkan sumber-sumber dan projek-projek kepada ketua cawangan untuk membolehkan mereka memenangi pilihan raya ‘dengan cara apa jua’. Macam ludah ke langit kena balik ke muka sendiri.

“Rakyat nampak, siapa sebenarnya yang tidak sabar untuk rasuah selepas menipu rakyat terang-terangan untuk memastikan kuasa beralih arah dan boleh buat apa sahaja sesuka hati,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Sambathan yang juga Ahli Dewan Negara mengulas kenyataan Naib Presiden Bersatu, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman yang mengarahkan pemberian kontrak secara kronisme dan rundingan terus dalam usaha meraih sokongan penduduk setempat menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Abdul Rashid ketika menyampaikan ucapan penggulungan mendesak peranan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) dikembalikan supaya sistem itu memanfaatkan ketua cawangan dan bahagian parti, selain diberikan semula kepada masyarakat setempat.

Beliau dilaporkan berkata, kaedah itu berupaya memastikan ketua bahagian dan cawangan mempunyai peruntukan mencukupi untuk menjalankan program di kawasan mereka, sekali gus meraih sokongan pengundi.

Jelas Sambathan, kerajaan PH ketika ini sudah mula menonjolkan ‘warna sebenar’ selepas mendapat kuasa.

“Bagaimana kerajaan BN kalah? Kerana kerajaan yang menang kini telah taburkan pelbagai janji yang sememangnya tidak boleh ditunaikan tetapi tetapi meracuni fikiran rakyat kononnya jika mereka dapat berkuasa, semua itu boleh jadi kenyataan.

“Apabila sudah memegang kuasa itu, mereka membuat pelbagai jenis pusingan ‘U’ dengan alasan semuanya tidak dapat dilaksanakan kerana bebanan hutang yang telah ditinggalkan oleh kerajaan terdahulu.

“Sampai bila hendak ‘kelentong’ rakyat? Sampai bila mahu menipu dan menuding jari? Sampai bila mahu berpolitik? Cukuplah, rakyat sendiri sudah mula bosan dengan permainan politik kerajaan baru ini yang ternyata langsung tidak dapat bersatu padu sebaliknya bergaduh antara satu sama lain.

“Pilihan raya parti juga mengundang pelbagai isu namun semua itu diamkan sahaja dan sibuk mendakwa pemimpin UMNO dan BN, malah sanggup pula bertolak ansur dengan melakukan ‘persefahamaan’ sehingga ada melompat parti,” tegasnya. –MalaysiaGazette




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/01/bersatu-sudah-tonjolkan-wajah-sebenar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penutup 2018 Perhimpunan Dedah Wajah Sebenar Ppbm

Penutup 2018 Perhimpunan Dedah Wajah Sebenar Ppbm

papar berkaitan - pada 31/12/2018 - jumlah : 288 hits
Dec 30 2018 0 Comments PERHIMPUNAN tahunan Parti Pribumi Bersatu Malaysia di Putrajaya yang berakhir hari ini menunjukkan wajah sebenar parti ini Paling mengejutkan ialah ucapan bersahaja seperti di kedai kopi naib presidennya Tan Sri
Kemasukan Bekas Pemimpin Umno Beri Kelebihan Undi Melayu Kepada Bersatu

Kemasukan Bekas Pemimpin Umno Beri Kelebihan Undi Melayu Kepada Bersatu

papar berkaitan - pada 19/12/2018 - jumlah : 322 hits
KUALA LUMPUR Kemasukan bekas Ahli Parlimen UMNO dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia akan mengukuhkan lagi kedudukan parti itu di kawasan luar bandar Perkara itu ditegaskan Pengerusi BERSATU Tun Dr Mahathir Mohamad yang percaya Ahli Parlime...
Berikan Nafas Baharu Agar Kulit Wajah Sihat Berseri Cerah Sempurna Dengan Safi Balqis Oxywhite

Berikan Nafas Baharu Agar Kulit Wajah Sihat Berseri Cerah Sempurna Dengan Safi Balqis Oxywhite

papar berkaitan - pada 8/1/2019 - jumlah : 717 hits
Hi korang Punya la lama entry produk Safi Balqis OxyWhite yang SA belikan untuk Dania tahun lepas elok tersimpan dalam draft blog ni pelik betul perangai mama ko ni Dania Ye seawal usia Dania 10 tahun memang SA ajar anak dara SA tu untuk me...
Dr Say Kongsi Gambar Baby Hidung Mancung Dagu Tajam Sebijik Wajah Dr Say

Dr Say Kongsi Gambar Baby Hidung Mancung Dagu Tajam Sebijik Wajah Dr Say

papar berkaitan - pada 6/1/2019 - jumlah : 458 hits
Dr Shaznil Shaharuddin atau lebih dikenali sebagai Dr Say merupakan Doktor selebriti yang pernah muncul dalam program My Doctor di Astro Ria telah berkongsi gambar scan wajah anak pertamanya di instagram milik beliau opic 1st Picture In 201...
Bersatu Bukan Jelmaan Umno 2 0 Kata Marzuki

Bersatu Bukan Jelmaan Umno 2 0 Kata Marzuki

papar berkaitan - pada 20/12/2018 - jumlah : 245 hits
Bersatu bukan jelmaan Umno 2 0 kata Marzuki nbsp Dikemas kini 56 minit yang lalu middot Diterbitkan pada 20 Dec 2018 12 06A
Beginilah Cara Alami Yang Ampuh Untuk Mengatasi Kulit Wajah Berminyak

Beginilah Cara Alami Yang Ampuh Untuk Mengatasi Kulit Wajah Berminyak

papar berkaitan - pada 6/1/2019 - jumlah : 328 hits
Seperti yang sudah kita ketahui bahwa kondisi kulit wajah yang berminyak menjadi musuh bagi semua orang Ya tentu saja demikian sebab kondisi tersebut dapat membuat tampilan wajah menjadi tidak menarik lagi Tak hanya sampai disitu saja kulit...
Pemuda Bersatu Serah Memorandum Desak Waytha Dipecat Kepada Dr M

Pemuda Bersatu Serah Memorandum Desak Waytha Dipecat Kepada Dr M

papar berkaitan - pada 20/12/2018 - jumlah : 207 hits
Dikemaskini 19 Dis 2018 10 07 malamPemuda Bersatu telah menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad bagi menggesa pengguguran P Waythamoorthy sebagai menteri Menurut sumber dalaman Bersatu memorandum itu diserahkan di ...
Zuraida Nafi Mahu Masuk Bersatu

Zuraida Nafi Mahu Masuk Bersatu

papar berkaitan - pada 20/12/2018 - jumlah : 246 hits
MALAYSIAKINI Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin menolak dakwaan bahawa beliau akan meninggalkan PKR dan menyertai Bersatu Tidak betul beliau dipetik sebagai berkata oleh Berita Harian ketika ditanya soalan itu oleh pemberita Sebelum ini mu...
Bersatu Youth Hands Memorandum To Dr M Seeking Waytha S Removal

Bersatu Youth Hands Memorandum To Dr M Seeking Waytha S Removal

papar berkaitan - pada 20/12/2018 - jumlah : 298 hits
Bersatu s Youth Wing has handed a memorandum to Prime Minister Dr Mahathir Mohamad urging for the removal of P Waythamoorthy as a minister According to Bersatu sources the memorandum was handed to Mahathir in his office earlier today Mahath...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Resepi Spaghetti Seafood Marinara

Drama Skuad X Lakonan Imran Aqil Yusof Hashim

Enjoy The Rhythm Of Life A Nature Inspired Residence In Hefei China

Hopes Of The Chinese For Pn

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Ikut Sop Tampal Lubang Jalan Dalam Tempoh 24 Jam Kkr Seru Syarikat Konsesi