Bersatu Pas Juga Bersetuju Tak Bertanding Pada Piliharaya Sarawak

Sesulan daripada keputusan untuk setuju Muhyiddin kekal sebagai PM selepas PRU-15, PAS-UMNO buat satu lagi pengorbanan politik iaitu tidak bertanding di Piliharaya Sarawak. Keputusan ini dilihat satu keputusan politik sangat baik demi untuk menutuhkan Kerajaan PN.
Seorang pemimpin Sarawak hari ini berkata Parti Pribumi Bersatu  Malaysia (Bersatu) dan PAS tidak akan bertanding di Sarawak dalam  Pilihan Raya Negeri ke-12 (PRN12) akan datang dan sebaliknya akan  menyokong Gabungan Parti Sarawak (GPS).
Presiden Parti Rakyat  Sarawak (PRS), Tan Sri Dr James Masing berkata jaminan itu diberikan  sendiri oleh Presiden dan Pemangku Pengerusi Bersatu, Tan Sri Muhyiddin  Yassin dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika mesyuarat  semua pemimpin parti komponen Perikatan Nasional (PN) dan sekutu GPS  selama dua jam di Putrajaya, semalam.
“Jaminan ini bukan sahaja  memberi laluan jelas kepada GPS untuk menentang pembangkang tetapi juga  petanda baik bahawa parti komponen PN menghormati komitmennya untuk  membantu GPS pada PRN nanti,”  katanya dalam kenyataan di Kuching hari  ini.
Masing,  yang juga Timbalan Ketua Menteri, berkata GPS akan menyokong Muhyiddin  sebagai perdana menteri dan mengetuai Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
GPS  adalah gabungan empat parti berpangkalan di Sarawak iaitu Parti Pesaka  Bumiputera Bersatu (PBB), PRS, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan  Parti Demokratik Progresif (PDP).
“(Ketua Menteri Sarawak) Datuk  Patinggi Abang Johari (Tun Openg), pengerusi GPS, menyatakan kedudukan  GPS secara jelas dalam PN. Beliau memaklumkan pada mesyuarat itu bahawa  PRN12 di Sarawak bakal berlangsung pada bila-bila masa. GPS sudah  bersedia. Empat parti komponen (GPS) sedang mempersiapkan diri untuk  menentang pembangkang (DAP, PKR, PSB dan lain-lain),” katanya.
Masing  berkata Muhyiddin dan pemimpin parti gabungan dalam PN+GPS yakin akan  memenangi pertarungan PRU15 setelah isu-isu teknikal dalam kalangan  gabungan PN akan dapat diselesaikan dan beliau percaya pelbagai parti  komponen yang terlibat adalah gabungan politik yang sihat.
Selain  Bersatu, PAS dan GPS, parti lain dalam gabungan tersebut ialah UMNO,  MCA, MIC, Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Parti Bersatu Sabah (PBS)  dan Parti Reformasi Negeri (STAR) Sabah.
- Bernama
MR :  UMNO-PAS makin matang demi kebaikan Melayu Islam dan rakyat
 Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram  https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt


  ............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected] 
   
  


 
 ©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini  untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
https://mindarakyat.blogspot.com/2020/07/bersatu-pas-juga-bersetuju-tak.html