Bersatu Hormati Kerjasama Politik Belum Masa Sesuai Untuk Pru


malaysiakini.com
Diterbitkan Hari ini 8:34 am


Ditekan oleh Umno - antaranya dengan tuntutan agar pilihan raya umum diadakan segera - Bersatu kemudian menegaskan agar semua pihak yang terlibat dalam Perikatan Nasional (PN) menunjukkan sikap sebaliknya.

Dalam kenyataan dikeluarkan selepas tengah malam tadi parti itu Ketua Penerangan Bersatu Wan Saiful Wan Jan meminta memastikan kerjasama politik yang ada dihormati.

"Bersatu menyeru supaya semua pihak menunjukkan keikhlasan dan menzahirkan kesungguhan melalui disiplin organisasi yang tinggi bagi memastikan kerjasama politik yang diwujudkan melalui PN dapat terus dihormati dan dipelihara," katanya.

Selain itu Umno mungkin tidak akan mendapat apa yang mereka inginkan - iaitu PRU - dalam tempoh terdekat.

Kata Wan Saiful Bersatu berpendapat PRU hanya wajar dilaksanakan apabila perkembangan pendemik Covid-19 berada pada tahap yang lebih baik dan terkawal.

"Oleh yang demikian, agenda utama Bersatu ketika ini adalah untuk menumpukan segala usaha serta tenaga bagi menangani pandemik Covid-19 dan memulihkan semula ekonomi negara," katanya.

Terdahulu Bersatu mengadakan mesyuarat majlis pimpinan tertingginya di ibu pejabat parti terbabit di Petaling Jaya, Selangor.
Ia diadakan ketika Majlis Tertinggi Umno turut bertemu di Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur. Antara isu yang dibincangkan Umno ialah desakan peringkat akar umbi agar parti itu memutuskan hubungan dengan Bersatu.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan Umno selepas mesyuarat tersebut parti itu bersetuju membawa usul berkenaan untuk dibahas dan diputuskan oleh perhimpunan agung mereka pada hujung bulan ini.

Bersatu jelajah seluruh negara

Ia berlaku selepas bekas Setiausaha Agung BN Annuar Musa mendakwa Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi memberikan sokongan secara hitam putih kepada Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim untuk dilantik sebagai perdana menteri, sekali gus menjatuhkan kerajaan PN.

Menurut Wan Saiful Bersatu komited untuk terus memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan kesejahteraan rakyat, khususnya semasa menghadapi penularan wabak Covid-19 dan banjir ketika ini.

"Tindakan beberapa pihak yang terus-menerus melakukan percaturan politik dalam keadaan rakyat sedang melalui dugaan besar adalah sesuatu yang tidak tepat pada masanya," kata Wan Saiful.

Kes mahkamah 'zalim' punca Umno tak puas hati dengan PN

Sebagai parti yang mempelopori pembentukan kerajaan PN, katanya, Bersatu komited untuk terus mempertahankan kerjasama politik yang telah dipersetujui bersama parti-parti dalam kerajaan berpaksikan kepada agenda penyatuan ummah dan perpaduan seluruh rakyat.

Malahan kata Wan Saiful ia akan diteruskan dengan adil dan saksama bagi menjamin kesejahteraan rakyat yang terdiri daripada semua lapisan agama, bangsa dan budaya.

Dalam konteks PN juga, katanya, Bersatu akan terus memperkukuhkan kerjasama politik bersama parti-parti anggota lain iaitu PAS, Parti Solidariti Tanah Airku (Star) dan Parti Maju Sabah (SAPP).

Untuk rekod langkah memperkuatkan kerjasama dengan PAS turut diikrarkan Umno malam tadi ketika kedua-dua parti terbabit menjalin kerjasama rasmi melalui Muafakat Nasional.

Kata Wan Saiful Bersatu turut memutuskan untuk memberi fokus terhadap pembinaan kekuatan parti melalui amalan politik khidmat dan politik prihatin, serta mengarahkan seluruh jentera untuk menghulurkan bantuan kepada rakyat yang memerlukan.

"Mesyuarat juga bersetuju untuk menganjurkan siri Jelajah Bersatu 2021 pada masa terdekat untuk memberi penerangan berkenaan isu-isu semasa," katanya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/01/bersatu-hormati-kerjasama-politik-belum.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Zahid Cadangkan Ini Masa Sesuai Untuk Adakan Pru Umno Terbuka Kepada Kerjasama Dengan Sesiapa

Zahid Cadangkan Ini Masa Sesuai Untuk Adakan Pru Umno Terbuka Kepada Kerjasama Dengan Sesiapa

papar berkaitan - pada 1/1/2021 - jumlah : 297 hits
Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi mencadangkan mungkin inilah masa paling sesuai mengadakan pilihan raya umum memandangkan beberapa kelonggaran pergerakan rakyat diperkenalkan susulan pandemik COVID 19 Jikalau rakyat sudah dibenarkan merenta...
Umno Pulau Pinang Tolak Kerjasama Politik Dengan Bersatu Pada Pru15 Datuk Musa Sheikh Fadzir

Umno Pulau Pinang Tolak Kerjasama Politik Dengan Bersatu Pada Pru15 Datuk Musa Sheikh Fadzir

papar berkaitan - pada 3/1/2021 - jumlah : 625 hits
UMNO Pulau Pinang menolak sebarang kerjasama politik dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia pada Pilihan Raya Umum ke 15 Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata keputusan itu diputuskan majoriti semua bahagia...
Umno Perlis Mantapkan Kerjasama Pas Bersatu

Umno Perlis Mantapkan Kerjasama Pas Bersatu

papar berkaitan - pada 3/1/2021 - jumlah : 361 hits
Shahidan Kassim ARAU UMNO negeri menyatakan pendirian teguh untuk memperkasakan hubungan dengan Pas di dalam Muafakat Nasional selain memantapkan kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia menerusi Perikatan Nasional Pendirian UMNO Per...
Masa Sesuai Terbitkan Entri Baru Di Blog

Masa Sesuai Terbitkan Entri Baru Di Blog

papar berkaitan - pada 1/1/2021 - jumlah : 276 hits
Aynorablogs com Sebagai seorang blogger part time saya menghadapi masalah menghasilkan entri baru pada tepat masa atau pada waktu puncak Adakala kekangan kerja di pejabat menyebabkan saya langsung tiada masa update blog Sesekali bila sempat...
Kembali Kepada Bersatu Satu Satunya Pilihan Paling Sesuai Buat Mahathir

Kembali Kepada Bersatu Satu Satunya Pilihan Paling Sesuai Buat Mahathir

papar berkaitan - pada 3/1/2021 - jumlah : 408 hits
Shahbudin HusinHasrat pihak tertentu untuk membawa Tun Mahathir Mohamad kembali menyertai PH sebagaimana yang masih diusahakan sehingga sekarang diyakini akan terus menemui jalan buntu Sementara Anwar Ibrahim telah menunjukkan keterbukaanny...
Perwakilan Umno Pagoh Sebulat Suara Tolak Kerjasama Dengan Bersatu

Perwakilan Umno Pagoh Sebulat Suara Tolak Kerjasama Dengan Bersatu

papar berkaitan - pada 3/1/2021 - jumlah : 537 hits
malaysiadateline com Perwakilan Umno Bahagian Pagoh yang bermsyuarat semalam telah sebulat suara menolak sebarang bentuk kerjasama politik dengan Bersatu pimpinan Ahli Parlimen kawasan itu Tan Sri Muhyiddin Yassin Mereka juga menyokong sebu...
Kerjasama Dengan Dap Anwar Punca Umno Masuk Bersatu Dakwa Zahid Md Arip

Kerjasama Dengan Dap Anwar Punca Umno Masuk Bersatu Dakwa Zahid Md Arip

papar berkaitan - pada 4/1/2021 - jumlah : 389 hits
malaysiadateline com Pemimpin Parti Pribumi Bersatu menafikan sekeras kerasnya dakwaan parti itu mencuri ahli Umno dan menyifatkan tuduhan tersebut sebagai satu penghinaan kepada akar umbi Umno yang memilih untuk menyertai Bersatu Senator M...
Subsidi Budi95 Mungkin Akan Guna Ai Untuk Pemantauan Penebusan

Cara Mudah Isi Petrol Budi Madani Ron95 Guna Aplikasi Setel

Govt Takes Easy Way Out With Petrol Subsidy For All M Sians

After Jalur Gemilang It S Kuih Nyonya S Turn To Be Weaponised As Object Of Immigrant Hegemony

Kerajaan Tidak Hadkan Pembelian Ron95 Kepada Sekali Sehari

Pelakon Sathiya Selamat Jalani Pembedahan Potong Kaki

Apabila Kena Tipu Con Sultan

Talentcorp Perkukuh Tenaga Kerja Masa Depan Sarawak Dengan Geran Padanan Rm1 Juta


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Fahami Masalah Tiroid Nampak Sihat Tapi Dalam Diam Mereka Tengah Fight

Doktor Sana Buat Kerja Bukan Untuk Duit Aliff Syukri Beri Sebab Buat Pembedahan Di Hospital Kerajaan

Jakim Dan Zetrix Bekerjasama Rangka Tadbir Urus Ai Patuh Syariah Pertama Dunia

Seorang Lelaki Nekad Gigit Kepala Ular Sampai Mati Kerana Berang Ular Tersebut Mematuknya

Pemandu E Hailing Ditahan Langgar Lampu Merah Nyaris Rempuh Pejalan Kaki

Honor Magic V5 Design Innovation Highlights