Bersatu Akhirnya Akan Berkecai


 


BERSATU HERET HAMZAH KE LEMBAGA DISIPLIN PARTI TINDAKAN GALI KUBUR SENDIRI


24 October 2025


Kalau dilihat berdasarkan sentimen semasa rakyat, PN memang berpeluang besar untuk menang PRU16 akan datang.


Yang tidak puas hati terhadap kerajaan bukan saja pengundi Melayu, bahkan banyak kelompok bukan Melayu juga mula berasa tak puas hati.


Dengan kebarangkalian rasa tidak puas itu terus berkembang, di samping banyak isu yang tidak selesai serta perpecahan dalam PKR susulan “projek kerat” terhadap kumpulan Rafizi Ramli, peluang PN meraih lebih sokongan berbanding PH memang terbuka luas.


Tetapi, dengan pergolakan yang tecetus dalam Bersatu kebelakangan ini, harapan itu barangkali sukar untuk menjadi kenyataan.


Apalagi, dalam perkembangan terbaru mendedahkan bahawa bukan saja Wan Saiful Wan Jan, Wan Ahmad Fahysal Wan Ahmad Kamal dan empat Ketua Bahagian Bersatu yang dihadapkan ke Lembaga Disiplin dan telah pun menerima hukuman, bahkan Hamzah Zainuddin, Timbalan Presiden Bersatu merangkap Ketua Pembangkang juga dilaporkan menerima nasib yang sama.


Apa yang berlaku kepada Hamzah itu didedahkan oleh Wan Saiful dalam sebuah podcast, hari ini.


Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu  menyifatkan apa yang dilakukan Bersatu terhadap Hamzah sebagai usaha mencantas kepimpinan Ahli Parlimen Larut itu.


Katanya, matlamat akhir mereka ialah untuk menyingkirkan Hamzah daripada kepimpinan parti.


Berkaitan hal itu, satu sumber yang dekat dengan Bersatu mengesahkan memang benar Hamzah telah menerima surat daripada Lembaga Disiplin sebelum ini.


Kata sumber itu, Hamzah sepatutnya mengadap Lembaga Disiplin serentak pada hari yang sama dengan Wan Saiful dan Wan Ahmad Fahysal dipanggil mengadap tempohari.


Bagaimanapun, tambah sumber itu lagi, Hamzah tidak hadir mengadap Lembaga Disiplin pada hari yang ditetapkan itu.


Sehingga kini tidak dipastikan sama ada Hamzah akan dipanggil semula pada tarikh lain atau kesnya tergantung begitu saja.


Yang nyata, tindakan  mengheret Hamzah ke Lembaga Disiplin adalah “tindakan gali kubur sendiri” yang berisiko meletakkan Bersatu ke kancah perpecahan yang lebih parah lagi.


Ini kerana, sebagaimana diketahui oleh semua orang dalam Bersatu sendiri, Hamzah mempunyai jumlah penyokong yang agak besar dalam parti itu.


Maka, tindakan itu hanya menjadikan Bersatu pecah dua, tidak dipercayai lagi oleh pengundi dan akhirnya akan kehilangan peluang untuk menang PRU akan datang.


Tiada mana-mana pengundi mahu memilih parti yang berpecah dan berantakan untuk menjadi kerajaan.


Bersamaan  itu, tindakan terhadap Hamzah juga  pasti membuatkan PAS turut menjauhkan diri daripada kem Muhyiddin Yassin yang dilihat merestui tindakan diambil oleh Lembaga Disiplin tersebut.


Sudahnya nanti, walaupun Bersatu telah menamakan Muhyiddin sebagai calon PM11, ia sekadar angan-angan yang tergantung di awang-awangan kerana PN tidak mungkin mampu menang.


Lebih buruk lagi, dengan semua kegagalan itu akhirnya akan membuka laluan lebih luas untuk Muhyiddin yang kini berdepan kes mahkamah untuk mengiringi Najib Razak menghuni penjara.


Fikir-fikirkan dengan hati terbuka dan lapang dada. – ShahbudinHusin 24Okt2025.


https://shahbudindotcom.net/2025/10/heret-hamzah-ke-lembaga-disiplin-umpama-bersatu-gali-kubur-sendiri/










Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/10/bersatu-akhirnya-akan-berpecah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dua Dekad Terpisah Tahanan Palestin Akhirnya Bersatu Dengan Anak Perempuan Selepas Dibebaskan

Dua Dekad Terpisah Tahanan Palestin Akhirnya Bersatu Dengan Anak Perempuan Selepas Dibebaskan

papar berkaitan - pada 14/10/2025 - jumlah : 309 hits
GAZA Menerusi perkongsian oleh wartawan dan koresponden Al Jazeera Obada Tahayna detik penuh emosi dirakam apabila Ali Al Sayes seorang rakyat Palestin yang dibebaskan selepas lebih 20 tahun dipenjarakan oleh Israel kembali bertemu dengan a...
Muhyiddin Dalam Dilema Hadapi Perpecahan Dalaman Bersatu

Muhyiddin Dalam Dilema Hadapi Perpecahan Dalaman Bersatu

papar berkaitan - pada 15/10/2025 - jumlah : 245 hits
Minderjeet KaurPETALING JAYA Muhyiddin Yassin dilihat berada dalam dilema ketika beliau berusaha mengukuhkan pengaruhnya dalam Bersatu dan memulihkan disiplin selepas berbulan bulan berdepan perbalahan dalaman kata penganalisis Awang Azman ...
Keretakan Dalam Bersatu Sampai Klimaks

Keretakan Dalam Bersatu Sampai Klimaks

papar berkaitan - pada 16/10/2025 - jumlah : 211 hits
ULASAN PAGIDua hero dalam BersatuKERETAKAN dalam Bersatu sudah sampai ke klimaks apabila parti itu mengambil tindakan ke atas sekurang kurang enam orang pemimpin parti tersebut termasuk yang berstatus ahli Parlimen Bekas ketua Penerangan Wa...
Bersatu Should Reveal What Wan Saiful Did To Get Expelled

Bersatu Should Reveal What Wan Saiful Did To Get Expelled

papar berkaitan - pada 15/10/2025 - jumlah : 164 hits
YOURSAY Is Bersatu putting nation first or its president GP2025 Tasek Gelugor MP Wan Saiful Wan Jan and four Bersatu division chiefs were sacked for going against the party constitution and its Code of Ethics and Conduct Please spell out ex...
Krisis Bersatu Wan Fayhsal Dakwa Ada Tali Barut Cuba Atur Sesuatu Terhadapnya Dan Wan Saiful

Krisis Bersatu Wan Fayhsal Dakwa Ada Tali Barut Cuba Atur Sesuatu Terhadapnya Dan Wan Saiful

papar berkaitan - pada 14/10/2025 - jumlah : 159 hits
SITI NUR ZAWANIAhli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mendakwa wujud tali barut dalam parti itu yang cuba mengatur sesuatu terhadapnya dan Datuk Wan Saiful Wan Jan Beliau berkata apa yang berlaku terhadapny...
Majoriti Ketua Bahagian Bersatu Tak Setuju Usul Calonkan Mahiaddin Pm11

Majoriti Ketua Bahagian Bersatu Tak Setuju Usul Calonkan Mahiaddin Pm11

papar berkaitan - pada 22/10/2025 - jumlah : 135 hits
SITI NUR ZAWANIMajoriti ketua bahagian Bersatu didakwa tidak bersetuju dengan usul mengangkat Presiden parti Tan Sri Mahiaddin Md Yassin sebagai Perdana Menteri ke 11 Perkara itu didedahkan Ahli Parlimen Machang Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad ...
Pengalaman Guna Medical Card

Klinik Kesihatan Perlis Ditutup Sementara Akibat Banjir Perkhidmatan Dipindahkan

Ltat Kembali Strategik Pengurangan Pendedahan Dalam Affin

Pgdm Participates In Segi University S Sosure Media 2025 Campaign With The Theme Be So Sure Be So Safe

Ageing With Dignity The Future Of Elderly Care In Malaysia

Siapa Bagi Kebenaran Pembinaan Tol Di Genting Ipk Tv 24 11 2025

Cara Mengelak Sihir Melalui Makanan Dan Minuman Amalan Dan Doa Pendinding Diri

Pgdm Sertai Kempen Sosure Media 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Komitmen Dan Semangat Ubaidullah Bawa Harimau Malaya B 23 Ke Puncak

Trafik Penumpang Di Lapangan Terbang Mahb Mencatat Meningkat Drastik Pasca Pandemik

Garmin Venu 4 Dijual Pada Harga Rm2 399

Sentuhan Madani Buat Urusan Rakyat Lebih Cepat Beri Nafas Baharu Kepada Peniaga

Kes Serang Wartawan Polis Tahan Seorang Individu

Menarik Ini 22 Spesies Kura Kura Penyu Malaysia Yang Jarang Diketahui