Bersalin Di Dunia Berpantang Di Syurga Ibu Meninggal Dunia Selepas Bertarung Nyawa Lahirkan Anak Ke 3
Memang tak mudah untuk menelan kenyataan ini. Bukan setakat suami dan anak-anak, ahli keluarga juga pastinya pilu menghadapi ujian ini disaat kita sedang menyiapkan pelbagai persiapan untuk menyambut Aidil Fitri.
Allahyarhamah Norliyana Roslan, ibu kepada dua cahaya mata ini menghembuskan nafasnya yang terakhir selepas bertarung nyawa melahirkan bayi ketiganya di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.
Menarik: ‘Tengok Pun Dah Penat’ Elak Perangai Macam Ni Masa Balik Kampung, Ringankan Tulang Membantu!
Melalui beberapa perkongsian abangnya, Redzuan Roslan dan juga adik, Izzati Roslan juga rakan-rakan dan kenalan, allahyarhamah dikatakan berjuang di Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas dikatakan pengsan sewaktu hendak bersalin.
“Innalillahiwainnailaihirojiunn. Terima kasih buat semua kawan-kawan yang mendoakan adik abam. Jenazah baru dikebumikan sebentar tadi.
Sehingga ke akhir hayatnya kami menunggu result scan otak dari Dr, moga-moga ada keajaiban, tetapi Allah lebih menyayangi dia.
Organ sudah banyak yang rosak akibat dari komplikasi ketika pengsan waktu nak bersalin. Jantung terhenti semasa dalam ambulans menyebabkan oksigen terhenti ke otak.
Sedih sebab masih terkejut dengan apa yang berlaku. Kalau ingat gambar di kenduri titi gantung, baru bulan lepas balik jumpa, baru minggu lepas ada wasup, hari ni melihat sekujur tubuh kaku di depan mata.
Tak boleh nak bayangkan dengan keadaan anak yang masih kecil, menangis rindu mama diorang.
Walaupun masih lagi terkejut dengan apa yang berlaku, Abam redho pemergian dia di bulan ramadan yang mulia.
Moga syurga buat mu adikku. Tenanglah disana bersama baby di syurga. Syahid seorang ibu,” tulisnya.
Malah menerusi perkongsian adiknya, Izzati Roslan, bayi syurga, anak ketiga allahyarhamah juga meninggal dunia sebelum pemergian ibunya.
“Bersalin di dunia, berpantang di syurga
.
“Selamat beristirehat di syurga bersama baby,” tulisnya.
“Innalillahiwainnailaihirojiun. Baby tak dapat diselamatkan. Anak Kak Ana dah menghembuskan nafas terakhir jam 11 lebih tadi, dibulan yang mulia penuh keberkatan.
10 malam terakhir di bulan ramadhan perginya seorang putra. Syurga buat mu sayang,
Muhammad Amirul Faiz (nama yang Kak Ana nak bagi pada dia)
Lahir 8 bulan cukup sifat (czer)
Seberat 3.2kg
Besarnya ujian buat kami sekeluarga,” tulisnya.
Menarik: Makan Bulan Nak Jadi Best Friend Balik” Sebaknya Tengok Anak Awal Ashaari Lepas Rindu!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Biasa dah kita dengar orang memburu malam Lailatulqadar bila akhir bulan Ramadan ini kan? Tetapi kali ini nak kena dengar juga cerita keindahan malam Lailatulqadar yang di kongsikan oleh Mama Irma Hasmie dan adik-adik Bintang Kecil ni.
Apa sebenarnya malam Lailatulqadar dan apa perlu kita buat untuk 10 malam terakhir? Kenalah saksikan sampai habis 1001 Malam Istimewa diserikan oleh KARIHOME.
Pa&Ma
The post Bersalin Di Dunia, Berpantang Di Syurga, Ibu Meninggal Dunia Selepas Bertarung Nyawa Lahirkan Anak Ke-3! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/bersalin-di-dunia-berpantang-di-syurga-ibu-meninggal-dunia-selepas-bertarung-nyawa-lahirkan-anak-ke-3/