Berpuluh Unit Bangau Perahu Lama Di Pamerkan Di Terrapuri Heritage Village Setiu




Berpuluh Unit Bangau Perahu Lama Di Pamerkan Di Terrapuri Heritage Village Setiu | Pada 6 ogos yang lepas, saya dan beberapa pengamal media digital dari Kuala Lumpur berkesempatan menghadiri majlis Caritra Langkasuka yang mana ianya merupakan sebuah majlis tertutup yang mengangkat seni dan produk budaya di Pantai Timur

Selain dari persembahan budaya yang cukup menarik, sedang berlansung juga "Pameran Bangau Perahu" (Floating Art Of Langkasuka Exhibition) yang mana ada memamerkan 50 unit Bangau Perahu lama yang bernilai mencecah puluhan ribu ringgit


Untuk pengetahuan korang, bangau-bangau perahu lama ini merupakan koleksi artifak yang dimiliki oleh Alex Lee Yun Ping iaitu pemilik kepada Terrapuri Heritage Village Setiu

BANGAU PERAHU
Seperti yang kita ketahui, nelayan pada zaman dahulu kala menggunakan pelbagai jenis perahu seperti perahu payang, perahu buatan barat, perahu kolek dan pelbagai jenis perahu lagi. Apa yang menariknya, perahu-perahu ini ada memiliki perhiasan yang dikenali ‘bangau’

Kenapa ia digelar sebagai  ‘bangau’, ini kerana rekaannya yang menyerupai leher dan kepala burung bangau. Bentuk bangau ini telah melalui banyak variasi pada saiz dan motif ukirannya; dan bentuk bangau ini juga akan disesuaikan mengikut jenis perahu tersebut yang nelayan ada

Hakikatnya pada masa kini, agak susah untuk kita lihat bangau ini pada perahu nelayan disebabkan peralihan kepada penggunaan perahu moden yang menggunakan gentian kaca dan penglibatan nelayan laut pantai yang semakin berkurang. Kalau ada pun, korang boleh lihat di beberapa kampung nelayan di Kelantan yang masih lagi menggunakan perahu tradisional seperti di Pulau Gajah, dan Pantai Senak Kelantan


CIRI-CIRI DAN FUNGSI BANGAU
Untuk pengetahuan korang, kedudukan bangau adalah di bahagian hadapan perahu dan berada di sebelah kiri perahu. Bangau ini dipasang di belakang caping dengan sedikit condong ke arah haluan perahu disebabkan badan perahu yang lebih tinggi di bahagian haluan perahu


Bangau ini dibentuk pada sekeping kayu bersama dengan okok (anak bangau). Bangau diukir pada kedua-dua permukaan kayu dengan ukiran tebuk tembus dan silatan. Kebiasaannya ukiran pada permukaan yang menghadap ke arah dalam lebih halus dan lengkap berbanding ukiran dipermukaan yang menghadap laut. Kebiasaannya bangau akan diukir dengan motif yang sama pada kedua-dua permukaan depan dan belakang, tapi ada juga sebilangan bangau yang diukir dengan dua motif yang berbeza. Bangau diwarnakan dengan warna-warna yang terang  seperti warna merah, kuning, hijau dan putih


Fungsi utama bangau adalah sebagai penyangga tiang layar dan galah panjang yang digunakan oleh nelayan ketika bekerja di laut. Tiang layar dan galah yang nelayan tidak guna semasa bekerja akan diletakkan di antara bangau dan caping. Ini adalah untuk mengelakkan dari kayu tersebut bergerak dan jatuh ke dalam laut semasa perahu berhayun ketika dipukul ombak

Menurut Nik Hassan Shuhaimi (2010), bangau merupakan simbolisme bagi nelayan yang mencari rezeki di laut. Ia juga dikaitkan dengan kelebihan dan kehandalan yang dimiliki oleh burung bangau yang boleh melihat dan meramal kawasan yang mempunyai banyak ikan. Ada juga pendapat yang menyatakan bahawa fungsi bangau ini juga adalah untuk menjinakkan laut yang ganas dan menjaga keselamatan nelayan ketika belayar di laut.
Antara bentuk-bentuk bangau yang banyak digunakan oleh nelayan pada masa dahulu adalah seperti burung, kepala naga, watak wayang kulit, ikan, dan sebagainya lagi

Penemuan bangau yang berbentuk seperti makara, burung dan watak wayang kulit hanya memperlihatkan daripada kepercayaan lama yang bergantung harap kepada kuasa lain. Tidak dinafikan bahawa reka bentuk ini mempunyai perkaitan dengan kepercayaan agama yang dianuti oleh masyarakat Melayu sejak bermula peradaban di tanah Melayu lagi. Kepercayaan kepada semangat dan kuasa luar yang mengawal ini adalah dari kepercayaan animisme mereka pada waktu itu

Selepas sahaja agama Islam disebarkan di kawasan tanah Melayu ini, budaya dan kepercayaan lama ini semakin menghilang mengikut kesesuaian kepercayaan kita. Penggunaan perahu moden yang ringkas dan menggunakan teknologi moden kini juga mempercepatkan lagi proses peralihan ini. Malah ia juga menjadi antara sebab mempengaruhi warisan seni Melayu yang kita warisi sejak sekian lama ini makin menghilang. 
Walau bagaimana pun, saya yakin bahawa penerimaan masyarakat sekarang pada bentuk bangau yang sedia ada adalah hanya sebagai salah satu objek budaya dan bukan sebagai objek ritual

Bagi korang yang berminat untuk melihat sendiri bagaimana keunikan bangau perahu lama ini, korang dijemput ke Floating Art Of Langkasuka Exhibition (Bangau Perahu) @ Terrapuri pada tarikh 3 - 13 August 2022. Yuran masuk hanyalah RM35 sahaja.
Sekiranya korang memerlukan bantuan lanjut mengenai pameran ni, terus whatsapp no tertera di bawah:
wasap.my/60137427617wasap.my/60192215341wasap.my/6012988839909-6245020 (Office)[email protected]
Rujukan : 

ARKEOLOGI, SEJARAH DAN BUDAYA

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.mawardiyunus.com/2022/08/bangau-perahu-lama.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nak Tahan Lama Dalam Industri Seni Kena Fasih Bahasa Melayu Elizabeth Tan

Nak Tahan Lama Dalam Industri Seni Kena Fasih Bahasa Melayu Elizabeth Tan

papar berkaitan - pada 3/8/2022 - jumlah : 270 hits
Pelakon dan penyanyi Elizabeth Tan memberitahu dirinya tidak menyangka masih bertahan dalam industri hiburan yang didominasi orang Melayu hanya dengan menguasai bahasa Melayu Pun begitu dia mengakui dirinya masih belum benar benar menguasai...
Menonjolkan Tengku Zafrul Mesti Diiringi Kesediaan Pemimpin Lama Berundur Pergi

Menonjolkan Tengku Zafrul Mesti Diiringi Kesediaan Pemimpin Lama Berundur Pergi

papar berkaitan - pada 3/8/2022 - jumlah : 235 hits
Daripada sudut yang lain keputusan BN Selangor melantik Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz sebagai Bendahari yang baru adalah cerminan bahawa tokoh muda profesional dan berketrampilan dilihat amat perlu untuk diketengahkan bag...
Zte Blade V40 Vita Bateri Tahan Lama Cas Pun Laju

Zte Blade V40 Vita Bateri Tahan Lama Cas Pun Laju

papar berkaitan - pada 4/8/2022 - jumlah : 177 hits
ZTE Blade Vita V40 dilancarkan di Malaysia sekitar 2 bulan lepas Ia dijual kini pada harga RM629 Dari segi harga dapat kita teka ia peranti kelas permulaan atau bajet yang sesuai untuk mereka yang tidak menjadikan telefon sebagai alat haria...
Beli Cheese Tart Sebab Dah Lama Teringin Nak Makan

Beli Cheese Tart Sebab Dah Lama Teringin Nak Makan

papar berkaitan - pada 5/8/2022 - jumlah : 264 hits
Beli Cheese Tart Sebab Dah Lama Teringin Nak Makan Dalam hujan yang agak lebat petang tadi kami ambil anak dari asrama Perjalanan selama 2 jam itu telah membawa kami selamat sampai di Kulai sebab En suami nak berjumpa rakannya di UMW Toyota...
Berapa Lama Manusia Boleh Bertahan Hidup Setelah Kehilangan Oksigen

Berapa Lama Manusia Boleh Bertahan Hidup Setelah Kehilangan Oksigen

papar berkaitan - pada 5/8/2022 - jumlah : 312 hits
Berapa Lama Manusia Boleh Bertahan Hidup Setelah Kehilangan Oksigen Hai syukur masih bernyawa harini Dah dua hari aku menghadiri kursus atau training berkaitan Basic Occupational First Aid CPR and AED bersama ASEC Selesai jugak akhirnya Kit...
Hiburan Saya Tolak Tawaran Era Sebab Awak Kata Jangan Terima Ajak Shiro Dedah Kisah Lama Shahrol Rupanya Tikam Belakang

Hiburan Saya Tolak Tawaran Era Sebab Awak Kata Jangan Terima Ajak Shiro Dedah Kisah Lama Shahrol Rupanya Tikam Belakang

papar berkaitan - pada 3/8/2022 - jumlah : 211 hits
Sedia maklum penyampai radio Fizi Ali kini telah meninggalkan radio Suria FM dan hal itu telah menarik perhatian pelawak Shahrol Shiro untuk memberi pandangannya Menurut Shahrol pihak pengurusan radio terbabit memang sudah lama tidak bersik...
Tak Perlu Ambil Tempoh Lama Untuk Justifikasi Rafizi Gagal Atau Tidak

Tak Perlu Ambil Tempoh Lama Untuk Justifikasi Rafizi Gagal Atau Tidak

papar berkaitan - pada 3/8/2022 - jumlah : 179 hits
Jika dia berjaya PKR akan sapu bersih kerusi di PRU15 Cuma sedikit kekecohan di minit akhir samada dia atau Anwar yang akan DIPILIH menjadi PM Ukuran gagal atau berjaya Rafizi ditentukan pada Ogos ini Adakah dia akan hantar Najib ke penjara...
Neglect Of Colonial Heritage Will Be Costly Says Business Group

Neglect Of Colonial Heritage Will Be Costly Says Business Group

papar berkaitan - pada 7/8/2022 - jumlah : 138 hits
Malaysia will be overtaken by other countries if the nation continues to erode its colonial legacy says the international business chamber PETALING JAYA An international business grouping has sounded a warning that Malaysia is losing its sh...
Sabah Village Children Risk Lives Crossing River To Go To School

Sabah Village Children Risk Lives Crossing River To Go To School

papar berkaitan - pada 4/8/2022 - jumlah : 188 hits
Screen grab from the viral video showing the children crossing the river on a canoe PETALING JAYA A video showing a group of children crossing a river on a sampan to go to school has been going viral since yesterday The video shows the grou...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization