Berpuasa Dibuktikan Dapat Mencegah Barah Oleh Saintis Jepun Yoshinori Ohsumi


 Oktober 2016 yang lalu, seorang saintis daripada Jepun, Yoshinori Ohsumi telah dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Nobel Perubatan yang membawa pulang wang tunai sebanyak RM3.9 juta. Anugerah tersohor itu dianugerahkan kepada beliau atas penemuan beliau mengenai bagaimana proses pemecahan oleh sel-sel badan berlaku dan mengitar semula komponen-komponennya yang dikenali sebagai "autophagy".

Penemuan itu yang dinamakan "mechanism for autophagy", adalah mengenai proses asas dalam sel-sel yang mana para saintis mempercayai bahawa boleh dimanfaatkan untuk melawan barah dan dementia. 
Autophagy berasal dari perkataan Greek iaitu auto (sendiri) dan juga phagein (memakan), yang membawa maksud memakan diri sendiri. Ia adalah satu proses pengitaran semula sel dalam badan. Sel-sel di dalam badan kita sememangnya telah diprogramkan mempunyai jangka hayat tertentu. Setelah sel-sel ini rosak dan menjadi tua di mana tiada lagi tenaga untuk mengekalkan fungsinya, ia perlu dibuang dari badan.
Bagaimana barah boleh berlaku?
Barah boleh terjadi sekiranya sel-sel lama tidak mati. Bagaimana? Jika sel-sel yang telah lama dan tua tidak mati dan tidak digantikan dengan sel-sel baru, sel-sel lama ini akan terus berkembang dan bertambah. Ia akan menghasilkan sel-sel yang tidak normal yang tidak melakukan fungsi asal mereka. Lebih buruk lagi, sel-sel ini akan berkembang tanpa henti seterusnya mengganggu fungsi sel-sel lain di sekitar mereka. Perkara ini akan merangsang mutasi sel dan akan memberikan kesan buruk kepada sistem organ. 

Apabila sel-sel ini termutasi dan berkembang diluar kawalan, ia akan membentuk satu tisu yang besar yang dikenali sebagai tumor atau ketumbuhan (sebagai contoh leukemia). Ini lah merupakan titik permulaan terjadinya barah, yang dibahagikan kepada lima kategori utama, iaitu karsinoma, sarkoma, leukemia, limfoma dan CNS, bergantung kepada di kawasan di mana terjadinya pertumbuhan sel-sel tidak normal ini.
Autophagy vs Apoptosis
Terdapat satu lagi proses yang sama seperti autophagy iaitu "apoptosis" yang juga dikenali sebagai proses sel mati. Bunyi macam tidak enak, namun untuk mengekalkan kesihatan yang baik, proses ini amat penting bagi badan kita. Setelah beberapa kali melalui proses pembahagian, sel-sel badan diprogramkan untuk mati. Jika proses apoptosis ini tidak berlaku, ia juga akan menyebabkan kemungkinan berlakunya barah. 

Sebagai contoh mudah, jika anda mempunyai sebuah kereta, dan anda menggunakannya untuk beberapa ketika. Setelah berlalunya masa, kereta anda pasti akan mengalami kerosakan. Setelah berkali-kali diperbaiki, akhirnya anda perlu menukar kepada kereta baru kerana kos-kos membaiki akan menjadi semakin mahal jika kereta anda sudah berumur dan melalui pelbagai kerosakan. Jika anda tidak membeli kereta baharu, pasti wang anda akan melayang kerana dihabiskan untuk membaiki kereta.
Apa kaintan proses autophagy dan berpuasa?Namun, jika kereta anda rosak, anda tidak lah perlu membeli kereta baharu serta-merta sebaliknya hanya menukarkan bahagian yang rosak, sebagai contoh bateri. Ia juga sama kepada sel-sel ini. Daripada membunuh kesemua sel (proses apoptosis), badan kita hanya perlu membunuh sel-sel yang lama dan rosak sahaja. Inilah yang dinamakan proses autophagy, di mana organel sub-selular dimusnahkan dan yang baru dibina semula untuk menggantikannya.
Pada tahun 1962, proses autophagy ini dinyatakan apabila saintis menyedari pertambahan jumlah lysosomes iaitu bahagian sel yang menghancurkan sel lain) di dalam hati tikus setelah disebatikan dengan glucagon.

Kekurangan nutrisi dan zat adalah pengaktif utama proses autophagy. Apabila kita makan, insulin dalam badan akan meningkat, dan ini menyebabkan penurunan glucagon, dan apabila kita tidak makan (berpuasa) maka insulin akan menurun dan glucagon akan meningkat. Peningkatan glucagon inilah yang merangsang proses autophagy ini. Jadi, untuk mengaktifkan proses autophagy, kita perlu berpuasa!

Berpuasa bukan sahaja memberikan badan kita peluang untuk membuang "barang lama", ia malah merangsang pertumbuhan hormon, yang memberitahu badan kita supaya mula untuk menghasilkan "barang baru". Jadi dengan berpuasa dapat membenarkan badan kita untuk menjalani pengubahsuaian yang lengkap.
Islam mewajibkan puasaSebagai ringkasan, jika kita berpuasa, badan kita akan kekurangan nutrisi dan zat, ini akan merangsang proses autophagy. Apabila proses autophagy berlaku, ia akan menggantikan sel-sel yang lama dan jahat, kepada sel-sel yang baru dan baik. Ini sekaligus menjadikan badan kita dapat berfungsi dengan lebih baik serta tidak terdedah kepada penyakit berbahaya.Kerana itulah Islam mewajibkan umatnya untuk berpuasa sebulan di dalam setahun iaitu ketika tibanya bulan Ramadan. Bukan di bulan Ramadan sahaja, malah ia adalah sunnah Rasulullah S.A.W untuk berpuasa pada hari Isnin dan Khamis serta hari-hari tertentu. Dengan berpuasa, badan kita akan menjadi lebih sihat dan lebih terjaga daripada dijangkiti penyakit berbahaya seperti barah. Ini amatlah penting untuk menjalani kehidupan yang berkualiti dan yang masih panjang. Jadi, berpuasa bukanlah untuk orang Islam sahaja, ia diperlukan oleh semua manusia di muka bumi ini.Contoh mudah, setiap 3 bulan atau 5000 kilometer (mengikut jenis kenderaan), kereta kita perlu diservis bagi mengekalkan prestasinya. Sama seperti badan kita, ia juga memerlukan "servis", iaitu dengan berpuasa.
Jika bagi anda yang belum pernah mencuba berpuasa, dan baru mengetahui manfaat berpuasa, cuba lah melatih diri anda untuk berpuasa. Lihat apa kesannya pada diri anda.
Semoga bermanfaat.
Sumber : 1. Diet Doctor2. The Guardian
Kredit : Iluminasi 

Hantarkan luahan kisah anda di sini ==> lamanqaseh/borang


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.lamanqaseh.com/2017/06/berpuasa-dibuktikan-dapat-mencegah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Waktu Untuk Pisahkan Agama Negara Oleh Kerajaan Pusat

Waktu Untuk Pisahkan Agama Negara Oleh Kerajaan Pusat

papar berkaitan - pada 18/12/2021 - jumlah : 347 hits
Siti Kasim peguam merangkap aktivis telah mengeluarkan kenyataan bahawa sudah tiba masanya untuk Kerajaan Pusat memisahkan agama dan negara Tepat sekali Kenapa ada sesetengah orang Melayu yang keliru Ianya kerana bertahun tahun didoktrinasi...
Hiburan Diusik Soal Jodoh Oleh Bapa Dafi Enggan Terburu Buru Dirikan Rumah Tangga

Hiburan Diusik Soal Jodoh Oleh Bapa Dafi Enggan Terburu Buru Dirikan Rumah Tangga

papar berkaitan - pada 18/12/2021 - jumlah : 269 hits
Penyanyi mengakui tidak mengambil hati apabila bapanya yang juga Perdana Menteri mengusik soal jodoh dalam ucapan tahun kelahirannya secara terbuka Dafi atau nama sebenarnya Gadaffi Ismail Sabri enggan terburu buru dalam mendirikan rumah ta...
Makhluk Asing Mungkin Mendiami Awan Planet Zuhrah Saintis

Makhluk Asing Mungkin Mendiami Awan Planet Zuhrah Saintis

papar berkaitan - pada 22/12/2021 - jumlah : 219 hits
Oleh KOSMO LONDON Sekumpulan saintis percaya bahawa penghasilan gas ammonia di awan Planet Zuhrah berkemungkinan memberi petunjuk bahawa terdapat kehidupan luar biasa yang mendiami planet itu lapor akhbar Daily Star semalam Gas tidak berwar...
Ikigai Petua Orang Jepun Untuk Hidup Sihat Berjaya Bahagia Dan Panjang Umur

Ikigai Petua Orang Jepun Untuk Hidup Sihat Berjaya Bahagia Dan Panjang Umur

papar berkaitan - pada 23/12/2021 - jumlah : 207 hits
Ada satu peribahasa Jepun berbunyi begini Only staying active will make you want to live a hundred years Saya rasa itu satu petua yang sangat benar Jika anda termasuk dalam kategori golongan yang sudah melepasi waktu muda petua dari budaya ...
When How Where Rm450k Linked To Tanjung Batu Rep

Cash And Bank Transfer Rm360k Linked To Tempasuk Rep

Cops Arrest Duo For Evading Roadblock Seize Drugs After Chase

Hidden Hunger In Malaysia The Silent Crisis Affecting Our Kids

Top Attractions In Port Dickson Why Weekday Travel Is Your Best Bet

Empat Cara Mengawal Kemarahan

Sembilan Daerah Selangor Yang Wajib Di Kunjungi

Resepi Tau Fu Fa Homemade Mudah Dan Cepat Hanya Guna 3 Bahan


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Caruman Kwsp Bekas Suami Bekas Isteri Boleh Ambil Untuk Nafkah

Migraine Sebelum Haid

Cetaphil Toner Bantu Kulit Flawless

Penganggur Dipenjara 12 Tahun Atas Kesalahan Merompak Dan Menyamar Sebagai Polis

Kejayaan Atlet Silat Sarawak Noktahkan Penantian Malaysia Menangi Kejohanan Dunia

Jalan Kampung Pun Ada Lampu Jalan Berbayar Tak Sedia Lampu Dr Akmal Tegur Syarikat Konsesi