Berniat I Tikaf Di Dalam Solat



SOALAN:
Adakah dibolehkan bagi orang yang terlupa untuk berniat i’tikaf ketika masuk ke masjid untuk berniat ketika di dalam solat?

JAWAPAN:
Sebelum kami menjawab persoalan di atas, i’tikaf dari sudut bahasa ialah tetap dan tenteram dengan sesuatu. Manakala menurut syarak, i’tikaf ialah berada di dalam masjid dengan niat yang tertentu. [Lihat: Fiqh al-Manhaji, 210]

Menurut Imam al-Ramli (1004H) pula, i’tikaf bermaksud menetap (duduk) di dalam masjid dengan tujuan mendekatkan diri kepada Allah, yang mana ia dilakukan oleh seorang Muslim, mumayyiz, berakal, suci tubuh badan daripada junub, haid serta nifas dan dia juga menghalang dirinya daripada sebarang syahwat kemaluan. [Lihat: Nihayah al-Muhtaj, 3/213]

Adapun dalil berkaitan i’tikaf yang menunjukkan bahawa ia merupakan salah satu ibadah yang disyariatkan berdasarkan firman Allah SWT:

وَلَا تُبَٰشِرُوهُنَّ وَأَنتُمۡ عَٰكِفُونَ فِي ٱلۡمَسَٰجِدِ
“Dan janganlah kamu bermesra-mesraan dengan isteri-isteri kamu dalam keadaan kamu sedang beri’tikaf di dalam masjid.” (al-Baqarah: 187)

Tambahan pula, kita disunatkan untuk beri’tikaf pada setiap masa dan ia sangat digalakkan untuk dilakukan di dalam bulan Ramadhan, lebih-lebih lagi pada sepuluh akhir bulan tersebut. [Lihat: Fiqh al-Manhaji, 210]

Berbalik kepada soalan di atas, suka bagi kami untuk menukilkan jawapan daripada Syeikh Hasan bin Ahmad bin Muhammad al-Kaf di dalam kitabnya berkaitan orang yang memasuki masjid lalu terlupa untuk berniat i’tikaf, adakah dibolehkan untuk dia berniat i’tikaf ketika sedang solat?

“Ya, dibolehkan untuk dia berniat i’tikaf di dalam hatinya ketika sedang solat dan tidak dibenarkan untuk dia melafazkan niat tersebut kerana ia (lafaz tersebut) merupakan percakapan yang asing (bukan daripada bacaan solat) yang boleh menyebabkan solat itu terbatal.” [Lihat: al-Taqrirat al-Sadidah, 464]

Penutup

Kesimpulannya, dibenarkan untuk berniat i’tikaf ketika di dalam solat bagi orang yang terlupa untuk berniat ketika masuk ke dalam masjid. Akan tetapi, niat tersebut perlulah dilakukan di dalam hati. Ini kerana, dengan perbuatan melafazkan niat tersebut akan menyebabkan solat terbatal disebabkan telah melakukan salah satu daripada perkara-perkara yang membatalkan solat iaitu berkata-kata atau bercakap dengan sengaja.

Akhirnya, semoga dengan sedikit pencerahan ini dapat memberikan sedikit kefahaman kita di dalam agama. Amin.

Wallahua’lam.

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca Di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2020/01/berniat-itikaf-di-dalam-solat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hilang Ghaib Di Gunung Si Ibu Tak Henti Berdoa Amp Solat Di Dalam Hutan

Hilang Ghaib Di Gunung Si Ibu Tak Henti Berdoa Amp Solat Di Dalam Hutan

papar berkaitan - pada 19/1/2020 - jumlah : 312 hits
Sukan lasak dan mencabar antara aktiviti yang semakin diminat ramai Namun begitu pasti setiap aktivit yang kita ceburi mempunyai risiko tersendiri Aktiviti memanjat gunung kian popular dikalangan peminat sukan lasak Walaupun seringkali kita...
Rajin Solat Dhuha Usaha Isteri Ternak Rezeki Untuk Suami

Rajin Solat Dhuha Usaha Isteri Ternak Rezeki Untuk Suami

papar berkaitan - pada 19/1/2020 - jumlah : 351 hits
Sesungguhnya rezeki itu milik Allah SWT Kita sebagai manusia boleh berusaha berdoa dan tawakal agar dipermudahkan rezeki Sokongan isteri sangat penting bagi memberi semangat buat si suami untuk mencari rezeki untuk keluarga Jika tidak dapat...
Adakah Dosa Meninggalkan Solat Terhapus Dengan Menggantikannya

Adakah Dosa Meninggalkan Solat Terhapus Dengan Menggantikannya

papar berkaitan - pada 18/1/2020 - jumlah : 187 hits
SOALAN Jika kita tinggal solat kemudian kita qadha solat tersebut adakah dosa solat itu terhapus ataupun tidak Terima kasih JAWAPAN Kami mulakan kalam ini dengan firman Allah SWT Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwaji...
Demi Kemudahan Muslim Jepun Sediakan Tempat Solat Khas Di Setiap Highway

Demi Kemudahan Muslim Jepun Sediakan Tempat Solat Khas Di Setiap Highway

papar berkaitan - pada 18/1/2020 - jumlah : 274 hits
Menjadi antara negara contoh di sekitar asia bahkan di dunia Jepun telah satu langkah ke hadapan dengan memperkenalkan sesuatu yang memberi kesenangan kepada umat Islam Menerusi satu perkongsian yang tular di media sosial sejak pagi tadi se...
Hukum Kedudukan Saf Solat Makmum Di Hadapan Imam

Hukum Kedudukan Saf Solat Makmum Di Hadapan Imam

papar berkaitan - pada 19/1/2020 - jumlah : 242 hits
SOALAN Masjid di tempat saya ada dua tingkat Oleh kerana bahagian bawah lebih besar maka kedudukan makmum berada di hadapan imam yang berada di atas Soalan saya adakah sah solat seperti ini JAWAPAN Dalam mazhab Imam al Syafi e ada beberapa ...
Doa Selepas Solat Dan Doa Doa Tambahan 9613

Doa Selepas Solat Dan Doa Doa Tambahan 9613

papar berkaitan - pada 19/1/2020 - jumlah : 811 hits
Doa selepas Solat dan Doa doa tambahan Silakan kongsi Sumber
Tip Mudah Bangun Subuh Amalkan Lepas Ni Tak Susah Bangun Solat Subuh

Tip Mudah Bangun Subuh Amalkan Lepas Ni Tak Susah Bangun Solat Subuh

papar berkaitan - pada 24/1/2020 - jumlah : 442 hits
Tip Mudah Bangun Subuh Amalkan InsyaAllah Lepas Ni Tak Susah Bangun Solat Subuh Ramai beranggapan lagi lama tidur lagi bagus kerana badan dapat berehat secukupnya Ada yang beranggapan bangun awal pagi menyebabkan kita lesu dan penat seharia...
Cara Solat Sambil Mendukung Bayi

Cara Solat Sambil Mendukung Bayi

papar berkaitan - pada 22/1/2020 - jumlah : 305 hits
Solat dalam keadaan yang tenang tanpa sebarang gangguan adalah keadaan yang benar benar ideal yang diingini oleh umat Islam Namun realitinya setelah berumah tangga dan mempunyai anak anak kecil ada sesetengah perkara dan rutin yang perlu di...
Baca Ayat Ini Sebaik Selesai Solat Insyaallah Wajah Akan Semakin Berseri Dan Orang Makin Sayang

Baca Ayat Ini Sebaik Selesai Solat Insyaallah Wajah Akan Semakin Berseri Dan Orang Makin Sayang

papar berkaitan - pada 21/1/2020 - jumlah : 1324 hits
Setiap wanita pastinya mengidamkan wajah yang berseri seri bak bidadari di syurga Lebih lebih lagi dengan wanita yang bakal menjadi raja sehari pastilah menginginkan wajah yang berseri seri di hari persandingan Dalam artikel ini dikongsikan...
Biasa Dari Negeri Yang Tak Pernah Lihat Kepesatan Negeri Yang Lebih Maju Dia Nampak Kedai Proses Ayam Ja

Why Pm Anwar Rafizi Steven Sim Should Be Worried About World Bank S Report On M Sian Education

This Five Cylinder Puch Proves There S No Replacement For Displacement

Drama Framed Lakonan Mimi Lana Meerqeen

Adab Tu Kena Ada Walaun Tak Dak Adab Ke Tak Sekolah

Ceramah Pn Tidak Dapat Sambutan Di Kuala Kubu Baharu Pas Boikot Calon Bersatu Prk Kkb

Mesyuarat Negara Negara Asean Dalam Bidang Sains Dan Teknologi Kuantum

Potensi Pemulihan Ringgit Terancam Jika Data Pekerjaan As Mengejutkan Negatif



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan


7 2567 1 Top 100 By Darlene Ssru Ac Th

Slotxo 3 2567 Xo Slot 24 Top 75 By Tonja Slotxo24hr Win

Rajabhat University 1 Top 73 By Shawnee Ssru Ac Th 8 67

Turning Raw Data Into Stunning Presentations With One Click

Kurangkan Saiz Produk Tanpa Maklum Pembeli Boleh Kena Denda Rm35 000

Kes Pemerasan Rm1 25 Juta 3 Pegawai Kanan Polis Ditahan