Berniaga Tu Biarlah Ada Integriti Maruah Peguam Tegur Gerai Nasi Lemak Double Meaning


Baru-baru ini viral gambar di media sosial nama gerai nasi lemak yang mengundang pelbagai reaksi netizen. Ada yang tak kisah, tidak kurang juga yang membantah kerana kata-kata yang digunakan pada 'banner' perniagaan itu menjatuhkan maruah wanita. 


Umum tahu, gerai Nasi Lemak Janda dengan tagline 'Lain Janda Lain Rasa' sedang viral di media sosial. 


Gerai yang dikatakan mula beroperasi sejak awal September lalu di Taman Bukit Cheras, banyak menerima kunjungan pelanggan. 


Pun begitu, penggunakan nama dan tagline tersebut menimbulkan rasa kurang senang sesetengah netizen. 


Perkara itu turut menarik perhatian seorang peguam untuk membuat teguran terhadap peniaga berkenaan. 


KALAU tanya sayalah, berniaga itu biarlah ada intergriti. Biar jenis yang bermaruah. 


Apabila ditanya tentang isu marketing yang ‘double meaning’ ini, semestinya saya tidak berkenan. Kalau ada slogan seperti “Nasi Lemak Janda, lain janda lain rasa”, mestilah saya tidak setuju. Niatnya untuk berniaga saya setuju tetapi cara pemasaran itu tidak kena. Mesej yang disampaikan juga tidak betul. 


Kalau katanya, dia maksudkan ‘lain janda, lain rasa’, masakan orang lain, lain sedapnya tetapi kenapa daripada 100% yang membaca, majoriti faham bahawa perkataan itu yang berbentuk ‘double meaning’.


Perkataan lucah ini tidak semestinya jelas dan terus. Saya rasa, kita faham apa yang cuba disampaikan secara berkias-kias.


Dalam tindakan fitnah di mahkamah, perkataan tidak semestinya jelas. Ianya boleh juga secara berkias-kias. Sebab itu mahkamah membenarkan tuntutan secara‘Innuendo’ (bahasa kiasan).


Innuendo berasal dari perkataan Latin iaitu innuere, "to nod toward." Di mahkamah pun bersetuju bahawa manusia ini ada yang berkias-kias.  Berkias atau tidak, fitnah tetap fitnah.


Sekarang ini banyak gaya pengiklanan yang berbentuk begini. Kalau dahulu, gaya pengiklanan begini banyak digunapakai pada produk-produk yang melibatkan hubungan suami isteri dan seks. Tetapi kini ada banyak produk yang tiada kena mengena pun, banyak yang mengiklankan secara ‘double meaning’. 


Saya juga dimaklumkan bahawa iklan Astro bertajuk ‘Turn me on’, dalam video tersebut turut ditayangkan dengan lirik dan seni kata seperti ‘klimaks’, ‘action in the car’ yang tidak patut disertakan pula dengan air terpancut, adegan kereta bergoyang, tangan mengenggam selimut dan lain-lain lagi.


Saya dikhabarkan iklan ini telah dipadamkan. Saya ini tidak gemar kalau mendengar lawak-lawak ‘double meaning’ atau lucah sekalipun. Tak kisahlah kalau hendak kata saya ini kolot atau konservatif sebab saya rasa melawak begitu, jenis tidak manis dan tidak sopan. Gaya sembang begini juga menggambarkan, keperibadian kita yang bagaimana.


Pernah tempoh hari, saya bertemu dengan sahabat handai. Salah seorang daripada kami mengandung, kemudian seorang lelaki mencelah “Mengandung lagi? Takde kerja lain ke? Projek je kerja!”


Ada beberapa orang di meja itu. Hmm. Anak saya pun ada. Mujurlah dia masih kecil dan tidak faham. Kalau besar sedikit anak saya itu, pasti di hadapan orang itu juga saya tutup telinganya. Sahaja hendak beri isyarat tidak setuju.


Kalau sudah guna slogan begini, sewaktu menjual nasi lemak. Datang pelanggan yang jenis ‘double meaning’ juga, contoh soalannya berkenaan rasa atau berkenaan saiz nasi lemak. Apa perasaan penjual ini? Adakah dia akan merasa tersinggung? Adakah dia terpaksa melayan juga sembang-sembang ‘double meaning’ begini, sebab dia yang mulakan tagline begini. Jadi bagaimana? Salah siapa?


Hendak dihormati, kita sendiri perlu memastikan diri ini layak dihormati. Ramai sungguh manusia tergila-gila buat marketing cara begini dan katanya ‘good marketing’ sebab jadi viral dan orang hendak membeli.


Hmmm. Saya tanya juga, bagaimana pula jenis ‘crowd’ yang ditarik dengan gaya pengiklanan begini? Yang jenis tulen hendak membeli atau yang jenis... faham-fahamlah sendiri. Nilai seorang wanita itu terletak pada harga dirinya dan hormatnya orang itu pada kita, berdasarkan bagaimana kita mencerminkan diri kita.


Sementara itu, tuan empunya gerai, Fara Ain melalui Facebooknya berkata, dia menerima semua komen netizen secara terbuka biarpun komen itu negatif. 


Tidak menjadi masalah kepadanya apa yang difikirkan oleh netizen kerana itu terpulang kepada pemikiran masing-masing. Malah dia memaafkan mana-mana individu yang berprasangka buruk terhadapnya. 


"Kalau nak bagi komen yang buruk-buruk, saya okey saja. Kalau hati itu hitam, kotor, semuanya itu selalunya berfikiran pun kotor je jadinya. 


"Cuba niat itu baik dan prasangka baik, jadinya baiklah kan. 


"Ada yang boleh terima dan ada yang tak boleh terima. Terima kasih di atas nasihat semua. Semoga murah rezeki buat kalian semua.


Fara turut memetik hadis yang menyatakan betapa besarnya kedudukan orang yang membantu para janda. 

"TQ di atas viral-viral ini semua. Semoga Tuhan memaafkan orang yang berprasangka buruk itu. Saya maafkan, terima kasih," katanya. 


Sumber: Peguam Nor Zabetha, Fara Ain


Sumber : thereporter.my

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2020/10/berniaga-tu-biarlah-ada-integriti.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sedih Amp Mendalam Nama Gerai Nasi Lemak Ini Curi Perhatian Netizen

Sedih Amp Mendalam Nama Gerai Nasi Lemak Ini Curi Perhatian Netizen

papar berkaitan - pada 20/10/2020 - jumlah : 455 hits
Sebut saja nasi lemak sememangnya hidangan ini sangat sinonim dengan rakyat Malaysia Lagi sedap kalau dapat nikmati nasi lemak bersama teh tarik memang terangkat di buatnya Baru baru ini gambar sebuah gerai nasi lemak menjadi perhatian neti...
Mahu Nasi Lemak Pizza Dari Pizza Hut Jom

Mahu Nasi Lemak Pizza Dari Pizza Hut Jom

papar berkaitan - pada 18/10/2020 - jumlah : 487 hits
Nasi Lemak Pizza dari Pizza Hut SeMalaysia bahkan hampir seluruh dunia tahu siapa itu PIZZA HUT Bahkan di Malaysia
Peniaga Nak Cari Makan Ko Kompaun Sampai Rm3 000 Langgar Sop 2 Orang Dalam Kereta Peniaga Gerai Nasi Ayam Dikompaun

Peniaga Nak Cari Makan Ko Kompaun Sampai Rm3 000 Langgar Sop 2 Orang Dalam Kereta Peniaga Gerai Nasi Ayam Dikompaun

papar berkaitan - pada 17/10/2020 - jumlah : 903 hits
Sebuah gerai nasi ayam yang popular di USJ4 Subang Jaya berkemungkinan terpaksa ditutup setiap kali kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat Ini kerana prosedur operasi standard yang dikenakan bagi PKPB menetapkan hanya d...
Bersarapan Nasi Lemak Di Hujung Minggu

Bersarapan Nasi Lemak Di Hujung Minggu

papar berkaitan - pada 12/10/2020 - jumlah : 380 hits
Bersarapan Nasi lemak di Hujung Minggu Macam dah lama pulak umi tak cerita pasal masak masak dan makan Hari minggu barulah dapat bersarapan bersama Ikutkan hari minggu yang betul betul semuanya ada hari sabtu lah Sebab hari Sabtu je babah d...
Nasi Lemak Untuk Breakfast

Nasi Lemak Untuk Breakfast

papar berkaitan - pada 13/10/2020 - jumlah : 295 hits
nasi lemak untuk sarapan sementara ada kerajinan nak buatnya sambal tumis tu kak rose memang buat banyak2 dan frozenkan so bila nak makan cuma reheat je mudahkan pop corn chicken pun beli ready made cuma nak kena gorengkan untuk digandingka...
Tekong Negara Nekad Tarik Diri Pilih Berniaga Nasi Gulai Tekong

Tekong Negara Nekad Tarik Diri Pilih Berniaga Nasi Gulai Tekong

papar berkaitan - pada 20/10/2020 - jumlah : 1066 hits
Demi cahaya mata tunggalnya tekong skuad sepak takraw negara Siti Nor Suhaida Jafri memilih untuk menarik diri daripada kem kebangsaan Jelasnya demi menjaga anak tunggalnya Ahmad Eusoff Qarizh dia memilih untuk meninggalkan sukan berkenaan ...
Mana Tumpahnya Kuah Klo Xke Nasi

Mana Tumpahnya Kuah Klo Xke Nasi

papar berkaitan - pada 11/10/2020 - jumlah : 284 hits
Bila Ummi sering mengait dihadapan anak2 mereka pun jatuh kasih kepada benang dan jarum Begitu kuat penangan Ummi kan Sehingga kedua beradik ni jatuh minat pada Crochet Tapi kat situ nampak perbezaannya Sikakak gigih mengait menggunakan jar...
Nasi Kepal Di Restoran Ee Ji Ban Chicken Rice Ball Melaka

Nasi Kepal Di Restoran Ee Ji Ban Chicken Rice Ball Melaka

papar berkaitan - pada 15/10/2020 - jumlah : 694 hits
Kali pertama umi makan nasi kepal yang dibulat bulatkan dimakan bersama dengan sup Ianya hanya boleh didapati di Nasi Kepal di Restoran Ee Ji Ban Chicken Rice Ball Melaka Walaupun dah lama popular nasi kepal ni ia tetap baru bagi umi Sebelu...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization

W69 Slot

Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi