Bermurah Hatilah Dengan Anak Isteri Allah Mudahkan Rezeki Kita Deep Perkongsian Bapa Ni


Allah menguji hambanya tanda kita sayang. Namun saat diuji adakalanya kita mula goyah dan orang terdekat dengan kita selalunya menjadi mangsa. Anak-anak dan isteri pastinya turut terkesan disaat kita dilanda emosi yang begitu kuat.
Perkongsian bapa ini, yang mesra disapa Broku cukup menyentuh jiwa. Telus dan begitu menyentuh hati. Satu saat dia pernah gagal dalam perniagaan. Kegagalan yang paling besar sehingga tiada langsung wang untuk menyediakan keperluan anak.

Malah dikala ujian itu jugalah dia mula diuji dengan rezeki anak istimewa dari Allah. Anak ketiganya disahkan mengalami Global Developmental Delay (GDD) atau terlambat perkembangannya. Hadiah paling bermakna dan ujian cukup besar buatnya dan isteri dikala perniagaannya dilanda masalah. Namun dia akur dan reda dengan setiap percaturan Allah.

“Berbanding isteri, saya lebih suka memanjakan anak. Tapi bila saya diuji dengan perniagaan, ada waktunya saya rasa dah tak boleh nak bercakap dengan anak hanya disebabkan duit langsung tidak ada.
“Kalau dulu saya suka beli mainan pada anak-anak tapi disebabkan ujian yang semacam itu, saya terpaksa beli mainan satu sahaja bila saya ada lebihan wang dan akhirnya jadi rebutan pada anak-anak saya. Saya mengamuk tengok anak-anak berebut dan akhirnya saya campak mainan ke luar. Saya sedih mengenangkan keadaan diri saya ketika itu.
“Pernah juga ketika saya tidur, anak main lompat-lompat dekat saya, saya bangun dan terus tampar anak hingga terkoyak kulit di bahagian pipi anak. Sampai sekarang saya masih menyesal,” katanya berkongsi.

Namun selepas melalui tempoh yang sukar itu, bapa kepada lima orang cahaya mata ini mula yakin dengan satu hal yang membuatkan kehidupan sukarnya mula berubah.
“Kalau kita diuji, cuba patah balik dan tengok keadaan anak dan isteri di rumah. Happy wife happy life, itu sahaja cara saya berubah.
“Start dari itu, kehidupan saya mula berubah. Apa yang saya boleh belajar dari sini, jangan cuba mencari sesuatu yang tak pasti, balik ke rumah dan lihat dan berbuat baiklah dengan isteri terutamanya.
“Tak kisah nak cari duit banyak mana pun, peace of mind, Allah akan turunkan rezeki dari langit dari pelbagai sumber yang tidak disangka-sangka,” katanya berkongsi cerita, kisah kegagalan hidupnya dahulu.

Selain itu, bapa penyayang ini juga rupanya cukup istimewa kerana berpeluang menyambut kelahiran anak keempatnya sendiri. Satu pengalaman yang cukup berharga bagi seorang bapa.
“Bagi saya dalam rumah tangga, jagalah percakapan kita dengan isteri walau diuji macam mana sekali pun. Setiap kali doa, mintalah pada Allah.
“Lagi satu bermurah hatilah dengan permintaan anak-anak dan isteri, insyallah Allah akan mudahkan rezeki kita,” kongsi bapa anak lima ini lagi.

Kisah yang dikongsikan bapa ini menerusi Pa&Ma Go Live yang bersiaran pada setiap Rabu sememangnya banyak memberi kesedaran kepada kita. Satu perkongsian yang cukup mendalam. Ini tip yang dikongsikan bapa ini untuk para bapa di luar sana.

Tip 
1. Hidup kita akan lebih bahagia kalau di rumah kita bahagia.
2. Enjoylah dengan anak-anak dan isteri di rumah kerana itulah penawar dalam kehidupan kita.
3. Adakala kita rasa resah gelisah, usaplah kepala anak-anak kita yang tengah tidur dan berpesanlah pada anak. Bercakaplah dengan anak-anak sebaiknya, pujuk dan cakaplah sebaiknya.
Walau kita diuji dengan kesusahan malah diberikan rezeki yang berlipat ganda, usah kita lupakan isteri dan anak-anak yang sememangnya menjadi tanggungjawab kita. Peganglah kata-kata ini.

Menarik: Kena Cari Ilmu Kalau Rasa Takut Nak Beranak, Ini 5 Tip Bersalin Tanpa Koyak Mama Boleh Praktis

Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini.
Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.
So apa yang anda kena buat untuk dapat HADIAH CABUTAN BERTUAH tu?
Just daftar je kat SINI. FREE je tau Webinar ni!

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post “Bermurah Hatilah Dengan Anak & Isteri, Allah Mudahkan Rezeki Kita,” Deep Perkongsian Bapa Ni! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/bermurah-hatilah-dengan-anak-isteri-allah-mudahkan-rezeki-kita-deep-perkongsian-bapa-ni/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ibu Bapa Tak Boleh Cium Mulut Anak Walaupun Mereka Masih Kecil Ikuti Perkongsian Doktor Ini

Ibu Bapa Tak Boleh Cium Mulut Anak Walaupun Mereka Masih Kecil Ikuti Perkongsian Doktor Ini

papar berkaitan - pada 31/5/2021 - jumlah : 550 hits
Mencium anak merupakan tanda kasih sayang kita sebagai ibu bapa Namun menjadi trend pada zaman ini ibu bapa yang beragama Islam mencium anak anak di bahagian mulut untuk menunjukkan rasa kasih sayang Namun tahukah anda bahawa sayang macam m...
Lebih Cantik Bertudung Doa Rizman Pada Isteri Semoga Istiqomah Insya Allah

Lebih Cantik Bertudung Doa Rizman Pada Isteri Semoga Istiqomah Insya Allah

papar berkaitan - pada 30/5/2021 - jumlah : 463 hits
Semoga Istiqomah Itu doa yang dititipkan oleh Rizman Nordin buat isteri tercinta Nurida Suraya selepas mula membuat penghijrahan dengan memakai tudung Sebagai seorang suami Rizman begitu gembira dengan perubahan yang dilakukan isterinya tan...
Hiburan Pilih Nama Aysha Arsylia Ummi Nazeera Namakan Anak Sempena Isteri Rasullulah

Hiburan Pilih Nama Aysha Arsylia Ummi Nazeera Namakan Anak Sempena Isteri Rasullulah

papar berkaitan - pada 10/6/2021 - jumlah : 335 hits
Genap seminggu kelahiran anak kedua pelakon Ummi Nazeera telah mengumumkan nama puterinya itu sebagai Aysha Arsylia Menamakan cahaya matanya itu sempena nama isteri Rasullulah Ummi Nazeera atau nama sebenarnya Ummi Nazeera Nur Hidayah Zaina...
Pilih Nama Sempena Nama Isteri Rasulullah Sedapnya Nama Anak Ummi Nazeera

Pilih Nama Sempena Nama Isteri Rasulullah Sedapnya Nama Anak Ummi Nazeera

papar berkaitan - pada 8/6/2021 - jumlah : 341 hits
Setelah selamat melahirkan bayi keduanya pada seminggu yang lalu hari ini iaitu pada hari ketujuh kelahirannya Ummi tampil mendedahkan nama pilihan buat anak keduanya itu Sepakat menamakan bayi mereka dengan nama berpangkal huruf AA sama se...
Video Tunggu Ambulans Tak Sampai Sampai Bapa Nekad Sarung Ppe Demi Hantar Anak Positif Covid 19 Naik Motor

Video Tunggu Ambulans Tak Sampai Sampai Bapa Nekad Sarung Ppe Demi Hantar Anak Positif Covid 19 Naik Motor

papar berkaitan - pada 8/6/2021 - jumlah : 310 hits
Tular kisah seorang bapa di Thailand yang nekad menyarung PPE untuk menghantar sendiri anaknya yang telah dijangkiti COVID 19 ke hospital telah mengundang sebak ramai netizen di media sosial Menerusi video yang telah dikongsikan oleh Penana...
Suami Yang Sakitkan Hati Isteri Allah Akan Tarik Berkat Dalam Hidupnya Kerana Isteri Adalah Amanah Dari Allah

Suami Yang Sakitkan Hati Isteri Allah Akan Tarik Berkat Dalam Hidupnya Kerana Isteri Adalah Amanah Dari Allah

papar berkaitan - pada 6/6/2021 - jumlah : 223 hits
nbsp Suami Yang Sakitkan Hati Isteri Allah Akan Tarik Berkat dalam Hidupnya Kerana Isteri Adalah Amanah Dari Allah nbsp Isteri adalah amanah Allah kepada suami begitu juga sebaliknya Apabila disebut sebagai amanah bermakna ia bakal ditanya ...
Bapa Tikam Guru Besar Sekolah Sampai Mati Lepas Anak Dilarang Jawab Ujian Kerana Belum Bayar Yuran Sekolah

Bapa Tikam Guru Besar Sekolah Sampai Mati Lepas Anak Dilarang Jawab Ujian Kerana Belum Bayar Yuran Sekolah

papar berkaitan - pada 11/6/2021 - jumlah : 240 hits
Seorang bapa kepada pelajar sekolah dilaporkan nekad menikam guru besar sebuah sekolah di Desa Ulupulu 1 Indonesia pada Selasa gara gara anaknya dilarang menjawab peperiksaan kerana yuran jawatankuasa sekolah belum dilunaskan lapor portal i...
Lelaki India Miliki 38 Isteri 89 Anak Meninggal Dunia

Lelaki India Miliki 38 Isteri 89 Anak Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 15/6/2021 - jumlah : 375 hits
BernamaAhli keluarga Ziona Chana bergambar di luar rumah mereka di kampung Baktawng Tlangnuam Mizoram di timur laut India pada 7 Okt 2011 NEW DELHI Seorang lelaki India dari negeri timur laut Mizoram yang dipercayai mempunyai keluarga terbe...
Video Bang Sakit Bang Jiran Cemas Dengar Isteri Dan Anak Rayu Jangan Dibelasahh

Video Bang Sakit Bang Jiran Cemas Dengar Isteri Dan Anak Rayu Jangan Dibelasahh

papar berkaitan - pada 16/6/2021 - jumlah : 278 hits
Tempat seorang isteri pastinya di sisi suami tercinta namun begitu kesetiaan dan kesabaran seseorang ada hadnya Jika isteri diperlakukan oleh si suami tanpa belas ehsan dimana sebenar letaknya seorang isteri di hati suaminya Berat mata mema...
The Future Of Green Energy

Apa Yang Dilepaskan Dari Otot Jantung Jika Berlaku Serangan Jantung

Skop Tugas Sebenar Pembantu Penyediaan Makanan Gred N1

Panduankini Akta Pembaharuan Semula Bandar Apa Kita Tahu Setakat Ini

Jumaat Terakhir Sebelum Ramadan Saya Nak Tanya Ada Sesiapa Nak Taja Makanan Dan Minuman Untuk Buka Puasa

Feeling Slapped Across The Face By Trump Canadians Say They Ll Skip U S Trips

Pelajar Muhammad Haziq Uzayr Hairuddin 16 Meninggal Dunia Selepas Tamat Rentas Desa 6km

Salam Ramadan 1446h 2025h Dan Selamat Berpuasa


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pahang Sultan Wants End To Debate Over Royal Addendum On Najib

Buffet Ramadan Di Taste Of Johor Taman Tropika Utm Skudai

Perabadan Bandar Bawah Tanah Paling Misteri Yang Pernah Di Temui

Asas Persiapan Membolosi Sbp Dan Mrsm Yang Ibu Ayah Perlu Tahu

Collaborate And Innovate For Economic Resilience

From 5 Sen To Rm5 In A Space Of 60 Years