Bermula Dari Kita


Baru-baru ini saya dan isteri ke rumah kawan kami

Sampai di rumahnya, kami berborak macam-macam cerita. Maklumlah lama tak berjumpa

Dah lama lepas itu, isteri kawan saya cakap pada suaminya “Ha bang, bolehlah ambil makanan di dapur tu. Karang berborak sampai lupa pula nak ajak makan”,Dia orang berdua pergilah ke dapur

Bila dia pergi, baru saya perasan anak-anak dia ada 5 orang dan kecil belaka since anak dia jarak umur setahun dan dua tahun sahaja

Anak dia elok je duduk mendengar kami berborak. Adalah yang main, tapi tidaklah terlalu bising dan tak mengganggu kami langsung

Masa nak makan, kawan saya ajak semua anak-anak dia makan sekali dengan kami. Elok je anak-anak dia datang, cukup beradab

Anak-anak dia bagi laluan pada kami tetamu dahulu untuk ambil makanan. Saya ada suruh anak dia ambil dulu, si abang dan kakak tersenyum, kemudian si abang berkata “Tak apa, pakcik ambil dulu”

Mak dan ayah dia tersenyum

Selepas itu kami pun makanlah bersama. Cukup meriah, suasana ceria dan sudah pasti kami ralit memandang kepada anak-anaknya yang sedang makan. Beradab sungguh

Habis makan, saya cakap kepada kawan saya “Bagus betul anak-anak kau ni. Baik belaka”

Dia senyum, kemudian berkata “Itulah Wan. Aku dan isteri didik dari kecil, ramai-ramai ni. Tetapi semua tu bermula dari kita jugak”

Kemudian dia menyambung cerita bagaimana dia mendidik anak-anaknya. Antara yang dikongsikannya:
1. Katanya, anak dia dulu suka cakap kuat-kuat. Puas dia nasihat kepada anak dia, bila bercakap jangan bersuara kuat

Anak dia membalas, katanya abah dan mama pun cakap kuat-kuat. Lepas pada itu, dia orang cakap tak kuat dah. Kalau anak cakap kuat lepas tu, kenalah tegurlah

2. Anak dia bergaduh depan dia. Bila dileraikan dan minta mereka diam, pernahlah si abang membalas “Abah tu bergaduh dengan mama boleh pula? Siap jawab-jawab lagi”

Terkedu juga dia kata bila kena begitu. Selepas itu bila ada perselisihan antara dia dan isteri, mereka selesaikan di tempat tertutup tanpa pengetahuan anak-anak dan tak tunjuk dah depan anak-anak

Anak-anak yang bergaduh pula selepas tu, siaplah dendanya. Tetapi tidak menyakitkan badan mereka. Kena hafaz surah yang banyaknya

3. Semasa makan, memang dulu huru hara dia kata. Ya lah, umur pun tak jauh jarak bezanya. Macam-macam ragam

Jadi dia buat peraturan, selagi tak duduk sama-sama, selagi itulah semua tak dapat makan. Alhamdulillah katanya, anak-anak dia cukup berdisiplin semasa makan
Bawa pergi tempat kenduri pun terikut-ikut cara di rumah

4. Dia kata, cara dia dan isteri muhasabah diri dalam mendidik anak-anak adalah dengan cara melihat wajah anak-anak mereka ketika anak-anak sedang tidur

Semasa mereka tidur katanya, wajah anak-anak kita comel sungguh dan menyentuh perasaan kita. Semasa itulah, dia dan isteri kenangkan kembali apa yang telah berlaku seharian

Jika ada yang kena marah, kena tegur, dia orang semak kembali betul ke tak betul caranya

Jika ada yang jarang berborak hari itu, esoknya akan mereka akan ajak berborak dengan anak-anak lebih dari hari semalam. Begitulah cara kawan saya dalam mendidik anak-anak mereka

Waktu kami nak balik, anak-anaknya hantar kami sampai ke luar. Berdiri elok sama-sama dengan mak dan ayah dia orang. Siap lambai semua, sejuk hati saya tengok

Kredit : WS Adli W Muhammad
Facebook



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://belogsjm.blogspot.com/2024/05/bermula-dari-kita.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perjalanan Bermula Dari 19 Mac Remaja Lelaki Selamat Sampai Di Tanah Suci Hanya Menaiki Motor

Perjalanan Bermula Dari 19 Mac Remaja Lelaki Selamat Sampai Di Tanah Suci Hanya Menaiki Motor

papar berkaitan - pada 6/5/2024 - jumlah : 176 hits
Melalui laman Facebook baru baru ini seorang remaja lelaki yang bernama Muhammad Aidil Nursulhi 19 berjaya menjejakkan kaki di Tanah Suci dengan hanya menaiki motosikal tempatan Modenas Kriss 110 Berjaya sampai ke Tanah Suci naik motor Perj...
Kisah Umkm Jamu Asal Bontang Bermula Untuk Biaya Kuliah Kini Tembus Pasar Taiwan

Kisah Umkm Jamu Asal Bontang Bermula Untuk Biaya Kuliah Kini Tembus Pasar Taiwan

papar berkaitan - pada 6/5/2024 - jumlah : 131 hits
Selain 20 varian jamu siap minum Dapur Jamu Ibu ini juga menyediakan sirup dan jamu serbuk instan
Realme 12x 5g Dilancarken Di Malaysia Bermula Dari Rm899

Realme 12x 5g Dilancarken Di Malaysia Bermula Dari Rm899

papar berkaitan - pada 3/5/2024 - jumlah : 190 hits
realme 12x 5G telah tiba secara rasmi di Malaysia Ia merupakan model kelas permulaan dari siri realme 12 dan dijuluki oleh jenama sebagai telefon pintar 5G termurah hingga kini Peranti yang baru dilancarkan dari realme ini dilengkapi dengan...
Awal Mula Lahirnya Bank Btn Bermula Dari Bank Belanda Bernama Postpaarbank

Awal Mula Lahirnya Bank Btn Bermula Dari Bank Belanda Bernama Postpaarbank

papar berkaitan - pada 6/5/2024 - jumlah : 150 hits
BTN terus bertransformasi di sisi transaksi elektronik untuk meningkatkan dana murah
Jam Tangan G Shock Gdb500 Baru Dilengkapi Dengan Penghitung Langkah Harganya Bermula Dari Rm595

Jam Tangan G Shock Gdb500 Baru Dilengkapi Dengan Penghitung Langkah Harganya Bermula Dari Rm595

papar berkaitan - pada 7/5/2024 - jumlah : 207 hits
Casio telah membawa masuk siri terbaru G Shock GDB500 ke Malaysia Dikenali juga sebagai Digital Basic lineup jam tangan baru ini tidak hanya menawarkan reka bentuk kes baru tetapi juga pengira langkah yang terbina dalam dengan sokongan Blue...
Refirmasi Apple Bahawa Ipad Air 6 Hadir Dalam Dua Saiz Harga Di Malaysia Bermula Dari Rm2 999

Refirmasi Apple Bahawa Ipad Air 6 Hadir Dalam Dua Saiz Harga Di Malaysia Bermula Dari Rm2 999

papar berkaitan - pada 8/5/2024 - jumlah : 154 hits
Ada desas desus sejak lama mengenai iPad Air 6 akan datang dalam dua saiz Dengan acara Let Loose sudah berlalu Apple telah mengesahkan bahawa ini memang benar dengan tablet kini datang dalam model 11 dan 13 inci Ini bagus kerana 13 inci pas...
Pn Akan Berpecah Bibit Awal Sudah Bermula

Pn Akan Berpecah Bibit Awal Sudah Bermula

papar berkaitan - pada 7/5/2024 - jumlah : 114 hits
HarapandailyNORMAN RADZUANSaya mendapat maklumat dari sumber dalaman Perikatan Nasional dan luar bahawa hubungan Pas dan Bersatu tidak seperti dulu Puncanya pelbagai sebab dan kerana itu PRK Kuala Kubu Baharu dilihat pimpinan Pas tidak bers...
Hidup Terbaik Si Kecil Bermula Dari Rumah Dettol Sedia Membantu Ibu Ayah Di Malaysia

Hidup Terbaik Si Kecil Bermula Dari Rumah Dettol Sedia Membantu Ibu Ayah Di Malaysia

papar berkaitan - pada 13/5/2024 - jumlah : 248 hits
Dettol jenama terkemuka Malaysia dalam bidang kesihatan dan kebersihan dengan bangganya menyokong ibu bapa baharu sempena Hari IbuBapa ini melalui sambutan kempen New Mums Dengan mengakui sifat kerentanan bayi baru lahir dengan sistem imun ...
All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Laku Keras Rumah Teres Setingkat Mampu Milik Di Bandar Ainsdale Rm400k Sekelip Mata Habis Dijual

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs

Anwar Beri Impak Besar Pada Forum Wef

Selangor Govt Offers Alternatives To Cattle Farmers Facing Eviction

Ini Amaran Tegas Kkm Dedah Produk Makanan Beracun

Pekerja Pelanggan Bergaduh Lempar Burger Aiskrim

Trends In The Domain Industry


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Surat Al Isra Ayat 1 Arti Dan Tafsir Ayat Isra Mi Raj

Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Put Aside Egos And Resolve Rice Crisis Mat Sabu Syed Hussin Told

How A Parent S Affection Shapes A Child S Happiness For Life

Cara Mendapatkan Rumah Tangga Yang Harmoni Damai Dan Diberkati

Adakah Dap Terlalu Bodoh Mahu Ambil Risiko Hilang Kerajaan Hanya Kerana Nak Pertahan Isu Pilihanraya Pbt Ini