Bermasyarakatlah Seperti Orang Sungai Balang


Minggu lepas saya bersama beberapa NGO lain meraikan masyarakat Cina di DUN Sungai Balang di Pekan Baru Parit Yusof, Muar Johor.

Majlis turut dihadiri oleh YB Ng Yok Howe, ADUN Bentayan, pemimpin-pemimpin tempatan yang lain. Selain itu, Tok Mohd Izammudin, Ketua Kampung Parit Subari turut hadir memberikan sokongan.

Saya tertarik untuk berkongsi bagaimana mesra, akrab dan aman sahaja perhubungan diantara masyarakat yang pelbagai kaum, agama dan bahasa di kampung kami.
Sebelum itu eloklah kalau saya menulis sedikit latar belakang Sungai Balang ini.

SEJARAH SUNGAI BALANG

Sejarah pembukaan Sungai Balang bermula dengan perlantikan seorang tokoh agama bertaraf ulama iaitu Ali Said yang berasal dari Parit Sakai sebagai Orang Kaya oleh Sultan Abu Bakar pada tahun 1886. 
Ali dihantar oleh ayahandanya Orang Kaya Said iaitu penghulu pertama Muar yang dilantik oleh Temenggung Ibrahim. Ali ke Tanah Suci Mekah untuk belajar agama dan berjaya manamatkannya pengajian di Mekah ketika berusia 15 tahun. 
Ketika itu, penduduk Padang yang pentadbirannya berpusat di Parit Bakar dan meliputi Parit Sakai hingga ke Parit Samsu mempunyai sebuah rumah wakaf di Mekah yang didirikan di Kampung Shuib Ali pada abad ke-19.

Orang Kaya Ali pulang ke Padang selepas ayahandanya Orang Kaya Said meninggal dunia di Mekah. Beliau kemudian menuntut jawatan Penghulu Muar yang dipangku oleh sepupunya bernama Omar Junid semasa ketiadaan ayahandanya Allahyarham Orang Kaya Omar. Bagaimanapun permintaan itu ditolak oleh Sultan kerana usia Ali masih muda dan belum boleh memegang jawatan penghulu.
Bagi mencari jalan penyelesaian, Sultan telah melantik Ali sebagai menteri. Namun begitu, perlantikan itu tidak memuaskan hati Ali serta pengikutnya kerana jawatan berkenaan tidak memberi erti dalam pentadbiran Wilayah Muar. 
Berikutan itu,timbul perselisihan di antara pengikut Ali dan penyokong Omar.
Bagi mengelakkan pertumpahan darah, Sultan memberi perkenan kepada pengikut Ali untuk membuka sebuah kawasan baru di selatan Muar bagi membolehkan Ali dilantik menjadi penghulu. 
Pengikut Ali membuka sebuah perkampungan dan menanam pelbagai pokok durian,ubi keledek dan bersawah padi. Lama-kelamaan kawasan perkampungan yang baru dibuka itu gah dan Ali bersama pengikutnya menyusur pantai Selat Melaka yang banyak dengan lanun untuk mengadap Sultan bagi mempersembahkan hasil tanaman

Nama ‘Sungai Balang’ diabadikan daripada ilham Sultan apabila pengikut Ali yang membuka kawasan baru itu berjaya menghapuskan lanun di Selat Melaka untuk membawa persembahan hasil pertanian melalui pantai di Johor Bahru dengan selamatnya

Keberanian Ali dan pengikutnya menentang lanun di Selat Melaka dianggap sebagai kegagahan yang dicapai oleh hulubalang. Daripada perkataan ‘hulubalang’ inilah lalu Sultan menitahkan kawasan baru itu diberi nama Sungai Balang hingga ke hari ini

Antara kesan sejarah yang masih kekal di Sungai Balang ialah Makam Orang Kaya Ali di tanah perkuburan Islam di pekan itu dan sekolah rendah di kampung itu yang diberi nama Sekolah Kebangsaan Orang Kaya Ali bagi mengambil nama sempena orang pertama membuka Sungai Balang

KEPELBAGAIAN MASYARAKAT DI SUNGAI BALANG
Kami di Sungai Balang telah hidup sekian lama dengan pelbagai kaum, agama dan rencam dalam soal makan dan minum juga adat. Tetapi, kami sentiasa menghormati hak masing-masing dalam mengamalkan cara hidup.

Kami tidak pernah tercuriga oleh sebab kaum dan agama yang berbeza. Malah, orang-orang di DUN Sg Balang ini mengambil kepelbagaian dalam kehidupan ini sebagai pemankin untuk mengenal diantara satu dengan yang lain dengan lebih baik lagi.
Disebabkan kehidupan majmuk sejak zaman nenek dan moyang kami tidak pernah berperasangka buruk diantara satu sama lain. Malah, terkadang biasa sahaja kita dengar jiran berbangsa Melayu hantar makanan dan masakan kepada jiran berbangsa Cina.
Dan khusus di musim perayaan Tahun Baru Cina, selalu sahaja mak saya menerima pelbagai pemberian dan ang pow daripada jiran-jiran berbangsa Cina.

Lantaran beberapa bulan terkebelakang ini, ada sesetengah pihak mengambil kesempatan untuk menghuru harakan kehidupan dalam kemajmukan selama ini. Kita sedar mereka terpaksa bermain api perkauman ini semata-mata untuk memperolehi matlamat politik.
Tetapi, kami masyarakat di DUN Sg Balang tidak penah merasa kehangatan tersebut. Orang Melayu masih berduyun-duyun berbelanja di Kedai Musang, Pekan Sg Balang. Begitu juga, apek-apek dan nyonya tetap ke gerai-gerai goreng pisang, rojak, mee bandung orang Melayu.
Dan saya berharap semangat orang-orang Sungai Balang ini dapat juga dibawa ke luar. Dan diharap juga rakyat Malaysia secara amnya tidak akan pernah termakan dengan hasutan berbaur rasis dan pragmatis.
Sebagai anak Sungai Balang, aku berbangga untuk Abah, Atuk dan Moyang yang berasal dari Sungai Sudah di bawah DUN Sungai Balang.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.zackzaihan.com.my/2020/02/bermasyarakatlah-seperti-orang-sungai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dua Hari Diburu Evakuasi Buaya Berkalung Ban Di Sungai Palu Gagal

Dua Hari Diburu Evakuasi Buaya Berkalung Ban Di Sungai Palu Gagal

papar berkaitan - pada 8/2/2020 - jumlah : 273 hits
Operasi penyelamatan buaya berkalung ban di Sungai Palu yang dimulai sejak Kamis masih belum membuahkan hasil Operasi dilakukan petugas gabungan dari Balai Konservasi dan sumberdaya alam Sulteng dan NTT Polair Polda Sulteng dan petugas dari...
Keistimewaan Sungai Marang

Keistimewaan Sungai Marang

papar berkaitan - pada 9/2/2020 - jumlah : 657 hits
Sungai Marang merupakan antara sungai utama di Terengganu Kewujudan Sungai Marang disedari setiap pengguna jalan raya dari pekan Marang di utara menuju ke selatan kerana mereka perlu melalui Jambatan Marang yang menghubungkan utara dan sela...
Rasa Menyesal Cabar Diri Naik Bukit H Di Sungai Petani Kedah

Rasa Menyesal Cabar Diri Naik Bukit H Di Sungai Petani Kedah

papar berkaitan - pada 8/2/2020 - jumlah : 915 hits
Rasa Menyesal Cabar Diri Naik Bukit Hash Di Sungai Petani Kedah Tetapi Jika Tidak Turun Hingga Ke Garis Penamat Mendaki kaki bukit bukan mudah Lebih baik berjalan kaki santai santai di taman permainan yang memang ramai orang melakukan aktiv...
Warga Karanganyar Hanyut Mandi Di Sungai Cemoro

Warga Karanganyar Hanyut Mandi Di Sungai Cemoro

papar berkaitan - pada 7/2/2020 - jumlah : 217 hits
Kepala Basarnas Jawa Tengah Nur Yahya mengatakan peristiwa tersebut berawal pada hari Rabu pukul 16 30 WIB ketika korban keluar dari rumah untuk mandi di Sungai Cemoro Saat itu debit air masih rendah Namun tiba tiba debit air tinggi karena ...
Water In Sungai Muda River Being Tested After E Waste Scare

Water In Sungai Muda River Being Tested After E Waste Scare

papar berkaitan - pada 6/2/2020 - jumlah : 356 hits
An aerial view of the former sand mining pool filled with plastic waste next to Sungai Muda GEORGE TOWN A Penang water supply company is taking samples of water from Sungai Muda to test it for contamination following the discovery of a seco...
Sayangi Sungai Kita

Sayangi Sungai Kita

papar berkaitan - pada 12/2/2020 - jumlah : 485 hits
Masyarakat harus diterapkan dengan rasa tanggungjawab menyayangi sungai khususnya mereka yang terbabit secara langsung dengan ekosistem sungai Bilangan sungai yang sudah mati akibat terlalu kotor dan tercemar semakin bertambah Mengapa kita ...
Mandi Di Sungai Cikembang Saat Pelajaran Olahraga Bocah Sd Meninggal Dunia

Mandi Di Sungai Cikembang Saat Pelajaran Olahraga Bocah Sd Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 13/2/2020 - jumlah : 213 hits
Relawan BPBD Kabupaten Tasikmalaya Hasanudin menyebut bahwa awalnya menerima informasi adanya pelajar SD yang tenggelam Dari informasi yang diterimanya saat itu korban sedang berada di jam mata pelajaran olahraga
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Worldcoin Dan Ai

Sampul Duit Raya Menghargai Tradisi Dan Budaya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Enjoy The Rhythm Of Life A Nature Inspired Residence In Hefei China

Hopes Of The Chinese For Pn

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Ikut Sop Tampal Lubang Jalan Dalam Tempoh 24 Jam Kkr Seru Syarikat Konsesi

Goatbet678

Olahraga Terbaik Untuk Penderita Diabetes Tipe 2