Bermalam Di Hotel Sungkai Oneone08 Bersarapan Di Capati Corner Chenderiang


Assalamualaikum…
Selepas menikmati Sate dan Mee Bandung Muo, kami meneruskan perjalanan ke utara. Mungkin sudah imun dengan cafein, walaupun dah minum secawan nescafe yang cukup kaw sebelum bertolak, Sk tertidur sebelum memasuki Tanjung Malim, kahhhhhh! Tinggallah Pak Inche seorang bertabah memandu penuh semangat. Sk tersedar apabila dikejutkan Pak Inche yang meminta Sk melihat jika ada hotel bajet yang boleh kami singgah tidur , berehat dan bersiap untuk agenda esok pagi

"Dekat mana ni?"
"Slim River," 
Sk memerhati sekeliling. Kami berada di persimpangan lampu isyarat dengan beberapa bangunan di simpang tiga. Sukar betul mengembalikan kewarasan akal dalam kepekatan malam. Ditambah lagi mengenang kami berada di suatu tempat yang asing dan sunyi. Kami menyusur jalan di situ tetapi tak jumpa jalan masuk ke kawasan bangunan malah tanda batu jalan menunjukkan kami menuju ke Ipoh mengikut jalan lama. Di hadapan ada sebuah lori dipandu perlahan. Seram sejuk juga dibuatnya tambahan cuaca di luar agak berkabus dan basah selepas hujan. Kabus yang muncul berkepul-kepul dan tambah menyeramkan dibias cahaya dari kenderaan sendiri mengingatkan Sk pada kisah-kisah mistik yang biasa Sk tonton di layar tv.

Padan muka,  suka tengok cerita seram lagi kan  😂😂😂
"Ni kita dah ke Ipoh," kata Sk. Tiba-tiba nampak tanda U-turn, Pak Inche terus buat pusingan U. Akhirnya kami dapat juga masuk ke kawasan bangunan tapi sayangnya tak ada hotel bajet di kawasan tersebut. Hendak tak hendak terpaksa patah balik ke jalan lama yang berkabus itu menuju ke Ipoh meredah kegelapan. Bibir terkumat-kamit membaca ayatul qursi

Tiba di kawasan Sungkai, dari jauh kami ternampak bangunan kedai baru dengan papan tanda elektronik tertera perkataan hotel. Pak Inche cepat-cepat ambil kiri dan masuk ke kawasan kedai. Di sebelah belakangnya terdapat kawasan perumahan, fuhh.. lega jiwa rasa. Kami berhenti di hadapan Hotel Malim. Seorang lelaki sedang menyapu di depan kaunter. Di hadapan sedikit ada sebuah lagi hotel, Sk mengajak Pak Inche tengok ke situ pulak dan bandingkan yang mana lebih berkenan. Hotel ini nampak lebih menarik berbanding yang pertama tadi tapi puas kami menekan loceng namun tiada siapa yang muncul. TV terpasang tapi tiada orang. Pak Inche menggendang pintu kaca. Baru berkira-kira nak patah balik ke Hotel Malim, datang seorang staf hotel. Mukanya sedikit marah, mungkin terganggu dengan kami. Rupanya dia dari bilik air, agaknya baru nak memulakan hajat tetiba terdengar bunyi loceng, hahaha. "Macam nilah kalau kerja seorang," luahnya


Pak Inche bertanya harga bilik mengikut jam,  jika ada.  Staf tersebut menggeleng kepala.  Dia menerangkan pakej yang ada di hotel tersebut. Hanya RM68 semalam untuk weekdays dan RM78 semalam untuk weekend.  Tiada goverment rate,  tiada diskaun dan tiada tingkap juga 😂, kalau nak bilik yang ada tingkap,  tambah RM10. Hurmm..  Jam 3 pagi,  buat apa nak bilik ada tingkap,  janji ada air-cond sudahlah.. hahaha. Kami membayar harga bilik dan deposit sebanyak RM50. Staf hotel memberikan sehelai sejadah dan sebuah purse mengandungi remote air-cond dan tv yang perlu dipulangkan kembali semasa check-out nanti. 

Sepanjang koridor digantung dengan frame yang memaparkan kulit muka depan majalah Gila-Gila.  Sebetulnya gambar 1, 2 dan 4 ini Sk ambil dari fb hotel,  hahhaa.  Giler ko nak snap gambar pukul 3 pagi,  karang ada pulak entiti lain yang muncul,  matilanakkk! 

Suis moden meyakinkan Sk yang hotel ini benar-benar okey,  hahaha.  Kalau suis hitam zaman 80-an tu,  itu jam jugak Sk ajak Pak Inche check-out..  kikiki


Lega rasa kepala nampak katil.  Di dinding kepala katil juga digantung dengan frame kulit muka depan Majalah Gila-Gila.  Kata Pak Inche,  kita duduk ni Hotel Gila-Gila kot 😁😁😁

Sejadah dan purse mengandungi remote control.  Mata pun dah mengantuk,  lepas cuci kaki kami pun terus 💤 💤 💤 

Dah siang baru berani ambil gambar bilik air.  Haaa..  Kira okeylah kan,  RM68 dapat bilik yang selesa macam ni.  Kebersihannya pun tip top cuma tekanan airnya tak kuat macam kat rumah. Oh,  ya,  hotel juga menyediakan dispenser air panas dan sejuk serta kemudahan membancuh kopi dan teh di lobi bagi mereka yang mungkin ingin mengalas perut di pagi hari.  Kami memilih untuk meneruskan perjalanan. 


Soft and Delicious Capati In Town.
Itulah ayat yang tertulis di name card Capati Corner Chendering.  Dah beberapa kali lalu di sini cuma baru kali ni dapat berhenti singgah.  Memang dah plan pun sebenarnya nak singgah sarapan capati di sini sebelum ke PUO. Tapi ada orang tu dah nampak benda lainlah pulak!

Oh,  ya..  Capati tu sedap dah tapi kari daging tu macam kureng sikit laaa..  Kuahnya tak berapa pekat gitu. 

Nampak bunting Nan Cheese Viral ni la,  Sk teringin pulak nak rasa, terus order sekeping.  Pucat terus muka bila pinggan Nan Cheese diletakkan atas meja.  Terbayang cheese beku berketul-ketul dalam perut,  hahahahha.  Tak sangka la pulak cheesenya begitu sekali..  Huhu.  Makan separuh,  separuh lagi simpan untuk Iman supaya boleh gemuk bersama-sama
😆😆😆




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sariyusa.blogspot.com/2019/07/bermalam-di-hotel-sungkai-oneone08.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Tempah Hotel Online Mudah Dan Murah

Cara Tempah Hotel Online Mudah Dan Murah

papar berkaitan - pada 7/7/2019 - jumlah : 333 hits
Cara Tempah Hotel Online Mudah dan Murah Sejak sebelum raya sibuk dengan kerja Suami sibuk isteri terlebih sibuk Sibuk hal di rumah sibuk pula dengan hal di tempat kerja Lepas raya bertambah lagi sibuknya Dengan program sekolah program marh...
Hotel Tenera Penuhi Citarasa Pelanggan

Hotel Tenera Penuhi Citarasa Pelanggan

papar berkaitan - pada 9/7/2019 - jumlah : 609 hits
Biarpun baru beroperasi Hotel Tenera menjanjikan fasiliti yang terbaik buat tetamunya Hotel Tenera yang diurus oleh KPF Hotel Management Sdn Bhd merupakan 100 dimiliki sepenuhnya oleh Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad Turut diberi p...
Mencari Hotel Mesra Keluarga Di Johor Bahru Mujur Ada Bagasi My

Mencari Hotel Mesra Keluarga Di Johor Bahru Mujur Ada Bagasi My

papar berkaitan - pada 10/7/2019 - jumlah : 738 hits
hai assalammualaikumMencari Hotel Mesra Keluarga Di Johor Bahru Mujur Ada Bagasi my Sekarang kalau pergi bercuti nad mesti fikirkan tempat yang sesuai untuk seisi keluarga terutama untuk anak anak Yela kalau tempat tu membosankan anak anak ...
Hotel Berstatus 5 Bintang Tidak Semestinya Jamin Pengalaman Memuaskan

Hotel Berstatus 5 Bintang Tidak Semestinya Jamin Pengalaman Memuaskan

papar berkaitan - pada 7/7/2019 - jumlah : 296 hits
IPOH Status lima bintang yang dimiliki sesebuah hotel bukan jaminan premis itu mampu memberikan pengalaman terbaik kepada pelancong Juga tidak semestinya mendapat penilaian tertinggi dalam TripAdvisor yakni sebuah portal pelancongan terbesa...
Mediterranean Dinner Buffet At Cafe Bld Renaissance Hotel Johor Bahru

Mediterranean Dinner Buffet At Cafe Bld Renaissance Hotel Johor Bahru

papar berkaitan - pada 6/7/2019 - jumlah : 703 hits
Mediterranean Buffet Dinner Fridays Saturday July August 2019From the shores of the Mediterranean coast ranging from Italian to Turkish delights A variety of tapas anti pasto grilled or roasted meats pilaf raw salads cheese and artisan brea...
Selepas Rakaman Cctv Hotel Tersebar Su P0litik Azmin Dedah Apa Yg Berlaku

Selepas Rakaman Cctv Hotel Tersebar Su P0litik Azmin Dedah Apa Yg Berlaku

papar berkaitan - pada 6/7/2019 - jumlah : 487 hits
KUALA LUMPUR K0omplot pembikinan video rakaman kamera litar tertutup dipercayai diambil dari sebuah hotel di Sandakan Sabah bukti wujud konspi1rasi untuk menja tuhkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed A zmin Ali Selepas rakaman C...
Expedia Enjoy Attractive Discounts On Hotel Or Flight

Expedia Enjoy Attractive Discounts On Hotel Or Flight

papar berkaitan - pada 6/7/2019 - jumlah : 208 hits
Expedia Enjoy attractive discounts on Hotel or Flight Hotel package bookings as a Standard Chartered card holder
4 Chef Hotel Royale Chulan Kl Dedah Rahsia Jadi Chef Hebat Jom Ambil Aura Mereka

4 Chef Hotel Royale Chulan Kl Dedah Rahsia Jadi Chef Hebat Jom Ambil Aura Mereka

papar berkaitan - pada 10/7/2019 - jumlah : 497 hits
Tiada yang lebih menggembirakan buat seorang chef apabila makanan yang dihidangkan mendapat pujian Terasa berbaloi keringat yang menitik itu Setiap detik berlalu adalah pelajaran yang baharu buat mereka yang bergelar chef Ini lah antara lua...
Menarik Baca Artikel Dari Bagasi My Tentang Hotel Di Cherating

Menarik Baca Artikel Dari Bagasi My Tentang Hotel Di Cherating

papar berkaitan - pada 10/7/2019 - jumlah : 697 hits
MENARIK BACA ARTIKEL DARI BAGASI MY TENTANG HOTEL DI CHERATING Sebut saja tentang hotel mesti ramai yang tak sabar sabar nak pergi bercuti bersama tersayang Cherating salah satu tempat menarik untuk percutian bersama pasangan mahupun keluar...
Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya