Bermain Atas Katil Sebelah Tingkap Bayi Perempuan 11 Bulan Jatuh Tingkat 3


Benda nak jadi sekelip mata saja. Tak disangka-sangka kejadian yang berlaku pada seorang bayi perempuan berusia 11 bulan yang terjatuh dari tingkat tiga kediaman keluarganya di Blok D, PPR Sri Aman, Jalan Aman Putra, Kuala Lumpur, petang (3 Mei) benar-benar mengejutkan.
Gambar Hiasan Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai, berkata polis menerima laporan insiden itu pada jam 6 petang dan sepasukan anggota polis dari Balai Polis Jinjang kemudian menjalankan siasatan di tempat kejadian.
“Siasatan mendapati mangsa dikatakan sedang bermain bersama abang, kakak dan sepupunya di atas katil bahagian atas bersebelahan dengan tingkap yang berada dalam bilik pertama rumah sebelum terjatuh dari tingkap kira-kira jam 3 petang.
“Katil berkenaan dirapatkan ke bahagian tingkap untuk mengemas bilik terbabit. Siasatan mendapati tingkap di dalam bilik itu tidak mempunyai jeriji dan katil diletakkan berdekatan tanpa sebarang halangan,” katanya dalam kenyataan.
Eng Lai berkata, siasatan lanjut mendapati tiada sebarang unsur jenayah dalam insiden itu.

“Ibu bayi membawa mangsa ke Hospital Selayang (HS) untuk mendapatkan rawatan dan apabila tiba di Unit Kecemasan Hospital Selayang, mangsa disahkan meninggal dunia oleh Pegawai Perubatan.
Gambar Hiasan “Mayat kemudian dirujuk ke Unit Forensik HS untuk dibedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian,” katanya.
Katanya lagi, hasil laporan bedah siasat mendapati kematian berpunca daripada kecederaan parah di bahagian kepala akibat jatuh dari tempat tinggi. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).
Polis menyeru orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes ini untuk menghubungi Bilik Gerakan IPD Sentul di talian 03-4048 2206, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana Balai Polis yang berdekatan.
Kredit: Berita Harian 

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Bermain Atas Katil Sebelah Tingkap, Bayi Perempuan 11 Bulan Jatuh Tingkat 3  appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/bermain-atas-katil-sebelah-tingkap-bayi-perempuan-11-bulan-jatuh-tingkat-3/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Video Rindunya Pipi Debab Hanya 11 Bulan Dipinjamkan Di Dunia Bayi Pergi Kerana Jatuh Tingkap

Video Rindunya Pipi Debab Hanya 11 Bulan Dipinjamkan Di Dunia Bayi Pergi Kerana Jatuh Tingkap

papar berkaitan - pada 5/5/2021 - jumlah : 235 hits
Malang tidak berbau begitulah gambaran yang dapat digambarkan apabila seorang bayi perempuan berusia 11 bulan yang terjatuh dari tingkat tiga Memetik laporan Berita Harian kejadian tersebut berlaku di kediaman keluarganya di Blok D PPR Sri ...
Bayi 11 Bulan Maut Terjatuh Dari Tingkat 3 Pangsapuri

Bayi 11 Bulan Maut Terjatuh Dari Tingkat 3 Pangsapuri

papar berkaitan - pada 4/5/2021 - jumlah : 262 hits
Seorang bayi perempuan berusia 11 bulan maut selepas terjatuh dari tingkap bilik di tingkat tiga kediaman keluarganya di Pangsapuri Sri Aman Jalan Aman Putra di Kuala Lumpur semalam Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai berkata hasil la...
Penampang Lelaki Maut Jatuh Dari Tingkat 23 Ketika Panjat Ke Rumah Teman Wanita

Penampang Lelaki Maut Jatuh Dari Tingkat 23 Ketika Panjat Ke Rumah Teman Wanita

papar berkaitan - pada 3/5/2021 - jumlah : 350 hits
Seorang lelaki maut selepas terjatuh dari tingkat 23 sebuah kondominium di Jalan Bundusan di sini dipercayai ketika cuba memanjat ke dalam rumah teman wanitanya semalam Dalam kejadian kira kira 7 malam itu mangsa yang berusia 27 tahun ditem...
Angkara Pengasuh Bayi 9 Bulan Pergi Selamanya Doktor Sahkan Ada Kecederaan

Angkara Pengasuh Bayi 9 Bulan Pergi Selamanya Doktor Sahkan Ada Kecederaan

papar berkaitan - pada 1/5/2021 - jumlah : 411 hits
Sepasang suami isteri ditahan berkaitan kes seorang bayi lelaki maut dipercayai didera pengasuh di sebuah pangsapuri di Kelana Jaya beberapa hari lalu Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid dalam ...
Minggu Ke 37 Kepala Ke Atas Lagi Rezeki Mama Lahirkan Bayi Songsang Secara Normal

Minggu Ke 37 Kepala Ke Atas Lagi Rezeki Mama Lahirkan Bayi Songsang Secara Normal

papar berkaitan - pada 27/4/2021 - jumlah : 393 hits
Agak jarang bayi yang lahir punggung dahulu atau dalam bahasa mudahnya songsang dapat dilahirkan secara normal Bagaimanapun jika diizinkan kelahiran ini ia boleh berlaku Cumanya ramai yang tak mahu ambil risiko kerana risaukan nyawa bayi da...
Pelajar Perempuan Dimalukan Diraba Untuk Periksa Datang Bulan

Pelajar Perempuan Dimalukan Diraba Untuk Periksa Datang Bulan

papar berkaitan - pada 22/4/2021 - jumlah : 292 hits
Alyaa AlhadjriAmalan memeriksa pelajar perempuan secara fizikal untuk membuktikan mereka datang bulan dikatakan berlaku sejak 20 tahun lalu menurut pelajar dan bekas pelajar di beberapa buah sekolah Perbuatan yang dilakukan para guru warden...
Pengasuh Suami Dipercayai Bunuh Bayi 9 Bulan

Pengasuh Suami Dipercayai Bunuh Bayi 9 Bulan

papar berkaitan - pada 1/5/2021 - jumlah : 425 hits
Oleh MASZUREEN HADZMAN PETALING JAYA Seorang pengasuh wanita dan suaminya ditahan selepas disyaki membunuh seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan Selasa lalu Pasangan berusia 35 tahun itu ditahan di sebuah rumah di pangsapuri Jalan PJU ...
Cepat Sangat Adik Pergi Kami Akan Rindui Aira Gurauan Terakhir Sebelum Jatuh Tingkat 3

Cepat Sangat Adik Pergi Kami Akan Rindui Aira Gurauan Terakhir Sebelum Jatuh Tingkat 3

papar berkaitan - pada 5/5/2021 - jumlah : 354 hits
Hanya 11 bulan sahaja Allah pinjamkan adik untuk kami semua Gelak ketawa adik menjadi kenangan terindah buat kami Kami sentiasa rindukan adik Kakak Haziqah pun asik tanya adik je Lepas ni daddy dah tak boleh nak cubit pipi adik yang debab t...
Tiba Tiba Terjaga Dari Tidur Muntah Atas Katil Ayda Jebat Alah Teruk Di Awal Kehamilan

Tiba Tiba Terjaga Dari Tidur Muntah Atas Katil Ayda Jebat Alah Teruk Di Awal Kehamilan

papar berkaitan - pada 1/5/2021 - jumlah : 309 hits
Fasa fasa awal kehamilan sememangnya begitu mendebarkan Mana tidaknya kandungan yang masih lagi tidak stabil memerlukan sokongan yang kuat untuk meneruskan kehamilan hingga sembilan bulan Pelakon dan penyanyi Ayda Jebat juga tidak ketinggal...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Ciri Ciri Kad Pengenalan Baru

Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu