Berlian Ketiga Terbesar Di Dunia Anggaran Harga Rm231 Juta Ditemui


 
Sebutir berlian yang dipercayai ketiga terbesar di dunia ditemui di Botswana, lapor CNN kelmarin.


Berlian belum dicanai seberat berat 1,098 karat (219.6 gram) dan berukuran 7.6 sentimeter itu dianggarkan bernilai sekitar £40 juta (RM231 juta).




Ia ditemui di tapak perlombongan terkaya dunia di Jwaneng oleh syarikat Debswana Diamond Company (Debswana).


Pemangku Pengarah Urusan Debswana, Lynette Armstrong, berkata pihaknya percaya berlian itu adalah ketiga terbesar ditemui di dunia.


"Berlian yang jarang dan luar biasa itu amat bermakna buat Botswana, penemuannya membawa harapan kepada negara ini yang kini bergelut dengan krisis ekonomi semasa," katanya.


Berlian terbesar di dunia, Cullinan, ditemui di Afrika Selatan pada 1905 dengan berat 3,106 karat (621.2 gram), yang kemudian dipotong menjadi butiran lebih kecil termasuk beberapa yang kini dimiliki keluarga diraja Britain.


Ini diikuti berlian Lesedi La Rona bersaiz 1,109 karat (221.8 gram) yang ditemui syarikat Kanada, Lucara Diamond di lombong Karowe, juga di Botswana pada 2015.


Menurut Armstrong, penemuan kali ini adalah berlian terbesar dalam sejarah 50 tahun syarikat Debswana.


Debswana adalah syarikat usaha sama antara kerajaan Botswana dan gergasi berlian global, De Beers.


"Pada masa ini, kami belum membuat keputusan sama ada mahu menjual berlian ini menerusi saluran jualan De Beers atau melalui syarikat milik kerajaan, Okavango Diamond Company," katanya.


Bagaimanapun, menurut seorang jurucakap Debswana, syarikat itu akan menjual berlian itu dengan cara yang akan memberikan manfaat maksimum kepada rakyat negara itu.


Pada Rabu lalu, berlian itu diserahkan kepada Presiden Botswana, Mokgweetsi Masisi, di ibu negara, Gaborone.



Sementara itu, Menteri Mineral Botswana, Lefoko Moagi, berkata penemuan berlian itu berlaku pada waktu yang tepat selepas pandemik COVID-19 memberi kesan buruk kepada jualan berlian negara itu tahun lalu. - AGENSI


Berlian ketiga terbesar di dunia ditemui
Pautan : https://www.bharian.com.my/dunia/afrika/2021/06/829749/berlian-ketiga-terbesar-di-dunia-ditemui


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.simiey.info/2021/06/berlian-ketiga-terbesar-di-dunia.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+simiey/nQtu+(simiey%5Bdot%5Dcom)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bukan Mudah Nak Masuk Penjara Terbesar Dunia Rakan Ngo Percaya Ebit Lew Selamat

Bukan Mudah Nak Masuk Penjara Terbesar Dunia Rakan Ngo Percaya Ebit Lew Selamat

papar berkaitan - pada 12/6/2021 - jumlah : 521 hits
Bukan mudah nak masuk penjara terbesar dunia Rakan NGO percaya Ebit Lew selamat kongsi pengalaman pernah 36 kali cuba masuk Gaza tapi tak lepasSani bersama arwah Abdul Aziz ketika masuk ke Gaza pada 2018 MAJLIS Perundingan Pertubuhan Islam ...
Laut China Selatan Punca Perang Dunia Ketiga

Laut China Selatan Punca Perang Dunia Ketiga

papar berkaitan - pada 11/6/2021 - jumlah : 553 hits
Aminuddin YahayaMutakhir ini tersebar berita kapal kapal perang China dan Amerika sedang berlegar di Laut China Selatan sehingga dikatakan mengganggu kerja penggalian minyak oleh Petronas Kapal perang Australia juga dilihat meronda bersama ...
Lima Negara Memiliki Rizab Uranium Terbesar Di Dunia

Lima Negara Memiliki Rizab Uranium Terbesar Di Dunia

papar berkaitan - pada 10/6/2021 - jumlah : 550 hits
Uranium adalah komoditi penting dalam sektor tenaga nuklear Sumber uranium yang dilombong telah menyediakan bahan bakar untuk penjanaan tenaga nuklear selama lebih dari 60 tahun dan hari ini tenaga nuklear merangkumi 10 peratus daripada kep...
Harga Minyak Sawit Bukan Ditentukan Oleh Menteri Tapi Pasaran Dunia

Harga Minyak Sawit Bukan Ditentukan Oleh Menteri Tapi Pasaran Dunia

papar berkaitan - pada 16/6/2021 - jumlah : 323 hits
HAMDAN TAHAHarga minyak masak sawit sekarang agak tinggi berbanding di zaman PH memerintah saya sangat setuju tu Walaupun harga minyak masak di zaman PH tapi orang kampung yang ada sawit amat marah pada kerajaan PH ketika itu kerana harga s...
Covid 19 Kes Positif Seluruh Dunia Lebih 175 7 Juta Kematian 3 79 Juta

Covid 19 Kes Positif Seluruh Dunia Lebih 175 7 Juta Kematian 3 79 Juta

papar berkaitan - pada 14/6/2021 - jumlah : 332 hits
Astro AwaniJumlah jangkitan menunjukkan pertambahan kes global dengan lebih 400 000 kes jangkitan baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas Gambar failJUMLAH kumulatif kes positif COVID 19 seluruh dunia ketika ini melepasi 175 7 juta Jumlah ...
Harga Lelong Kerusi Lipat Titanic Lebih Setengah Juta

Harga Lelong Kerusi Lipat Titanic Lebih Setengah Juta

papar berkaitan - pada 15/6/2021 - jumlah : 391 hits
Sebuah kerusi lipat diperbuat daripada kayu yang ditemui dari bangkai kapal Titanic dijual pada 100 350 dalam satu majlis lelongan Portal Daily Mail melaporkan bahawa kerusi berkenaan untuk kemudahan penumpang kelas pertama bersantai di kap...
Harga Minyak Sawit Naik Tiga Juta Rakyat Untung

Harga Minyak Sawit Naik Tiga Juta Rakyat Untung

papar berkaitan - pada 9/6/2021 - jumlah : 404 hits
Oleh SYAHIRAH SALLEH KUALA LUMPUR Kenaikan harga minyak sawit menguntungkan tiga juta rakyat Malaysia yang bergantung pendapatan kepada industri itu sekali gus mengeluarkan mereka daripada status kemiskinan Kenaikan itu digambarkan seolah m...
Cara Menghilangkan Rasa Pedas Dengan Cepat

Indonesia Rancang Denda Hingga Us 8 5 Bilion Ke Atas Syarikat Sawit Di Usaha Pemuliharaan Alam

Temporary Road Closure In Bukit Bintang For I Lite U Launch

Adun Kuala Perlis Angkat Sumpah Menteri Besar Perlis Baharu

30 Contoh Azam Tahun Baru 2026 Tips Kewangan

Telecom Tower Catches Fire In Kuala Kangsar

Cara Tambah Income Tanpa Modal Besar Strategi Selamat Realistik Untuk Orang Biasa

Ikan Talapia Merah Dan Ikan Puyu


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Cantiknya Orkid

Dah Hampir 5 Hari Blog Ni Senyap Tanpa Khabar

Quick Healthy Recipes Ebook Free

Untuk Diri Sendiri

Ada Orang Belanja Pergi Spa

Dilema Data Pencil