Berlapik Ketika Cadang Bubar Parlimen
SITUASI politik dalam negara menjadi semakin menarik apabila Barisan Nasional (BN) telah memenangi 40 kerusi daripada 56 kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 12 Mac lalu sekali gus dapat membentuk sebuah kerajaan majoriti dua per tiga yang lebih kukuh.
Walau apapun hujah diberikan untuk memperkecilkan kemenangan BN di Johor seperti kononnya ia bukan kemenangan mutlak atau BN sebenarnya kalah dari sudut undi popular, hakikatnya BN tetap menang besar dan lawan-lawan BN semuanya tersungkur ke bumi.
Keadaan ini memberi keyakinan kepada BN untuk memenangi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) malah menimbulkan gelombang semangat yang berubah menjadi desakan supaya pilihan raya itu dilangsungkan segera bagi mengambil momentum kemenangan ini.
Tambahan pula dengan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 yang akan berlangsung dari 16 ke 19 Mac ini setelah lama tertangguh ekoran pandemik Covid-19 dibuat sejurus selepas kemenangan di Johor pastilah akan dipenuhi oleh aura positif kemenangan.
Memang diakui ada sedikit masalah yang berlaku bila urusan pelantikan Menteri Besar Johor yang baharu tidak berlaku seperti mana dirancang dengan tokoh yang diumumkan awal untuk menjawatnya, Datuk Seri Ir. Hasni Mohamad, akhirnya terkuis ke tepi.
Keadaan ini pastilah menimbulkan kekecewaan dalam kalangan banyak pihak kerana ia memberikan gambaran seolah-olah UMNO tidak mampu atau mungkin juga tidak mahu mengotakan janji yang dibuat dalam PRN Johor kepada pengundi.
Kekecewaan ini mendorong tokoh veteran UMNO Johor, Tan Sri Shahrir Samad meluahkan rasa malu hendak ke PAU 2021 kerana “taklah sehebat mana UMNO Johor” kerana “tidak berupaya meletakkan ketua parti sebagai ketua kerajaan”.
Walaupun pengenepian Hasni boleh menjadi satu isu yang mungkin mencacatkan sedikit kemeriahan PAU 2021 tetapi diyakini bahawa ia tetap tidak akan mampu untuk memudarkan gelombang keyakinan para perwakilan untuk menghadapi PRU15.
Ini kerana seluruh rakyat tahu bahawa kuasa melantik Menteri Besar dan Ketua Menteri di peringkat negeri serta kuasa melantik Perdana Menteri di peringkat Pusat adalah terletak di tangan Raja-Raja Melayu dan Yang di-Pertua Negeri serta Yang di-Pertuan Agong.
Sejarah merekodkan beberapa kali nama-nama pemimpin yang dicalonkan sebagai Menteri Besar oleh parti-parti di beberapa negeri tertentu seperti Terengganu, Selangor dan Perlis ditolak oleh Raja-Raja Melayu di negeri-negeri tersebut.
SANDAR PADA PERLEMBAGAAN
Sebab itulah dalam berpolitik kita perlu berhemah dengan sentiasa menyandarkan pernyataan kepada Perlembagaan dan undang-undang negeri atau negara, termasuklah dalam soal pengemukaan calon ketua kerajaan yang tertaklukkepada ketua negeri atau negara.
Begitulah juga dalam soal desakan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob supaya disegerakan pembubaran Parlimen bagi membolehkan berlangsungnya PRU15 secepat mungkin yang dijangka akan didengungkan di dalam PAU 2021 ini.
Semua pihak perlu ingat bahawa mengikut Perkara 40(2)(b) Perlembagaan Persekutuan kuasa untuk membubarkan Parlimen terletak di tangan Yang di-Pertuan Agong manakala Perdana Menteri pula hanya berkuasa memberi nasihat sahaja.
Janganlah membuat kenyataan, cadangan dan seruan yang boleh menyentuh sensitiviti pihak lain dalam keghairahan momentum kemenangan yang sedang memihak kepada kita.
Kuasa budi bicara Yang di-Pertuan Agong, sama ada untuk melantik Perdana Menteri atau untuk membubarkan Parlimen adalah sesuatu yang cukup jelas, tidak pernah dipertikaikan dan diakui oleh semua pakar Perlembagaan dan undang-undang.
Sehubungan itu, apa-apa kenyataan, cadangan dan seruan yang menyentuh mengenai pembubaran Parlimen, jika ada, perlulah dibuat secara berlapik sesuai dengan adat orang Melayu Islam dengan mengambil kira kuasa Yang di-Pertuan Agong.
Dari sudut peraturan parti pula, sebarang pengemukaan usul di PAU 2021 juga perlulah dibuat mengikut prosedur supaya tidak bercanggah dengan Perlembagaan parti mahupun amalan yang sekian lama diamalkan oleh UMNO mengenainya.
Usul mengikut peraturannya perlu melalui prosedur yang tertentu, bermula daripada peringkat bahagian dan setakat ini laporan media menyatakan bahawa antara usul terpenting dan terpopular ialah menyokong Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri.
TIDAK PERLU BUBAR PARLIMEN
Oleh itu, jika ketika PAU 2021 ini nanti akan ada mana-mana usul khas yang mendesak Ismail Sabri menasihatkan Yang di-Pertuan Agong supaya membubarkan Parlimen maka tidakkah ini akan bercanggah dengan usul menyokong beliau sebagai Perdana Menteri?
Saya dan rakan-rakan berpandangan bahawa tiada keperluan untuk Ismail Sabri menasihatkan Yang di-Pertuan Agong supaya membubarkan Parlimen dengan segera kerana kerajaan sekarang masih berfungsi dan dapat menjalankan urusan pentadbiran dengan baik.
Memang tidak dinafikan bahawa Malaysia memerlukan sebuah kerajaan yang kukuh dan stabil namun situasi pandemik Covid-19 yang masih belum berakhir memerlukan tumpuan diberikan kepada usaha pemulihan ekonomi negara dan penjagaan kebajikan rakyat.
Usaha pemulihan ekonomi negara dan penjagaan kebajikan rakyat ini tidak memerlukan majoriti dua per tiga di Parlimen kerana ia hanya memerlukan sokongan mudah berterusan di Parlimen yang tidak ada tanda untuk digugat pun.
Sekiranya disegerakan juga PRU15 secara tidak langsung akan memberi gambaran politik yang negatif terhadap UMNO dan BN yang akan dilihat lebih mengutamakan kuasa berbanding menyelesaikan isu-isu kesusahan dan kehidupan rakyat.
Apatah lagi Ismail Sabri sendiri selaku Perdana Menteri yang mewakili UMNO dan BN telah berjaya menunaikan hampir kesemua garis panduan utama yang telah diberikan oleh Majlis Kerja Tertinggi UMNO kepada beliau pada 27 Ogos 2021.
DR. Hussain Yusri Zawawi ialah Ketua Pusat Pengajian Hubungan Antarabangsa, Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa Universiti Sultan Zainal Abidin.
Berlapik ketika cadang bubar Parlimen
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email :
[email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
Tengku Zafrul letak jawatan jika pengeluaran ‘one-off’ KWSP dibenarkan
PM mahu KWSP pastikan pengeluaran khas RM10,000 dipermudahkan
Pengeluaran KWSP, UMNO berjaya! Ikrar akan terus juarai isu rakyat
Farhash sindir ‘Raja Formula’ selepas Rafizi umum tanding timbalan presiden
Dua wanita jual ‘karipap malam’ dirumah dicekup polis
Menjelang PRU-15, BN-UMNO dilihat langkah kanan berdepan lawan
Penyanyi Sensasi Baby Shima Dituduh Jual Arak Bukan Jamu [VIDEO]
‘Sanggup Berpanas Demi Rezeki’ – Bidadari Cantik Jual Pau Viral Rupanya Penyanyi Bienda [VIDEO]
Kecelaruan dalam PAS melibatkan kepimpinan tertinggi
Pesawat terbesar dunia Antonov musnah di bom Rusia [VIDEO]
‘Seriau Tengok’ Heboh Foto Mayat Tangmo Nida Tular Di Media Sosial, Netizen Malaysia Tolong Siasat.
Isteri tikam zakar suami guna lembing, mangsa lari ke rumah ibu
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Mahathir, Anwar & Hadi sudah tidak releven dalam politik negara
Muafakat Nasional kemungkinan terkubur kerana ego PAS
Memalukan! Tiga wanita bergelek di majlis akhir tahun sekolah tahfiz [VIDEO]
Rafizi tidak mahu ‘langgar’ Anwar kerana mahu parti stabil
The post Berlapik ketika cadang bubar Parlimen appeared first on MYKMU.NET.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2022/03/18/berlapik-ketika-cadang-bubar-parlimen/