Berkurung 24jam Lapor Diri Setiap Hari Samirah Sanggup Patuhi Syarat Ketat


foto sumber internet
PUTRAJAYA - Samirah Muzaffar yang menghadapi pertuduhan membunuh suaminya, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Sdn Bhd (Cradle Fund) Nazrin Hassan sanggup mematuhi syarat-syarat ketat yang ditetapkan oleh mahkamah bagi membolehkan dia dilepaskan dengan jaminan sementara menunggu perbicaraan, Mahkamah Rayuan diberitahu hari ini.

Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Samirah menghujahkan bahawa anak guamnya akan mematuhi apa juga syarat seperti berkurung dalam rumah 24 jam sehari dan melapor diri di balai polis setiap hari sebagai sebahagian daripada syarat ikat jamin.

Loading...
“Dia sanggup menerima apa pun syarat ikat jamin yang ketat. Malah, jika dikurung dalam apartmennya 24 jam sehari pun dia sanggup asalkan dia dapat bersama dengan anak-anaknya, terutama untuk menjaga anaknya yang berusia dua dan empat tahun.

“Malah, dia sanggup untuk melapor diri di balai polis setiap hari kerana dia perlu untuk berada bersama anak-anak. Dia seorang ibu kepada empat orang anak dan yang sulung akan menduduki peperiksaan SPM pada bulan November,” kata Muhammad Shafee di hadapan panel tiga hakim yang dipengerusikan oleh Hakim Datuk Kamardin Hashim.

Samirah memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak pemohonan ikat jaminnya sementara menunggu perbicaraan kesnya yang ditetapkan pada 3 September.


Pada 12 Mac, Samirah, 44, bekas eksekutif kanan di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO); dua remaja berusia 14 dan 17; dan seorang warganegara Indonesia Eka Wahyu Lestari, yang kini masih bebas, dituduh membunuh Nazrin, 47, di sebuah rumah di Mutiara Homes, dekat sini, antara 11.30 malam pada 13 Jun 2018, dan 4 pagi pada 14 Jun 2018. Pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan itu yang dibaca bersama Seksyen 34 akta yang sama, memperuntukkan hukuman mati mandatori jika disabitkan dengan kesalahan itu.

Pada 27 Mac, kedua-dua remaja lelaki itu dibenarkan diikat jamin RM50,000 dengan dua penjamin masing-masing.

Muhammad Shafee menghujahkan bahawa Hakim Mahkamah Tinggi tidak konsisten dalam keputusannya apabila beliau membenarkan ikat jamin terhadap kedua-dua remaja itu tetapi menolak ikat jamin bagi Samirah atas alasan ada kemungkinan saksi akan diganggu, iaitu mereka yang juga anggota keluarganya.

Muhammad Shafee berkata Samirah telah dituduh di mahkamah sembilan bulan selepas kejadian itu yang beliau sifatkan sebagai "satu kemalangan" dan sebelum itu dia telah ditahan reman untuk membantu siasatan dan dilepaskan kemudian dengan jaminan polis.

“Tidak ada aduan yang dia mengganggu saksi dalam tempoh sembilan bulan, kalau dia hendak mengganggu saksi, dia sudah melakukannya lama dahulu,” kata beliau.

Muhammad Shafee turut membacakan sebahagian daripada laporan ahli patologi, polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat selain afidavit Samirah, lalu Hakim Kamardin mengingatkan beliau agar tidak menyentuh merit kes memandangkan ini rayuan terhadap satu permohonan untuk mendapatkan ikat jamin.

Muhammad Shafee membacakan afidavit dan berkata, anak guamnya menolak spekulasi kononnya kejadian itu berlaku kerana menginginkan faedah kewangan dan berkata bahawa anak guamnya seorang wanita berkerjaya, seorang peguam. Dia telah menyara keluarganya selama ini dan dia lebih stabil dari segi kewangan daripada suaminya (Nazrin). Kepada perkara itu, Hakim Kamardin bertanyakan mengenai motif pembunuhan dan Muhammad Shafee menjawab, “Tiada, motifnya kosong."

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Jamil Aripin memetik penghakiman dalam kes rayuan Datuk Seri Najib Tun Razak di mana diputuskan bahawa campur tangan mahkamah rayuan hanya wajar sekiranya hakim perbicaraan (Mahkamah Tinggi) khilaf dari segi fakta dan undang-undang.

Beliau berkata, hakim Mahkamah Tinggi, setelah mempertimbangkan hujahan-hujahan, afidavit serta semua fakta penting dan material, telah menggunakan kuasa budi bicaranya untuk menolak pemberian ikat jamin.

“Kami menghujahkan bahawa tiada khilaf dari segi fakta dan undang-undang oleh Mahkamah Tinggi untuk mewajarkan campur tangan Mahkamah Rayuan," kata beliau.

Kepada perkara itu, Hakim Kamardin bertanyakan Jamil bahawa sekiranya mahkamah membenarkan ikat jamin, adakah ia prejudis kepada kes pendakwaan.

Jamil menjawab, dalam kebanyakan kes bunuh yang membawa hukuman mati, tertuduh tidak akan dibenarkan ikat jamin kecuali wujud keadaan istimewa dan luar biasa. “Ia tidak adil bagi pesalah-pesalah lain di bawah Seksyen 302 yang ditahan reman kecuali ada sebab luar biasa.

Dalam kes Datuk Balwant Singh ada faktor membela diri dan pertimbangan faktor umur tertuduh pada waktu itu. Jadi dia dibenarkan ikat jamin.

“Tetapi apakah keadaan-keadaan istimewa dalam kes semasa ini,” katanya.

Hakim Kamardin yang mempengerusikan sidang bersama-sama hakim Datuk Rhodzariah Bujang dan Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menetapkan 10 Mei untuk menyambung semula mendengar penghujahan. - Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.com/2019/04/berkurung-24jam-lapor-diri-setiap-hari.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ratusan Hacker Setiap Hari Berusaha Bobol Situs Kpu

Ratusan Hacker Setiap Hari Berusaha Bobol Situs Kpu

papar berkaitan - pada 25/4/2019 - jumlah : 268 hits
Komisioner Komisi Pemilihan Umum RI Hasyim Asy ari menyebut ada ratusan hacker yang mencoba meretas sistem informasi teknologi atau server milik KPU Menurut Hasyim percobaan meretas itu terjadi setiap hari
Video Walau Gempabumi 3 Nurse Sanggup Abaikan Keselamatan Diri Demi Bayi Baru Lahir

Video Walau Gempabumi 3 Nurse Sanggup Abaikan Keselamatan Diri Demi Bayi Baru Lahir

papar berkaitan - pada 20/4/2019 - jumlah : 277 hits
Satu kejadian gempabumi yang agak kuat telah melanda wilayah Hualien di Taiwan pada 18 April yang lepas Keadaan tersebut menyebabkan ramai penduduk berasa panik dan lari untuk mendapatkan perlindungan Boleh dikatakan semua penduduk telah be...
Tak Sanggup Buka Tudung Terbayang Diri Jadi Penghuni Neraka Che Ta

Tak Sanggup Buka Tudung Terbayang Diri Jadi Penghuni Neraka Che Ta

papar berkaitan - pada 30/4/2019 - jumlah : 429 hits
Seorang wanita Sejak kebelakangan ini semakin bertambah artis wanita membuat keputusan untuk membuka tudung dengan alasan mereka memakai tudung bukan kerana Allah Malah dengan berani berkata mereka lebih selesa selepas kembali menjadi diri ...
Selepas Kahwin Bapa Mesej Setiap Hari Tanya Masak Apa

Selepas Kahwin Bapa Mesej Setiap Hari Tanya Masak Apa

papar berkaitan - pada 16/4/2019 - jumlah : 572 hits
Senario melibatkan seorang bapa yang masih lagi risau dengan anak perempuan kesayangannya yang baru mendirikan rumah tangga sekitar tiga minggu lalu Kisah itu tular di laman Twitter setelah Natasshia Azirah Abdul Aziz memuat naik paparan sk...
Buang Bayi Setiap 3 Hari

Buang Bayi Setiap 3 Hari

papar berkaitan - pada 27/4/2019 - jumlah : 725 hits
SETIAP tiga hari akan ada seorang bayi dibuang sama ada dijumpai mati atau hidup Walaupun ia sesuatu yang menyayat hati dan dianggap tidak berperikemanusiaan tetapi itulah fakta sebenar serta realiti yang berlaku dalam masyarakat kita Malah...
Ada Kes Wanita Cederakan Bayi Kerana Tertekan Suami Berilah Isteri Waktu Bertenang Setiap Hari

Ada Kes Wanita Cederakan Bayi Kerana Tertekan Suami Berilah Isteri Waktu Bertenang Setiap Hari

papar berkaitan - pada 17/4/2019 - jumlah : 502 hits
Sebagai ibu kita perlukan masa rehat untuk diri sendiri Kenapa Setiap tubuh badan manusia memerlukan waktu rehat yang cukup terutama untuk fizikal dan mental setelah penat menguruskan hal rumahtangga Fizikal yang penat ditambah pula dengan ...
Kau Kerjalah Sampai Tengah Malam Setiap Hari Sekalipun Orang Tak Akan Hargai Tapi Sekali Kau Buat Silap Kau Akan

Kau Kerjalah Sampai Tengah Malam Setiap Hari Sekalipun Orang Tak Akan Hargai Tapi Sekali Kau Buat Silap Kau Akan

papar berkaitan - pada 24/4/2019 - jumlah : 691 hits
Memang susah nak dapat kerja sekarang Bila dapat kerja makan gaji tak kiralah dengan swasta atau gomen hadap sajalah segala yang depa tetapkan Dalam sektor pekerjaan kau jangan harapkan much appreciation dari orang atasan tau Contohnya kau ...
Bayang Kalau 1 000 Orang Kena Setiap Hari Pengguna Dakwa Kredit Telefon Dirembat Rm12 Oleh Pihak Ketiga

Bayang Kalau 1 000 Orang Kena Setiap Hari Pengguna Dakwa Kredit Telefon Dirembat Rm12 Oleh Pihak Ketiga

papar berkaitan - pada 22/4/2019 - jumlah : 381 hits
The ReporterSeringkali pengguna menerima mesej pengiklanan dari pihak yang tidak diketahui dan adakalanya terlalu kerap membuatkan pengguna berasa terganggu Kes kehilangan kredit bukan isu baru dan pernah terjadi sebelum ini Tetapi baru bar...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Rahman Lao Masakan Cina Asli Muslim Di Bangi

Cuti Sekolah Tak Bosan Pelbagai Aktiviti Untuk Anak Anak

Telefilem This Is Pilah

Tip Masak Sagu Supaya Hasilnya Cantik Tak Melekat

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Kemalangan Tayar Lori Tercabut Punca Kronologi Kematian