Berkongsi Ikan Dengan Bunian Sungai Sekayu


Sepanjang sejarah aktiviti kaki pancing, setidak-tidaknya sekali pasti tersasar ke alam paranormal. Pengalaman ini dianggap menyeramkan disebabkan ramai yang menyedari bumi ini tidak dihuni sesiapa kecuali insan bernama manusia sedangkan sebaliknya dikongsi bersama makhluk alam lain.

Gambar hiasan

Cuma, realiti kewujudan mereka mustahil dapat disaksikan dengan mata kasar. Pertembungan dengan makhluk itu kami alami pada suasana hening petang musim kemarau Mac 2005 lalu.

Itulah kali pertama aku melangkah ke Sekayu, Hulu Terengganu untuk melabuhkan kail. Sebelumnya, puluhan kali sudah aku ke sana tetapi untuk tujuan berkelah bersama keluarga.

Untuk menduga isi sungai, kali ini tidak mungkin aku injak kaki ke zon perkelahan yang berkocak dan hiruk-pikuk dengan pengunjung. Justeru, aku mencari sebatang anak sungai berair tenang di persekitaran yang sunyi.

Beraksi dengan ditemani bekas muridku, tidak mengundang rasa gusar lantaran lokasi itu ialah laluan menuju kompleks chalet Majlis Daerah Hulu Terengganu.

Terdapat sebuah jambatan konkrit kira-kira 10 meter yang dilalui pelanggan chalet yang berkereta dan bermotosikal.

Air anak sungai selebar lebih kurang 9 meter itu hanya separas lutut. Di beberapa tempat, batu kelikir dan pasir timbul akibat ancaman kemarau.

Namun, airnya yang tetap jernih menjadi petanda bebas daripada sebarang bentuk pencemaran. Paras air yang secetek itu sedikitpun tidak menggusarkanku.

“Ada ikan ke air macam ni?” Fahim bersuara sangsi. Aku sekadar tersenyum.

Aku pasti di bawah daun kering, reba atau batu bersembunyi ikan yang kami buru. Sikang atau dikenali sebagai trout Malaysia yang lemak rasanya sudah lama tidak menjadi hidangan.

Lebih kuharapkan, sentapan sikang yang cukup bertenaga dan mengagumkan dan dengan mempertaruhkan mata kail terkecil iaitu nombor 8, aku mula membuat percaturan.

Sikang spesies yang pemalu. Kalau sambaran kali pertama gagal menelan umpan, ikan eksotik ini menjadi sensitif dan jarang beraksi dalam jangka masa pendek.

Jadi, pengail kena pastikan dengan sekali ragut, mangsa mesti didaratkan malah untuk menawan sikang, batu ladung tidak perlu kerana tabiatnya yang gemar menyambar benda terampai.

Pengalamanku bermain dengan sikang membolehkan pada minit berikutnya satu demi satu sikang bersaiz lebih sejengkal panjangnya menggelupur di atas pasir lunak. Perolehan Fahim juga cukup memberangsangkan.

Baru dia tahu yang sikang tidak memerlukan air yang banyak untuk hidup. Malah dia kagum dalam air yang secetek itu tetap tersembunyi banyak rezeki.

Dalam keseronokan melayan kerenah sikang, aku terdengar suara riuh-rendah di dusun rambutan yang bersemak-samun di tepi sungai itu.

Aku tidak acuhkan hal itu. Ku kira keluarga pemilik dusun memetik rambutan. Fahim mahu bercakap hal itu, tetapi aku mengingatkan usah ambil tahu.

“Kita ke mari nak cari sikang!” tegasku.

Adat orang mengail, apabila sambutan ikan di lubuk terawal tidak menggalakkan, lebih baik beredar. Itu yang kami lakukan dengan beranjak ke hilir lagi kerana mendambakan sentapan lebih bermakna. Tanpa jemu, aktiviti diteruskan.

Aku harap mendung yang kian gelap mencetuskan semacam keghairahan bagi sikang untuk merentap umpan.

Aku masih ingat bagaimana galaknya sikang merentap umpan dalam renyai gerimis di Sungai Menerong.

Tatkala aku mengintai lubuk di hilir, pandanganku tertampan benda berapung dibawa arus. Benda itu memang biasa– kulit rambutan muda berserta bijinya.

Akan tetapi situasinya menjadi luar biasa disebabkan bukan satu dua, tetapi dalam jumlah yang besar. Malah aku sedari semakin lama semakin banyak.

“Siapa pula meratah putik rambutan di hulu ni?” aku dengar rungutan Fahim.

“Ini tak lain kerja budak-budak di dusun tu,” sahutku acuh tak acuh.

Tatkala aku berpaling ke sisi kanan, terdapat lebih banyak sampah serupa di sepanjang batang kayu tumbang tempat aku melabuhkan punggung.

Ini bermakna, si pembuat sampah berada di hulu dan di hilir kami malah, terdapat lebih banyak sisa aneh di darat.

Mulanya kulihat hanya sedikit namun seperti yang terapung tadi, semakin lama semakin banyak. Mataku sendiri menyaksikan benda itu dari seminit ke seminit.

Sah, ada sesuatu yang sedang meratahnya. Benakku segera mencongak mereka tentu ramai.

Fahim turut cepat tersedar fenomena yang sedang kami lalui ketika itu. Tidak semena-mena saja bulu tengkukku meremang.

Fahim memandangku dengan cemas berbaur hairan. Di samping berhemat-hemat mengawal mulut daripada bersuara, aku memberikan isyarat Fahim supaya diam.

Nampaknya ketika itu tepian sungai bukan hak kami berdua. Dalam diulit seram, aku tetap ternanti-nanti perkembangan selanjutnya.

Fahim tiba-tiba menuding sesuatu, baru aku sedar di atas pasir di depan kami ada beberapa ekor sikang menggeletek.

Tiada kesan pancingan. Kami baru meninjau lubuk di sini tetapi ikan sudah bergelimpangan di darat.

Fahim sekali lagi menuding ke tengah sungai. Pandanganku tertumpu ke situ.

Alur yang terdalam di situ terempang dengan batu sungai. Kami tahu apa tujuannya dan pihak mana melakukannya.

“Nampaknya kita sama-sama menggemari sikang!” desis hatiku.

Congak punya congak, aku memutuskan lebih selamat kami berundur. Semua peralatan ku kemas segera.

“Mujur ‘budak-budak’ tu tak ikut kita balik!” ujarku lega mengurut dada.

Ketika pulang Fahim meluahkan kemusykilan, “Betul ke Sekayu juga menjadi perkampungan bunian?”

“Bunian?” aku menjegilkan mata.

“Dari mana kamu dengar cerita ni?” Aku sengaja menduga. Namun sebenarnya aku tersentak dengan pertanyaan itu.

Rupa-rupa Fahim peka akan kejadian yang kami alami. Sebelum mengakui hal itu, aku cuba membalikkan ingatan.

Berdasarkan cerita lisan orang tua-tua Kampung Bukit Diman, pada lebih tiga dekad lalu, sekeluarga bunian di Kampung Bukit Diman iaitu tempat tinggalku sekarang ‘dibuang’ ke Betong, dekat Belukar Bukit.

Aku rasa generasi asal itu beranak-pinak dan berkelana hingga ke Sekayu sementelahan kedua-dua air terjun itu berjiran.

Malah, kes kehilangan ahli Pengakap Kelana secara misteri selama dua minggu beberapa tahun lalu, menurut tilikan pawang dikaitkan dengan bunian di Gunung Bewah, Tasik Kenyir.

Dikatakan bunian di situ juga berasal dari Belukar Bukit dan dari kalangan yang baik.

Hal ini terbukti kerana mereka menghantar ahli pengakap pulang ke rumahnya di Kampung Buloh, Kuala Berang.

“Mujur kita bertembung dengan bunian baik!” ujarku.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
Kenapa Biasanya Lelaki Yang Hilang Dalam Hutan, Bukan Perempuan?Legenda Puteri Gunung Ledang Bunian Atau Jin?
-Sentiasapanas.com



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2019/09/misteri-bunian-sungai-sekayu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kekurangan Oksigen Punca Ikan Mati Di Sungai Gombak

Kekurangan Oksigen Punca Ikan Mati Di Sungai Gombak

papar berkaitan - pada 22/8/2019 - jumlah : 338 hits
Bernama Siasatan dilakukan tidak menemui sisa sisa kimia boleh dikaitkan dengan keracunan seperti didakwa orang ramai Bernama KUALA LUMPUR Kejadian beratus ratus bangkai ikan ditemui terapung di permukaan Sungai Gombak awal bulan ini diperc...
Kawasan Perkelahan Sungai Chomo

Kawasan Perkelahan Sungai Chomo

papar berkaitan - pada 2/9/2019 - jumlah : 542 hits
Sungai chomo merupakan tempat bela ternak ikan sangkar di tasik kenyir tetapi yg aku nak citer tentang sungai chomo tempat berkelah bukan sungai chomo tempat bela ikan dlm sangkar dlm tasik kenyir Tempat berkelah sungai chomo tak popular se...
Idea Bisnes Kawasan Pantai Sungai Tasik Dan Kolam

Idea Bisnes Kawasan Pantai Sungai Tasik Dan Kolam

papar berkaitan - pada 3/9/2019 - jumlah : 779 hits
Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua Masa kini ramai rakan rakan kita berjinak jinak dengan bisnes Kekadang dah ada kerja tapi hujung minggu buat bisnes part time pulak Alhamdulillah baguslah begitu BISNES HUJUNG MINGGUSelalunya bi...
Intrusi Air Laut Bikin Kadar Garam Sungai Mahakam Naik Pdam Samarinda Setop Produksi

Intrusi Air Laut Bikin Kadar Garam Sungai Mahakam Naik Pdam Samarinda Setop Produksi

papar berkaitan - pada 4/9/2019 - jumlah : 222 hits
Intrusi air laut di Sungai Mahakam sebagai bahan baku utama produksi air bersih PDAM Tirta Kencana Samarinda kepada pelanggan terus terjadi Kadar klorida menembus 310 part per million Ribuan pelanggan terancam kekurangan air bersih
Nelayan Temui Mayat Dua Beradik Lemas Di Sungai Sepang

Nelayan Temui Mayat Dua Beradik Lemas Di Sungai Sepang

papar berkaitan - pada 2/9/2019 - jumlah : 412 hits
Anggota bomba menjalankan gerakan mencari dan menyelamat dua kanak kanak yang dikhuatiri lemas 31 Ogos 2019 Terbaru mayat mereka ditemui nelayan Foto ihsan Facebook RajaSEPANG 1 Sept Mayat dua beradik yang lemas selepas dihanyutkkan arus de...
31 Premis Di Sungai Lembing Musnah Terbakar

31 Premis Di Sungai Lembing Musnah Terbakar

papar berkaitan - pada 31/8/2019 - jumlah : 437 hits
KUANTAN 31 Ogos Sebanyak 31 buah premis di Sungai Lembing di sini musnah keseluruhan pada kebakaran yang berlaku pada 1 20 pagi tadi Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pahang Nor Hisham Mohamad berkata kemusnahan melibatkan 11 b...
Jenazah Membusuk Ditemukan Mengambang Di Sungai Tarum Timur Karawang

Jenazah Membusuk Ditemukan Mengambang Di Sungai Tarum Timur Karawang

papar berkaitan - pada 30/8/2019 - jumlah : 165 hits
Warga Pasirmalang Desa Citarik Kecamatan Tirtamulya Karawang dihebohkan penemuan mayat pria masih menggunakan baju dan celana lengkap di Sungai Tarum Timur Mayat ini pertama kali ditemukan warga yang melintas di jembatan sekitar pukul 11 30...
Mandi Sungai Di Belakang Istana Bersama Rakan Mayat Pelajar Tahfiz Dijumpai

Mandi Sungai Di Belakang Istana Bersama Rakan Mayat Pelajar Tahfiz Dijumpai

papar berkaitan - pada 30/8/2019 - jumlah : 263 hits
Semalam heboh di media sosial tentang satu kejadian yang menimpa seorang pelajar tahfiz Muhammad Shukri Amri Kadir yang dikatakan lemas ketika ketika mandi bersama rakannya di sungai belakang Istana Anak Bukit Alor Setar Mangsa yang berusia...
Presiden Jokowi Tinjau Penataan Tepi Sungai Kapuas

Presiden Jokowi Tinjau Penataan Tepi Sungai Kapuas

papar berkaitan - pada 6/9/2019 - jumlah : 220 hits
Presiden Jokowi melakukan kunjungan penataan kawasan sepanjang Sungai Kapuas yang sudah dilakukan sejak tahun 2016 lalu Revitalisasi tersebut merupakan upaya pemerintah untuk menumbuhkan kegiatan perekonomian di sekitar Sungai Kapuas sekali...
Wef2025 Misi Anwar Julang Asean Dan Malaysia Di Pentas Global

The Agc S Deafening Silence May Affect Malaysia S Reputation

Road Safety Activist Hails End To Toll Waivers

Apom Manis Bubur Campur

Malaysia S Non Muslim F B Owners At Crossroads You Are Viewed With Suspicion With Or Without Halal Certs

Consultant

Slot168 Top 10 By Dawna Happy168 Life Slot168 25 2568

Penduduk Gempar Jumpa Bangkai Makhluk Aneh


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Skills Of Nursing A Guide To Success In The Healthcare Field

Lima Lelaki Direman Bantu Siasatan Kes Langgar Remaja

Tiga Ditahan Disyaki Bunuh Wanita Dalam Perodua Alza

Dari Sekolah Sam Bestari Subang Jaya Ke Kampus Uia Kuantan Pahang

Majlis Annual Dinner Sekolah Paling Happening Dengan Tema Movie Character

Cubaan Sekat Demo Akan Cemar Kredibiliti Ph Kata Mp Dap