Berkesan Wangi Spray Serbaguna Mudah Nak Buat Ada Macam Macam Versi


Waktu musim banyak penyakit berjangkit ni ni, ibu-ibu semuanya jadi extra careful. Kalau boleh, nakkan tahap kebersihan di rumah tip-top! Bukan tu saja, kalau nak bawa anak-anak keluar rumah pun kena bersedia bawa macam-macam untuk lindungi anak dari kekotoran yang ada di luar.
 
Sebagai contoh, kita akan bawa tisu basah. Tak lupa juga penyembur anti bakteria dan sebagainya. Memang risau, terutamanya terlalu banyak penyakit berjangkit dalam kalangan anak kecil. Sebenarnya ada petua lama yang boleh digunakan untuk hasilkan sendiri semburan yang boleh membersih dan mengharumkan rumah.
Artikel Menarik: [Sedihnya! Nak Check Anak Tidur, Nampak Dia Peluk Cium Gambar Arwah Abah]
Petua berguna ini telah dikongsikan oleh Yatie Emra menerusi laman Facebook. Perkongsian ini sudah agak lama tetapi percayalah, ia dapat membantu serta sangat elok kerana diperbuat dari bahan semulajadi!
UPDATE SPRAY SERBAGUNA💖 Alang² baru lepas buat stok baru, hari ni saya nak update sikit pasal spray semut/spray serbaguna yang pernah saya share dulu.
Oren + kayu manis. Tip: Kalau ada lebihan kulit oren/lemon/limau, masukkan dalam botol dan terus tuangkan cuka hingga tenggelam. Lepas ni kalau spray dah habis, boleh terus guna jer rendaman cuka ni. Baunya dah melarut dan wangi. Tak perlu tunggu 2-3 hari. 🔴Semut🐜
=========
Sebelum ni ada yang pernah komen katanya semut api tak mati. Kat rumah saya takde semut api jenis besar, so memang tak leh nak komen la. Ada semut api jenis kecil je & 2-3 jenis semut lain kat rumah saya semuanya mati bila kena spray.
Kebetulan masa saya balik ke rumah mak (sebelum PKP lagi), banyak betul semut api masuk rumah dari pintu dapur. Anak pun asyik kena gigit jer. Semut ni bersarang kat pokok rambutan kat laman rumah. Pantang ada makanan tumpah² sikit, berduyun² masuk rumah.. Ada 2 jenis semut api lak tu, jenis yang sederhana & 1 lagi saiznya lebih besar (kecik sikit dari kerengga). Semuanya mati jer bila kena spray. Untuk elak lebih banyak lagi scout semut ni buat jalan masuk rumah, saya spraykan pada lantai pintu dapur secara konsisten. Alhamdulillah, dah makin kurang semut yang masuk ke rumah..
Kat rumah, biasanya saya buat sukatan yang banyak. Tapi masa kat rumah mak tu, saya buatkan penanda (sukat sesiap) paras cuka & paras air pada botol spray. Lepas tu cuma tambah sabun & kayu manis je. So next time, dah tak perlu dah sukat satu-satu lagi..
Artikel Menarik: [Anak Ramai Seronok, Tapi Risau Terabai Beri Nafkah. Ini Hukumnya Suami Perlu Tahu]
🟠Hilangkan Manis Gula🍹
=====================
Tiap kali lepas guna kordial, saya suka semburkan spray serbaguna ni pada penutupnya. Kemudian baru basuh macam biasa. Buat macam ni, insyaAllah takde semut hurung penutup botol kordial dah.
🟡Bersihkan Mainan🪀
==================
Biasanya mainan anak yang tak boleh dibasuh (elektronik, dll), saya gunakan spray serbaguna dengan haruman kulit lemon. Selain bau yang harum, minyak pati dalam kulit lemon ni bertindak hapuskan kuman gak. Gunakan spray ni jer, takde bahan kimia & selamat untuk anak²😊
Boleh guna untuk bersihkan mainan anak juga. 🟢Spray Fabrik/Langsir/Sofa🛋
=========================
Lepas memasak, boleh gunakan je spray serbaguna ni kat langsir/sofa untuk hilangkan bau²an tak best yang melekat. Kalau ada famili member yang tak sihat, bagus gak kalau gunakan spray dengan haruman herba macam cengkih/bunga lawang atau gabungan kedua²nya. Aroma dari herba² ni ada kesan terapeutik.. Tapi jangan lak guna bau kayu manis pada langsir cerah sebab larutan tu berwarna bila dah terendam lama, takut nanti jadi tompok² lak.
🔵Spray Bahagian Dalam Kasut👟
============================
Yang ada masalah kasut berbau akibat kuat berpeluh atau kasut lembap lepas hujan, boleh gak gunakan spray ni & biarkan kering. Untuk kasut yang berbau kuat, lebih elok lagi gunakan spray serbaguna dengan haruman kulit lemon ataupun cengkih untuk hapuskan kuman/kulat.
🟣Simpan Dalam Travel Bottle🧴
========================
Saya selalu standby spray ni dalam botol kecil & simpan dalam beg untuk;
1) Basuh sudu & garfu bila makan kat luar. Almaklum ler, saya hanya bawak sudu & garfu spare untuk anak jer. Mak bapak dia memang guna yg kat kedai jer. Tapi selalu sudu kat foodcourt ni tak bersih & kena basuh sekali lagi sebelum guna.. Guna spray ni mudah jer nak tanggalkan saki baki minyak yang melekat kat sudu/garfu tu.. Kemudian bilas sebelum guna. 😊
Boleh guna untuk sembur pada sudu garpu jika makan di luar. 2) Spraykan pada kepala paip sebelum korang basuh tangan sebab selalunya paip kat sinki/toilet memang kotor sangat..
3) Kalau korang terpaksa gunakan tandas awam & seat kotor sangat, boleh basahkan sikit tisu, spray cuka ni pada tisu & lap seat. Jangan SPRAY secara DIRECT yer, supaya tak terpercik kotoran kat spray tu.. Biarkan kejap sebelum bilas. Saya pernah gunakan toilet di hospital & kebetulan toilet yang kosong ada kesan darah pada seat..
Nak tggu toilet lain, kemain ramai yang beratur.. Nak tak nak terpaksa guna jugak lepas bersihkan.. Yela, tak tahu orang gi hospital tu sakit ape.. Nayer jer kang kot ade penyakit berjangkit. Sesetengah penyakit boleh berjangkit dari darah tau (bbv), incase ade luka² kat kulit yang kita tak perasan😅
Artikel Menarik: [Rawatan ‘Best’, Snek Pantang Sedap! Suraya Mother Care & Beauty Tawarkan Servis Terbaik]
💐VARIASIKAN BAU HARUMAN SPRAY
*****************************************
1 perkara yang saya suka tentang spray ni, resipi yang sama tapi korang boleh buat pelbagai bau/haruman. Bagi orang yang berkemampuan, bolehlah gunakan essential oil (boleh gak beli yang murah kt shoppee/lazada). Tapi tak semestinya perlu beli pun.. Boleh gunakan bahan² dari dapur je.. Ni antara variasi haruman yang saya suka buat.
🌟KULIT LIMAU NIPIS/PURUT/KASTURI
=================================
Sebaik²nya direndam sekurang²nya 2-3 hari untuk aromanya melarut. Aroma kulit limau purut paling segar & tahan lama.. Kalau mak² rasa moody² tu masa mengemas, gunakan aroma kulit limau nipis/purut ni sebab esen dalam limau ni boleh improve mood tau.. 😉
🍋KULIT LEMON
===============
Sebaik²nya direndam sekurang²nya 2-3 hari untuk aromanya melarut. Makin lama direndam, kulit lemon akan jadi pucat sebab aroma & warna dah turun.. Bau segar & berfungsi membunuh kuman gak.
🍊KULIT OREN
=============
Sebaik²nya direndam sekurang²nya 2-3 hari untuk aromanya melarut. Kulit oren ni lepas
terendam seminggu++, akan bertindakbalas dengan cuka. Baunya akan jadi masam macam jeruk kulit limau. Bau pun terliur rasa.. Hahah😅
🍀KAYU MANIS + KULIT OREN
=========================
Antara haruman favourite saya ni sebab wangi.. Bau macam produk bakeri lak.. Hehe.. Tapi kulit oren tu perlu direndam sekurang² 2-3 hari untuk aromanya melarut.
🌳KAYU MANIS
=============
Gunakan saiz kecil/sikit jer, sebab selepas 24 jam, bau & warna dari kulit kayu ni akan melarut. Lagi besar saiz kayu manis, makin pekat warnanya. Spray ni kalau ditambah kayu manis, lagi kuatkan fungsi dia dalam menghalau semut tau..
🌿CENGKIH/BUNGA LAWANG
========================
Saya jarang buat cengkih/bunga lawang ni sebab kena guna banyak sikit untuk dapatkan aroma tu.. Tapi cengkih ni antara bahan wajib saya guna bila ada yang tak sihat kat rumah, nak² bila batuk/selesema..
Untuk buat spray serbaguna ni, macam biasa gak.. saya gunakan 1 bahagian cuka, 5 bahagian air & sabun pencuci pinggan sikit.
Kalau nak tengok resipi secara details boleh tengok post lama kat sini:
HOMEMADE SPRAY SERBAGUNA 1
Dan jugak kegunaan lain kat sini:
HOMEMADE SPRAY SERBAGUNA 2
#tipdantrik
#diysprayserbaguna
#sprayserbaguna
#spraycuka
#yatieimra
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

Anak dah boleh merangkak laju? Ayuh mama papa yang ada baby comel-comel tu, inilah masanya untuk sertai Baby Merangkak Race!. Daftar sekarang di link ini: https://toko.ideaktiv.com/product/simpan-sspnxpama-baby-merangkak-race/

 
The post Berkesan & Wangi, Spray Serbaguna Mudah Nak Buat. Ada Macam-Macam Versi! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/berkesan-wangi-spray-serbaguna-mudah-nak-buat-ada-macam-macam-versi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Suka Suka Ganti Dengan Kentang Putar Lelaki Ini Bagi Idea Macam Mana Nak Ajar Pengurusan Kfc

Suka Suka Ganti Dengan Kentang Putar Lelaki Ini Bagi Idea Macam Mana Nak Ajar Pengurusan Kfc

papar berkaitan - pada 9/9/2022 - jumlah : 160 hits
Nampaknya ramai yang tidak berpuas hati dengan rangkaian restoran makanan segera KFC yang bertindak ikut suka untuk menukar wedges atau coleslow dengan kentang putar tanpa disedari Ianya terjadi apabila pelanggan menggunakan panel layan dir...
Mudah Rupanya Nak Buat Kek Tapak Kuda Dengan Inti Nutella

Mudah Rupanya Nak Buat Kek Tapak Kuda Dengan Inti Nutella

papar berkaitan - pada 21/9/2022 - jumlah : 347 hits
Buat penggemar coklat mesti suka dengan kek tapak kuda ni sebab menggunakan topping nutella Nampak macam susah tapi rupanya senang je nak buat kek ni Resipi yang dikongsikan Shela Bahari ini sesuai walaupun pertama kali nak buat kek Yang pa...
Saya Nak Jadi Macam Dia Ramai Selebriti Puji Persembahan Iu Di Konsert The Golden Hour

Saya Nak Jadi Macam Dia Ramai Selebriti Puji Persembahan Iu Di Konsert The Golden Hour

papar berkaitan - pada 22/9/2022 - jumlah : 130 hits
Pasti ramai sudah mengetahui bahawa IU sememangnya antara penyanyi di Korea Selatan yang diminati ramai ARTIKEL BERKAITAN Konsert IU The Golden Hour yang berlangsung beberapa hari lepas di Stadium Olimpik Jamsil telah dihadiri oleh ramai se...
Ringkas Tapi Boleh Masak Macam Macam Aneka Resipi Telur Dadar Mudah Sedap

Ringkas Tapi Boleh Masak Macam Macam Aneka Resipi Telur Dadar Mudah Sedap

papar berkaitan - pada 22/9/2022 - jumlah : 252 hits
Nama je Telur Dadar tapi macam macam menu boleh diolah dan disediakan Semua orang suka menu telur dadar ni Sedap malah sangat mudah nak masak Bagi yang terasa nak makan telur dadar panas panas tapi nak ubah sedikit rasanya supaya lebih seda...
Nak Elak Anak Keluarga Daripada Mudah Dijangkiti Virus Buat Perkara Mudah Ini

Nak Elak Anak Keluarga Daripada Mudah Dijangkiti Virus Buat Perkara Mudah Ini

papar berkaitan - pada 13/9/2022 - jumlah : 183 hits
Hidup hari ini memang tidak boleh lari daripada mudah dijangkiti pelbagai virus Anak kecil orang dewasa muda dan tua sentiasa terdedah kepada jangkitan pelbagai virus dan bakteria Ramai masyarakat hari ini semakin peka terhadap kepentingan ...
Nak Upah Tukang Tapi Bajet Nipis Ustazah Ini Nek4d Buat Rumah Sendiri Netizen Siap Puji Ikat Bata Macam Profesional

Nak Upah Tukang Tapi Bajet Nipis Ustazah Ini Nek4d Buat Rumah Sendiri Netizen Siap Puji Ikat Bata Macam Profesional

papar berkaitan - pada 10/9/2022 - jumlah : 339 hits
TIADA pengalaman bukan alasan bagi ibu tunggal ini untuk membina sendiri sebuah rumah berkeluasan 1 200 kaki persegi Lebih lebih lagi apabila mengambil kira harga barang binaan yang semakin meningkat di samping kos pertukangan jika dia mend...
Hiburan Cerita Geli Macam Ni Tak Patut Sambung Netizen Pakat Nak Boikot Melur Untuk Firdaus Musim Ke 2

Hiburan Cerita Geli Macam Ni Tak Patut Sambung Netizen Pakat Nak Boikot Melur Untuk Firdaus Musim Ke 2

papar berkaitan - pada 14/9/2022 - jumlah : 280 hits
Sedia maklum drama bersiri Melur Untuk Firdaus telah mendapat sambutan yang hebat sama ada dalam negara mahupun luar negara dan disebabkan itu pihak TV3 bersetuju untuk membuat musim kedua Hal tersebut diumumkan sendiri oleh Meerqeen dan An...
Shuk Sahar Rindu Dunia Hiburan Ini Pesan Netizen Kalau Nak Comeback

Shuk Sahar Rindu Dunia Hiburan Ini Pesan Netizen Kalau Nak Comeback

papar berkaitan - pada 13/9/2022 - jumlah : 211 hits
PENGACARA dan pelawak Shuk Sahar meluahkan rasa rindu untuk kembali aktif dalam bidang seni setelah lama menyepi daripada sebarang aktiviti lakonan dan pengacaraan
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya