Berkat Ramadan Ibu Mohon Doakan Zulaikha Harap Keajaiban Walaupun Doktor Minta Bersedia


“Harap sangat Ramadan kali ini memberi keajaiban buat anak kami yang sedang bertarung nyawa,” kata Haffiszattul Nur Akmar Samsudin.
Haffiszattul, 30, berkata tahun ini dia dan suaminya, Sheikh Muhammad Bukhary Sheikh Basir, 33, menyambut Ramadan di hospital, menemani puteri kesayangan mereka, Sheikha Zulaikha yang menderita Hemophagocytic Lymphohistiocytosis (HLH).

“Kami sudah berkampung di hospital sejak 19 April lalu selepas keadaan Zulaikha tidak stabil dan kerap demam panas.
“Jadi Ramadan ini juga kami akan berpuasa di sini kerana keutamaan kami hanya kepada Zulaikha,” katanya.

Dia yang sedang hamil lapan bulan berkata, pemindahan sum sum tulang yang sepatutnya dijadualkan Khamis lalu, terpaksa ditunda kerana keadaan Zulaikha yang tidak stabil dan kritikal.
“Jika pemindahan sum sum tulang dibuat sekarang ibarat mencabut nyawanya saja jadi ia terpaksa ditangguhkan,” katanya.
Katanya, Zulaikha yang berusia 16 bulan kini sedang dipantau di Unit Rawatan Rapi Kanak-Kanak (PICU) selepas sesak nafas dan mengalami gangguan sistem pembekuan darah.

“Najisnya berwarna hitam dan ada tanda pendarahan pada perutnya dan apabila ambil darah pada tangannya darah keluar lambat berhenti.
“Semua ini berlaku disebabkan penyakit HLH yang dialaminya itu semakin mengganas dan kini paras Ferritin Zulaikha mencapai 120,000 berbanding bayi normal sebayanya cuma 500 Ferritin.

“Jadi, buat masa ini doktor hanya boleh memberikan ubat khas untuk mengawal pendarahan dalam badannya terlebih dulu,” katanya.
Sempena mengambil keberkatan Ramadan ini, mereka sekeluarga memohon rakyat Malaysia mendoakan kestabilan kesihatan Zulaikha supaya nyawanya dapat diselamatkan menerusi pemindahan sum sum tulang.
Artikel berkaitan:
[“Hanya Ada Sebulan Lagi.” Bayi 15 Bulan Derita Penyakit Rare, Jalani 44 Kali Kimoterapi] “Tiada apa yang kami harapkan, cuma mohon rakyat Malaysia semua mendoakan anak kami kuat melawan penyakitnya yang sedang merebak dalam tubuh badannya sekarang,” katanya.

Balik bercuti kesihatan Zulaikha merosot
Sementara itu, Haffiszattul berkata kini Zulaikha juga dipaksa berpuasa dan hanya boleh minum air putih sahaja bagi mengelakkan masalah lain.
“Saya tahu Zulaikha sedang menahan sakit tapi dari raut wajahnya dia tetap memberi senyuman dan mengenyit mata pada kami seolah-olah dia tak mahu kami risau keadaannya.

“Kami suami isteri langsung tak menyangka hanya dengan demam, keluar ruam merah dan benjolan dileher terus menyebabkan keadaan Zulaikha berubah 100 peratus. Dari anak yang aktif, ceria kini pergerakannya terhad.
“Sebelum Zulaikha demam, kami ada bawanya pergi bercuti ke Pulau Pinang sempena cuti Tahun Baru Cina dan singgah ke beberapa tempat. Balik dari situlah dia demam hinggalah dia disahkan sakit.
Ruam merah keluar semasa Zulaikha demam dan petanda awal dia disahkan sakit “Mungkin ini hanyalah penyebab sahaja tapi kami reda. Berdasarkan apa yang diberitahu doktor, punca Zulaikha sakit disebabkan EBV virus yang banyak di sekeliling kita seperti orang pegang, peluk, cium, dan orang yang batuk,” jelasnya.

Sebagai ibu, sekali lagi saya harapkan sama-samalah berdoa untuk Zulaikha dan biarlah dia dapat mengembalikan keceriaan buat kami suami isteri.
Sumber: Haffiszattul Nur Akmar Samsudin & Metro
 
 
The post Berkat Ramadan, Ibu Mohon Doakan Zulaikha. Harap Keajaiban, Walaupun Doktor Minta ‘Bersedia’ appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/berkat-ramadan-ibu-mohon-doakan-zulaikha-harap-keajaiban-walaupun-doktor-minta-bersedia/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gulai Lemak Air Tangan Ibu Isteri Pilihan Fad Bocey Sepanjang Ramadan Ini

Gulai Lemak Air Tangan Ibu Isteri Pilihan Fad Bocey Sepanjang Ramadan Ini

papar berkaitan - pada 10/5/2019 - jumlah : 605 hits
Cerita Fad Bocey dulu di zaman bujangnya walau banyak mana makanan dibeli di Bazar Ramadan tapi bila balik rumah masakan ibunya juga yang dicari Katanya biarapun masakan ibunya itu ringkas tetapi air tangan ibu tetap yang terbaik dan paling...
Ibu Menyusu Hamil Tengok Diri Sendiri Dulu Mampu Atau Tak Untuk Puasa Tip Doktor Ini Kongsi Mungkin Membantu

Ibu Menyusu Hamil Tengok Diri Sendiri Dulu Mampu Atau Tak Untuk Puasa Tip Doktor Ini Kongsi Mungkin Membantu

papar berkaitan - pada 4/5/2019 - jumlah : 578 hits
Dua hari lagi bulan Ramadan akan disambut oleh seluruh umat Islam di dunia Puasa antara kewajipan yang perlu ditunaikan oleh semua umat Islam Namun terdapat beberapa kelonggaran yang diberikan khas kepada beberapa golongan sahaja BACA Golon...
Kendalikan Inflasi Saat Ramadan Bi Solo Gandeng Ulama Dan Ibu Pkk

Kendalikan Inflasi Saat Ramadan Bi Solo Gandeng Ulama Dan Ibu Pkk

papar berkaitan - pada 15/5/2019 - jumlah : 342 hits
Bank Indonesia Kantor Perwakilan Solo melibatkan ulama dan ibu PKK dalam pengendalian inflasi khususnya pada momentum bulan Ramadan dan Lebaran 2019
Ramadan Tanpa Adib Ibu Bapa Luah Rasa Rindu Yang Teramat Sangat

Ramadan Tanpa Adib Ibu Bapa Luah Rasa Rindu Yang Teramat Sangat

papar berkaitan - pada 16/5/2019 - jumlah : 375 hits
TANGGAL 17 Mei ini genaplah lima bulan pemergian Muhammad Adib Mohd Kassim Tempoh lima bulan pemergian Adib 25 tahun yang meninggal dunia akibat kecederaan ketika rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25 Seafield Subang Jaya bermula 26 Nov...
Ini Kondisi Bagi Ibu Hamil Agar Tetap Boleh Berpuasa Di Bulan Ramadan

Ini Kondisi Bagi Ibu Hamil Agar Tetap Boleh Berpuasa Di Bulan Ramadan

papar berkaitan - pada 4/5/2019 - jumlah : 433 hits
Juwalita Surapsari spesialis gizi mengatakan bahwa jika seorang ibu yang mengandung ingin melakukan puasa bicarakan terlebih dulu dengan dokter sebelum melakukannya Namun memang ada waktu yang aman bagi mereka untuk berpuasa
Ibu Mertua Sakit Annisa Pohon Curhat Soal Bulan Ramadan Tahun Ini Terasa Berbeda

Ibu Mertua Sakit Annisa Pohon Curhat Soal Bulan Ramadan Tahun Ini Terasa Berbeda

papar berkaitan - pada 14/5/2019 - jumlah : 289 hits
Ibu mertua Annisa Pohan Ani Yudhoyono saat ini masih menjalani pengobatan di National University Hospital Singapura karena penyakit kanker darah yang diidapnya Annisa Pohan pun turut menemani sang ibu mertua di Singapura
Tip Jimat Masa Bulan Ramadan Siap Awal 29 Lauk Ibu Hanya Guna 15 Minit Memasak

Tip Jimat Masa Bulan Ramadan Siap Awal 29 Lauk Ibu Hanya Guna 15 Minit Memasak

papar berkaitan - pada 30/4/2019 - jumlah : 400 hits
Bulan Ramadan masa untuk menyediakan masakan berbuka pendek bagi ibu ibu bekerja Idea diutarakan ibu ini boleh menjimatkan masa Anak suami juga gembira makan air tangan ibu Menyediakan sajian keluarga sendiri memberikan kepuasan lebih terja...
Cuba Abaikan Tapi Filem Tu 3 Jam Kot Budak2 Bising Dalam Wayang Penonton Endgame Harap Ibu Bapa Lebih Peka

Cuba Abaikan Tapi Filem Tu 3 Jam Kot Budak2 Bising Dalam Wayang Penonton Endgame Harap Ibu Bapa Lebih Peka

papar berkaitan - pada 25/4/2019 - jumlah : 300 hits
Cuba Abaikan Tapi Filem Tu 3 Jam Kot Budak2 bising dalam wayang Penonton Endgame Harap Ibu Bapa Lebih Peka Tidak dapat digambarkan feno mena filem adi wira terbaru Marvel iaitu Avengers Endgame yang mula melanda peminat filem seluruh negara...
Ibu Tak Payahlah Bawa Bayi Ke Bazar Ramadan Tempat Tak Sesuai Untuk Anak

Ibu Tak Payahlah Bawa Bayi Ke Bazar Ramadan Tempat Tak Sesuai Untuk Anak

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 483 hits
Bawa bayi bersama ke bazar Ramadan bersama memang boleh mengundang bahaya Ibu bapa perlu peka dan berhati hati Membeli belah di bazar Ramadan memang menjadi budaya bagi masyarakat kita Ia sebahagian kemeriahan bagi bulan puasa bagi mendapat...
Ratusan Warga Asing Ditangkap Guna Ic Palsu Untuk Kerja Di Malaysia

Blogger Pinned Article Featured Post Display Issue

Kumpulan Sunway Healthcare Tandatangan Mou Bersama Syneos Health

Inflationary Spike Mothers Fume At School Canteen Dishing Out Pathetic Noodles Portion At Rm3 Plate

Pressure Mounts On Anwar For Real Reforms While Many Show Concerns

Patutlah Viral Ayam Gepuk Top Global

Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Solat Hajat Perdana Spm Stpm Smk Gelang Patah


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Adikwaniey Feat Ella Queen Cinto Mainey Chord

Road Tested Saint Unbreakable Coretec Armored Motorcycle Jeans

The New 2025 Honda Prelude

Sarapan Bubur Nasi Berlauk Kak Sab

Wall Oh Shame

Bila Walaun Otak Terbalik