Berkahwin Atau Bayar Hutang Bapa



Soalan:Mana lebih utama, antara berkahwin ataupun membayar hutang yang dipinjam oleh bapa? Mohon pencerahan.
Jawapan:Rasulullah SAW bersabda:
إِنَّ أَعْظَمَ الذُّنُوبِ عِنْدَ اللهِ أَنْ يَلْقَاهُ بِهَا عَبْدٌ بَعْدَ الْكَبَائِرِ الَّتِي نَهَى اللَّهُ عَنْهَا ، أَنْ يَمُوتَ رَجُلٌ وَعَلَيْهِ دَيْنٌ ، لاَ يَدَعُ لَهُ قَضَاءً“Sebesar-besar dosa di sisi Allah ketika seseorang hamba berjumpa dengan Allah -selepas dosa-dosa besar lain yang dilarang keras oleh Allah SWT- ialah seseorang yang mati dalam keadaan mempunyai hutang yang belum dijelaskan sedangkan dia tidak mempunyai apa-apa perancangan untuk melunaskan hutangnya tersebut.” [Riwayat Abu Daud (3342)]
Hal hutang ini turut ditegaskan melalui sabda Baginda SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA:
نَفْسُ الْمُؤمِنِ مُعَلَّقَةٌ بِدَيْنِهِ حَتَّى يُقْضَى عَنْهُ“Jiwa orang yang beriman itu tergantung disebabkan hutang, sehingga dibayarkan untuknya (hutang tersebut).” [Riwayat Ibnu Majah (2413), al-Tirmizi (1079) dan al-Baihaqi (6891)]
Imam al-Suyuti berkata: “Maksud hadis ini bahawa jiwa atau roh orang yang beriman akan terhalang dari kedudukannya yang mulia.” (Lihat Tuhfah al-Ahwazi, 4/193 dan Mir’at al-Mafatih, 8/152)
Daripada Maimunah binti al-Harith, Rasulullah SAW bersabda:
مَنْ اسْتَدَانَ دَيْنًا يَعْلَمُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ مِنْهُ أَنَّهُ يُرِيدُ أَدَاءَهُ أَدَّاهُ اللَّهُ عَنْهُ“Sesiapa yang berhutang dan Allah tahu bahawa dia ingin menunai dan melangsaikannya, nescaya Allah memudahkan baginya.” [Riwayat Ahmad (25840)]
Dalam isu persoalan di atas, oleh kerana dia adalah ayah kita dan beliau dalam keadaan sukar untuk menyelesaikan kesulitannya sedangkan kita mempunyai kemampuan, maka sewajar dan sepatutnya untuk kita membayarnya bagi pihak bapa kita kerana ia termasuk dalam bir al-walidain.
Daripada Ibn Abbas R.Anhuma, katanya:
أَنَّ امْرَأَةً جَاءَتْ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَتْ إِنَّ أُمِّي نَذَرَتْ أَنْ تَحُجَّ فَمَاتَتْ قَبْلَ أَنْ تَحُجَّ أَفَأَحُجَّ عَنْهَا قَالَ نَعَمْ حُجِّي عَنْهَا أَرَأَيْتِ لَوْ كَانَ عَلَى أُمِّكِ دَيْنٌ أَكُنْتِ قَاضِيَتَهُ قَالَتْ نَعَمْ فَقَالَ اقْضُوا اللَّهَ الَّذِي لَهُ فَإِنَّ اللَّهَ أَحَقُّ بِالْوَفَاءِBahawa seorang wanita telah datang kepada Nabi SAW seraya bertanya: “Sesungguhnya ibuku telah bernazar untuk melaksanakan ibadat haji sedangkan dia mati sebelum menunaikannya. Adakah aku perlu berhaji untuknya?” Jawab Nabi SAW: “Ya. Lakukanlah haji untuknya. Apa pandanganmu jika kamu dapati ibu kamu ada hutang, adakah kamu melangsaikannya?” Jawab perempuan tersebut: “Ya.” Maka sabda Nabi: “Tunailah hutang Allah kerana Allah lebih berhak hutangnya dilangsaikan.” [Riwayat al-Bukhari (7315)]
Imam al-Munawi berkata: “Hak Allah yang mesti bagi kamu terdiri daripada perkara yang fardhu dan lainnya. Maka Allah lebih berhak kita tunaikan termasuk masalah iman, taat dan menunaikan kewajipan.” (Lihat Faidh al-Qadir, 2/70)
Ia juga termasuk dalam bab menggembirakan hatinya yang membawa kepada keredhaan. Semoga ia juga termasuk nas sepertimana  yang diriwayatkan daripada Ibn Umar R.Anhuma, bahawa Nabi SAW bersabda:
رِضَا اَللَّهِ فِي رِضَا اَلْوَالِدَيْنِ ، وَسَخَطُ اَللَّهِ فِي سَخَطِ اَلْوَالِدَيْنِ“Keredhaan Allah pada keredhaan kedua ibu bapa, kemurkaan Allah pada kemurkaan kedua ibu bapa.” [Riwayat al-Tirmidzi (1900) dan Ibn Hibban (2026)]
Kami berpendapat, jika sekiranya anak mempunyai kemampuan, maka membayar hutang bapanya seharusnya menjadi keutamaan. Walaupun begitu, kami syorkan jika anaknya ramai, seperti lima orang, maka anak-anak perlu berbincang untuk meringankan beban bapa dan juga beban anak-anak itu sendiri. Jika sekiranya masing-masing menyumbang dalam jumlah yang tertentu serta mengikut kadar kemampuan masing-masing, maka ia sudah tentu akan membawa sikap kebersamaan dan memupuk kasih sayang sesama keluarga dan hilang perasaan tidak puas hati dan terbeban kepada satu-satu anak.
Yakin dan percayalah, membantu ibubapa merupakan salah satu punca kebahagiaan seseorang anak dan membuka pintu rezeki. Kami titipkan sebuah kisah yang pernah kami baca yang berlaku di Arab Saudi, di mana seorang anak yang sangat berbakti kepada orang tuanya. Anak tersebut telah membayar hutang bapanya yang berjumlah lebih 1 juta Riyal Saudi. Dia menjual rumah yang dimilikinya bagi tujuan melunaskan hutang tersebut. Akhirnya pemiutang tersebut mengetahui usaha dan inisiatifnya untuk membantu bapanya. Beliau sangat tersentuh dengan tindakan anak tersebut lantas memulangkan kembali kesemua wang tersebut sebagai hadiah kepadanya.
Mudah-mudahan kita termasuk dalam kalangan mereka yang berbakti kepada kedua ibubapa dan dikurniakan ganjaran yang besar daripada Allah SWT. Amin.

+ Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/03/berkahwin-atau-bayar-hutang-bapa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bapa Jual Bayinya Rm35 000 Untuk Bayar Hutang Judi

Bapa Jual Bayinya Rm35 000 Untuk Bayar Hutang Judi

papar berkaitan - pada 22/3/2019 - jumlah : 368 hits
The ReporterSeorang lelaki ditahan pihak berkuasa China kerana menjual anak perempuannya di media sosial dengan harga RM35 000 bagi menyelesaikan hutang judinya Lelaki terbabit yang dikenali sebagai Jiang berasal dari Guiyang Guizhou berkat...
Hutang Kena Bayar Kalau Tak Malapetaka Menimpa Kata Dr Mahathir

Hutang Kena Bayar Kalau Tak Malapetaka Menimpa Kata Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 2/4/2019 - jumlah : 379 hits
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan sikap yang dilakukan pihak atau individu yang tidak melunaskan hutang masing masing akan membawa kesan negatif kepada bangsanya sendiri Hutang kena bayar Mereka yang berpendapat tidak kena ...
Akpk Login Sistem Bantu Peminjam Bayar Hutang Pinjaman Dengan Mudah

Akpk Login Sistem Bantu Peminjam Bayar Hutang Pinjaman Dengan Mudah

papar berkaitan - pada 27/3/2019 - jumlah : 480 hits
AKPK Login Sistem Bantu Peminjam Bayar Hutang Pinjaman Dengan Mudah Mypt3 difahamkan ramai sekarang ini yang terjerat dengan hutang yang telah dilakukan dengan pihak bank baik hutang pinjaman kad kredit mahupun pinjaman peribadi Selepas beb...
Pemerintah Siapkan Rp 2 66 Triliun Bayar Kenaikan Gaji Pns

Pemerintah Siapkan Rp 2 66 Triliun Bayar Kenaikan Gaji Pns

papar berkaitan - pada 19/3/2019 - jumlah : 257 hits
Menteri Keuangan Sri Mulyani mengatakan pemerintah sudah menyediakan anggaran sebesar Rp 2 66 triliun untuk pembayaran kenaikan gaji Pegawai Negeri Sipil TNI Polri dan pensiunan Saat ini Kemenkeu masih menunggu jumlah total keseluruhan pega...
Dah Ganti Puasa Kalau Tak Nanti Kena Bayar Fidyah Apa Itu Fidyah Bagaimana Kiraannya

Dah Ganti Puasa Kalau Tak Nanti Kena Bayar Fidyah Apa Itu Fidyah Bagaimana Kiraannya

papar berkaitan - pada 20/3/2019 - jumlah : 510 hits
Ramadan bagi tahun ini kian menjelmaTinggal kurang dari dua bulan sahaja sebelum bulan puasa kembali lagi Syukur kehadrat Ilahi sekiranya kita dipilih lagi sebagai tetamunya untuk bertembung dengan yang bulan yang mulia bulan Ramadan Salah ...
Bila Nak Bayar Pitis Kemenangan Kami

Bila Nak Bayar Pitis Kemenangan Kami

papar berkaitan - pada 21/3/2019 - jumlah : 341 hits
MANA hak kami Bila lagi nak bayar pitis kami Jangan buat kami derita Kesabaran ada hadnya kata bekas pemain Terengganu City FC Khairul Ramadhan Zauwawi Bekas pemain terbaik final Piala FAM 2018 itu mewakili rakan skuad The Sharks meluahkan ...
Myeg Login Untuk Semak Dan Bayar Online Servis Agensi Kerajaan

Myeg Login Untuk Semak Dan Bayar Online Servis Agensi Kerajaan

papar berkaitan - pada 27/3/2019 - jumlah : 629 hits
Myeg Login Untuk Semak Dan Bayar Online Servis Agensi Kerajaan Myeg adalah salah sebuah syarikat IT yang cukup dekat dengan kerajaan apabila seringkali menawarkan servis dan perkhidmatan online melibatkan agensi kerajaan di Malaysia Sebelum...
Najib Jho Low Bayar Berjuta Untuk Baiki Imej Mereka Dedah Badan Pemikir

Najib Jho Low Bayar Berjuta Untuk Baiki Imej Mereka Dedah Badan Pemikir

papar berkaitan - pada 22/3/2019 - jumlah : 316 hits
Ahli perniagaan yang dikehendaki pihak berkuasa Low Taek Jho KUALA LUMPUR Ahli perniagaan yang dikehendaki pihak berkuasa Low Taek Jho melantik beberapa firma perhubungan awam peguam dan ejen untuk meningkatkan imejnya berikutan skandal 1MD...
Kanada Menunggu Keputusan Pilihan Raya Tinjauan Usd Cad

Wall Street Memastikan Rumah Putih Tetap Terkawal

Umdap Mantap Branding May Have Backfired Among Ayer Kuning Voters Says Think Tank

Not All Flag Mistakes Are Equal

From Stress To Success Ptti Rewards Spm Legends In Style

Apa Agenda Mereka Mengapa Ktm Perlu Ditukar Tetapi Nama Penjajah Kekal Mekar

Perkasakan Ekonomi Melayu Harus Jdi Keutgamaan Bermula Dengan Langkah Apertama

Aktiviti Majlis Sambutan Aidilfitri Meriah Raya Span Ppim 21 04 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Petua Simpan Santan Segar

The Unwanted Penyesalan Chord

Kiranya Ameno Pejuang Kesamarataan Bukan Melayu Lagi

8 Makanan Untuk Sakit Sendi Nutrisi Harian Untuk Sendi Lebih Sihat

The Comet A Blistering Rotary Norton From The United Kingdom

Isteri Curang Berakhir Maut Di Tangan Suami