Berjuang Untuk Agama Atau Jawatan Yang Diutama


 
Kenyataan ‘pasukan kalah dapat masa tambahan’, Hadi perlu ‘move on’.


Jason Thomas -November 27, 2022 Hantaran Presiden PAS Abdul Hadi Awang di Twitter ditafsirkan mengenai penubuhan kerajaan perpaduan selepas pilihan raya umum lalu.PETALING JAYA: Abdul Hadi Awang patut “move on” selepas tidak dapat menubuhkan kerajaan, kata penganalisis politik, apabila presiden PAS itu mengeluarkan kenyataan mengenai pengadil bola sepak yang memberikan masa tambahan untuk pasukan kalah walaupun permainan sudah tamat.
Dalam hantaran di Twitter, Hadi menggunakan anologi bola sepak mengatakan walaupun satu pasukan itu menang, pengadil tiba-tiba memberi masa tambahan bagi memberi peluang pasukan yang kalah untuk menang dengan apa cara sekalipun.
Hantaran itu yang dipetik daripada kolum ditulisnya di Harakah, ditafsir sebagai merujuk kepada penubuhan kerajaan perpaduan dan mencetuskan kecaman pengguna di Twitter.
Seorang pengguna Twitter yang berang berkata “Pasukan lain ada 82 kerusi dan kamu ada 73 kerusi. Bagaimana kamu yang menang?,”.
Pada PRU15 19 Nov lalu, Pakatan Harapan (PH) memenangi 82 kerusi manakala Perikatan Nasional (PN) hanya memperoleh 73 kerusi.
Bagaimanapun, seorang pengguna berkata, komen Hadi itu mungkin mengenai pilihan raya negeri Pahang di mana PN memenangi 17 kerusi DUN berbanding PH (16) dan Barisan Nasional (8).
Terdahulu, Pengerusi BN Pahang, Wan Rosdy Wan Ismail, dilantik sebagai menteri besar selepas PH dan BN bersetuju membentuk kerajaan gabungan.
Penganalisis politik dari Akademi Nusantara, Azmi Hassan, berpendapat Hadi merujuk kepada 10 Ahli Parlimen BN yang menarik balik sokongan kepada Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin selepas BN memutuskan untuk menjadi pembangkang.
BN kemudian membentuk kerajaan perpaduan dengan PH selepas dititahkan Yang di-Pertuan Agong.
Namun, ramai berpendapat komen Hadi itu merujuk kepada pembentukan kerajaan perpaduan oleh Pengerusi PH, Anwar Ibrahim yang dilantik sebagai perdana menteri oleh Agong, Khamis lalu.
Penganalisis sosiopolitik, Awang Azman Pawi, berkata Hadi dan sekutunya perlu “move on” dan tidak dilihat mempersoalkan “pengadil” yang ditafsirkan merujuk kepada Yang di-Pertuan Agong dan institusi diraja.
“Sikap Hadi menunjukkan presiden PAS dan sekutunya laparkan kuasa dan mahu memegang jawatan penting dalam Jemaah Menteri.
“Tindakan Hadi hanya menyebabkan kemarahan rakyat, yang mahu bergerak ke depan dan memfokuskan isu ekonomi rakyat berbanding bercakap mengenai keputusan dibuat Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja,” katanya kepada FMT.
Azmi berkata, Hadi tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan itu kerana “keputusan sudah dibuat (melantik Anwar) oleh Yang di-Pertuan Agong,”.
“PN dan PAS patut menerima hakikat bahawa kerajaan diterajui PH mempunyai majoriti. Sekiranya masih tidak berpuas hati, beliau boleh menunggu hingga 19 Dis ini apabila usul percaya dibuat di Dewan Rakyat dan ini akan menyelesaikan sama sekali pertikaian tersebut,” katanya.
Hantaran Hadi di Twitter mendapat 1,500 komen setakat 10 malam tadi, lima jam selepas ia disiarkan.
“Tambahan masa antara peraturan ditetapkan oleh FIFA, tetapi adakah kamu bercakap mengenai bola sepak,” kata pengguna Twitter @anas4fifi.
“Saya harap kamu betul-betul bercakap mengenai bola sepak,” kata seorang lagi pengguna Twitter @hariridin.
Seorang lagi pengguna, @xennials2 pula membangkitkan persoalan: “Satu pasukan ada 82 kerusi dan pasukan kamu (Hadi) ada 73 kerusi. Bagaimana kamu boleh menang?,” soalnya.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/11/berjuang-untuk-agama-atau-jawatan-yang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dia Ingat Parti Masuk Syurga Atau Neraka Ini Bapak Dia Punya Anwar Selar Pemimpin Pas Berpolitik Mempergunakan Agama

Dia Ingat Parti Masuk Syurga Atau Neraka Ini Bapak Dia Punya Anwar Selar Pemimpin Pas Berpolitik Mempergunakan Agama

papar berkaitan - pada 17/11/2022 - jumlah : 183 hits
Presiden PKR Anwar Ibrahim menyelar kenyataan Ketua Pas Perak yang disifatkan sebagai bodoh dan bangang malah bercakap tidak serupa bikin Ketika berucap ceramah Mega PH di Gombak malam tadi Anwar turut menepis dakwaan pihak lawan kononnya j...
Tuan Ibrahim Pas Sanggup Serah Jawatan Mb Pahang Pada Bn

Tuan Ibrahim Pas Sanggup Serah Jawatan Mb Pahang Pada Bn

papar berkaitan - pada 28/11/2022 - jumlah : 146 hits
malaysiakini comDiterbitkan Nov 27 2022 3 24 PMPN Pahang sedia bertolak ansur dengan menyerahkan jawatan menteri besar kepada BN dalam usaha merealisasikan pembentukan kerajaan negeri melalui kerjasama BN dan PN Timbalan Presiden PAS Tuan I...
Terkini 34 890 Jawatan Kosong November Disember 2022 Gaji Rm1 500 Hingga Rm8 000 By

Terkini 34 890 Jawatan Kosong November Disember 2022 Gaji Rm1 500 Hingga Rm8 000 By

papar berkaitan - pada 27/11/2022 - jumlah : 222 hits
Terkini 34 890 Jawatan Kosong November Disember 2022 GAJI RM1 500 hingga RM8 000 Terbaik kepada seluruh rakyat Malaysia yang sedang mencari pekerjaan kini sebanyak 34 890 peluang pekerjaan di buka di seluruh Malaysia France kepada anda yang...
Terkini Jawatan Kosong Di Sirim Bulan November Dan Disember 2022 Permohonan Kini Dibuka

Terkini Jawatan Kosong Di Sirim Bulan November Dan Disember 2022 Permohonan Kini Dibuka

papar berkaitan - pada 28/11/2022 - jumlah : 296 hits
Terkini Jawatan Kosong Di SIRIM Bulan November Dan Disember 2022 Permohonan Kini Dibuka Makluman kerja kosong khas kepada rakyat Malaysia Permohonan pekerjaan kini boleh dimohon di laman rasmi jawatan kosong atau laman rasmi jabatan kerajaa...
Jawatan Tpm Dan Menteri Kewangan Bermasalah Apa Kata Anwar Sendiri Pegang Portfolio Kewangan

Jawatan Tpm Dan Menteri Kewangan Bermasalah Apa Kata Anwar Sendiri Pegang Portfolio Kewangan

papar berkaitan - pada 2/12/2022 - jumlah : 208 hits
Selepas Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri pada 24 November lalu selain jawatan Timbalan Perdana Menteri yang menjadi tumpuan utama tumpuan lain ialah berkenaan barisan kabinet yang bakal dilantiknya Memimpin sebuah kerajaan per...
Anwar Lantik Zafrul Saifuddin Sebagai Senator Pegang Jawatan Menteri

Anwar Lantik Zafrul Saifuddin Sebagai Senator Pegang Jawatan Menteri

papar berkaitan - pada 3/12/2022 - jumlah : 252 hits
PUTRAJAYA 8211 Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang baharu Perkara tersebut diumumkan Anwar dalam satu pengumuman senarai ...
Lantik Menteri Berwibawa Hapus Jawatan Tidak Perlu Kata Penganalisis

Lantik Menteri Berwibawa Hapus Jawatan Tidak Perlu Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 27/11/2022 - jumlah : 150 hits
SUDAH tiba masanya untuk Anwar Ibrahim menunaikan janji janji pembaharuannya terutamanya membentuk barisan Kabinet lebih kecil yang mahir dalam mengendalikan keperluan negara kata pakar Mereka berkata perdana menteri baharu itu juga mesti m...
Bn Tak Boleh Tuntut Jawatan Tapi Boleh Terima Kalau Diberi Presiden Mic

Bn Tak Boleh Tuntut Jawatan Tapi Boleh Terima Kalau Diberi Presiden Mic

papar berkaitan - pada 27/11/2022 - jumlah : 124 hits
malaysiakini comBarisan Nasional yang bersetuju menyokong Pengerusi Pakatan Harapan Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri dalam kerajaan perpaduan tidak boleh menuntut sebarang jawatan dalam kabinet yang bakal ditubuhkan kata Presiden MIC S...
Pm Beri Bayangan Bn Gps Dapat Jawatan Tpm

Pm Beri Bayangan Bn Gps Dapat Jawatan Tpm

papar berkaitan - pada 25/11/2022 - jumlah : 114 hits
MalaysiakiniAnwar Ibrahim memberi bayangan malam ini bahawa akan ada dua jawatan timbalan perdana menteri dengan masing masing diberikan kepada ahli parlimen BN dan Gabungan Parti Sarawak Bercakap dalam sidang media pertamanya sebagai perda...
Mengalahkan Kami Yang Non Muslim Marion Caunter Dikritik Netizen Gara Gara Sambut Perayaan Krismas

We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Tabung Jihad Fitnah Dalam Pas Ditanggung Halalkah

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

Mengenang 20 Tahun Tsunami Aceh Tragedi Harapan Dan Kebangkitan


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Meriah Sambutan Program Csr Bersama The Good Samaritan Home Anjuran Hotel Concorde Shah Alam

Health Fair Farmasi Al Qanaah Taman Air Biru

Tips Trik Menarik Untuk Pengguna Iphone

Restoran Ayam Ya Halal Ramen Tokyo

Jenis Bekam

A Short Story Menara Impian