Berjayakah Cubaan Kedua Ph Pinda Perlembagaan


News | Diterbitkan Hari ini 8:21 pagi

PH akan membuat percubaan kali kedua untuk meminda Perlembagaan Persekutuan apabila Dewan Rakyat bersidang semula minggu depan.

Untuk merealisasikan manifesto mereka yang berjanji menurunkan usia mengundi - daripada 21 tahun ke 18 tahun - PH perlu memastikan pindaan dapat dilakukan terhadap Fasal 119 Perlembagaan Persekutuan.

Setelah babak melompat parti suatu ketika dahulu, PH - bersama rakan sekutunya, Warisan dan Upko - akan ke Parlimen dengan kedudukan kerusi yang yang kukuh, iaitu 139 daripada 222 kerusi Dewan Rakyat.

Ini bermakna, PH hanya perlukan sembilan kerusi lagi bagi mendapatkan majoriti dua pertiga dalam Dewan Rakyat sekali gus membolehkan pindaan tersebut dibuat.

Status Anggota Parlimen Sipitang, Yamani Hafez Musa, sebagai ahli Bersatu pula masih tidak jelas. Namun, jika keahliannya disahkan sekalipun, PH masih memerlukan lapan lagi kerusi untuk menjayakan pindaan itu.

Sokongan daripada mana-mana parti pembangkang, BN (40 kerusi), PAS (18 kerusi) atau Gabungan Parti Sarawak - atau GPS - (18 kerusi) pun sudah cukup untuk PH menjayakan hasrat mereka.

Walaupun perkembangan hak mengundi ini bukanlah isu kontroversi, politik masih mampu menjadi penghalang seperti yang berlaku dalam cubaan pertama PH untuk meminda Perlembagaan Persekutuan.

Ujian yakinkan pembangkang

Pada 9 April, Dewan Rakyat melakukan undian untuk meminda Fasal 1(2) Perlembagaan Persekutuan yang bertujuan untuk mengembalikan kedudukan Sabah dan Sarawak sebagai kawasan setara dengan Semenanjung Malaysia berbanding status negeri seperti termaktub dalam perlembagaan.

Rang undang-undang itu tidak dapat diluluskan apabila hanya 138 anggota parlimen menyokong, manakala 59 lagi berkecuali.

Keadaan itu meletakkan bermakna kekurangan 10 undi untuk mendapat undi minimum bagi membolehkan ia diterima.

Biarpun GPS bersetuju dengan pindaan tersebut, gabungan terbabit tidak mengundi untuk menyokongnya dengan alasan ia “tidak bermakna" memperkasa kedudukan Sabah dan Sarawak dan "tidak menyeluruh".

BN dan PAS juga mengambil pendirian serupa.

Baca Pembangkang Sabah, S'wak mahu RUU pinda Perkara 1(2) ditarik

Apa yang menariknya, kumpulan pembangkang yang lebih kecil seperti Gabungan Bersatu Sabah (tiga anggota parlimen) dan Anggota Parlimen Kimanis, Anifah Aman (bekas menteri Umno yang kini menjadi wakil rakyat bebas) menyokong pindaan tersebut.

Seramai 24 anggota parlimen tidak hadir semasa pengundian tersebut, termasuk empat daripada PH.

Pindaan perlembagaan akan datang ini bukan saja menjadi ujian terhadap disiplin PH, tetapi juga keupayaan mereka untuk meyakinkan pembangkang semasa menangani isu-isu rentas parti.

Pembangkang masih berahsia

Tiga kumpulan utama pembangkang masih berdiam diri tentang pendirian mereka, tetapi Setiausaha Agung Umno Annuar Musa memberi bayangan bahawa Umno mahu bertindak secara kolektif bersama PAS dan GPS.

Tiga puluh tujuh daripada 40 kerusi BN di Dewan Rakyat adalah milik Umno.

Anggota Parlimen Ketereh itu berkata dia sedang “berbincang” dengan PAS dan GPS sebelum mengumumkan pendirian parti.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pemuda PAS yang baru dilantik Ahmad Fadhli Shaari, berkata PAS “secara prinsipnya bersetuju” dengan pindaan tersebut namun tidak mahu meletakkan apa-apa komitmen berhubung undian parti buat masa ini.

Ahmad Fadhli“Kami mahu ia dijalankan dalam satu pakej, termasuk pendaftaran automatif dan juga tarikh pilihan raya yang ditetapkan lebih awal,” kata anggota parlimen Pasir Mas itu kepada Malaysiakini.

Katanya lagi, PAS akan membincangkan perkara itu malam ini dalam mesyuarat pramajlis mereka.

GPS juga tidak memberitahu pendiriannya apabila ketua whip parti itu, Fadillah Yusof, berkata hal itu hanya akan diputuskan selepas taklimat oleh kerajaan pusat.

“Kementerian akan beri taklimat pada 3 Julai, kami hanya akan buat keputusan selepas itu,” kata anggota parlimen Petra Jaya itu kepada Malaysiakini.

Jika BN, PAS dan GPS mengambil pendirian secara kolektif dan partisan, cubaan kedua PH untuk meminda Perlembagan Persekutuan ini hampir pasti akan menemui kegagalan.

Selain daripada tiga blok pembangkang ini, hanya ada enam lagi anggota parlimen pembangkang- satu dari Parti Sarawak Bersatu (PSB), tiga dari Gabungan Bersatu Sabah (GBS) dan dua wakil bebas.

Jika semua anggota parlimen PH hadir sekalipun - dengan mendapat sokongan daripada kesemua enam anggota parlimen berkenaan serta Yamani - PH masih kekurangan dua undi untuk mendapat sokongan dua per tiga Dewan Rakyat.

Dalam keadaan ini, satu-satunya harapan PH adalah supaya ada mana-mana anggota parlimen dari BN, PAS dan GPS menongkah arus untuk mengundi dan menyokong kerajaan.

Laporan tambahan oleh Lu Wei Hoong dan Zikri Kamarulzaman.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/06/berjayakah-cubaan-kedua-ph-pinda.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bersatu Pinda Perlembagaan Sebelum Pemilihan Kata Marzuki

Bersatu Pinda Perlembagaan Sebelum Pemilihan Kata Marzuki

papar berkaitan - pada 29/6/2019 - jumlah : 219 hits
Bersatu pinda perlembagaan sebelum pemilihan kata Marzuki nbsp Dikemas kini 39 minit yang lalu Diterbitkan pada 28 Jun 2019
Pinda Perlembagaan Bolehkah Umno Kembali Kuat

Pinda Perlembagaan Bolehkah Umno Kembali Kuat

papar berkaitan - pada 23/6/2019 - jumlah : 327 hits
Sejak kehilangan kuasa Umno bercadang meminda perlembagaannya dengan melarang pemimpin parti yang dalam proses perbicaraan mahkamah memegang jawatan dalam parti Ada yang mendakwa ini adalah sebagai satu cara untuk menyekat DS Zahid Hamidi d...
Hanya Mahu Cinta Dan Kasih Sayang Tapi Adakah Peluang Kedua Buat Bekas Suami Ini Jawapan Tegas A Aida

Hanya Mahu Cinta Dan Kasih Sayang Tapi Adakah Peluang Kedua Buat Bekas Suami Ini Jawapan Tegas A Aida

papar berkaitan - pada 21/6/2019 - jumlah : 545 hits
SEGALA persoalan mengenai status rumah tangga Datuk A Aida dan Ariff Aziz akhirnya terjawab apabila produser itu mengumumkan mereka sudah be3rcerai secara baik pada 25 April lalu Hanya mahu cinta dan kasih sayang tapi adakah peluang kedua b...
Liga Super 2019 Pahang Kekal Di Tangga Kedua Liga

Liga Super 2019 Pahang Kekal Di Tangga Kedua Liga

papar berkaitan - pada 21/6/2019 - jumlah : 335 hits
JOHORTIMES MY hubungi kami dengan KLIK LOGO WHATSAPP DI PENJURU KANAN SEMASA MELAYARI DI JOHORTIMES MY DI TELEFON BIMBIT ANDA TERIMA KASIH Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Faceboo...
Undi Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia 2022 Piala 2023

Undi Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia 2022 Piala 2023

papar berkaitan - pada 20/6/2019 - jumlah : 359 hits
JOHORTIMES MY hubungi kami dengan KLIK LOGO WHATSAPP DI PENJURU KANAN SEMASA MELAYARI DI JOHORTIMES MY DI TELEFON BIMBIT ANDA TERIMA KASIH Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Faceboo...
Mawi Kini Kehilangan Kedua Ibu Bapa

Mawi Kini Kehilangan Kedua Ibu Bapa

papar berkaitan - pada 20/6/2019 - jumlah : 930 hits
Penyanyi dan penyampai radio Zayan FM Mawi kehilangan ibu tersayang Ramlah Sarlan yang menghembuskan nafas terakhir selepas Maghrib malam tadi Berita sedih itu dikongsikan oleh stesen radio Zayan menerusi laman Instagram rasmi mereka Isteri...
Avengers Endgame Versi Kedua Akan Ada Deleted Scene Babak Post Kredit Kejutan Dan Tribute Kevin Feige

Avengers Endgame Versi Kedua Akan Ada Deleted Scene Babak Post Kredit Kejutan Dan Tribute Kevin Feige

papar berkaitan - pada 20/6/2019 - jumlah : 324 hits
Para peminat filem Avengers Endgame dikejutkan dengan berita bahawa Avengers Endgame akan diterbitkan semula dengan penambahan babak babak baru Tindakan Marvel Studios ini berkemungkinan mahu untuk menaikkan kembali kutipan tiket untuk memi...
Ally Iskandar Pilih Wanita Temerloh Untuk Perkahwinan Kedua

Ally Iskandar Pilih Wanita Temerloh Untuk Perkahwinan Kedua

papar berkaitan - pada 23/6/2019 - jumlah : 329 hits
22 Jun 2019 7 49 PM KUALA LUMPUR Selepas menduda hampir tiga tahun personaliti televisyen terkenal Ally Iskandar dilaporkan sudah bernikah buat kali kedua dengan seorang gadis yang di
Kalau Saya Cari Lain Pun Pasti Takkan Jumpa Seperti Bella Saya Terus Berdoa Moga Ada Peluang Kedua

Kalau Saya Cari Lain Pun Pasti Takkan Jumpa Seperti Bella Saya Terus Berdoa Moga Ada Peluang Kedua

papar berkaitan - pada 27/6/2019 - jumlah : 456 hits
Kalau Saya Cari Lain Pun Pasti Takkan Jumpa seperti Bella Saya Terus Berdoa Moga Ada Peluang Kedua Mengakui bersikap angkuh dan sambil lewa dengan kebaikan yang dilakukan bekas isteri sebelum ini Aliff Aziz berdoa agar dapat diberikan pelua...
Anggaran Kekerapan Hubungan Seks Mengikut Usia

Ketua Polis Selangor Mengesahkan Tiada Unsur Khianat Dikesan Dalam Siasatan Letupan Gas Putra Heights

The Salt March Of 1930 Gandhi S Peaceful Revolution That Shook An Empire

Lg Ai Home Promo Gives You Rm2 800 Ewallet Credits

Cukai Perkhidmatan 8 Oleh Bank Bermula 1 Julai 2025 Apa Kesan Kepada Kita

Which Snack Is Better For Health Chips Or Biscuits

Sarapan Pulut Panggang Inti Sambal Tumis

The Science Behind Stress Sips How Breakthrough Boosts Hormonal Harmony


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tabiat Harian Ini Boleh Ganggu Tidur Anak Mama Pama Wajib Ambil Tahu

Dah Tau Apa Yang Tok Menilik Tapak Tangan

Bagaimana Saya Menjana Jualan Lebih Rm10 000 Sebulan Di Lazada

Cara Menyertai Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera

5 Sebab Mengapa Anak Anda Sukar Untuk Menghafal Sifir

Jana Income 3k 10k Sebulan Dengan Jual Ebook Sendiri