Beritahu Rakyat Lompat Parti Perbuatan Keji




Beritahu rakyat lompat parti perbuatan kejiPosted By: Redzuan RF8 Mediaon: August 04, 2022
ShareRang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 dan Peruntukan Larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti telah pun diluluskan dalam persidangan Dewan Rakyat minggu lalu.
Namun ahli politik perlu menerangkan kepada rakyat mengenai kehodohan perbuatan khianat mandat pilihan raya sehingga digubal RUU anti lompat berkenaan.
Menurut Ketua Wanita KEADILAN, Senator Fadhlina Sidek, naratif kehodohan melompat parti itu perlu dikehadapankan agar pengundi beringat dan tidak memilih wakil rakyat yang mempunyai kecenderungan berbuat demikian dalam pilihan raya.
“Kita konsisten RUU ini sejak awal kerana ia ada dalam manifesto kita. Kita cuba jalankan dalam masa 22 bulan (memerintah) dan kita tidak dapat bertahan. Maka dengan MoU (kerjasama politik) kita teruskan RUU
“Bagi saya penerangan meyakinkan rakyat berkaitan RUU ini penting. RUU ini tidak hanya tentang lompat tetapi perlu beri pandangan lebih keji, kerana ini adalah RUU anti pembelotan, anti khianat, anti penjual maruah dan anti rasuah.
“Kita perlu nampakkan nilai ini, kenapa RUU ini sangat penting,” katanya dalam program Wawancara Sinar Harian bertajuk “Akta Lompat Parti: Tamat riwayat ‘katak politik'”, semalam.
Bagi Senator Dewan Negara itu, demokrasi biar pun memberi kebebasan individu memilih dan berpersatuan tetapi mandat rakyat perlu diutamakan.
Katanya, RUU anti lompat sangat berguna untuk menavigasi moral politik para wakil rakyat selepas ini.
“RUU penting sebagai kompas moral bagi ahli politik. Kerana kita bercakap tentang mandat rakyat yang dicurangi oleh ahli politik dan kemudiannya kita bercakap tentang mengembalikan mandat (keyakinan untuk mengundi) ini.
“Kita kembalikan mandat supaya kepercayaan rakyat kembali subur,” katanya.
Menjawab soalan moderator apakah katak politik mungkin mempunyai pedoman tersendiri dalam mengalih sokongan seperti untuk membentuk kerajaan yang lebih baik, Fadhlina menolak andaian demikian kerana pengalaman beliau dalam KEADILAN ahli politik yang berpaling bukanlah berasaskan faktor moral.
“Saya rasa dalam pengetahuan kita, yang melompat ini tidak ada prinsip sebab itulah dalam Dewan Rakyat ditegaskan oleh Ketua Pembangkang kenapa tiada ada siasatan dalam isu lompat. Kita yakin jika ada siasatan, kita lihat apakah tawaran yang diberikan kepada mereka ini.
“Bukan sahaja duit, termasuk kedudukan dan jawatan yang mesti disiasat tetapi tidak ada,” katanya.
Bagaimanapun Fadhlina berkata, RUU yang telah diluluskan tidak sepenuhnya mengikut apa yang dikehendaki oleh Pakatan Harapan
Meski begitu, sekurang kurangnya RUU itu akan menghalang lompatan politik secara individu.
“Dalam ucapan Ketua Pembangkang sewaktu mengulas RUU ini, banyak aspek yang kita cadangkan dari PH tidak termasuk dalam pindaan tetapi tidak bermakna ia tidak boleh diteruskan.
“Tetapi harus kita bezakan, kerana kita telah pastikan (selepas lulus RUU) tidak akan ada lompat individu. Akan ada kemungkinan segerombolan, iaitu parti akan keluar.
“Saya rasa itu bukan yang sukar untuk kita ramal. Barangkali Umno akan bersama PKR, siapa tahu, yang mahu Datuk Ser Anwar jadi PM sebagai contoh
“Saya ingat dalam konteks itu (parti mengubah sokongan) ada kemungkinan berlaku. Namun sekarang sekurang kurangnya kita telah sekat perkara paling asas, maknanya pengkhianatan tidak boleh berlaku dalam disiplin parti, konteks individu dan konteks menyelamatkan mandat rakyat,” katanya.
Menyentuh mengenai recall election yang dilakukan di sesetengah negara dalam menangani tindakan menukar parti, Ketua Wanita KEADILAN itu berkata RUU yang telah diluluskan boleh ditambahbaik kemudian kerana terdapat isu isu yang boleh ditangani secara lebih berkesan melalui konsep recall tersebut.
“Kedudukan itu telah kita bicarakan bagaimana recall election untuk kembalikan mandat rakyat. Tetapi saya kata barangkali kita tidak nampak kepentingan recall ketika ini kerana kita perlu melakukan pindaan segera dalam beberapa perkara, terutama Perlembagaan Persekutuan
“Tetapi isu recall ini memang panjang dan mendapat perhatian dari Ahli Parlimen yang mahukan recall. Kedudukan ini kita akan lihat dari semasa ke semasa.
“Recall ini juga boleh beri jaminan kepada anti lompat,” katanya lagi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/08/beritahu-rakyat-lompat-parti-perbuatan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ahli Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat Bagi Penggal 2022 Hingga 2025

Ahli Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat Bagi Penggal 2022 Hingga 2025

papar berkaitan - pada 27/7/2022 - jumlah : 376 hits
Ahli Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat yang baharu bagi penggal 2022 2025 Presiden YB Datuk Seri Anwar IbrahimTimbalan Presiden Rafizi RamliNaib Naib Presiden 1 YAB Dato Seri Amiruddin Shari2 YB Chang Lih Kang3 YB Nik Nazmi4 YAB D...
Lulus Anta Anti Lompat Parti Era Baru Kerjasama Kerajaan Pembangkang

Lulus Anta Anti Lompat Parti Era Baru Kerjasama Kerajaan Pembangkang

papar berkaitan - pada 30/7/2022 - jumlah : 228 hits
Lulus akta anti lompat parti era baru kerjasama kerajaan pembangkangPosted By on July 29 2022ulusan Rang Undang undang Larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti semalam memandakan bermulanya dimensi baharu dalam sistem bernegara Malaysia Menuru...
Jangan Kita Lupa Tergubalnya Ruu Anti Lompat Parti Adalah Atas Jasa Jahat Tun Mahathir

Jangan Kita Lupa Tergubalnya Ruu Anti Lompat Parti Adalah Atas Jasa Jahat Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 29/7/2022 - jumlah : 193 hits
Ramai yang memuji Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob atas kejayaan membentang dan seterusnya beroleh kelulusan dalam RUU Anti Lompat Parti yang sebelum ini tertangguh beberapa kali Kesungguhannya terhadap RUU itu tidak lain adalah kerana b...
Ruu Anti Lompat Parti Diluluskan

Ruu Anti Lompat Parti Diluluskan

papar berkaitan - pada 28/7/2022 - jumlah : 213 hits
RUU Anti Lompat Parti Diluluskan Dewan Rakyat hari ini meluluskan pindaan perlembagaan berhubung anti lompat parti menerusi Rang Undang Undang Perlembagaan 2022 dan Peruntukan Larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti Ia diluluskan untuk bacaan...
Ruu Anti Lompat Parti Terpenting Dalam Mou

Ruu Anti Lompat Parti Terpenting Dalam Mou

papar berkaitan - pada 29/7/2022 - jumlah : 223 hits
RUU Anti Lompat Parti terpenting dalam MoUPosted By on July 28 2022Rang Undang Undang Anti Lompat Parti merupakan bahagian terpenting dalam Memorandum Kerjasama antara Pakatan Harapan dan Kerajaan Persekutuan Ketua Pembangkang Parlimen Mala...
Ge15 Only After All States Have Enacted Ruu Anti Lompat Parti

Ge15 Only After All States Have Enacted Ruu Anti Lompat Parti

papar berkaitan - pada 30/7/2022 - jumlah : 244 hits
DAP chairman Lim Guan Eng has urged Prime Minister Ismail Sabri Yaakob to call for the next general election after all the states have amended their state constitutions by enacting the anti hopping law He said this was to ensure uniformity ...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya