Berita Tak Masuk Akal Daripada Kpdnhepabcdefg


 Tuan-tuan, mampus lah negara kita. Betul-lah negara ini akan mampus. Kerajaan, kementerian, pegawai kerajaan tak faham apa depa cakap pun. Di sini ada berita tak masuk akal daripada kementerian nama panjang KPDNHEPABCDEFG . .





https://www.msn.com/en-my/news/other/rakyat-mungkin-terpaksa-bayar-kos-lebih-tinggi/ar-AAQMTdT?ocid=msedgntp
SHAH ALAM - Rakyat terpaksa membayar kos lebih tinggi jika Program Penyeragaman Harga Keperluan Asas tidak dilaksanakan kata Pengarah 
Ujar beliau, inisiatif KPDNHEP itu membolehkan rakyat di pedalaman menikmati harga barangan keperluan harian pada harga berpatutan seperti penduduk di bandar.
Katanya, peruntukkan RM2.3b untuk program berkenaan sejak 2009 hingga sekarang.
“untuk bantu rakyat mengatasi kos yang dihadapi .."
OSTB :  I say brader, kau dapat peruntukan RM2.3 BILLION dah. Itu bukan duit plastik. RM2.3 Billion itu duit rakyat. Kau ambil duit aku RM2.3 Billion dari saku kanan lepas itu kau masuk dalam saku kiri lepas itu kau kata kau dah jimat duit ke?  Aiyyo mama!  Ekonomi style apa bro? 
“Saya ingat pada 2016 apabila kita buat kajian ‘outcome’ (hasil), kita belanjakan RM200 juta, rupa-rupanya penjimatan penduduk adalah lebih daripada RM230 juta
OSTB : I say kira-kira ini tak betul-lah. Kau belanja duit rakyat RM200 Juta. Lepas tu kau kata rakyat jimat RM230 Juta. Dia jimat RM30 juta sahaja. RM230 juta tolak RM200 juta = RM30 juta sahaja. 
Tetapi yang kau belanja RM200 juta itu pun duit rakyat juga. Bukan duit plastik. Duit itu bukan jatuh dari langit. Duit aku juga lah.
Ini tak lain tak bukan bayar sabsidi saja. Bukan harga barang turun pun. Harga ikan kembong tak turun pun. Sekarang sudah RM18-RM22 sekilo. Tapi itu tahun 2016. Sekarang sudah penghujung 2021 dah. Data kau sudah lapuk lah brader.   
Macam mana kau tahu kami pengguna sudah jimat RM230 Juta ke atau kami jimat seringgit pun?  Yang saya tahu harga barang tak menurun pun. Yang saya tahu harga barang naik, naik, naik. Cuma minyak yang selalu turun naik - ikut harga minyak dunia.  
lebih daripada seribu pegawai akan meninjau harga barangan 
“Mereka akan mengambil data-data harian dan bulanan.kita ambil data daripada peruncit-peruncit “Mereka akan bagi data-data tersebut
akan salurkan maklumat kepada penguat kuasa sekiranya terdapat harga tinggi
notis akan dikeluarkan sama ada kenaikan harga itu benar atau tidak,” jelasnya.
OSTB :  Lebih 1,000 pegawai akan pantau harga barang?? Buat kerja kosong bro. Nak bayar gaji 1,000 pegawai pun belanja berjuta Ringgit.  Katakanlah gaji setiap pegawai itu average RM2,000 sebulan. Maksudnya gaji sebulan untuk 1,000 pegawai adalah RM2,000 x 1,000 = RM 2 million (bukan Billion - silap saya)!! Nauzubillah. Satu tahun pula RM24 MIILLION !! Banyak juga itu.  
Untuk buat kerja kosong. Depa ambil data-data harian dan bulanan untuk apa? Harga barang tak turun pun.
Peruncit itu sudah hidup susah. Tak kira peruncit bangsa Melayu, Cina, India atau siapa pun. Lepas itu kau nak menyusahkan peruncit lagi pasal apa? Kalau dia tak simpan data atau peruncit tak bagi data kau nak buat apa? Denda dia orang ke? Tutup kedai dia ke? 
Dulu saya pun terima borang daripada Kementerian entah apa suruh saya isi borang pasal barang yang saya jual, penjualan saya dan entah apa lagi. Lepas itu ada juga pegawai dia telefon minta maklumat daripada saya. Macam lah saya tak ada kerja lain untuk layan dia. Menyusahkan orang saja lah.
Semua orang susah lah brader. Peruncit, pemborong semua nyawa-nyawa ikan dah. Jangan pula kau hantar 1,000 pegawai penguatkuasa makan gaji buta datang kacau lagi.  
Masalah yang sangat besar dalam negara kita ialah pihak kerajaan terlalu masuk campur dalam urusan ekonomi.  Dan yang suka sibuk-menyibuk buat kacau ini adalah penjawat awam atau Civil Servant makan gaji tetap (daripada duit rakyat) yang tak faham apa pun berkenaan ekonomi dan bisnes.  Inilah masalah besar dalam negara kita.
Percayalah - kerajaan JANGAN masuk campur dalam urusan ekonomi. Terutama sekali dalam percubaan kawal harga. 
Sesudah berpuluh tahun baru Kerajaan sedar harga minyak tak boleh kekal (menerusi kawalan harga). Sekarang harga minyak lebih menepati harga pasaran. Juga sabsidi minyak sudah tidak ada atau sangat berkurangan. 
Kerajaan juga telah sedar bahawa kerajaan tidak mampu bayar sabsidi untuk semua produk dan barang sampai hari kiamat. Kerajaan akan bankrap. Maka banyak sabsidi telah dikurangkan.
Tuan-Tuan orang Melayu, bila saya ulang dan berulang berkali-kali bahawa orang Melayu kena bangkit, inilah maksud saya. Orang Melayu kena faham bahawa apabila Kerajaan buat peruntukan duit rakyat RM2.3 billion atau belanja duit rakyat RM200 juta untuk tujuan "kawalan harga" - itu adalah duit kita. Dia belanja duit lepas itu dia kata ada penjimatan pula. Itu bukan penjimatan.  Itu sabsidi. Kena bayar duit juga - duit kita.
Saya ada cadangan yang jauh lebih mudah dan tidak perlukan perbelanjaan SATU SEN pun daripada duit rakyat. 
Jangan halang pergerakan pasaran. Jangan letak halangan dalam perjalanan ekonomi negara. 
Batalkan semua monopoli - batalkan monopoli kartel daging, batalkan monopoli impot beras, batalkan sekatan mengangkut beras dari satu negeri ke negeri lain, batalkan monopoli lesen nelayan ikut agama, bangsa, bahasa dsbnya, batalkan keperluan lesen untuk tanam pokok gaharu (gila b--i punya idea).
Biarkan ekonomi negara berjalan sendiri tanpa gangguan Penjawat Awam yang tak faham apa pun pasal bisnes atau ekonomi. Biarkan ekonomi negara berjalan lancar tanpa gangguan ahli politik yang ingin memperkayakan kocek sendiri. Kartel daging jadi apa?  Tak jadi apa pun.  (Di Bangsar harga daging kambing (local mutton) sudah RM68 sekilo!!)
Sila ambil maklum apa yang sebenarnya berlaku dalam ekonomi negara kita.   
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.By Syed Akbar Ali 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2021/11/berita-tak-masuk-akal-daripada.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tidak Mahu Terus Terpaiit Akhirnya Wakil Kedai Yang Tular Gara2 Harga Siakap Tak Masuk Akal Tampil Buat Penjelasan

Tidak Mahu Terus Terpaiit Akhirnya Wakil Kedai Yang Tular Gara2 Harga Siakap Tak Masuk Akal Tampil Buat Penjelasan

papar berkaitan - pada 4/11/2021 - jumlah : 272 hits
Dengan pembukaan geIembung pelanc0ngan dan kebenaran rntas negeri nmpaknya ramai yang tak mahu Ipaskan pIuang meIncong dan berjalan jalan bersama kIuarga Antara tempat yang menjadi tmpuan para peIancong ialah Langkawi Memang tak dinafikan a...
Cinta Yang Tak Masuk Akal

Cinta Yang Tak Masuk Akal

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 144 hits
CINTA YANG TAK MASUK AKAL Seorang ayah pergi merantau ke luar negara untuk mencari rezeki meninggalkan seorang isteri dan tiga orang anak Dia seorang yang penyayang dan sangat dikasihi dan dihormati pula oleh ahli keluarganya Setelah keadaa...
Seronok Ternak Lembu Baka Boleh Jual Dengan Harga Tak Masuk Akal Anak Muda Jual 2 Ekor Lembu Sado Rm85 000

Seronok Ternak Lembu Baka Boleh Jual Dengan Harga Tak Masuk Akal Anak Muda Jual 2 Ekor Lembu Sado Rm85 000

papar berkaitan - pada 9/11/2021 - jumlah : 266 hits
The ReporterKita lupakan seketika isu viral di Langkawi mengenai menu ikan Siakap yang dikatakan mencecah ribuan ringgit Kita beralih pula ke negeri Kelantan yang berkongsikan kisah anak muda yang menternak lembu sado jenis baka Charolais A...
Masuk Neraka Kerana Seekor Lalat

Masuk Neraka Kerana Seekor Lalat

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 332 hits
Dari Tariq ibn Shihab Sesungguhnya Rasulullah saw bersabda Seorang lelaki telah masuk syurga kerana seekor lalat dan seorang lelaki lain masuk neraka kerana seekor lalat Sahabat bertanya Bagaimana boleh berlaku ya Rasulallah Baginda saw ber...
Ww Bila Muka Atuk Aku Masuk Surat Khabar

Ww Bila Muka Atuk Aku Masuk Surat Khabar

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 208 hits
KLIK GAMBARCatatan To Wan Gambar di atas dari suratkhbar sinar bertarikh 17 Mac 2013 Baru hari ini berkesempatan nak upload Buat pengetahuan semua tahun ni atuk aku dah 93 tahun pun usianya
Pengalaman Pertama Masuk Rumah Baru

Pengalaman Pertama Masuk Rumah Baru

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 174 hits
gambar hiasan semata Pertama sekali aku panjatkan rasa syukur yang tak terhingga kepada Yang Maha Esa Alhamdulillah Setelah berjuang dari bulan 1 untuk uruskan segala proses pembelian rumah aku terpaksa berdepan dengan manusia yang bernama ...
Rumah Di Pecah Masuk Ketika Beraya Dirumah Saudara

Rumah Di Pecah Masuk Ketika Beraya Dirumah Saudara

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 144 hits
KEMERIAHAN sambutan Aidilfitri kakitangan Jabatan Bekalan Air di Selumit di Tanjung Manis bersama keluarganya terbantut apabila kediaman mereka diceroboh penjenayah semalam Mangsa Persi Saperi 43 berkata kejadian itu disedarinya ketika dia ...
3 Tahun Lagi Nak Masuk 30

3 Tahun Lagi Nak Masuk 30

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 144 hits
Hai korang Selamat berhujung minggu 4 Februari datang lagi Hahaha Makanya hari ni bertambah lah lagi umur aku Masuk tahun ni dah 27 tahun uolsss Walaupun umur sudah meningkat tapi jiwa aku tetap muda remaja lagi Hahahaha Sungguh cepat masa ...
Isu Penyokong Masuk Padang Fam Tunggu Mfl

Isu Penyokong Masuk Padang Fam Tunggu Mfl

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 172 hits
KUALA LUMPUR Persatuan BoIasepak MaIaysia menunggu keputusan daripada Liga BoIasepak MaIaysia jika insiden tindakan penyokong memasuki padang ketika aksi PiaIa MaIaysia antara SeIangor dan Terengganu FC perIu dibawa ke Jawatankuasa DisipIin...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Abu Hudzaifah Bin Utbah Berhadapan Dengan Ayah Demi Aqidah

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Merry Christmas 2024

Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025