Berita Meresahkan Pakatan Harapan


Berita Meresahkan Pakatan Harapan. Dalam banyak-banyak kritikan terhadap kerajaan Pakatan Harapan, apa yang paling mendesak dan menyentuh rakyat secara langsung adalah soal kesempitan sara hidup kerana harga barang keperluan yang tinggi

Kerajaan baru-baru ini menubuhkan Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) untuk antara lain yang diharapkan adalah merancakkan pertumbuhan ekonomi supaya kesannya kelak dapat mengurangkan kesempitan sara hidup rakyat

Berita Meresahkan Pakatan Harapan. Perancangan untuk menubuhkan MTEN sudah bermula sejak tahun lalu dan ia diharap dapat menghasilkan buah fikiran dan hasil perbincangan yang dapat dilaksanakan secara berkesan

Tetapi ia pasti terus memerlukan masa yang bukannya pendek, dan sementara itu sebahagian rakyat yang kesempitan sara hidup menanggung derita dan perlu menjalankan kehidupan dengan penuh sabar

Kerajaan PH ditubuhkan atas mandat antara lain untuk mengurangkan tekanan kesempitan sara hidup rakyat. Selain pemerintahan menurut undang-undang (rule of law), urus tadbir baik (good governance) dan pembanterasan korupsi, soal tekanan ekonomi antara perkara yang dipercayai mendorong banyak pengundi menyokong PH pada pilihan raya umum ke-14 lalu

Janji bagi menghapuskan cukai barang dan perkhidmatan (GST) antara perkara untuk mengurangkan harga barang-barang

Daripada hari pertama kerajaan ditubuhkan, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengarahkan kementerian-kementerian mencari jalan untuk melaksanakan manifesto PH, termasuk memansuhkan GST. Perkara itu dapat dilaksanakan dengan mengkadarkannya kepada 0%

Menteri Kewangan Lim Guan Eng juga melaksanakan dasar dan inisiatif supaya kesempitan sara hidup rakyat dapat dikurangkan

Berita Meresahkan Pakatan Harapan
Tetapi setelah hampir 10 bulan kerajaan baru mentadbir, banyak harga barang tidak juga turun. Walaupun ada barang-barang dan perkhidmatan tertentu turun akibat kesan 0% GST, namun keperluan hidup asas rakyat seperti makanan tetap tidak berubah

Beberapa inisiatif kerajaan yang ditujukan pada golongan B40 turut dilaksanakan. Selain daripada mengelak penyelewengan dan ketirisan, inisiatif kerajaan lebih berfokus untuk membantu golongan B40

Tetapi kesannya tentulah mengambil masa dengan 10 bulan tidak memadai. Apatah lagi dengan kekangan kewangan kerajaan akibat pelbagai faktor, baik dari dalam negara mahupun luar, usaha mengurangkan kesempitan sara hidup rakyat tidak jelas kelihatan

Sedangkan golongan itu terpaksa hidup bulan ke bulan dalam keadaan yang tertekan. Tentulah mereka berasa kecewa apabila keadaan tidak berubah walaupun kerajaan baru memegang tampuk pemerintahan sudah menghampiri 10 bulan

Tetapi apa yang berlaku sekarang bukan saja soal tidak kemampuan kerajaan untuk memenuhi kehendak golongan kesempitan sara hidup. Ia juga merupakan keadaan yang terbentuk daripada hasil yang kompleks akibat pemerintahan Barisan Nasional dan Perikatan selama 60 tahun. Waktu kerajaan PH mengambil alih pemerintahan negara, ia merupakan tempoh memperbaiki atau ‘correction’ kepada apa yang berlaku selama 60 tahun

Keadaan begitu kompleks hingga ia melibatkan sistem, amalan dan malah nilai rakyat. Kecenderungan kerajaan adalah untuk kembali kepada amalan lama pentadbiran BN. Tetapi kalau itu yang berlaku, maka tidak akan ada perubahan

Golongan rakyat yang kesempitan sara hidup tentulah tidak sabar dengan keadaan ini. Dalam keadaan rasa gelisah ini, maka emosi mereka mudah dipermainkan dan diperalatkan menurut sentimen kaum dan agama. Soal ekonomi berpindah kepada isu kaum. Ia satu kecenderungan dalam sistem politik, di mana tekanan ekonomi menyemarakkan sentimen populis, rasis dan fasis

Apa yang paling penting dalam soal kesempitan sara hidup adalah harga makanan seharian. Sememangnya kesempitan sara hidup melibatkan banyak faktor, umpamanya inflasi, penurunan nilai wang, gaji yang tidak naik dan pengangguran. Tetapi soal asas adalah makanan. Umpamanya harga ikan, telur dan ayam

Kementerian yang telibat dengan soal harga makanan ialah Kementerian Kewangan, Kementeran Hal Ehwal Ekonomi, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Adakah kementerian-kementerian itu telah melaksanakan program-program baru bagi membolehkan golongan kesempitan sara hidup memperoleh pembelaan

Menteri yang kreatif dan berinisiatif adalah suatu perkara penting. Tetapi tidak kurang penting ialah pelaksananya iaitu jentera kerajaan. Adakah jentera kerajaan termasuk perancang-perancang cukup bermutu untuk mendokong hasrat ahli-ahli politik itu

Sememangnya ahli-ahli politik yang berdepan dengan pelbagai cabaran berhubung dengan kementerian mereka tidak mempunyai keajaiban bagi menelurkan penyelesaian. Tetapi ungkapan “kami sedang kaji” adalah suatu yang mengecewakan

Apa saja masalah sememangnya perlu kajian oleh jentera kerajaan yang bertanggungjawab. Tentunya juga ia memerlukan masa. Tetapi para pemimpin politik wajar memiliki minda yang cergas bagi menjawab soalan-soalan yang tiba-tiba diketengahkan ke depan mereka

Berita Meresahkan Pakatan Harapan
“Saya akan kaji” tidak dapat diterima walaupun ia merupakan langkah yang wajar bagi seseorang menteri

Dalam menghadapi soal kesempitan sara hidup ini, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna memegang kunci bagi penyelesaian

Mereka mungkin tidak mempunyai banyak pilihan dalam usaha mencari penyelesaian bagi masalah kompleks, yang mana kerajaan dulu juga gagal menyelesaikannya. Tetapi apa yang penting adalah azam politik. Mereka mesti mempunyai kekuatan untuk melakukan perubahan

Harga makanan naik. Mengapa jadi demikian? Pastinya jentera kerajaan tahu puncanya dan mampu mencadangkan penyelesaian. Tetapi mereka memerlukan azam daripada ahli-ahli politik (political will), yang berani melakukan tindakan walaupun tidak disenangi oleh sebahagian golongan yang selama ini mengaut keuntungan daripada sistem sedia ada

Para menteri tidak wajar hanya mengungkapkan matlamat dan rancangan jangka panjang yang digubal oleh jentera kerajaan. Sebaliknya menteri wajar menelurkan buah fikiran untuk mendapatkan penyelesaian

Contohnya, harga ikan yang mahal hingga di luar jangkauan banyak golongan kesempitan sara hidup. Mengapa perkara ini terjadi? Siapakah nelayan yang menangkap ikan? Bagaimanakah lesen menangkap ikan laut dalam diagihkan? Adakah pemegang lesen itu sendiri menangkap ikan di laut? Atau lesen itu disewakan pada pihak lain

Akibatnya ia menyumbang kepada kenaikan harga ikan dan pengekalan kemiskinan nelayan? Bolehkah lesen itu dibatalkan serta-merta dan diberikan pada nelayan sebenar menangkap ikan? Mungkinkah ada nelayan asing seperti dari Vietnam yang menggunakan lesen negara ini? Dari mana mereka memperoleh lesen itu

Bagaimana pula sistem peraih dan orang tengah yang menjual ikan itu? Tentulah sebarang pembaikan akan menimbulkan kemarahan pihak-pihak yang mengaut keuntungan daripada harga ikan yang mahal. Perkara-perkara yang seumpama ini juga mungkin berlaku pada barangan lain. Umpamanya harga ayam, ikan, sayur dan lain-lain

Pada keadaan begini, timbul juga persoalan di manakah peranan persatuan-persatuan pengguna. Dalam demokrasi yang mengamalkan kapitalisme, kelangsungan sistem ini tidak boleh bergantung pada kerajaan dan parti-parti politik semata-mata

Ia perlu juga bergantung pada badan-badan masyarakat sivil seperti persatuan-persatuan pengguna, kesatuan sekerja, persatuan peladang dan nelayan

Berita Meresahkan Pakatan Harapan. Tidak kurang pentingnya ialah peranan media. Media dalam apa jua bentuk wajar memperjuangkan agenda rakyat. Mereka bukanlah semata-mata menjadi juru bicara kerajaan atau parti politik, sama ada kerajaan atau pembangkang. 



Iklan









Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.addindeen.com/2019/02/berita-meresahkan-pakatan-harapan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Fokus Utama Umno Pas Adalah Kegagalan Kerajaan Kakistokrasi Pakatan Harapan Tok Mat Hasan

Fokus Utama Umno Pas Adalah Kegagalan Kerajaan Kakistokrasi Pakatan Harapan Tok Mat Hasan

papar berkaitan - pada 20/2/2019 - jumlah : 889 hits
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera Kerjasama UMNO PAS adalah kerjasama dan persefahaman politik yang masih baru Ia belum lagi menjadi satu kerjasama yang formal dan insyallah akan bertumbuh dan mengukuh secara organik sesuai masa Meski...
Kenapa Pakatan Harapan Macam Gila Talak

Kenapa Pakatan Harapan Macam Gila Talak

papar berkaitan - pada 20/2/2019 - jumlah : 239 hits
Salleh SD Kenapa Pakatan Harapan susah hati sangat sekiranya Umno dan PAS bekerjasama Bukan ke ini dipanggil demokrasi Nampaknya Pakatan Harapan hanya mengamalkan sistem demokrasi untuk diri mereka sendiri sahaja Didalam sistem demokrasi se...
Prk Semenyih Anak Saya Sudah Menyesal Undi Pakatan Harapan Luahan Seorang Bapa Di Semenyih

Prk Semenyih Anak Saya Sudah Menyesal Undi Pakatan Harapan Luahan Seorang Bapa Di Semenyih

papar berkaitan - pada 21/2/2019 - jumlah : 415 hits
Prk Semenyih Anak Saya Sudah Menyesal Undi Pakatan Harapan Luahan Seorang Bapa Di Semenyih
Dap May Have To Leave Pakatan Harapan If The Rot Continues

Dap May Have To Leave Pakatan Harapan If The Rot Continues

papar berkaitan - pada 21/2/2019 - jumlah : 388 hits
DAP leaders whether in government or outside will leave the Pakatan Harapan government if the objective of a New Malaysia is abandoned DAP supremo Lim Kit Siang said He said DAP leaders are in the government because they can play an importa...
Prk Semenyih Video Pengundi Semenyih Marah Pakatan Harapan

Prk Semenyih Video Pengundi Semenyih Marah Pakatan Harapan

papar berkaitan - pada 21/2/2019 - jumlah : 383 hits
PANAS Pendedahan layanan Pakatan Harapan terhadap Rakyat yang selama ini dipendamkan Adakah ini kerajaan yang baik untuk Rakyat Dengarkan sendiri luahan mereka yang merupakan PENGUNDI DUN N24 SEMENYIH Sumber
Politik Pelik Pakatan Harapan

Politik Pelik Pakatan Harapan

papar berkaitan - pada 19/2/2019 - jumlah : 341 hits
1 Politik itu pelik 2 Sekejap anda berkawan sekejap anda berlawan 3 Kemudian anda berkawan semula kemudian lawan Ia pusingan tanpa henti 4 Pepatah Inggeris ada sebut In politics there are no permanent enemies no permanent friends only perma...
Wordplay And Slang For Brand Name

Staycation Di Swiss Garden Kuantan Makbul

Rombakan Exco Perlis Dua Adun Digugurkan Tapi Kuota Bersatu Kekal

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Seketika Di Tugu Negara

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley


Sanusi Told To Name Those Sabotaging Kedah S Investments

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Lirik Lagu Rahsia Tuhan Noh Salleh

Cara Mudah Tanam Daun Selom

Mulia Dengan Al Qur An

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas