Berita Mengejutkan Bangsa Melayu


Berita Mengejutkan Bangsa Melayu. Sejak PRU yang lalu, naratif politik di Malaysia berada di sekitar isu berkenaan kaum dan agama, terutama kedudukan Melayu dan Islam

Daim dalam ucapannya di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor malam tadi membangkitkan perkara ini dan berkata tanggapan bahawa kedudukan Melayu kini terancam tidak lebih sekadar retorik politik mengarut

Berita Mengejutkan Bangsa Melayu.  Walaupun lebih berpendidikan dan dengan golongan berpendidikan yang besar, kita masih tidak mampu meyakinkan diri kita tiada apa yang perlu ditakutkan orang Melayu di negara ini

"Adakah orang Melayu berfikir secara strategik, logik dan kritikal? Saban hari semakin jelas orang Melayu berfikir berdasarkan perasaan mereka dan bukannya daya intelek. Kita perlu tanya diri sendiri - apa yang telah berlaku pada kita?" soalnya

Menurut Daim, orang Melayu membenarkan emosi menguasai mereka dan mempengaruhi persepsi mereka terhadap orang lain

"Ketika (majalah) Mastika berhenti menulis cerita hantu, edaran merosot dan kini Mastika tiada lagi. Berbanding baca tentang hantu di Mastika, kini kita melihat hantu di mana-mana

"Berbanding menggunakan logik dan fakta, kita memilih untuk percaya terhadap retorik perkauman ahli politik yang reputasinya meragukan," katanya

Berita Mengejutkan Bangsa Melayu
Daim kemudian bertanya kepada hadirin - sebahagian besarnya ahli akademik - tentang peranan mereka dalam memasukkan fakta dan logik ke dalam naratif Malaysia

"Adakah anda mahu dibawa arus emosi atau anda merasakan menjadi tanggungjawab sendiri untuk mempersoal naratif tidak rasional yang disuap kepada orang Melayu

"Adakah anda yang berpendidikan bercakap secara jujur dan berani tentang apa yang sedang berlaku, atau hanya berpura-pura yang perkauman semakin meningkat ini sesuatu yang absah?"
Melayu ada dua pilihan
Naratif semasa yang berpusat sekitar kaum dan agama, kata Daim, memberi tanggapan orang Melayu kini kian hampir untuk dipinggir di negara sendiri

"Ada kemarahan yang begitu kuat apabila orang bukan Melayu dilantik memegang jawatan tinggi dalam kerajaan, seolah-olah ia baru berlaku sekarang

"Kenapa tiada kemarahan sama ketika kita berdepan dengan fakta rasuah dan kleptokrasi tahap tinggi di kalangan pemimpin Melayu kita? Kita tidak tersinggung apabila ia jadi tajuk berita seluruh dunia

"Sebaliknya kita kata 'Malu apa'. Kalau tak malu, apa jadi kepada iman kita

Berita Mengejutkan Bangsa Melayu
Bagi Daim, orang Melayu kini ada dua pilihan, sama ada meneruskan naratif emosi dan tidak rasional sehingga membakar diri sendiri atau berhenti sejenak, berfikir dan menyeru ke arah perubahan

"Tiada siapa yang paksa kita menjadi emosi dan tidak rasional. Kita memilih untuk jadi begitu kerana kita benarkan diri dipengaruhi ahli politik yang matlamatnya hanya untuk kembali berkuasa, walau apa pun harganya

"Dan selalunya kitalah yang menanggung harganya," katanya lagi

Beliau turut menyentuh reaksi sebilangan orang Melayu berkenaan isu penghinaan terhadap Islam yang timbul mutakhir ini

"Agama tak boleh dihina. Hanya manusia (boleh rasa terhina). Jika keimanan kita kuat, kita tidak akan rasa terhina, malah kita akan mengetawakan kejahilan (mereka yang menghina)

Berita Mengejutkan Bangsa Melayu.  "Memang salah untuk menghina sesiapa saja, apatah lagi Nabi Muhammad. Menghina agama adalah tindakan bodoh, tetapi kita ada undang-undang dan perlu hormat prosesnya," katanya lagi. - mk



Iklan












Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.addindeen.com/2019/03/berita-mengejutkan-bangsa-melayu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Saya Percaya Bangsa Melayu Akan Membebaskan Masjid Al Aqsa

Saya Percaya Bangsa Melayu Akan Membebaskan Masjid Al Aqsa

papar berkaitan - pada 19/3/2019 - jumlah : 402 hits
KUALA LUMPUR Saya percaya bangsa Melayu akan membebaskan Masjid Al Aqsa Perkara ini akan berlaku Insya Allah kata Presiden Kesatuan Ulama Luar Negara Palestin Sheikh Dr Nawaf Takruri Sheikh Nawaf berkata Malaysia sentiasa berada di belakang...
Perubahan Kerajaan Malapetaka Dahsyat Buat Bangsa Melayu

Perubahan Kerajaan Malapetaka Dahsyat Buat Bangsa Melayu

papar berkaitan - pada 17/3/2019 - jumlah : 272 hits
Oleh Athirah Huda Zalhe Tak pernah berlaku dalam negara majoriti umat Islam tapi pemerintahannya dikuasai orang bukan Islam Presiden Isma PUTRAJAYA Perubahan pemerintahan Malaysia selepas Pakatan Harapan yang didominasi DAP merampas tampuk ...
20 Tahun Lagi Orang Melayu Dan India Mungkin Akan Menganggur Kajian Isu Rasisme Dalam Dunia Pekerjaan Mengejutkan Ramai

20 Tahun Lagi Orang Melayu Dan India Mungkin Akan Menganggur Kajian Isu Rasisme Dalam Dunia Pekerjaan Mengejutkan Ramai

papar berkaitan - pada 9/3/2019 - jumlah : 396 hits
20 tahun lagi orang Melayu dan India mungkin akan menganggur Kajian isu rasisme dalam dunia pekerjaan mengejutkan ramai Sejak kebelakangan ini kemahiran berbahasa Mandarin dijadikan sebagai salah satu syarat utama bagi seseorang untuk memoh...
Video Takpe Takpe Korang Rilex Dulu Esok Lusa Dah Kedalam Dua Lelaki Berbaju Melayu Sam Un Kedai Serbaneka

Video Takpe Takpe Korang Rilex Dulu Esok Lusa Dah Kedalam Dua Lelaki Berbaju Melayu Sam Un Kedai Serbaneka

papar berkaitan - pada 10/3/2019 - jumlah : 664 hits
VIDEO Takpe Takpe Korang Rilex Dulu Esok lusa Dah Kedalam Dua Lelaki Berbaju Melayu Sam un kedai serbaneka Dua penjenayah berbaju Melayu dengan bersenjatakan parang menyamun sebuah kedai serbaneka di Seksyen 17 pada Sabtu Ketua Polis Daerah...
Tak Mustahil Kerajaan Ph Akan Tarik Sokongan Majoriti Pengundi Melayu Di Pru15

Tak Mustahil Kerajaan Ph Akan Tarik Sokongan Majoriti Pengundi Melayu Di Pru15

papar berkaitan - pada 10/3/2019 - jumlah : 390 hits
Dengan kekuatan ketekunan dan komitmen untuk berlaku adil kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum agama atau wilayah sepanjang proses pembinaan sebuah Malaysia Baharu tidak ada sebab mengapa Pakatan Harapan tidak mampu mendapat soko...
Informasi Lebih 4 000 Hartanah Sempena Mapex 2019 Peluang Melayu Bukan K Tan

Informasi Lebih 4 000 Hartanah Sempena Mapex 2019 Peluang Melayu Bukan K Tan

papar berkaitan - pada 12/3/2019 - jumlah : 343 hits
KOTA BHARU Orang Melayu bukan anak Kelantan berpeluang memiliki hartanah di negeri ini sekiranya memenuhi syarat syarat yang ditetapkan Pengerusi Penganjur Pameran Hartanah Malaysia 2019 Kelantan Dato Samsuri Awang Mat berkata kemudahan itu...
Kepentingan Melayu Tetap Dijaga Oleh Pakatan Harapan Bukan Umno Atau Pas

Kepentingan Melayu Tetap Dijaga Oleh Pakatan Harapan Bukan Umno Atau Pas

papar berkaitan - pada 11/3/2019 - jumlah : 339 hits
Perdana Menteri yang juga Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerjasama politik yang sedang digembleng UMNO dan PAS seolah olah cubaan untuk mengasingkan Melayu dan kaum lain Kerjasama diantara UMNO dan PAS itu juga di...
Karipap Pusar Keropok Lekor Viral

Gadis Maut Dua Penumpang Parah Kereta Bertembung Suv

Perkampungan Ilmu Tremendous Kota Kecemerlangan 2024

Dive Into Joy And Creativity At Legoland Malaysia Resort S Brick Tacular Holidays

Ini Halatuju Baru Trump Niat Jahat Busuk Ganas Terbongkar

Pemandu E Hailing Cemas Kereta Terjun Tasik

Cara Matikan Ai Microsoft Word Yang Mengintip Apa Yang Anda Tulis

Lelaki Muda Hilang Di Sungai Jeram Badoh Risau Lemas


echo '';
Biodata Terkini Zehra Zambri Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Semalakama

Senarai 10 Finalis Anugerah Juara Lagu AJL 39 2025 Keputusan Separuh Akhir Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024

Senarai Lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 39 Semi Final Muzik Muzik SFMM 2024 Persaingan Merebut Tiket Ke AJL Anugerah Juara Lagu

Biodata Terkini Fairuz Selamat Q Face Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Izinkanlah

Biodata Terkini Arrora Salwa Salwa Razak Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Ahmad


Abdullah Bin Jahsy Ingin Bertemu Allah Dengan Hidung Terpotong

Ministry Won T Interfere In Ptptn S Decision On Student Loans Says Zambry

Polytechnics To Triple Number Of Students To 300 000 By 2030

Pas Linked Group Holds Another Flag Rally In Teluk Intan

Resepi Ikan Bakar Sambal

Harap Tiada Majikan Dikhianati Seperti Saya Hanis Zalikha