Berita Bahaya Dan Mengancam Tuan Tuan Mesti Baca Amerika Eropah Australia Jepun Mula Pulaukan Minyak Sawit Glc


 Saya tak tahu lah jika media Melayu ambil berat berita berikut atau bangkitkan isu ini yang bakal mengancam kewangan syarikat GLC dan seterusnya mengancam kutipan hasil kerajaan sekali. 
Setelah hasil minyak jatuh, setelah ekonomi meleset dan sekarang negara dilanda wabak Covid19, jangan pula minyak sawit kita dipulau oleh negara lain - atas alasan forced labour (maksudnya slave labour), human trafficking dan begitu.  
Tetapi itu yang sedang berlaku pun. Sila lihat berita berikut:






products banned last year by US Customs over allegations of forced labour

food companies issued ‘no buy order’ for FGV, Sime Darby.Major palm oil buyers to block FGV, Sime Darby from global supply chain after US banned imports from FGV, Sime Darby - Reuters reportssuppliers reduce/reject FGV/Sime products into US, Europe, Australia, JapanUS company General Mills issued global “no buy orders” for FGV / Sime 
Customers very afraid, very cautious

They are questioning source from FGV/Sime, Reuters quoted Companies fearing risk to reputation if buy from Sime / FGVHershey largest chocolate manufacturer 
its North American suppliers removed “Sime in compliance with US order”

According to Reuters, Nestle, Unilever, Hershey suspended FGV since 2018 Roundtable Sustainable Palm Oil found “exploitative” labour practices

Sime said many of its key customers expressed continued support 
..our customers recognise our honest commitment to continuous improvement
and our credibility Sime Darby Oils MD told Reuters
FGV not responded to request for comment
My comments :
Tuan-tuan perkara ini serius. Tetapi tengoklah jawapan pegawai Sime Darby itu. Relak saja. Dia kata  'many of its key customers expressed continued support'. 
So kalau General Mills, Hersheys Chocolates, Nestle, Unilever tak mahu beli minyak sawit, depa masih ada "key customers expressed continued support".
Dalam bahasa Tamil inilah apa yang di sebut,  "seolah tiada pasir melekat di misai".  Orang yang jatuh tergolek berlagak seolah tiada apa yang berlaku, misai dia pun masih ok, tak kena pasir pun. 
Tuan-tuan yang berikut ini hanya "sebahagian kecil sahaja" daripada produk yang dibuat oleh General Mills, Unilever, Nestle dan Hershey yang boleh dijumpai di supermarket di seluruh dunia.






Semua produk ini dibuat bukan saja di Amerika Syarikat tetapi di kilang-kilang kepunyaan mereka ataupun contract manufacturer mereka di seluruh dunia. Itulah disebut 'global supply chain' mereka.
Hampir kesemua produk ini, terutama sekali produk makanan, menggunakan minyak sawit dan by-product minyak sawit. Kalau keseluruhan global supply chain mereka berhenti membeli minyak sawit FGV dan Sime Darby "volume" dia agak besar juga.  Saya rasa tak ada misai pun pasir akan lekat di muka. 
Ok kenapa perkara ini boleh berlaku? Jawapannya senang : sebab budaya rasuah dalam kerajaan dan pihak berkuasa dalam negara kita.Sekarang kita tahu kartel daging telah beroperasi selama berpuluh tahun dalam negara kita. Orang politik, orang kerajaan dan orang besar semua terlibat.
IGP sering beri amaran aktiviti rasuah yang melibatkan pegawai tinggi Polis."No mercy for those who dare to tarnish the image of the police force," he said when contacted by The Star on Friday (Oct 9).   He was commenting on the arrests by the MACC on several senior police officers, who were allegedly involved with a Macau scam and gambling syndicate."Seorang adik kepada seorang bekas menteri pernah dikaitkan dengan industri cap permit bagi bawa masuk berpuluh ribu atau beratus ribu atau berjuta pekerja asing. 
Kemudian berlaku juga penemuan kubur "mass graves" di Wang Kelian, Perlis di mana sindiket penyeludup  telah tanam mayat PATI yang 'mati' secara misteri sewaktu masuk ke Malaysia. 
Pihak yang menyiasat pula berkata (pada waktu itu) bahawa aktiviti sindiket PATI itu tidak dapat dikesan sebab mereka gunakan laluan jungle track atas bukit tetapi pasukan keselamatan kita pula tidak "panjat bukit".Malang sekali dalam negara kita terdapat top to down, bottom to up, inside out dan segala jenis sindiket rasuah yang telah operasi dengan subahat, tanpa subahat, dengan tutup mata sebelah, pejam mata dua belah dan banyak lagi angkara orang yang berkuasa, pihak kerajaan, pasukan keselamatan, pasukan berunifom dan ramai lagi.
The whole system is corrupted. Dan mereka semua menyediakan jawapan dangkal untuk memperbodohkan kita semua.  Tetapi kita tidak boleh buat apa pun sebab pada masa itu kerajaan kleptokrat pegang kuasa. 
Human trafficking wanita, PATI, pekerja asing, kumpulan pelarian dan segala jenis human trafficking memang sudah berpengkalan dalam negara kita. 
Kita berterima kasih lah kepada geng-geng "ketuanan", pemimpin politik yang memperjuangkan bangsa, agama dan kepala hotak apa lagi yang telah menjual negara kita sejak sekian lama.
Dan mereka dibantu oleh pasukan sokongan atau supporting actors terdiri daripada NGO yang berpengaruh, persatuan ini dan itu, pressure group tertentu, lobby group tertentu, persatuan "agama" yang semua cari makan sebagai supporting actor dalam skrip tutup mata sebelah, tutup kedua belah mata, skrip 'ketuanan', memperjuangkan bahasa, bangsa, agama, negara, 'kepala otak dia' dan banyak lagi lah. 
Negara tergadai, sempadan kena bolos, tiga hingga enam juta PATI boleh masuk negara kita dan semuanya boleh rosak sebab rasuah. 
Tetapi bukan semua orang tutup mata. Dalam dunia ini ada orang lain yang sangat berpengaruh yang juga perhatikan apa yang sedang berlaku dalam negara kita. 
Contohnya Roundtable on Sustainable Palm Oil  adalah organisasi antarabangsa yang perhatikan isu-isu berkenaan forced labour, child labour, people smuggling dan banyak lagi yang telah pun bagi amaran sejak beberapa tahun bahawa mereka tidak setuju keadaan tenaga kerja asing dalam negara kita.
Maka mereka pun bangkitkan isu-isu ini di pentas tententu di peringkat antarabangsa. Akhir sekali kerajaan negara Barat seperti Amerika Syarikat ambil maklum dan meletakkan syarat memboikot minyak sawit yang melibatkan apa yang mereka sebut 'forced labour'.
Baru tadi saya buat Google search berkenaan 'Human Traffiking Conferences 2021' dan senarai berikut muncul. Saya rujuk sedikit sahaja, senarai penuhnya terlalu panjang :
Feb 15 International Conference on Sex Tourism and Human Trafficking - Dubai
Feb 25 International Conference on Human Trafficking and Migration - Buenos Aires
Mar 22 International Conference on Human Trafficking - Prague
Apr 19 International Conference on Irregular Migration, Trafficking Paris, France May 17 International Conference on Human Trafficking 
Jun 10 International Conference on Irregular Migration, Facilitation Denmark
Aug 19 International Conference on Human Trafficking and Exploitation Bangkok
Sep 09 International Conference on Human Trafficking and Slavery Singapore
Oct 18 International Conference on Irregular Migration, Facilitation Dubai
Dec 16 International Conference Barcelona, Spain
Maksudnya tuan-tuan, bukan saja Round Table on Palm Oil yang awasi isu human trafficking tetapi terdapat banyak lagi "international organisations' yang terlibat perkara ini.
Dan percayalah tahun ini, selepas Amerika Syarikat haramkan impot minyak sawit kita, kemungkinan besar nama Malaysia akan menjadi sebutan ramai dan "harum" sekali lagi di international conference "human trafficking" seperti ini.  
And there is a huge cost to this type of international attention. Bukan kita jadi famous tetapi kita jadi infamous.  So better watch out.
Saya juga telah Google search 'terrorism' berkenaan Malaysia dan jumpai kenyataan berikut daripada website US Department of State :




Malaysia
in 2019, the country remained  source, transit point, .. destination for terrorist groups ISIS, Abu Sayyaf, al-Qa’ida, Jemaah Islamiyah.  
2019 Terrorist Incidents:  Malaysia remained a transit point and hub for kidnap-for-ransom activities by terrorist networks  
Pada tahun 2019 Kementerian Luar (State Department) Amerika Syarikat membuat laporan bahawa Malaysia is a transit point for terrorists, Malaysia is a transit point for kidnap-for-ransom..
Itu tahun 2019. Tahun 2020 macam mana? 2021 macam mana? Tahun 2022 pula?
Jadi tuan-tuan, dengar baik-baik ok. Kalau setiap tahun nama negara kita masuk senarai :
transit point for terroriststransit point for kidnap-for-ransomcenter for human traffickingforced labourenslaved labour
dan entah apa lagi then dont be surprised kalau negara kita kena "economic sanctions" yang lagi teruk.
Tindakan Amerika Syarikat haramkan minyak sawit FGV, Sime Darby dan tindakan syarikat gergasi Unilever, Nestle, General Mills dan Hershey tidak mahu membeli minyak sawit FGV dan Sime Darby adalah permulaan "economic sanctions" terhadap negara kita. 
Dan perkara yang lebih bimbangkan (bagi saya) ialah boikot ini bukan melibatkan  kerajaan Amerika Syarikat SAHAJA tetapi keseluruhan industri sokongan "world food supply chain" seperti mana boleh dilihat dalam gambar di atas. Gambar produk Nestle, Hershey, Unilever dan General Mills itu. Termasuk di JEPUN.
Dalam negara kita ekonomi orang Melayu sangat bergantung kepada peruntukan Belanjawan Kerajaan atau Government's Budget allocations.
Bajet 2021 adalah RM323 billion. Kesemua daripada jumlah RM323 billion ini adalah daripada hasil Kerajaan (kutipan cukai, dividen GLC - yang makin tipis dsbnya)
About RM120 Billion daripada peruntukan ini adalah untuk bayar gaji dan pencen Penjawat Awam (Civil Servants).    Termasuk gaji berpuluh ribu Ringgit sebulan bagi setiap Menteri, Chairman GLC, CEO GLC, Ahli Lembaga Pengarah GLC, Ahli Parlimen, Chairman agensi Kerajaan dsbnya.
Peruntukan Bajet untuk "Pembangunan" pula RM69 billion sahaja. Sabsidi sekitar RM18 billion (??)  Jadi lebih RM200 billion sudah pun habis. 
Belum kira lagi duit billion-billion yang tiris, duit yang lesap jadi asap, ganti rugi GLC, bailout GLC dsbnya. 
Jadi di mana kah baki Bajet untuk majukan ekonomi bumiputera? Where is the money going to come from?  It is not enough.
Dalam negara kita pula depa sekat lesen syarikat kurier - tak bagi peluang orang lain buka bisnestanah durian depa rampas bagi kat orang lain dulu. Nak kutip buah durian boleh tapi kena 'bayar tol' kepada orang lain pula. Kebun sayur pula depa letak cukai tanah tinggi gila. Supermarket jual barang keperluan depa suruh tutup (bahagian haram). Di semua tempat depa sekat perjalanan ekonomi orang lain. Apakah mereka begitu dangkal tak faham bahawa apabila depa sekat perjalanan ekonomi orang lain, hasil Kerajaan juga yang akan terjejas?  Peluang pekerjaan bagi anak-anak mereka juga yang akan terjejas?
Dan apabila hasil Kerajaan terjejas maka ekonomi bumiputera yang akan terjejas. Sebab ekonomi bumiputera sangat bergantung kepada hasil Kerajaan (kutipan cukai, dividen GLC dsbnya). 
Maka sekarang TIGA JUTA anak muda kita menganggur. Dan percayalah, tuan-tuan yang mempunyai anak-anak ambil SPM tahun ini atau anak-anak yang akan graduate dari universiti dan IPTA tahun ini - THERE ARE NO JOBS FOR YOUR CHILDREN.
Jadi esok, bangunlah awal pagi, gosok gigi, minum kopi, ambil kapak dan keluarlah untuk bunuh ekonomi negara kita.  Go ahead and kill the economy. Lepas itu balik lah ke rumah dan tengoklah muka anak-anak tuan-tuan yang menganggur. THERE ARE NO JOBS FOR YOUR CHILDREN. 
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.By Syed Akbar Ali 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2021/02/berita-bahaya-dan-mengancam-tuan-tuan.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+Mu

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jeans Kerbside Co Milik Anak Melayu S 039 Pura Ini Tembusi Pasaran Amerika Eropah

Jeans Kerbside Co Milik Anak Melayu S 039 Pura Ini Tembusi Pasaran Amerika Eropah

papar berkaitan - pada 14/2/2021 - jumlah : 228 hits
BERITAmediacorp Seluar jeans semestinya menjadi pakaian asas harian bagi ramai orang Namun berapa kenal anda tentang seluar jeans sebenarnya serta apa yang membuatnya halus dan mahal Fahmy Ismail 46 tahun mungkin layak dinobatkan sebagai ra...
Mcmc Kekalkan Monopoli Oligopoli Orang Kaya Mesti Baca Must Read Thank You

Mcmc Kekalkan Monopoli Oligopoli Orang Kaya Mesti Baca Must Read Thank You

papar berkaitan - pada 9/2/2021 - jumlah : 187 hits
Tuan tuan berita berikut ini adalah antara akibat Dasar Ekonomi Bebal dan Dasar Ekonomi Basi Ikut Dasar Ekonomi Bebal ini Penjawat Awam atau Civil Servants yang tak faham apa pun pasal bisnes kewangan atau ekonomi diberi tanggungjawab putus...
Pengamalan Minyak Zaitun Dan Risiko Mendapat Diabetes Jenis 2 Di Kalangan Wanita Amerika Syarikat

Pengamalan Minyak Zaitun Dan Risiko Mendapat Diabetes Jenis 2 Di Kalangan Wanita Amerika Syarikat

papar berkaitan - pada 1/2/2021 - jumlah : 257 hits
PENGAMALAN MINYAK ZAITUN DAN RISIKO MENDAPAT DIABETES JENIS 2 DI KALANGAN WANITA AMERIKA SYARIKAT Minyak zaitun telah terbukti dalam merendahkan risiko mendapat penyakit kardiovaskular Satu kajian yang diterbitkan oleh American Journal of C...
Pasaran Saham Eropah Menutup Perdagangan Pada Hari Selasa Tanpa Satu Dinamik

Pasaran Saham Eropah Menutup Perdagangan Pada Hari Selasa Tanpa Satu Dinamik

papar berkaitan - pada 10/2/2021 - jumlah : 247 hits
Pelabur berhenti setelah pertumbuhan pasaran aktif di mana petunjuk utama telah meningkat sekitar 4 sejak awal bulan Fokusnya adalah pada situasi dengan perlambatan pertumbuhan jangkitan koronavirus dan kemasukan ke hospital akibat perintah...
Covid 19 Varian Baharu Mudah Merebak Dari Afrika Selatan Dikesan Di Amerika Syarikat

Covid 19 Varian Baharu Mudah Merebak Dari Afrika Selatan Dikesan Di Amerika Syarikat

papar berkaitan - pada 29/1/2021 - jumlah : 235 hits
AgensiJanuari 28 2021 Pakar kesihatan bimbang varian baharu ini lebih mudah merebak daripada sebelum ini dan vaksin juga mungkin kurang berkesan terhadapnya Gambar hiasan REUTERSWASHINGTON DC Satu lagi varian baharu COVID 19 dilaporkan dike...
Saham Eropah Mengakhiri Perdagangan Dengan Rendah Ekoran Terdapat Kemungkinan Berlakunya Lockdown Di Jerman

Saham Eropah Mengakhiri Perdagangan Dengan Rendah Ekoran Terdapat Kemungkinan Berlakunya Lockdown Di Jerman

papar berkaitan - pada 11/2/2021 - jumlah : 194 hits
Indeks komposit perusahaan terbesar di rantau ini Stoxx Europe 600 menurun sebanyak 0 23 menjadi 409 47 mata Indikator FTSE 100 Britain kehilangan sebanyak 0 11 DAX Jerman 0 56 CAC Perancis 40 0 36 FTSE MIB Itali 0 15 IBEX Sepanyol 35 0 44 ...
Gbp Usd Februari 11 Laporan Cot Gabenor Bank Of England Andrew Bailey Telah Mengadu Mengenai Kesatuan Eropah

Gbp Usd Februari 11 Laporan Cot Gabenor Bank Of England Andrew Bailey Telah Mengadu Mengenai Kesatuan Eropah

papar berkaitan - pada 11/2/2021 - jumlah : 195 hits
GBP USD 1H Menurut carta setiap jam harga pasangan mata wang GBP USD melakukan pengembalian ke tahap 1 3820 pemulihan daripadanya dan pembalikan yang memihak kepada dolar Britain dengan penyambungan semula proses pertumbuhan ke arah tahap p...
Orang Tertua Di Eropah Sambut Ulang Tahun Ke 117 Setelah Pulih Covid 19

Orang Tertua Di Eropah Sambut Ulang Tahun Ke 117 Setelah Pulih Covid 19

papar berkaitan - pada 12/2/2021 - jumlah : 183 hits
TOULON PERANCIS Individu tertua di Eropah yang telah melalui dua perang dunia Sister Andre menyambut ulang tahunnya yang ke 117 pada Khamis selepas pulih daripada COVID 19 bulan lalu Biarawati itu menyambut ulang tahunnya dengan sajian pe
Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

Fishing As A Stress Reliever