Berilah Yang Ada Bukan Kita Punya
Sebenarnya—takde satu pun kita punya. Selama ni aku takot sangat, macam mana kalau takde simpanan? Apa akan jadi nanti kalau takde duit?
Sekarang— aku ada simpanan atau tak. Tak ada beza. Sebab kau simpan atau tidak, belum tentu tu kau punya.
Jika ada masa hidup ada di paling bawah, perlu keluar semua simpanan. Kosong lah buku itu. Sifar kan simpanan tu? Biar lah. Sebab tu bukan kita punya. Belum tentu— kita punya
These are the things that I learn. Kerana apa yang aku ada mahu aku beri dan habiskan kepada yang mana orang boleh rasa gembira. Sebab kau memang perlukan duit untuk kau hidup— tapi kau perlu keluarkan duit untuk lihat orang bahagia.
Pernah tak rasa perasaan memberi dan melihat orang gembira? Walau ada masa kita terlalu mahu menerima, tetapi ia ditakdirkan kita hanya perlu memberi, tidak apa.
Saat kita lihat orang diberi ucap terima kasih— mendoakan yang baik, kita nangis di belakang, kita tak bilang— tapi semoga apa yang dibagi itu dipandang ikhlas Tuhan, kita juga bukan milik kita atau sesiapa, suatu hari kita tetap ‘pulang’
Pernah satu ketika aku ditanya, apa aku mahu buat jika diberi 1 juta? Aku jawab— aku hanya mahu membahagia mak dan abah. Aku mahu bawa mereka ke Mekah, aku mahu binakan mereka rumah— selagi mereka masih dipinjam, biarlah habis semua, sebab yang doa dari mereka itu lah bahagia. Yang diberi pada mereka itu lah— harta.
Ambil lah lagi apa yang aku ada jika mahu, ini semua bukan aku punya. Biarlah yang diambil dijadi hartaku, disana.
Rela.
Aku taktau macam mana dan bagaimana.
Doakan, ya?
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.hannamaruku.com/2019/07/berilah-yang-ada-bukan-kita-punya.html