Beri Peluang Pas Realisasi Keupayaan Memerintah




KUALA LUMPUR: Politik adalah sebahagian daripada Islam di mana agama ini yang mengawal politik dengan menunjukkan jalan dan matlamat tujuannya, demikian kata Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.


Menurut beliau, aspirasi PAS ketika ini adalah merealisasikan pemerintahan negara di mana selain Islam diperkenalkan secara ilmu, ia juga sangat penting diperlihatkan secara praktikal menerusi politik.“Dengan sebab itu kalau politik mengikut Islam, semua jadi baik. Yang silap hari ini ialah bila politik nak memaksakan Islam. Ini perbezaan dua perkara ini perlu kita selesaikan dahulu.“Ada kalangan yang memang tahu Islam ini baik, tapi mereka tak mahu beri peluang kepada Islam, kerana mereka takut mempengaruhi (masuk Islam). Ini satu sikap yang tidak jujur,” ujarnya pada program Bicara Naratif TV1 di Angkasapuri, di sini semalam.Jelas beliau, PAS mempunyai pengalaman memerintah Kerajaan Negeri Kelantan, Terengganu dan Kedah, serta pernah menyertai Kerajaan Pusat tahun 1973 dan dalam BN 1974 hingga akhir 1970-an.Terangnya, pengalaman itu mengajar PAS kekuatan, kelemahan, kebaikan dan kesempurnaan, serta menjadi pembangkang yang menasihat kerajaan di mana kini peluang itu mahu dibuktikan dalam kerajaan.Kerana itulah maklumnya, pemilihan calon dalam PAS berdasarkan integriti dan melalui saringan tapisan dibuat Majlis Syura Ulamak dilihat iman, akhlak, ilmu dan tiada kelemahan secara zahirnya.Menerusi pendekatan itu katanya, PAS berjaya memilih pemimpin yang mempunyai sifat baik hingga menimbulkan suasana stabil dalam parti, tidak sebagaimana perkara dialami oleh parti-parti politik lainnya.“Kita tak mahu cakap kelemahan orang lain, kita tak mahu mengambil budaya bila orang tanya, ini salah orang lain, ini salah orang lain. Kita perlu tunjukkan apa yang boleh kita buat, yang kita tunjukkan kepada orang,” ujarnya.Menurut Ahli Parlimen Marang ini juga, dalam menyelesaikan pertikaian terhadap tonggak-tonggak negara dalam Perlembagaan, PAS mengambil pendekatan menyatukan parti politik yang ada.Perinci beliau, ia bermula dengan parti-parti yang pernah terlibat dalam perjuangan kemerdekaan dan menggubal Perlembagaan di mana turut menyertai pilihan raya pertama 1955 dan pada tahun 1959.Kerana terangnya, walaupun Perlembagaan itu digubal Suruhanjaya Reid, tetapi parti-parti ketika itu mempunyai semangat Perlembagaan di mana sama ada kerajaan atau pembangkang; mereka menerima hakikat dan sedar jaminan hak di dalamnya.“Antara yang menarik ialah hukum Islam tak boleh hukum orang bukan-Islam. Ini satu kelonggaran yang diberi. Kita tak paksa orang bukan-Islam menerima hukum Islam. Kita perkenalkan dulu.“Dengan perkenalkan ini saya yakin bahawa orang bukan-Islam akhirnya akan terima hukum Islam ini. Bahkan banyak Undang-undang Barat itu diambil daripada Islam, diciplak daripada Islam.“Banyak konsep yang diambil oleh Barat, kehakimannya, undang-undangnya, persaksian, banyak. Kita lebih sempurna,” optimis beliau.Menjawab pertikaian terhadap komposisi Kabinet, beliau berkata yang penting adalah tidak bersifat ekstrem di mana pihak lain boleh tidak bersetuju, tetapi beri ruang kerajaan baharu memperkenal dan sedia berhujah.Sebaliknya tegur beliau, sekiranya bersikap ekstrem dan melulu tidak akan memberi kesempatan untuk memperkenalkan, kerana Islam tidak cukup dengan ilmu, teori, ucapan dan tulisan, tetapi mesti praktikal.“Dengan sebab itu kita percaya dan yakin, kalau diizinkan Islam dipraktikkan dengan cara yang betul, akan memberikan kefahaman yang betul kepada orang Islam dan akan memberi kefahaman orang bukan-Islam sendiri. Dan mereka boleh terima Islam dengan cara yang lebih terbuka kepada Islam ini.“Perlu kita sedar banyak dalam sejarah undang-undang antarabangsa sebagai contohnya, apabila ahli undang-undang antarabangsa nak menggubal undang-undang antarabangsa selepas Perang Dunia yang Pertama. Mereka gagal untuk mencipta undang-undang antarabangsa bagi mengawal peperangan yang berlaku.“Sehingga mereka jadikan Quran sebagai rujukan. Dan hari ini kita dapati bagaimana terdapat kalangan bukan-Islam, saintis yang bukan-Islam menganut Islam bila mereka baca Islam. Dan ada yang mengaku Islam itu benar, Islam itu betul. Mereka terima hakikat ini.“Dan banyak kajian saintifik tentang angkasa lepas yang ditunjuk oleh Quran. Dibuktikan benar macam Quran sebut itu benar. Bila bercanggah Quran dengan pandangan manusia, akhirnya orang tahu Quran itu betul,” terangnya. – HARAKAHDAILY 18/3/2020

Ketua Dewan Pemuda PAS Sampaikan Ceramah
PEKAN 2 Julai – Ketua Dewan Pemuda PAS,Ir. Khairil Nizam Khirudin menyampaikan ceramah beliau di Ceramah Muafakat Nasional – Hikmah UMNO dan PAS Bersama sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) N.23 Chini di Tapak Pasar Tani FAMA, Pusat Bandar Dara di sini malam ini. Foto – MediaUMNO


Perhatian:Bagaimana nak jadi usahawan ternak landak? Mudah sahaja, semudah pelihara kucing, hambatlah peluang jana ekonomi.Video: Ternak Landak Untung Ribuan Ringgit
Lihat perincian penjelasan..Landak 1: Peluang Jana Ekonomi, Ternaknya, Semuda...Landak 2: Khasiat..'lembek tertidur boleh bangun m...Landak 3: Ini Geliga Landak, Apa Rahsianya Pula?Landak 4: Landak Mini//Eropah, Bukan Landak?Landak 5: Stigma Negatif..Landak 6: "Aku Ada Sepasang Landak.. Mari Kita Biakkan!"
Bagaimana mendapatkan benihnya? 
Sila hubungi..Pak Zuu
Tel 011 33111321 (KL)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2020/07/beri-peluang-pas-realisasi-keupayaan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
6 Peluang Bisnis Rumahan Selama Pandemi Modal Pas Pasan Tetap Bisa Kasih Hasil Lumayan

6 Peluang Bisnis Rumahan Selama Pandemi Modal Pas Pasan Tetap Bisa Kasih Hasil Lumayan

papar berkaitan - pada 25/6/2020 - jumlah : 214 hits
Kalau sudah seperti sekarang ini harus pintar pintar memutar otak demi bisa terus bertahan
Bn Pas Gps Dan Parti Sabah Sokong Muhyiddin Demi Kestabilan Politik

Bn Pas Gps Dan Parti Sabah Sokong Muhyiddin Demi Kestabilan Politik

papar berkaitan - pada 2/7/2020 - jumlah : 322 hits
July 1 2020 9 26 PMPemimpin BN PAS parti dari Sarawak dan Sabah menghadiri mesyuarat dengan Muhyiddin Yassin di Putrajaya petang tadi PETALING JAYA Pemimpin Barisan Nasional PAS bersama parti dari Sarawak dan Sabah menyokong Perikatan Nasio...
Pas Dapat Dunia Akhirat Terlepas

Pas Dapat Dunia Akhirat Terlepas

papar berkaitan - pada 2/7/2020 - jumlah : 234 hits
Osman Don IsmailApabila aku lihat ketua ketua Parti PN ini hanya seorang sahaja yang mewakili Parti agama dan kerjasama mereka tiada diikat dengan sebarang syarat matlamat seperti kehendak PAS sebelum ini iaitu Pembentukan menjadi kerajaan ...
9 Cara Memilih Aplikasi Kasir Yang Pas Untuk Tokomu Hitungannya Valid Dan Bisa Hafal Customer

9 Cara Memilih Aplikasi Kasir Yang Pas Untuk Tokomu Hitungannya Valid Dan Bisa Hafal Customer

papar berkaitan - pada 2/7/2020 - jumlah : 228 hits
Udah nggak zaman ngitung manual pake kalkulator apalagi kalau toko atau restoranmu udah gedean
Ppbm Pas To Sit Out State Polls Says Sarawak Deputy Cm

Ppbm Pas To Sit Out State Polls Says Sarawak Deputy Cm

papar berkaitan - pada 2/7/2020 - jumlah : 333 hits
PPBM president Muhyiddin Yassin and PAS president Abdul Hadi Awang have given their assurance that they will not contest the Sarawak elections KUCHING PPBM and PAS have decided to sit out the coming state elections Sarawak Deputy Chief Mini...
Kempen Bmf Pas Dan Kerajaan Perikatan Nasional

Kempen Bmf Pas Dan Kerajaan Perikatan Nasional

papar berkaitan - pada 1/7/2020 - jumlah : 275 hits
KEMPEN Buy Muslim First atau beli barangan keluaran Muslim walaupun bertujuan baik untuk meningkatkan ekonomi orang Melayu dan mempromosikan produk berkonsepkan Islam namun ia telah dipolitikkan oleh PAS sebelum ini dan kini nampaknya sudah...
Jangan Sibuk Cerita Tentang Keburukan Umno Dan Pas Sahaja

Jangan Sibuk Cerita Tentang Keburukan Umno Dan Pas Sahaja

papar berkaitan - pada 29/6/2020 - jumlah : 248 hits
Macam macam cerita dibangkitan oleh puak Pakatan Harapan semuanya cerita buruk tentang Umno dan PAS Tetapi orang Melayu dan orang Islam tidak boleh lupa sumbangan Umno dan PAS kepada bangsa Melayu dan agama Islam yang tidak boleh dinilai at...
Court Allows Forfeiture Of Rm1 1mil From Illegal Deposit Taking Scheme Investors

Wanita Mca Calls On Govt To Tackle Brain Drain Generate Job Opportunities

Keningau Fa Buat Kejutan Gol Awal

Gsk Raya Open House Dan Minggu Imunisasi Sedunia

The Dab 1a A Limited Edition Electric Production Motorcycle From France

Muda Slams Pro Israel Us Professor S Remark At Local Varsity Talk

Beli Rak Rempah 3 Tingkat

Nearly 500 Lawsuits Filed Against Sabah Govt Hajiji



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan


Fostering Critical Thinking In Our Children

Pantang Larang Berbincang Buat Tafsiran Sendiri Ayat Ayat Al Quran Yang Dipegang Kuat

Golden Lounge International Kuala Lumpur International Airport An Overview

Karakteristik Generasi Z Memahami Cara Mereka Mendapatkan Informasi

Pertama Kali Guna Servis Cuci Karpet

Kmum Dakwa Insiden Syarahan Pro Israel Disengajakan