Beri Keadilan Tunai Hak Kepada Kelantan


IZWAN ABDUL HALIM

UALA LUMPUR: Biarpun berlaku perubahan pada tema RMK11, setiap perancangan dan tindakan kerajaan mestilah berpaksikan kepada rakyat, yakni memberi manfaat yang maksimum secara menyeluruh
 Iaitu dalam maksud lain, tidak mementingkan golongan atau kroni tertentu sahaja, demikian penegasan oleh Dato' Che Abdullah Mat Nawi (PAS - Tumpat) pada perbahasan Usul Kajian Separuh Penggal RMK11, di Parlimen semalam
 Menurutnya, negara tidak akan menjadi maju seandainya terdapat negeri-negeri dimundurkan, seperti tidak mempunyai sistem pengangkutan yang baik atau infrastruktur-infrastruktur lain
 Kelantan ujar beliau sebagai contoh, telah dianak tirikan sejak lebih 28 tahun lalu bermula 1990 di bawah Perdana Menteri (PM) keempat yang juga PM pada hari ini di mana dinafikan hak untuk mendapatkan lebuh raya dan pelabuhan
 "Kita (juga) dinafikan hak untuk mendapat lapangan terbang antarabangsa walaupun Kota Bharu itu adalah di antara lapangan terbang yang tersibuk dalam negara
 Kita diabaikan dalam pembangunan untuk mendapatkan bekalan air bersih untuk satu jangka masa yang lama. Kita diabaikan dalam banyak projek-projek pembangunan yang boleh membangunkan negeri
 "Paling besar kita dinafikan hak untuk mendapatkan pendapatan bagi membangunkan sendiri negeri ini iaitu royalti petroleum yang terhak kepada Kerajaan Kelantan melalui Akta Pembangunan Petroleum 1974 dan perjanjian antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat serta Petronas
 Kalau wakil daripada Sabah dan Sarawak menyatakan ketidakpuashati mereka terhadap sumbangan ataupun bayaran royalti kepada mereka dengan kadar 5 peratus, Kerajaan Negeri Kelantan hanya dibayar dengan kosong peratus," luahnya
 Beliau turut memetik pandangan Peguam Negara yang pernah mewakili Kerajaan Kelantan dalam tuntutan royalti telah menyatakan bahawa tidak ada sebab tidak boleh menang dalam kes tuntutan itu melainkan hanya kerana tekanan politik
 Semalam kata Che Abdullah, mereka yang dulunya menuntut royalti itu telah berada dalam pihak kerajaan di mana sepatutnya menjadi peluang terbaik untuk melakukan keadilan kepada Kerajaan Kelantan dengan terus membayar royalti tanpa sebarang dalih lagi
 "Cuba bayangkan kesan daripada pengabaian ini yang bukan sahaja memberi kesan semasa kepada rakyat, tetapi ia memberi kesan jangka panjang yang membantutkan pembangunan ekonomi kini dan akan datang
 "Ia juga memberi kesan berganda yang cukup besar terhadap pembangunan ekonomi negeri ini yang akhirnya membantut usaha menjadikan Malaysia negara maju. Amat menghairankan kita, apabila ada pihak yang merasa gembira di atas kemunduran negeri-negeri yang dianaktirikan ini
 "Kita boleh terima kiranya perasaan gembira ini disuarakan oleh pimpinan politik kampung. Namun amat malang kepada rakyat Malaysia apabila perasaan bangga dan gembira ini dilahirkan ataupun terlahir daripada pimpinan utama negara yang sepatutnya bertanggungjawab membangunkan semua wilayah dalam negara ini," kesalinya
 Beliau turut memuji prinsip-prinsip ditegaskan PM di Perhimpunan Agung Bangsa-bangsa Bersatu khususnya berkaitan masyarakat dunia yang teraniaya dan jaminan diungkapkan beliau
 Sehubungan itu, beliau merayu atas semangat kasih sayang, keprihatinan dan demokrasi yang tinggi agar janganlah didera rakyat Kelantan, sebaliknya kembalikan hak dinafikan sebelum ini
 "Gunakanlah peluang kedua yang diberikan oleh Allah S.W.T kepada PM hari ini untuk membetulkan kesilapan beliau masa lalu. Jangan biarkan Negeri Kelantan yang bersempadan dengan negara jiran, Thailand dilihat lebih mundur daripada kawasan sempadan negara jiran itu
 "Sepatutnya menjadi prioriti kepada Kerajaan Malaysia untuk memajukan kawasan sempadan negara. Kerana ia membawa imej yang besar kepada negara di mata dunia. Hari ini, Thailand telah lama membina tebatan banjir di sungai sempadan yang menyebabkan air dari sungai yang sama hanya membanjiri sebelah Negeri Kelantan sahaja
 "Rakyat Kelantan juga menumpang tuah lebuh raya negara Thailand yang memilih untuk pergi ke Utara Tanah Air seperti Kedah dan Perlis melalui Thailand. Kerana di sempadan negara jiran yang penduduknya 80 peratus beragama Islam di Negara Thailand itu, mereka mempunyai lebuh raya
 "Tetapi di negara kita di sempadan Negara Thailand itu di Negara Malaysia yang penduduknya lebih 90 peratus beragama Islam di Negara Malaysia ini, mereka dinafikan hak untuk mendapat lebuh raya," kemuka beliau
 Beliau yang juga Setiausaha PAS Kelantan berkata, banyak wang negara yang dibelanjakan di negara jiran itu sekali gus turut memberikan kesan ekonomi kepada negara
 Dato' Che Abdullah juga menggesa jangan didera rakyat Kelantan hanya kerana pilihan politik, sedangkan rakan-rakan di sebelah kerajaan dulunya adalah pejuang kepada kebebasan berpolitik
 "Apakah setelah diberi kuasa, tiba-tiba pendirian berubah 180 darjah? Saya menyeru kepada PM, jangan akur kepada suara-suara nakal pemimpin-pemimpin politik murahan yang hanya mementingkan diri dan bertindak atas dasar dendam kesumat dan kebencian
 "Pandangan sentiasa berubah mengikut kedudukan dan kepentingan diri. Semasa mereka bersama dengan Kerajaan Kelantan, mereka menyatakan royalti mesti disalurkan kepada kerajaan yang dipilih oleh rakyat
 "Tetapi apabila mereka tidak lagi dipilih oleh rakyat Kelantan sebagai pimpinan Kerajaan Negeri, mereka memberikan pelbagai alasan untuk menafikan hak Kerajaan Negeri.
"Semasa mereka menjadi pembangkang dalam negara ini, mereka menyerang kerajaan yang dipimpin oleh Umno-BN masa itu. Tetapi setelah menjadi kerajaan, mereka bertindak seperti kerajaan yang terdahulu," ujarnya. - HARAKAHDAILY 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2018/10/beri-keadilan-tunai-hak-kepada-kelantan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pas Kelantan Mahu Pertahan Hak Istimewa Orang Melayu

Pas Kelantan Mahu Pertahan Hak Istimewa Orang Melayu

papar berkaitan - pada 30/10/2018 - jumlah : 246 hits
KOTA BARU PAS Kelantan kekal dengan pendirian mempertahankan hak hak keistimewaan orang Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan kata Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah Mohd Amar yang juga Naib Presiden PAS berkata...
Surat Permohonan Bantuan Wang Tunai Kerajaan Negeri Kelantan Tersebar

Surat Permohonan Bantuan Wang Tunai Kerajaan Negeri Kelantan Tersebar

papar berkaitan - pada 24/10/2018 - jumlah : 2147 hits
Hari ni di Parlimen Lim Guan Eng dedah surat rayuan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan keperluan bantuan wang tunai untuk bayaran gaji Kakitangan awam Negeri pada Jun 2018 Jelas dalam surat rasmi tu tulis Ia bagi mengelak kelewatan bayaran...
Terengganu Kelantan Layak Terima Hak Yang Sama

Terengganu Kelantan Layak Terima Hak Yang Sama

papar berkaitan - pada 21/10/2018 - jumlah : 253 hits
Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menegaskan Terengganu dan Kelantan layak menerima hak yang sama dalam agihan pembayaran royalti minyak Justeru beliau meminta veteran DAP Lim Kit Siang merujuk kepada Menteri Kewangan Lim Guan Eng berk...
Hadi Immoral For Guan Eng To Reveal Kelantan S Rm97m Loan Request

Hadi Immoral For Guan Eng To Reveal Kelantan S Rm97m Loan Request

papar berkaitan - pada 27/10/2018 - jumlah : 252 hits
PAS president Abdul Hadi Awang claimed that the constant attacks towards the PAS state government was due to Kelantan s righteousness PAS president Datuk Seri Abdul Hadi Awang said it was morally wrong for Finance Minister Lim Guan Eng to r...
Kelantan Catat 546 Kes Jenayah Libatkan Remaja Bawah 18 Tahun

Kelantan Catat 546 Kes Jenayah Libatkan Remaja Bawah 18 Tahun

papar berkaitan - pada 26/10/2018 - jumlah : 316 hits
Kelantan catat 546 kes jenayah libatkan remaja bawah 18 tahun Dikemas kini 23 minit yang lalu middot Diterbitkan pada 26 Oct
Kelantan Only Met 1pct Of Debt Repayment For 2016 Sim

Kelantan Only Met 1pct Of Debt Repayment For 2016 Sim

papar berkaitan - pada 28/10/2018 - jumlah : 237 hits
The Kelantan government repaid just one percent of its debt obligations to the federal government in 2016 according to Deputy Youth and Sports Minister Steven Sim In a statement today Sim said the Kelantan government was supposed to repay R...
Tok Pa Will Speak For Harapan In Kelantan Assembly

Tok Pa Will Speak For Harapan In Kelantan Assembly

papar berkaitan - pada 29/10/2018 - jumlah : 256 hits
Mustapa Mohamed s entry into Bersatu means that Pakatan Harapan is now represented in the Kelantan Legislative Assembly according to the party s information chief Mohd Radzi Md Jidin Speaking to reporters in Kota Bharu today Radzi said that...
Tak Adil Menteri Dap Serang Kelantan

Tak Adil Menteri Dap Serang Kelantan

papar berkaitan - pada 29/10/2018 - jumlah : 358 hits
KUALA LUMPUR Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menganggap serangan tanpa henti menteri DAP terhadap kerajaan Kelantan sebagai tidak adil Terbaru katanya serangan dibuat ahli parlimen Pulau Pinang hari ini mengeluarkan kenyataan b...
Kerajaan Persekutuan Beri Pinjaman Rm22 5juta Kepada Kelantan

Kerajaan Persekutuan Beri Pinjaman Rm22 5juta Kepada Kelantan

papar berkaitan - pada 26/10/2018 - jumlah : 311 hits
iklan penaja PUSAT JUALAN TONE EXCEL Kerajaan Persekutuan telah memberi pinjaman sebanyak RM22 5 juta kepada kerajaan negeri Kelantan tahun ini kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng Katanya pemberian pinjaman yang dipohon pada Jun lepas adalah...
The Evolution Of Adult Entertainment

Epf Account 3 Can Help Contributors During Emergencies Expert

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Pm Akan Umum Sspa Terbaik Pernah Diperkenalkan Kerajaan

Pelepasan Cukai Sukan 2024 Senarai 103 Sukan Tersenarai

Apabila Sang Profesor Datang Melawat

Pemilik Kereta Tertekan Hon Kerana Panik Polis

Cara Guna Cimb Dan Cara Check Status Loan Cimb



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


M U S M

Data Drives Dollars How Competitive Intelligence Optimizes Sales Marketing Roi

Tanya Hadi Mengapa Tak Bantah Akta Laut Wilayah Mb Terengganu Diberitahu

Cabaran Getir Menanti Ph Di Kkb

Nga S Aide Chosen For Kuala Kubu Baharu After Dap Abandoned Hope Of Malay Vote

World Bank Report Says Malaysian Children Not Learning Enough In Schools