Berhimpun Di Depan Istana Untuk Rebut Kuasa Hanya Kerja Buang Masa




Hanya kira-kira seminggu lagi sebelum Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menamatkan tempoh pemerintahan baginda selaku Yang Dipertuan Agong, suatu himpunan dengan tema “Selamatkan Tanah Air Kita, Suara Rakyat Ke Istana Negara” diadakan pagi tadi di depan Istana Negara.


Himpunan yang dianjurkan sekretariat Pembela Tanah Air (PETA), mewakili tiga wakil gabungan badan bukan kerajaan (NGO) itu turut menyerahkan memorandum yang dipercayai mengandungi pelbagai tuntutan membabitkan isu semasa negara kepada Yang Dipertuan Agong.


Dipercayai, antara tuntutan yang dikemukakan ialah untuk menukar kerajaan dengan gambaran Anwar Ibrahim selaku Perdana Menteri telah gagal mentadbir negara dengan pelbagai isu kos sara hidup dikatakan masih berlarutan serta meletakkan kedudukan Islam dan Melayu kian terancam.


Memorandum tersebut juga menyatakan bahawa Raja-Raja Melayu telah dihina berikutan dakwaan pembangkang cuba merasuah Agong untuk merekayasa rampasan kuasa, sekaligus menjatuhkan kerajaan.


Selain itu, peranan Raja-Raja Melayu sebagai ketua hal ehwal Islam di negeri masing-masing juga didakwa telah diceroboh melalui cubaan menggunakan kuasa mahkamah.


Dilaporkan hampir 1,000 orang hadir dalam himpunan tersebut dengan individu dikenali ramai yang dilihat bersama hanyalah Tun Mahathir Mohamad seorang saja.


Tiada pemimpin pembangkang yang lain kelihatan hadir dalam himpunan tersebut.


Senang cerita, berikutan beberapa usaha dan langkah sebelum ini untuk menjatuhkan kerajaan telah menemui kegagalan, himpunan ini adalah cubaan terakhir dengan harapan supaya Agong dapat menilai semula kepimpinan negara sedia ada dan melakukan pertukaran Perdana Menteri.


Kononnya hanya kuasa Agong yang boleh menukar kerajaan ketika ini dan menterbalikkan kedudukan Anwar daripada Perdana Menteri menjadi rakyat biasa semula.


Gila betul mereka ini, kenapa hendak menyusah dan membebankan Agong di saat akhir tempoh pemerintahan baginda akan berakhir?


Bukankah Agong sudah bertitah sebelum ini bahawa baginda tidak masuk campur urusan politik?


Kenapa masih tak faham-faham lagi?


Kalau bersungguh benar nak jatuhkan kerajaan dan menukar Perdana Menteri, tunjukkanlah berapa sokongan Ahli Parlimen yang dimiliki sebagai bukti dan hebahkannya kepada seluruh dunia.


Kemudian, pada sidang Parlimen 26 Februari depan, kemukakanlah usul undi tidak percaya di Dewan Rakyat.


Setakat sembang saja nak jatuhkan kerajaan dan meratib Anwar gagal, seterusnya acah-acah berhimpunan konon rakyat bersama mereka, tetapi, ini hanya kerja buang masa.


Yang penting, tunjukkan bukti yang nyata.


Tambahan lagi, benarkah majoriti rakyat ketika ini tidak selesa, tidak bersama dan menolak kerajaan pimpinan Anwar?


Atau hanya keluarga Tun Mahathir dan Tun Daim saja yang ada rasa sedemikian rupa?


Sekali lagi ditekankan, semua ini kerja buang masa dan tiada keperluan untuk Agong melayan apa jua tuntutan melalui himpunan seperti ini yang pada hakikatnya hanya untuk memenuhi kehendak kelompok tertentu semata-mata. 


Kita sebagai rakyat pula tak usahlah benarkan diri kita terpedaya dengan drama seperti ini. – ShahbudinHusin 23/01/2024.


https://shahbudindotcom.net/2024/01/23/berhimpun-di-depan-istana-untuk-rebut-kuasa-hanya-kerja-buang-masa.html






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/01/berhimpun-di-depan-istana-untuk-rebut.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tukar Kerajaan Mengapa Ilusi Tebuk Atap Hanya Buang Masa

Tukar Kerajaan Mengapa Ilusi Tebuk Atap Hanya Buang Masa

papar berkaitan - pada 18/1/2024 - jumlah : 302 hits
HarapandailyDR MADHI HASANBuat kali yang entah ke berapa cerita panas tentang pertukaran kerajaan akhirnya kehabisan stim Premier Sarawak menyatakan dengan tepat sekali bahawa kerja untuk menumbangkan Kerajaan Persekutuan hanyalah membuang ...
Pergi Sekolah Buang Masa Hanya Untuk Diri Sendiri As Ad Motawh Lebih Suka Homeschooling

Pergi Sekolah Buang Masa Hanya Untuk Diri Sendiri As Ad Motawh Lebih Suka Homeschooling

papar berkaitan - pada 25/1/2024 - jumlah : 386 hits
Penyanyi As ad Motawh mengakui timbul salah faham dengan kenyataannya sebelum ini yang didakwa pergi ke sekolah adalah perkara yang membuang masa Menurut As ad atau nama sebenarnya penuh As ad Ahmad Muhammad Motawh kenyataan yang sebenar ad...
Buku Teks Metaverse Elemen Penting Pendidikan Masa Depan

Buku Teks Metaverse Elemen Penting Pendidikan Masa Depan

papar berkaitan - pada 22/1/2024 - jumlah : 439 hits
Era Revolusi Industri 4 0 mengajar kita amalan pemikiran dijana bersama dunia digital dalam banyak perkara Manusia kini hidup dalam sistem realiti sintetik dan realiti sebenar menjadikan cara berfikir serta hidup berubah sekelip mata Tanpa ...
Penjawat Awam Dedah Gaji Hanya Rm3 000 Tetapi Berhutang Sampai Rm500 000 Kerja Gomen Kan Loan Senang Lulus

Penjawat Awam Dedah Gaji Hanya Rm3 000 Tetapi Berhutang Sampai Rm500 000 Kerja Gomen Kan Loan Senang Lulus

papar berkaitan - pada 13/1/2024 - jumlah : 239 hits
Menerusi satu hantaran di Facebook seorang individu yang memperolehi pendapatan sebanyak RM3 000 membuat pengakuan dan meluahkan tentang bebanan kewangan yang ditanggungnya Lelaki yang enggan identitinya diketahui ramai itu mendedahkan dia ...
Pa Hal Ko Ni Masa Ko Ada Kuasa Hapa Pun Tak Buat Jangan Cemburu Bila Orang Buat Yang Baik

Pa Hal Ko Ni Masa Ko Ada Kuasa Hapa Pun Tak Buat Jangan Cemburu Bila Orang Buat Yang Baik

papar berkaitan - pada 31/1/2024 - jumlah : 336 hits
Learry Jabul Jeles la tuhh Hahaha Sikit sikit melayu Sikit2 melayu Ini la parti yang tidak akan pernah membicarakn tentang kaum lain Nampak sangat mereka nihh tidak memerlukan pembabitan kaum lain dalam negara ini sedangkn negara ini terdir...
Jokowi Kembali Membangun Masa Depan Groundbreaking Proyek Ikn Hari Ini

Jokowi Kembali Membangun Masa Depan Groundbreaking Proyek Ikn Hari Ini

papar berkaitan - pada 17/1/2024 - jumlah : 270 hits
Sejumlah groundbreaking dilakukan menjelang penyelenggaraan upacara 17 Agustus 2024
Penjelasan Istana Soal Jokowi Intensif Kunjungan Kerja Di Jawa Tengah

Penjelasan Istana Soal Jokowi Intensif Kunjungan Kerja Di Jawa Tengah

papar berkaitan - pada 29/1/2024 - jumlah : 242 hits
Hal itu disampaikan Ari menjawab pertanyaan wartawan tentang alasan Presiden Joko Widodo intensif melakukan kunjungan kerja di Jawa Tengah
Bisnis Baru Raffi Ahmad Buat Pabrik Snack Agar Rafathar Dan Rayyanza Tak Capek Di Masa Depan

Bisnis Baru Raffi Ahmad Buat Pabrik Snack Agar Rafathar Dan Rayyanza Tak Capek Di Masa Depan

papar berkaitan - pada 14/1/2024 - jumlah : 287 hits
Raffi mengaku ide dalam membangun kerajaan bisnis cemilan di bawah PT Rans Nikmat Sejahtera awalnya sekadar omongan iseng
Pas Leader Warns Anwar Of Historic Mistake Downfall With Trump Meet

Kerajaan Pahang Otimis Mampu Capai Kutipan Hasil Lebih Rm1 Bilion Tahun Ini Kutipan Setakat Ini Telah Cecah Rm950 Juta

Umno Youth Is Alcohol Good For People Now Putrajaya

Easy Guyanese Garlic Beef Recipe

Doa Jiran Menembusi Langit Kisah Safitri Diceraikan Dua Hari Sebelum Suami Dilantik Pppk Raih Simpati Ramai

The Electric Porsche Cayenne Enjoy 600 Km Of Exciting Journeys

Guan Eng Has Last Laugh As Pmx Turns Villain After Chinese School Halls Exempted From Alcohol Ban

Patung Unta Viral Dari Mekah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kereta Purba Berusia 4000 Tahun Ditemui Keajaiban Terpelihara Dari Kayu Oak

Kerajaan Perancis Menghadapi Krisis Apabila Anggota Dewan Mengundi Mengenai Cukai Kekayaan

Tmj Pertahan 7 Pemain Warisan Tegaskan Dokumen Mereka Sah

Kelantan Dendam Isu Tanah Pusaka Video Tular Anak Disunting Punca Lelaki Dibunuh

Sabah S Bajau Sama Seafaring Legacy Shines Through Chloe Lim S National Costume For Miss Universe 2025

Police No Truth To Viral Image Alleging Student Murder In Pekan Lama