Berhenti Tonjolkan Azmin Dan Jangan Lupakan Muhyiddin




Sama ada sebelum pemilihan PKR atau sekarang ini, cakap-cakap yang cuba menonjolkan Azmin Ali sebagai bakal Perdana Menteri boleh dikata boleh didengari di mana-mana saja.


Lebih-lebih lagi setelah setakat ini Azmin dilihat bakal menang (walaupun belum rasmi) mempertahankan jawatan Timbalan Presiden PKR menewaskan Rafizi Ramli, penonjolan terhadap Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu semakin kuat lagi menusuk ke gegendang telinga.


Azmin tidak disaja dikatakan sebagai bakal Perdana Menteri masa depan, malah digembar-gemburkan juga sebagai calon Perdana Menteri ke-8 untuk menggantikan Tun Mahathir Mohamad.


Selain secara tiba-tiba begitu banyak gossip liar dan khabar-khabar burung dari hutan mengenai Anwar Ibrahim yang mahu ditolak ke tepi, persaingan sengit antara Azmin dengan Rafizi juga dianggap penolakan ahli PKR sendiri terhadap kedudukan Presiden PKR itu sebagai bakal pengganti kepada Tun Mahathir.


Kata mereka, jika benar ahli PKR mahukan Anwar sebagai Perdana Menteri ke-8, sudah tentu Rafizi yang merupakan "kuda pilihannya" mampu menang mudah menewaskan Azmin?


Mengapa tiba-tiba saja Anwar mahu diketepikan sebagai bakal Perdana Menteri yang telah dipersetujui bersama dalam Pakatan Harapan, malah sebelum PRU14 Tun Mahathir dan Tun Daim Zainuddin juga sanggup beberapa kali mengadakan pertemuan dengannya di mahkamah dan dipenjara?


Mengapa baru sepantas enam bulan selepas mengambil alih kuasa Putrajaya, termasuk daripada kalangan Bersatu sendiri, sudah ada yang bagai tidak sabar mahu menonjolkan Azmin dan mengenepikan Anwar?


Dalam hal ini, oleh kerana Pakatan Harapan adalah sebuah kerajaan baru di mana permasalahan rakyat pun banyak yang belum diselesaikan, soal perebutan jawatan Perdana Menteri tidak sepatutnya dijadikan tajuk utama perjuangannya.


Ikut sajalah perjanjian yang sudah diputuskan di mana selepas Tun Mahathir, penggantinya ialah Anwar. Memungkiri perjanjian hanya membuka ruang keretakan kepada Pakatan Harapan dan memberi laluan untuk pembangkang mengambil kesempatan.


Kalau pun pun mahu difikirkan siapa pengganti selepas Anwar, yang paling layak juga bukanlah Azmin sebenarnya, tetapi Muhyiddin Yassin, Presiden Bersatu sekarang.


Azmin masih terlalu mentah dari segi pengetahuan dan pengalaman untuk menjadi calon Perdana Menteri, baik selepas Anwar, jauh selepas kalau mahu diletakkan mendahului Anwar. 


Pengalamannya selama ini hanyalah kira-kira tiga tahun sebagai Menteri Besar Selangor dan baru berpengalaman sebagai menteri sejak kira-kira enam bulan yang lalu.


Mampukah beliau menjadi bakal Perdana Menteri dengan pengalaman yang sedemikian?


Mahu tidak mahu, kita harus mengakui bahawa Muhyiddin jauh lebih berpengalaman dan berpengetahuan berbanding Azmin. Beliau pernah jadi menteri sehingga ke jawatan Timbalan Perdana Menteri, malah pernah juga berpengalaman menjadi Menteri Besar Johor selama hampir 10 tahun.


Meskipun Muhyiddin baru saja menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di bahagian pankreasnya, tetapi beliau kini sedang menunjukkan pemulihan yang sangat memberangsangkan selepas menjalani beberapa rawatan kimoterapi. 


Berdasarkan petunjuk kesihatannya sekarang, tidak mustahil Munyiddin juga mampu pulih dan sihat seperti sediakala sebagaimana Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong yang juga pernah menjalani pembedahan kanser pada 2015 yang lalu.


Oleh itu, jangan diabaikan Muhyiddin sebagai pemimpin selepas Anwar yang dirasakan paling layak untuk mengambil teraju pentadbiran negara ini dan faktor kesihatannya bukanlah halangan.


Hanya selepas Muhyiddin, barangkali barulah sesuai untuk sesiapa mahu menonjolkan Azmin. Ketika ini Azmin masih perlu banyak belajar dan menimba pengalaman lagi.


Lagi pula, sebelum PRU14 lalu, beberapa "kartel"  Azmin jelas menampakkan tidak setuju dengan perlantikan Tun Mahathir sebagai Pengerusi Pakatan Harapan dan calon Perdana Menteri. Banyak suara-suara yang mahukan Azmin sendiri diletakkan sebagai calon Perdana Menteri ketika itu, kononnya untuk mewakili suara orang muda yang merupakan kelompok terbesar di kalangan pengundi negara ini.


Zuraidah Kamaruddin, Ezam Mohd Nor dan PKR Selangor yang diketuai oleh Azmin sendiri jelas bersuara lantang menolak Tun Mahathir pada waktu itu.


Tetapi, pernahkah Muhyiddin bersikap begitu terhadap Tun Mahathir? (ShahbudinHusin 15/11/2018)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://shahbudindotcom.blogspot.com/2018/11/berhenti-tonjolkan-azmin-dan-jangan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Mudah Dibeli Tauke Kata Azmin Kepada Ahli Pkr

Jangan Mudah Dibeli Tauke Kata Azmin Kepada Ahli Pkr

papar berkaitan - pada 8/11/2018 - jumlah : 276 hits
Jangan mudah dibeli lsquo tauke rsquo kata Azmin kepada ahli PKR Dikemas kini 1 jam yang lalu middot Diterbitkan pada 7 No
Jangan Lupakan Palu

Jangan Lupakan Palu

papar berkaitan - pada 7/11/2018 - jumlah : 408 hits
ARTIKEL KE 886 Tolong jangan lupakan Palu Jangan lupakan bahwa pagi itu ditempat ini kita membaca berita gempa dahsyat yang Kemudian tidak lama berselang kita juga tahu kalau gempa itu memicu tsunami banyak orang hilang dan tenggelam Kemudi...
Wagub Kandouw Jangan Lupakan Jasa Para Pahlawan

Wagub Kandouw Jangan Lupakan Jasa Para Pahlawan

papar berkaitan - pada 11/11/2018 - jumlah : 211 hits
Kegiatan ziarah ditandai dengan pelaksanaan mengheningkan cipta kepada arwah para pahlawan peletakan karangan bunga serta tabur bunga di Pusara Para Pahlawan
Pemilihan Pkr Jangan Dibeli Tauke Pesan Azmin

Pemilihan Pkr Jangan Dibeli Tauke Pesan Azmin

papar berkaitan - pada 8/11/2018 - jumlah : 317 hits
Anggota PKR Sarawak yang akan melaksanakan pemilihan parti minggu ini diingatkan supaya tidak mudah dibeli oleh tauke sebaliknya mempertahankan parti itu yang ditegakkan atas agenda reformasi Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin A...
Rakyat Jangan Takut Suarakan Pandangan Mengenai Icerd Kata Muhyiddin

Rakyat Jangan Takut Suarakan Pandangan Mengenai Icerd Kata Muhyiddin

papar berkaitan - pada 12/11/2018 - jumlah : 386 hits
Rakyat jangan takut suarakan pandangan mengenai ICERD kata Muhyiddin Dikemas kini 16 minit yang lalu middot Diterbitkan pada
Icerd Jangan Terburu Buru

Icerd Jangan Terburu Buru

papar berkaitan - pada 13/11/2018 - jumlah : 960 hits
International Convention on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination ialah perjanjian antarabangsa yang bertujuan menghapuskan semua bentuk diskriminasi kaum Ia telah dibuka untuk ditanda tangani dan seterusnya disahkan oleh ne...
Jangan Suka Basuh Malam Malam Makan Dalam Kereta Al

Jangan Suka Basuh Malam Malam Makan Dalam Kereta Al

papar berkaitan - pada 14/11/2018 - jumlah : 507 hits
Alyaa Alhadjri PARLIMEN Remeh namun berbisa dan boleh mengancam kebahagiaan Itu yang dapat difahami daripada penjelasan Kementerian Pembagunan Wanita Keluarga dan Masyarakat hari ini Menurut timbalan menterinya Hannah Yeoh statistik Jabatan...
Inilah Rahsia Kulit Cantik Untuk Perempuan Yang Jenis Malas Mekap Jangan Sampai Skip Salah Satu Langkah Ini

Inilah Rahsia Kulit Cantik Untuk Perempuan Yang Jenis Malas Mekap Jangan Sampai Skip Salah Satu Langkah Ini

papar berkaitan - pada 13/11/2018 - jumlah : 684 hits
Inilah Rahsia Kulit Cantik Untuk Perempuan Yang Jenis Malas Mekap Jangan Sampai SKIP Salah Satu Langkah Ini Mesti ramai perempuan yang nak sangat tahu rahsia kulit cantik tanpa perlu mekap Selama mana kita boleh sembunyikan kekurangan pada ...
Jangan Disepelekan Ini 3 Bahaya Yang Mengintai Anak Yang Belum Di Aqiqahi

Jangan Disepelekan Ini 3 Bahaya Yang Mengintai Anak Yang Belum Di Aqiqahi

papar berkaitan - pada 11/11/2018 - jumlah : 294 hits
Ketika bayi sudah berumur tujuh hari disunahkan bagi kedua orangtuanya untuk menyembelihkan kambing Ternyata sunnah tersebut bukan tanpa sebab seperti inilah ngerinya bahaya yang mengintai anak yang belum di akikahi oleh orang tuanya menuru...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah