Berhenti Romantisasikan Dissociative Identity Disorder


Makin ramai mula bercakap tentang Multiple Personality Disorder (MPD) atau Dissociative Identity Disorder (DID). Ini adalah satu perkembangan yang baik dalam masyarakat kerana masyarakat kita yang lazimnya lebih ortodoks dan konvensional mula bergerak ke arah pembentukan masyarakat dengan minda yang lebih terbuka. Masalah mental yang dahulunya dipandang sebagai taboo sudah mula dibicarakan secara ilmiah dari sudut pandang saintifik dan kesihatan, bukan lago masalah jiwa dan agama semata-mata.
Namun begitu, wujud juga golongan yang sesuka hati menjadi pakar diagnosis di media sosial. Asal ada berita dan isu sahaja di media sosial, mula la keluar hantaran dan esei berjela-jela tentang pandangan dan firasatnya yang kuat mengatakan si polan dan si polan itu sebenarnya menghidapi MPD/DID.
Tak kurang juga yang buat video. Rujukan dan contoh mereka-mereka ini tak lain tak bukan sudah tentulah filem Hollywood seperti Split dan juga lambakan drama Korea yang galak meromantisasikan watak dengan DID. Petik sedikit DSM-V, wah, terus nampak macam educated dan ‘legit’.
Ada juga yang mengaku diri sebagai psychologist, doktor, dan paling parah, pesakit DID. Content mereka ini penuh dengan jargon perubatan dan petikan DSM-V tanpa asas. Seperti penunggang agama, mereka ini juga penunggang masalah mental.
Jarang sekali seorang doktor atau psychologist akan ‘mendiagnos’ pesakit hanya berdasarkan hantaran viral di media sosial. Tambah-tambah lagi diagnos MPD atau DID yang mana sangat sukar didiagnosis. Pakar psikologi luar negara yang mempunyai pengkhususan dalam MPD/DID pun ambil masa bertahun-tahun untuk mengesahkan seseorang itu ada MPD/DID.
Ketahuilah, mereka yang mudah-mudah mendiagnosis masalah mental ini hanyalah seorang palatao. Kalaupun ada mereka membuat content atau video di dalam hospital, biasanya mereka ini hanyalah staf sokongan atau pelajar sahaja. Menjadi satu kesalahan etika untuk mendiagnosis seseorang tanpa melihat sendiri pesakit tersebut.
MPD/DID sudah jadi satu barah romantisasi dalam masyarakat. Semua mahu mengaku ada DID. Mungkin kerana lambakan drama Korea mengetengahkan watak dengan DID, maka ramai orang cuba ingin menjadi watak utama dalam kehidupan seharian.
Ada banyak sebab yang boleh menyebab seseorang itu berubah personaliti. Contohnya, Bipolar Personality Disorder (BPD) juga akan menyebabkan seseorang itu berubah dari seorang yang terlalu ceria (manic) kepada seseorang yang menyendiri dan pesimis secara berulangkali. Tapi itu tidak bermakna mereka ada kecelaruan identiti atau DID. Ini adalah simptom biasa bagi pesakit BPD.
Akhir kata, usahlah kita memandai-mandai dan berusaha sedaya upaya ingin jadi seorang pesakit mental. Jika sakit, jumpalah pakar. Bukannya buat diagnosis sendiri. Ini sampaikan ada stesen TV tu kena klepet dengan budak TikTok kononnya dia ada DID. Padahal ‘watak-watak’ yang keluar tak ada perbezaan langsung di antara satu sama lain. Loghat tak berubah, suara tak berubah, kemahiran tak berubah. Yang berubah cuma baju. Itu pun ada yang percaya dia DID.
Mereka yang bermati-matian mahu mendakwa diri ada DID atau yang sikit-sikit mahu mendiagnosis orang lain ada DID ini berkemungkinan besar ada skizofrenia. Mungkin juga ada masalah narsisis. Atau mungkin juga ada histrionik. Tapi tak ada pula yang berlumba-lumba mahu mendakwa diri ada skizofrenia kan? Mungkin sebab tak nampak cool dengan skizofrenia. Kalau nanti ada drama Korea dengan watak utama skizofrenia, mungkin semua akan berlumba-lumba nak jadi skizofrenia pula.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://omghackers.com/berhenti-romantisasikan-multiple-dissociative-identity-disorder-did/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Penyanyi Bangladesh Ditahan Polis Dipaksa Berhenti Menyanyi Kerana Suaranya Sumbang Wajahnya Terlalu Hodoh

Penyanyi Bangladesh Ditahan Polis Dipaksa Berhenti Menyanyi Kerana Suaranya Sumbang Wajahnya Terlalu Hodoh

papar berkaitan - pada 14/8/2022 - jumlah : 354 hits
Seorang penyanyi di Bangladesh ditahan polis pada jam 6 pagi Khamis lalu kerana suaranya sumbang dan wajahnya terlalu hodoh untuk menjadi penyanyi Hero Alom atau nama sebenar Ashraful Alom Saeed mendakwa dia turut dipaksa oleh polis untuk m...
Bila Anak Mengamuk Peluk Dia Ketat Ketat Terus Berhenti Buat Perangai

Bila Anak Mengamuk Peluk Dia Ketat Ketat Terus Berhenti Buat Perangai

papar berkaitan - pada 11/8/2022 - jumlah : 149 hits
Dah kenapa dari tadi awak asyik mengamuk ni penatlah mama nak layan Ia adalah perkara normal bila tiba tiba anak buat perangai tanpa kita ketahui puncanya Sebenarnya dia cuma nak melahirkan perasaannya tapi tak tahu bagaimana Sebelum marah ...
Jangan Berhenti Desak Isu Lcs Peserta Protes Beritahu Rakyat

Jangan Berhenti Desak Isu Lcs Peserta Protes Beritahu Rakyat

papar berkaitan - pada 15/8/2022 - jumlah : 304 hits
freemalaysiatoday com August 14 2022 5 22 PMPeserta protes membawa plakad antaranya tertera H20 letak jawatan buang penyamun RM6 bilion hilang dan kapal hilang radar KUALA LUMPUR Rakyat digesa jangan berhenti mendesak isu berkaitan projek k...
Destinasi Wisata Ngawi Yang Membuatmu Tak Sanggup Berhenti Merindukan Kota Ramah Ini

Destinasi Wisata Ngawi Yang Membuatmu Tak Sanggup Berhenti Merindukan Kota Ramah Ini

papar berkaitan - pada 16/8/2022 - jumlah : 272 hits
Banyak hal menarik yang bisa kamu jumpai saat menyambangi Ngawi inilah beberapa di antaranya
Saya Penat Hyuna Mahu Berhenti Jawab Tentang Kekasih Dawn

Saya Penat Hyuna Mahu Berhenti Jawab Tentang Kekasih Dawn

papar berkaitan - pada 20/8/2022 - jumlah : 218 hits
Bukan lah satu perkara yang asing lagi jika kita dapat lihat Hyuna sering dilihat bersama Dawn sejak dari awal percintaan mereka Namun Hyuna baru baru ini berkata dia sudah penat berkongsi mengenai Dawn Kenapa eh ARTIKEL BERKAITAN Rancangan...
Jemput 70 Rakan Sekerja Namun Cuma Seorang Hadir Majlis Kahwin Wanita Ini Kecewa Dan Ambil Keputusan Berhenti Kerja

Jemput 70 Rakan Sekerja Namun Cuma Seorang Hadir Majlis Kahwin Wanita Ini Kecewa Dan Ambil Keputusan Berhenti Kerja

papar berkaitan - pada 21/8/2022 - jumlah : 327 hits
Seorang wanita di China nekad meletakkan jawatan selepas kecewa kerana hanya seorang daripada 70 rakan sekerja menghadiri majlis perkahwinannya lapor laman berita Oddity Central semalam Menurut laman berita ETtoday wanita yang identitiny
Ayam Perap Mayo Sedap Mudah Resipi Ringkas Menjilat Jari

Pelancong Amerika Syarikat Puji Rnr Malaysia Apakah Benar Rnr Malaysia Lebih Baik

Aset Selamat Masih Bersinar Emas Naik Tengah Ketidakpastian Politik

Local Pharma Players Pivot Toward High Value Exports To Protect Margins

Cuktech Unveils Smart Charging Essentials For Every Modern Device

Seeking Clarity On Co Teaching Model

Lebih Dari Sekadar Kesedihan Memahami Pelbagai Bentuk Gangguan Mental

Ralat Tak Tengok Supermoon


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Buffet Shabu Shabu Yakiniku Di Shabu Shi Eco Ardence

Petua Lama Untuk Melegakan Kembung Perut Anak Kecil

Malaysia Dan China Memperkukuh Kerjasama Anti Rasuah Dalam Mesyuarat Di Vienna

Sesi Praktikal Dalam Kursus Kejurulatihan Profesional Diploma Afc Fam Membangunkan Kemahiran Dan Pengetahuan Pelatih

Anak Rajin Bantu Di Rumah Kunci Keyakinan Di Masa Dewasa

Pm Anwar Mahu Sistem Pendidikan Bebas Daripada Jumud Biar Pelajar Berfikir Amp Berhujah