Berhati Hatilah Apabila Berlindung Di Bawah Khemah Besar







Oleh ISMAIL HASHIM YAHAYA / February 15, 2022

Adalah suatu menarik untuk diperhatikan dalam politik Malaysia sekarang beralih daripada Barisan, Pakatan atau Perikatan ke sebuah khemah tetapi sebuah khemah besar.

Ia bukan sesuatu yang baharu kerana di Indonesia perkara ini sudah berlaku. Di Indonesia, Nahdatul Ulama dianggap organisasi khemah besar. Di Amerika Syarikat (AS) parti Demokrat dan Republik dianggap parti khemah besar di mana banyak organisasi berteduh di bawahnya.

Cuma yang saya fikirkan khemah biasanya didirikan untuk sementara waktu dalam jangka masa pendek. Khemah bercuti di tepi pantai biasanya dalam dua atau tiga hari, Khemah kenduri kawin daripada pagi hingga ke petang. Khemah untuk sesuatu majlis atau aktiviti untuk pengunjung atau pelawat biasanya selama tiga, empat atau lima hari.

Adakah pendekatan PH dengan cadangan khemah besar untuk jangka waktu sementara: PRN atau PRU-15?

Tidak dipastikan idea siapakah ini sebenarnya yang mengaitkan khemah dengan politik. Kalau tidak silap, sejak April tahun lepas Pakatan Harapan (PH) telah menggunakan perkataan `khemah besar’ sebagai usaha menyatupadukan rakyat Malaysia dari pelbagai lapisan masyarakat, tanpa mengira pegangan politik.

Perkara ini diformalisasikan oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan dalam kenyataan yang ditandatangani oleh Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

“Kami menegaskan kesediaan untuk berunding dan bekerjasama dengan mana-mana pihak, berdasarkan prinsip dan agenda Reformasi, demi kepentingan rakyat, tanpa melibatkan kleptokrat,”menurut kenyataan itu.

Presiden AMANAH, Haji Mohamad Sabu menegaskan, gagasan Khemah Besar atau Big Tent tidak lagi boleh menjadi slogan semata-mata tetapi perlukan pelaksanaan.

“Khemah Besar atau big tent ini perlu dilaksanakan bukan slogan semata-mata,” kata beliau dalam ucapan itu.

Penegasan ini dibuat oleh beliau ketika memberikan Pidato Presiden dalam Konvensyen AMANAH 2021 yang diadakan tidak berapa lama dahulu.

Dalam hubungan ini khemah besar, atau kelompok parti adalah merujuk kepada dasar parti-parti politik yang membenarkan atau menggalakkan pandangan pada spektrum yang lebih luas dalam kalangan anggotanya.

Gabungan dalam khemah besar agak longgar seperti membawa parti-parti kecil seperti Muda di bawah satu khemah atau pun parti besar yang tidak cukup kerusi untuk memerintah yang memerlukan koalisi parti-parti lain untuk membentuk kerajaan.

Bagaimana jika Umno diundang masuk ke kemah besar ini, suatu yang tidak dipersetujui oleh DAP. Adakah Umno akan tunduk kepada PKR dan DAP?

Biasanya khemah besar biasanya tidak berpintu, terbuka bebas keluar masuk atau mungkin khemah ini tertutup dengan penghawa dingin? Khemah besar tentu tidak dibocorkan bumbungnya kerana sudah terbuka kiri, kanan, belakang dan depan.

Namun timbul kebimbangan, Setiausaha Pemuda AMANAH Terengganu Muammar Qaddafi Mohd Nasir berkata, MUDA bukan sebahagian dalam PH dan dikhabarkan enggan menggunakan logo Pakatan Harapan.

Katanya, penyerahan enam kerusi oleh AMANAH dan DAP adalah satu pengorbanan yang cukup besar, apatah lagi calon bagi kerusi kerusi terbabit sudah diperuntukkan oleh kedua parti namun terpaksa diserahkan atas nama kesepakatan “Khemah Besar”.

Justeru, katanya MUDA dan Syed Saddiq khususnya perlu bekerja lebih kuat dalam mempastikan pengorbanan parti lain memberi ruang kepada MUDA yang sekaligus.

Khemah besar tidak bermakna ia hanya dijadikan tempat berlindung dan berteduh sementara atau mengambil kesempatan atas keikhlasan pihak pembangkang membuka ruang perkongsian demi mencapai matlamat murni menghapuskan amalan rasuah, menyingkirkan kleptorat dan kemenangan dalam pilihan raya.

Khemah besar juga menuntut perhormatan kepada pihak yang menawarkannya. Menyertai khemah besar tidak seharusnya telunjuk lurus kelingking berkait.

Khemah juga tidak kukuh sekiranya asasnya tidak kuat, ia boleh dilambung ribut atau tiupan kencang puting beliung yang menerbang pelitup atasnya dan merobohkannya. Maka berhati-hati apabila mendirikan khemah!

————–

Kolumnis adalah pensyarah di Jabatan Komunikasi, Seni Visual dan Pengkomputeran, Universiti Selangor (Unisel).

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/02/berhati-hatilah-apabila-berlindung-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bitcoin Di Bawah Tekanan Penurunan Harga Yang Besar

Bitcoin Di Bawah Tekanan Penurunan Harga Yang Besar

papar berkaitan - pada 3/2/2022 - jumlah : 142 hits
Kejatuhan BTC USD membatalkan potensi kesinambungan kenaikan harga yang menandakan bahawa lantunan boleh berakhir Ia didagangkan pada paras 37 439 77 pada masa penulisan jauh di bawah paras tertinggi semalam pada 39 285 Bitcoin turun sebany...
Boleh Ke Tanda Lahir Pada Bayi Hilang Apabila Dia Besar Ini Penjelasannya

Boleh Ke Tanda Lahir Pada Bayi Hilang Apabila Dia Besar Ini Penjelasannya

papar berkaitan - pada 5/2/2022 - jumlah : 175 hits
Secara fisiologi tanda lahir adalah normal dan tidak perlu dibimbangkan Namun ada juga tanda lahir yang tidak boleh hilang dengan sendirinya Menurut kajian 80 bayi yang baru lahir mempunyai tanda lahir Biasanya tanda lahir akan hilang apabi...
Impian Khemah Besar Makin Tercapai Di Prn Johor

Impian Khemah Besar Makin Tercapai Di Prn Johor

papar berkaitan - pada 10/2/2022 - jumlah : 215 hits
Impian Khemah Besar Makin Tercapai Di PRN Johor PKR memaklumkan parti itu menawarkan tiga kerusi untuk ditandingi parti Ikatan Demokratik Malaysia Pengerusi PKR Johor Syed Ibrahim Syed Noh berkata hal itu dibuat selepas kedua dua parti meng...
Idea Serabai Khemah Besar

Idea Serabai Khemah Besar

papar berkaitan - pada 19/2/2022 - jumlah : 343 hits
Mana datang idea khemah besar Apa yang buat sesetengah pemimpin PH percaya Mahathir boleh bawa PH semula ke Putrajaya Sebenarnya semuanya kerana Langkah Sheraton Selepas Mahathir letak jawatan tidak ada seorang pun MP yang mampu memiliki so...
Profil 7 Lagi Calon Pkr Prn Johor Kita Tutup Khemah Besar

Profil 7 Lagi Calon Pkr Prn Johor Kita Tutup Khemah Besar

papar berkaitan - pada 20/2/2022 - jumlah : 248 hits
W FAUDZINDia minta khemah besar Kita pun buat khemah besar untuk Muda Kita suruh masuk khemah tapi dia memiilih pulak tak mahu masuk Maka khemah kita tutup dan kita bertanding 20 Kerusi Lepas ni jgn dok ungkit2 dan salahkan Anwar ok Berikut...
Keh Keh Inilah Sikap Muda Ph Dah Kena Awal Awal Lagi Khemah Besar Konon

Keh Keh Inilah Sikap Muda Ph Dah Kena Awal Awal Lagi Khemah Besar Konon

papar berkaitan - pada 13/2/2022 - jumlah : 141 hits
Berbaloikah pengorbanan PH untuk MUDA Oleh MALAYSIA DATELINE February 12 2022Pendekatan Khemah Besar Pakatan Harapan di Pilihan Raya Negeri Johor nanti menimbulkan persoalan apakah PH akan mendapat keuntungan selepas DAP dan AMANAH menyerah...
Sangkakan Budak Panjat Pagar Rupanya Biawak Besar

Sangkakan Budak Panjat Pagar Rupanya Biawak Besar

papar berkaitan - pada 12/2/2022 - jumlah : 189 hits
February 11 2022Orang ramai terkejut sangkakan budak takut anjing lari memanjat pagar Tetapi bila didekati semua orang tergamam dengan apa yang di lihat Viral di sosial media apabila kedatangan seekor tetamu gergasi yang tak diundang diraka...
Geram Tengok Anak Dara Dayana Roza Lahir Pramatang Makin Besar Makin Comel

Geram Tengok Anak Dara Dayana Roza Lahir Pramatang Makin Besar Makin Comel

papar berkaitan - pada 11/2/2022 - jumlah : 244 hits
Lahir tak cukup bulan dengan berat 2 4 kilogram nampaknya anak sulung kepada pelakon Dayana Roza kini membesar dengan sihat Rata rata yang melihat Astrid Raheeya pasti akan rasa geram apatah lagi dengan lengannya yang berlapis lapis dan pah...
Pembangunan Johor Pentingkan Bandar Besar Yang Lain Tertingal

Pembangunan Johor Pentingkan Bandar Besar Yang Lain Tertingal

papar berkaitan - pada 12/2/2022 - jumlah : 192 hits
Ketua Angkatan Muda KEADILAN Pontian Aziz Shari menyifatkan perancangan pembangunan di Johor tidak seimbang dan lebih tertumpu kepada bandar bandar tertentu menyebabkan sebahagian daerah kekal miskin dan tiada peluang pekerjaan Saya bagi co...
Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

How To Plan A Stress Free Family Vacation

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Fishing As A Stress Reliever

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Panji Sakti Malam Ini Chord

Resipi Tomyam Salmon Yang Lain Dari Lain Masam Pedas Berlemak

Pemenang Award Ai Team 2024

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco