Berhati Hati Bila Berkata Kata


Assalamualaikum..


Ye kawan-kawan...perlu diterapkan dalam ingatan dalam hati agar berhati-hati apabila berkata-kata...kadang-kadang kata2 yang keluar dari mulut kita tu sangat berbisa dan menyakiti hati orang terdekat dengan kita..
Contohnya kisah ini...SA share kat sini untuk peringatan kepada diri sendiri serta semua yg membaca..


Jom baca kat sini..


“kalau takde duit tak payahlah order makan macam².!!”


1 kedai dengar tokey kedai tu sound pakcik ni dengan family dia.
Pakcik tu dengan makcik,4 orang cucu dan 3 perempuan remaja and dewasa.
"Menantu saya tak dapat dihubungi,dia yang suruh makan kat sini..."
"Itu hal awaklah,habis tu takkan dah makan taknak bayar...rm259 ni"
Ah kacau, dah jadi drama plak kat restoran tu,pelanggan² lain dah mula bergosip,ada yang buat tak tahu...
Aku tengok pakcik tu punya muka macam malu yakmat...
Tadi aku tengok masa makan² family dia happy sangat...dan ada terdengar sorang budak kecik tu cakap...
"Mana baba atuk? Rindu nak jumpa baba..."
Maybe menantu dia yang setting makan keluarga ni, tapi menantu dia tak sampai lagi..call pun tak angkat²...
Tadi aku tengok 1 family ni sampai kat restoran pun pakai van vanete lama...masuk restoran pun,tengok yang kecik² tu seronok bukan kepalang dapat makan kat luar...
Keluarga baik2 ni, tak sanggup aku tengok diaorang dimalukan...
"Makcik, kira saya punya dulu, saya nak cepat ni"
Panggil aku kat tokey kedai yang tengah hot tu yang berdiri kat meja pakcik tu...
Tokey kedai datang kat aku... "20 dik"
"Kira sekali ngan pakcik tu punya tapi dengan syarat makcik minta maaf ngan dia dan cakap makcik belanja dia hari ni,boleh?"
"Tapi kenapa? Kenapa tak cakap adik je belanja?"
"Pakcik tu mungkin ada masalah keluarga,makcik tengking dia, dia dah dimalukan depan orang ramai,
jadi saya nak makcik perbetulkan keadaan supaya maruah dia dikembalikan.
Dalam masa yang sama saya nak kredibiliti makcik juga dikembalikan, sebab bila makcik tengking pelanggan, pelanggan² lain akan mula anggap makcik ni tokey restoran yang tak baik.
Nanti mereka akan cerita macam² pasal restoran makcik...
padahal saya tahu makcik orang baik,
dah lama saya jadi pelanggan makcik..
saya taknaklah disebabkan benda macam ni reputasi makcik jatuh dimata orang lain.."
Tokey kedai pun macam tersentap dan sedar kekasaran dia...
Lepas aku siap bayar, aku tengok tokey kedai pergi kat pakcik tu ngan muka senyum², bersalam salaman ngan yang perempuan² kat meja tu..
Terhangguk² kepala masing², tengah minta maaf dan memaafi la tu...
Lepas tu aku tengok pakcik tu bangun tergesa²...semua pun bangun tergesa² menuju ke van mereka dan gerak....
So aku pun bangun dan gerak nak bla...
Tokey kedai follow aku sampai kat luar kedai dan...
"Dik, terima kasih sedarkan makcik, duit makanan keluarga tadi makcik nak bayar balik kat adik, biarlah makcik belanja diaorang...rupanya menantu dia kemalangan, sebab tu lah menantu dia tak angkat2 call...
Kalaulah makcik terus marah² dia tadi,tak tahulah nak simpan perasaan bersalah ni macamana..."
"Sebab itulah saya taknak makcik marah² tadi,sebab setiap masalah tu mesti ada sebabnya...takut kita menyesal kalau tak bersabar..."
"Ni duit rm280 makcik nak pulang semula kat adik,biarlah makcik yang belanja keluarga tu ngan adik punya sekali..."
"Takpe makcik,simpan duit ni untuk bayarkan dan bantu maybe akan ada yang susah atau takde duit nak makan akan datang...carry foward je sedekah ni...semoga jadi asbab pahala mengalir tak putus² kepada kita..."
Begitulah kawan²,nenek moyang kita pun dah berpesan...


Kalau benci jangan benci sangat...
Kalau marah jangan matah sangat...
Kalau tak suka jangan tak suka sangat...


Bersederhanalah dalam setiap perkara...


Kredit : Fahmi Huzairi


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.suriaamanda.com/2022/10/berhati-hati-bila-berkata-kata.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bangun Pagi Peluk Anak Sekurangnya 3 Kali Jadi Mudah Lembut Hati Dengar Kata

Bangun Pagi Peluk Anak Sekurangnya 3 Kali Jadi Mudah Lembut Hati Dengar Kata

papar berkaitan - pada 30/9/2022 - jumlah : 231 hits
Bila dah ada anak sendiri ni kan baru tahu baby ni sebenarnya ada satu bau dia yang tersendiri Bau dia macam sedap sedap dan kalau sekali cium tu nak cium lagi dengan penuh kegeraman Di sebalik diri kita rasa susah kehadiran anak ini diangg...
Mereka Gagal Mereka Tidak Pandai Buat Kerja Cuma Pandai Berkata Kata

Mereka Gagal Mereka Tidak Pandai Buat Kerja Cuma Pandai Berkata Kata

papar berkaitan - pada 26/9/2022 - jumlah : 238 hits
MOHD AFFENDI ABASPH yang berjaya memulihkan Tabung Haji sampai PAS kalah saman fitnah terhadap Dr tetiba PAS claim dia yg berjaya Berjaya apa sampai kos Haji pun naik Nak menipu pun agak agak lah Takkanlah lebai PAS nak menipu Yang kuat men...
Berhati Hati Menaip Mesej Dan Komen

Berhati Hati Menaip Mesej Dan Komen

papar berkaitan - pada 9/10/2022 - jumlah : 149 hits
tidak kira walau anda berada di hadapan cermin sekalipun berhati hati dan fikir dahulu sebelum membalas mesej dan komenSalah faham sentiasa berlaku walau telah setengah abad usia sesuatu persahabatan atau perhubungan Tidak kira sama ada ia ...
Akhirnya Puteri Sarah Bvat Pend3dahan Dan Ini Kata Kata Buat Anak Anak

Akhirnya Puteri Sarah Bvat Pend3dahan Dan Ini Kata Kata Buat Anak Anak

papar berkaitan - pada 30/9/2022 - jumlah : 230 hits
Pelakon Puteri Sarah Liyana meluahkan rasa syukur setelah mendapat banyak tawaran dan kembali aktif dalam industri lakonan tanah air
Baguslah Jadi Solo Kalau Kita Kuat Kata Ku Li Kepada Umno

Baguslah Jadi Solo Kalau Kita Kuat Kata Ku Li Kepada Umno

papar berkaitan - pada 1/10/2022 - jumlah : 142 hits
bharian com myOleh September 30 2022 12 32pmTengku Razaleigh Hamzah hadir merasmikan Mesyuarat PIBG SK Pos Brooke Kali ke 21 semalam Foto NSTP Paya Linda YahyaGUA MUSANG Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah menegaskan UMNO perlu...
Inilah Amaran Zahid Kepada Ismail Sabri Kata Ketua Umno Digantung

Inilah Amaran Zahid Kepada Ismail Sabri Kata Ketua Umno Digantung

papar berkaitan - pada 1/10/2022 - jumlah : 202 hits
agendaily com1 10 2022Ketua UMNO Bahagian Alor Setar Datuk Mohd Yusof Ismail mendakwa penggantungan keahliannya dibuat oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bukan keputusan Majlis Tertinggi Ketua UMNO Bahagian Alor Setar Datuk Mohd Yusof Ismai...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba