Berdoa Dengan Asmaul Husna Al Barr






Berdoa Dengan Asmaul Husnaa al Barr| Al-Barr: Yang Maha Berbuat Baik / Maha Penderma / Maha Dermawan / Maha Bagus / Sumber Segala Kebaikan – Yang banyak membuat kebajikan, iaitu banyak kebaikanNya dan besar kenikmatan yang dilimpahkanNya.

Maka berdoalah dengan asmaul husna al Barr ini demi mendapatkan apa yang kita harapkan, kemuliaan di dunia dan akhirat. Insyaa Allah. Mintalah kepada yang Maha Kaya, kerana dia pemberi rezeki yang Maha Pemurah.

Lagi satu, Allah Maha Mengabulkan dan memperkenankan doa hamba-hambaNya terutama mereka yang teraniaya dan dizalimi. Samada lambat atau cepat..

Digalakkan berdoa dengan asmaul husnaa dan berdoalah dengan ikhlas serta merendah diri serta mengikut sunnah yang diajarkan. Insyaa Allah doa-doa kita dimakbulkan. Nama-nama Allah yang 99 adalah nama yang mulia dan menunjukkan Allah SWT berkuasa atas sesuatu mengikut nama-namanya yang mulia itu.

Katakanlah: "Serulah Allah atau serulah Ar-Rahman. Dengan nama yang mana saja kamu seru, Dia mempunyai al asmaaul husna dan janganlah kamu mengeraskan suaramu dalam solat mu dan janganlah pula merendahkannya dan carilah jalan tengah di antara kedua itu".(Q.S. Al-Isra:110)
“Dialah Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Dia mempunyai Asmaul Husna (nama-nama yang baik).” – (Al-Quran, Surah Thaa-Haa : 8)
Apabila kita menyebut atau berdoa dengan asmaul husnaa, ia mempunyai pengaruh dan manfaat yang amat besar dan hebat sekali bagi pekerjaan yang sedang kita lakukan. Itulah sebabnya kita digalakkan berdoa dengan al asmaul husnaa ini.


Cara-Cara berdoa dengan asmaul husna | Al Barr
1) Baca ayat kalimah di bawah ini terlebih dahulu:


2) Kemudian baru di baca asmaul husnaa yang berikut:


Yaa Barr = 7 kali

Ertinya : 

Al-Barr : Yang Maha Berbuat Baik / Maha Penderma / Maha Dermawan / Maha Bagus / Sumber Segala Kebaikan – Yang banyak membuat kebajikan, iaitu banyak kebaikanNya dan besar kenikmatan yang dilimpahkanNya.

✅ Amalkanlah zikir ‘Ya Barr’ ini sebanyak mungkin setiap hari, InsyaAllah segala apa yang kita hajati akan terlaksana dengan mudah.

✅ Jika diucapkan ‘Ya Barr’ 7 kali dan ditiupkan pada bayi yang baru lahir, InsyaAllah ia akan mendapatkan perlindungan daripada segala bahaya.

✅ Sesiapa menyebut ‘Ya Barr’ kepada anak-anaknya, InsyaAllah ia akan dijauhkan daripada kemalangan.

✅ Untuk memudahkan apa saja yang diinginkannya, dengan dibaca ‘Ya Barr’sebanyak-banyaknya.

✅ Sesiapa yang beristiqamah berzikir dengan ‘Ya Barr’, InsyaAllah dia akan menjadi penyabar terhadap hambaNya, haiwan dan segala binatang, tentulah semuanya akan baik dan jinak kepadanya.

✅ Seseorang yang menzikirkan ‘Ya Barr’ ini sebanyak-sebanyaknya setiap hari, InsyaAllah kecintaan kepada dunia akan keluar daripada hatinya.

✅ Jika ‘Ya Barr’ diucapkan 7 kali pada setiap hari, InsyaAllah seseorang itu akan dapat membuang segala perangai buruknya seperti minum arak, zina dan sebagainya

Ingatlah! Berdoa dengan yakin. Jangan main-main. Kerana Allah Maha Mengetahui yang nyata dan yang tersembunyi.
3) Kemudian setelah selesai membaca asmaul husnaa di atas, lalu teruskan membaca kalimah seperti di bawah ini:



4) Akhir sekali berdoalah untuk perkara yang dihajati dengan penuh keyakinan, khusyuk dan tawadduk hanya kepada Allah. Allah Maha Mendengar doa hamba-hambaNya. Lakukan dengan penuh pengharapan dan keyakinan.

Berserahlah kepadaNya, bersabar menunggu doa-doa kita dimakbulkan. Pada masa yang tepat. Jangan pernah jemu memohon kepada Allah. Orang yang banyak berdoa adalah orang yang paling bijak. Fikirkanlah...

Semoga bermanfaat.


Rujukan:

1. Himpunan ayat-ayat al-Quran dan Khasiat Bismillah, Surah al-Fatihah, ayatul Kursi, Surah al-Ikhlas dan Surah al-Qadr & Asmaul Husnaa - Muhfudli Sahli

2. Shafiqolbu.wordpress.com

3. Blog Ibnu Hasan Site
Selamat membaca, Sebarkan bahagia


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aynorablogs.com/2020/05/berdoa-dengan-asmaul-husna-al-barr.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nabi Isa Sujud Dan Berdoa

Nabi Isa Sujud Dan Berdoa

papar berkaitan - pada 15/5/2020 - jumlah : 524 hits
NABI ISA SUJUD DAN BERDOABELAJAR BAHASA INGGERIS DARI KITAB SUCI MEREKA ENGLISH BIBLEFELL ON HIS FACE sujudAND PRAYED dan berdoaCatatan Kecil Dr H M Rakib Jamari Riau And going a little farther he fell on his face and prayed saying My Fathe...
Sahur Waktu Mustajab Berdoa

Sahur Waktu Mustajab Berdoa

papar berkaitan - pada 16/5/2020 - jumlah : 374 hits
Sahur Waktu Mustajab Berdoa Daripada Abu Hurairah RA Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda Allah Tabaraka wa Ta ala turun ke langit dunia pada setiap akhir sepertiga malam lalu berfirman Siapa sahaja yang berdoa kepada Ku maka Aku tunaikan u...
Hiburan Lisdawati Dedah Saban Hari Berdoa Agar Gambar Sebelum Bertudung Tidak Disiarkan

Hiburan Lisdawati Dedah Saban Hari Berdoa Agar Gambar Sebelum Bertudung Tidak Disiarkan

papar berkaitan - pada 18/5/2020 - jumlah : 783 hits
Menjadi suatu dilema yang besar bagi seorang selebriti sekiranya gambar lama sebelum berhijrah masih lagi berterbangan di serata media sosial Sama juga dengan pelakon Lisdawati yang senantiasa berdoa supaya cerita lampau mengenainya ketika ...
Hukum Berdoa Dalam Rukuk

Hukum Berdoa Dalam Rukuk

papar berkaitan - pada 23/5/2020 - jumlah : 278 hits
Apakah hukum berdoa dalam rukuk Dalam artikel ini saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus dihalaman facebook beliau Semoga bermanfaat Ustaz boleh atau tidak kita baca doa ketika sedang rukuk atau tidak boleh Ruku...
Sering Diludahi Dan Dipukul Istri Pria Ini Malah Berdoa Begini Sedih Sekali

Sering Diludahi Dan Dipukul Istri Pria Ini Malah Berdoa Begini Sedih Sekali

papar berkaitan - pada 26/5/2020 - jumlah : 423 hits
Seorang pria bernama Aslan Abdullah 70 warga Tanah Kusir Jakarta Selatan benar benar bernasib malang Ia sedih tak bisa merayakan Hari Raya Idulfitri 1441 H bersama keluarga Lansia yang tinggal di daerah Tanah Kusir Jakarta Selatan ini harus...
Lirik Lagu Terapi Percuma Aepul Roza Sharul Kamal

Designing Easy Websites And Apps

Malaysiakini S Sabah Expos Ronald Asks If Govt Members Have Different Rules

Euro Dibawah Tekanan

Petronas Iktiraf Petros Sebagai Agregator Gas Sarawak Tidak Termasuk Ln

One Way To Get To Know The Locals In Britain Stay In A Pub

Aktiviti Perbincangan Ppim Bersama Pkns Ppim 05 02 2025

10 Kereta Elektrik Terbaik Tahun 2025


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya


Kids Diy Pizza Pulai Spring Resort

Time For A Harmony Committee To Deal With Racial Religious Issues

Zakir Had Perlis Mufti S Permission To Give Ceramah

Malaysia Health Ministry Orders Supplier To Replace Substandard Fabric Likened To Shrouds For Nurse Uniforms

Loji Solar Danau Tok Uban

Kari Ikan Sedap Kebabom