Berdepan Undi Tak Percaya Redzuan Nafi Idam Jawatan Tertinggi Bersatu


Kow Gah Chie      
Pengerusi Bersatu Melaka Mohd Redzuan Yusof menyangkal dakwaan beliau bercita-cita memegang kedudukan tertinggi parti itu, termasuk jawatan yang kini dipegang Presiden Muhyiddin Yassin dan Pengerusi Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata tiada sebarang niat untuk bertanding mana-mana jawatan tertinggi dalam pemilihan parti, yang dijadual diadakan hujung tahun ini, kerana mahu memberi tumpuan kepada tugasnya sebagai menteri pembangunan usahawan.

"Kesetiaan saya terhadap Mahathir dan Muhyiddin boleh dilihat jelas," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Beliau bagaimanapun berkata tiada masalah jika parti mahu melantiknya untuk mana-mana jawatan, seperti mana pelantikannya sebagai anggota Majlis Pimpinan Tertinggi dan pengerusi Bersatu Melaka sebelum ini.

Semalam, Malaysiakini melaporkan Redzuan mendapat undi tidak percaya ketika mesyuarat Bersatu Melaka Jumaat lalu selepas beliau memecat bekas datuk bandar Kuala Lumpur Ruslin Hasan sebagai penyelaras DUN Ayer Limau dan tindakan untuk menggugurkan Nazri Ramli sebagai timbalan pengerusi Bersatu Masjid Tanah.

Sumber dalaman Bersatu berkata Redzuan seorang pemimpin yang memecah-belah dan cuba meraih sokongan Majlis Pimpinan Tertinggi bagi meletakkan dirinya sebagai pengganti Muhyiddin, dan malah kedudukan Mahathir.

Redzuan bagaimanapun mengesahkan ada usaha untuk menyingkirnya melalui undi tidak percaya, namun berpendapat langkah itu bertentangan dengan perlembagaan parti.

"Tiada peruntukan untuk undi tidak percaya (terhadap pengerusi negeri). Mereka tidak dipilih, tetapi dilantik pimpinan tertinggi. Jika ada usaha untuk membuat perubahan struktur, ia boleh melalui pimpinan parti.

"Mereka (yang mahu menyingkirnya) mendakwa membawa mandat rakyat, minta saya letak jawatan, tetapi (mereka) tidak lebih lima orang.

"Saya yakin mereka ada motif tersembunyi menjelang pemilihan parti," katanya lagi.

Redzuan juga menafikan cuba menyingkirkan Nazri daripada jawatan timbalan pengerusi Bersatu Masjid Tanah.

Sementara itu, Setiausaha Agung Bersatu Marzuki Yahya berkata beliau berharap kepimpinan Bersatu Melaka dapat menyelesaikan isu itu melalui perbincangan.

"Melalui perbincangan sesama mereka berbanding mengeluarkan kenyataan media dan saling menuding jari. Bukan ini caranya.

"Saya nasihatkan mereka jangan keluarkan sebarang kenyataan media dan cari jalan terbaik untuk (selesaikan isu) dalaman parti," katanya ketika dihubungi.

Menyifatkan kini bukan masanya untuk berbalah, beliau berkata ibu pejabat parti akan memantau perkembangan perkara itu dan cuba menyelesaikannya secara aman.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/01/berdepan-undi-tak-percaya-redzuan-nafi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ketua Bahagian Bersatu Melaka Undi Tak Percaya Pada Menteri Sumber

Ketua Bahagian Bersatu Melaka Undi Tak Percaya Pada Menteri Sumber

papar berkaitan - pada 28/1/2019 - jumlah : 189 hits
Tekanan dikatakan memuncak terhadap Menteri Pembangunan Usahawan Redzuan Yusof
Pengerusi Spr Sedia Letak Jawatan Hancing Viral

Pengerusi Spr Sedia Letak Jawatan Hancing Viral

papar berkaitan - pada 25/1/2019 - jumlah : 276 hits
KUALA LUMPUR Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Azhar Azizan bersedia meletakkan jawatan Menurutnya tindakan itu boleh dilakukan sekiranya majoriti rakyat Malaysia tidak setuju dengannya dan SPR sekarang Tolong beritahu ahli parlimen di kaw...
Saya Sedia Letak Jawatan Kata Azhar

Saya Sedia Letak Jawatan Kata Azhar

papar berkaitan - pada 26/1/2019 - jumlah : 253 hits
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Azhar Azizan Harun bercakap kepada media selepas membuat lawatan proses semakan isi peti undi dan serahan peralatan kepada petugas SPR sempena Pilihan Raya Kecil P 078 Parlimen Cameron Highlands di Sekolah...
Sudah Tiba Masanya Spr Dirombak Pengerusi Letak Jawatan

Sudah Tiba Masanya Spr Dirombak Pengerusi Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 28/1/2019 - jumlah : 374 hits
Elok rasanya sebelum PRK Semenyih Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia SPR diperkasakan kerana kita tidak mahu institusi itu dipandang lekeh dan tidak telus Hanya ada seorg pengerusi tanpa 6 ahli yang lain boleh mengundang persepsi yang negati...
Isu Memalukan Seluruh Sistem Kehakiman Malaysia Peguam Negara Letak Jawatan

Isu Memalukan Seluruh Sistem Kehakiman Malaysia Peguam Negara Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 29/1/2019 - jumlah : 703 hits
Rakyat perlu fahami berita ini kerana isunya telah memalukan Jabatan Peguam Negara dan seluruh sistem perundangan Malaysia Ianya digelar Black Monday for the rule of law yang mendakwa Peguam Negara telah memberi maklumat yang salah sehingga...
Pru 14 Tidak Sah Lim Guan Eng Dan Tommy Thomas Hilang Jawatan

Pru 14 Tidak Sah Lim Guan Eng Dan Tommy Thomas Hilang Jawatan

papar berkaitan - pada 28/1/2019 - jumlah : 556 hits
Semuanya berpunca apabila Tommy Thomas mewujudkan sebuah tribunal yang dianggotai hakim hakim Mahkamah Persekutuan iaitu Steve Shim Lip Kiong yang bertindak sebagai Pengerusi Tribunal tersebut selain Zaleha Zahari Suriyadi Halim Omar Jeffre...
Najib Uncle Lim Gembira Dapat Jawatan Menteri Hal Ehwal Najib Tapi

Najib Uncle Lim Gembira Dapat Jawatan Menteri Hal Ehwal Najib Tapi

papar berkaitan - pada 25/1/2019 - jumlah : 300 hits
Nampak sangat Uncle amat puas hati dan gembira dengan jawatan barunya Buat kerja dengan baik baik Jangan hampakan amanat yang diberikan Petang tadi juga Kit Siang menyeru kepada rakyat untuk tidak undi Najib di Cameron Highlands supaya Mala...
Tips Rahsia Menjawab Soalan Temuduga Jawatan Kerajaan

Tips Rahsia Menjawab Soalan Temuduga Jawatan Kerajaan

papar berkaitan - pada 24/1/2019 - jumlah : 445 hits
Rahsia Soalan Temuduga Jawatan Kerajaan Dalam Malaysia dua sektor pekerjaan yang begitu menjadi bualan masyarakat yang ingin mencari rezeki yang halal Tips Rahsia Menjawab Soalan TemudugaSektor awam dan sektor swasta Sektor awam boleh difah...
Bagaimana Mohon Jawatan Ptd M41

Bagaimana Mohon Jawatan Ptd M41

papar berkaitan - pada 18/1/2019 - jumlah : 587 hits
Bagaimana Mohon Jawatan PTD M41 Untuk makluman semua pemohon yang berminat SPA telah mula membuka permohonan untuk mengisi kekosongan jawatan di Jabatan Perkhidmatan Awam bagi jawatan Pegawai Tadbir Dan Diplomatik Gred M41 Permohonan ini ha...
Splash Out Langkawi Awarded Gold Rating By Malaysia Tourism Quality Assurance

Anjing Anjing Neraka Versi Rfans Donald

Shell Bakal Jual Stesen Minyak Malaysia Kepada Saudi Aramco Kata Laporan

Filem Ngesot

Lelaki Cina Pun Boleh Terpikat Iklan Perfume Dikecam Guna Model Wanita Jadi Umpan Tarik Perhatian Bukan Mahram

Infinix Memperkenalkan Gt 20 Pro Telefon Pintar Dual Chip Gaming Beast Ke Malaysia

Makan Makan Santai Dengan Kawan Office

Sultan Pahang Mohon Mendoakan Tengku Hassanal Segera Mendirikan Rumah Tangga



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka

10 Fakta Biodata Jabir Meftah Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3

Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3


Don T Let Renovations Ruin Your Home And Your Budget Or Some Tips For Choosing A Contractor

15 Fresh And Vibrant Spring Flowers Centerpiece Decorations

Saraswathy Lodges Report Against Satees Portal For Alleged Defamation

Netizens Inciting Hatred Against Footballers Being Tracked Down

Two Malaysians Injured In Narathiwat Blast Discharged From Hospital

Faisal Halim Kini Di Icu Tangan Kiri Tiada Tindak Balas