Berdamailah Bung Rahman Ingat Pengalaman Kimanis Yang Manis



Dalam tinjauan Suara TV ke Sabah minggu lalu, saya memuat naik sekeping gambar berlatar Gunung Kinabalu dan awan mendung yang berarak sekelilingnya. Saya menulis inilah gambaran politik Sabah kerana telah mengetahui mengenai pergelutan dalam UMNO yang sedang berhadapan detik genting.
Sidang media yang tidak diperlukan oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan semalam adalah kemuncak kepada ketidakpuasan hati dan pergelutan politik dalam UMNO Sabah. Rahman berpendapat sudah tiba masanya penduduk Sabah diberi tahu pendirian sebenar beliau dan rakan-rakan mengenai kepimpinan UMNO Sabah.
Mempertahankan Rahman
Ramai yang mengkritik Rahman kerana membuat sidang media sedemikian ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah semakin hampir. Bagi mereka Rahman perlu menggunakan saluran dalaman untuk berbincang dan berunding.
Untuk berlaku adil, Rahman telah menggunakan pelbagai saluran lain termasuk perjumpaan bersama Presiden UMNO dua minggu lalu di Kota Kinabalu. Jika sebelum ini ia hanya khabar-khabar angin, semalam Rahman sendiri meluahkan kekecewaan bahawa mesyuarat tersebut tidak memberi peluang kepada semua Ketua-Ketua UMNO Bahagian menyuarakan pandangan.
Sudah tentu sidang media semalam merupakan harakiri politik buat Rahman. Namun beliau mungkin merasakan ‘enough is enough’.
Sebaik selesai sidang media tersebut Rahman diserang dengan persepsi beliau alat Bersatu dan tidak menyumbang apa-apa kepada UMNO Sabah sepanjang 26 bulan lalu.
Serangan Rahman alat Bersatu ini sangat lemah dan berniat jahat kerana hanya bersandarkan beliau adalah “blue-eyed boy” Musa Aman.
Jika Rahman mahu mengkhianati UMNO beliau melakukan berbulan-bulan dulu lalu lagi. Dalam pelbagai wawancara Rahman secara terbuka menyatakan UMNO perlu menjadi parti dominan. Dalam perjumpaan dengan penulis baru-baru ini juga Rahman mengutarakan perkara yang sama.
Serangan Rahman tidak berbuat apa-apa mempertahankan UMNO juga tidak benar. Rahman antara pemimpin UMNO Sabah yang sentiasa membuat kenyataan mengkritik pentadbiran Shafie Apdal dan Pakatan Harapan di peringkat Persekutuan.
Malahan kuasa autonomi UMNO Sabah yang diluluskan oleh Perhimpunan Agung UMNO diutarakan oleh Rahman sebagai satu langkah memperkasakan UMNO Sabah dan meyakinkan penduduk negeri di bawah bayu ini bahawa UMNO bukan sekadar parti yang menerima arahan semenanjung.
Kesilapan Rahman
Rahman mempunyai banyak kriteria yang memenuhi calon Ketua Menteri yang boleh meyakinkan pengundi Sabah. Beliau mempunyai pendidikan tinggi, pengalaman dalam pengurusan ekonomi dan kerajaan tempatan di peringkat Persekutuan dan sebagai Setiausaha Politik Ketua Menteri.
Kesilapan terbesar Rahman ialah beliau tidak dapat keluar dari bayangan Musa Aman. Sebagai bekas Setiausaha Politik Musa, Rahman mungkin terhutang budi dan hati kepada Musa.
Namun dalam politik kenang jasa harus mempunyai had kerana masa Musa telah berlalu. Musa ada wang dan pengaruh namun ia tidak cukup untuk membantu Barisan Nasional merampas kembali Sabah. Musa sudah ‘overstayed’ sebagai Ketua Menteri.
Walaupun Musa mempunyai banyak jasa kepada pembangunan Sabah, beliau juga ada halangan-halangan lain yang membuatkan sebahagian rakyat berfikiran sudah tiba masanya Sabah mmepunyai Ketua Menteri lain dari Musa mahu pun Shafie.
Membawa Musa kembali tidak akan menjadikan BN lebih baik. Malahan ramai ahli UMNO belum lupa tindakan anaknya, Yamani Hafeez Musa, Ahli Parlimen Sipitang, menyertai Bersatu selepas UMNO hilang kuasa sehingga menjadikan Bung Mokhtar satu-satunya Ahli Parlimen BN dari Sabah.
Jika Rahman tidak terlalu taksub kepada Musa dan mengikut sahaja arus kepimpinan Bung Mokhtar, beliau mungkin antara calon berpotensi dipertimbangkan sebagai Ketua Menteri bagi Barisan Nasional.
Namun selagi beliau tidak keluar dari bayangan Musa, persepsi negatif terhadap musa akan turut terkait dengannya.
Karisma Bung Mokhtar
Bung Mokhtar Radin bukanlah tokoh yang mempunyai material untuk menjadi Ketua Menteri atau Menteri Kanan. Beliau pejuang lantang yang acap kali hilang kesabaran bila berbeza pendapat. Namun Bung adalah jenis setia kepada parti walau dilambung ombak tinggi.
Lebih penting Bung merupakan calon boleh menang. Bertanding Parlimen atau Dewan Undangan Negeri, pengaruh Bung sangat besar dan berkemampuan menyekat pengaruh Warisan di Sandakan, Kinabatangan dan Tawau.
Justeru walaupun imej Bung mungkin tidak popular di kalangan majoriti pengundi Sabah, namun beliau akan menyumbang satu kerusi bagi BN jika bertanding.
Ketika Bung mengumumkan beliau akan bertanding di DUN Lamag, ia bukan kerana gila kuasa tetapi kerana ia merupakan kawasan kuat suku-sakat Shafie.
Ketika Bung tidak mahu menerima Musa sebagai calon Ketua Menteri bukanlah kerana beliau mahukan jawatan tersebut, namun kerana beliau tahu imej Musa yang menjadi punca berlakunya PRN ini tidak bagus kepada rakyat.
UMNO dan Barisan Nasional tidak mahu dilihat sebagai parti yang terbabit dalam krisis politik kali ini. Tindakan Musa cuba mengambil alih kuasa bukan dengan restu UMNO negeri mahu pun Persekutuan.
Berdamailah Jika Ikhlas
Kebimbangan kumpulan Rahman ialah apabila Bung bertanding beliau akan dilihat sebagai calon Ketua Menteri Sabah. Dan ini menyebabkan Barisan Nasional terpaksa berkempen dalam PRN dengan mempertahankan kes Bung.
Hujahan ini sangat rasional, namun ia boleh sahaja diselesaikan jika Bung mengumumkan beliau tidak akan menjadi Ketua Menteri Sabah selagi kesnya tidak selesai.
Jika pengumuman seperti ini dbuat, Bung akan dilihat sebagai seorang pemimpin berjiwa besar dan mementingkan parti berbanding diri. Dan UMNO Sabah boleh sahaja menetukan siapa Ketua Menteri baharu selepas menang PRN nanti.
Apa pun untuk menang UMNO dan BN Sabah memerlukan semua kumpulan bertolak ansur dan bersatu bagi membantu parti. Alangkah manisnya jika kumpulan Bung Mokhtar, Yaakub Khan dan Rahman Dahlan boleh bersatu membantu kemenangan UMNO seperti dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Kimanis dahulu.
Berpelukanlah Bung Mokhtar dan Rahman sekali lagi. Rahman jika tidak bertanding di DUN pun pasti akan diberi kerusi Parlimen nanti jika membantu parti dengan sepenuh hati dalam PTN ini.
Jangan bakar jambatan hanya kerana ada bonggol di atasnya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://mediaterjah.com/2020/08/berdamailah-bung-rahman-ingat-pengalaman-kimanis-yang-manis/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Appointing Bung Moktar To Lead Sabah Poll Suicidal Move Rahman Dahlan Tells Bn

Appointing Bung Moktar To Lead Sabah Poll Suicidal Move Rahman Dahlan Tells Bn

papar berkaitan - pada 19/8/2020 - jumlah : 366 hits
Appointing Sabah Umno chief Datuk Seri Bung Moktar Radin to lead the party for the Sabah state election is a suicidal move party Supreme Council member Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan has warned In a surprise press conference tonight Abdul R...
Rahman Dahlan Bunuh Karekter Bung Zahid Sebagai Presiden Umno

Rahman Dahlan Bunuh Karekter Bung Zahid Sebagai Presiden Umno

papar berkaitan - pada 20/8/2020 - jumlah : 354 hits
DALAM Umno susah nak dapat yang ikhlas Kawan pun boleh jadi LAWAN Itulah yang terjadi kepada Bung Mokhtar Radin yang semalam diHINA dan diperlekehkan oleh rakan sendiri dari Sabah Abdul Rahman Dahlan Rahman Dahlan mempertikai keputusan Pres...
Bung Moktar Tak Layak Ketuai Prn Sabah Kata Rahman Dahlan

Bung Moktar Tak Layak Ketuai Prn Sabah Kata Rahman Dahlan

papar berkaitan - pada 19/8/2020 - jumlah : 362 hits
PETALING JAYA Dua belas bahagian Umno di Sabah membantah pelantikan Bung Moktar Radin sebagai pengarah Pilihan Raya Negeri Sabah bagi Barisan Nasional seperti diumumkan Ahmad Zahid Hamidi Ketua Umno Tuaran Abdul Rahman Dahlan yang mengetuai...
Kenapa Rahman Dahlan Tolak Bung Mokhtar

Kenapa Rahman Dahlan Tolak Bung Mokhtar

papar berkaitan - pada 20/8/2020 - jumlah : 521 hits
Via WhatsApp 1 Kerana Bung Mokhtar tegas mahu UMNO bertanding minimum 39 kerusi DUN 2 Bung Mokhtar tidak mahu berkompromi dengan Bersatu Sabah dalam isu kerusi lompat 3 Pada Bung dan Perhubungan Sabah kerusi UMNO menang dalam PRU 14 adalah ...
Rahman Dahlan Pukul Bung Moktar Sindir Zahid Hamidi

Rahman Dahlan Pukul Bung Moktar Sindir Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 19/8/2020 - jumlah : 455 hits
Malam semalam secara tiba tiba saja Abdul Rahman Dahlan bersama sekumpulan pemimpin UMNO Sabah mengadakan sidang media mengkritik pemilihan Bung Moktar Radin sebagai Pengarah Pilihanraya BN Sabah Menurut beliau langkah memilih Bung Moktar y...
Rahman Dahlan Bantah Bung Moktar Ketuai Pilihan Raya Umno Sabah

Rahman Dahlan Bantah Bung Moktar Ketuai Pilihan Raya Umno Sabah

papar berkaitan - pada 19/8/2020 - jumlah : 502 hits
Ketua UMNO Bahagian Tuaran Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan bersama sebahagian pemimpin UMNO Sabah mengadakan sidang media berhubung Pilihanraya Negeri Sabah di Kuala Lumpur UMNO Sabah bantah Bung Moktar ketuai PRN Sabah Ketua Bahagian UMNO S...
Rasai Pengalaman Yang Menakjubkan Sepanjang Berada Di Museum Of Illusions Kl Ansa Hotel

Rasai Pengalaman Yang Menakjubkan Sepanjang Berada Di Museum Of Illusions Kl Ansa Hotel

papar berkaitan - pada 19/8/2020 - jumlah : 425 hits
Assalamualaikum Memandangkan sudah lama tak berjalan jalan area Kuala Lumpur sesekali nak lah juga jejak kaki area Bukit Bintang tu Ada apalah sangat kalau kat Bukit Bintang tu kan kalau setakat ada shopping mall lepak cuci mata dan cuci po...
Pengalaman Bersama Anggota Al Maunah Di Penjara Pengkalan Chepa

Pengalaman Bersama Anggota Al Maunah Di Penjara Pengkalan Chepa

papar berkaitan - pada 18/8/2020 - jumlah : 867 hits
Ahmad Shauqey Abdul Hamid1 Hari ini saya mendapat berita tentang pembebasan beberapa rakan daripada hukuman penjara sepanjang hayat Tahanan Al Maunah 2 Kebetulan saya berpeluang untuk duduk bersama dengan mereka dalam beberapa waktu di penj...
Brie Larson Kongsi Pengalaman Sertai Uji Bakat The Big Bang Theory The Hunger Games Banyak Lagi

Brie Larson Kongsi Pengalaman Sertai Uji Bakat The Big Bang Theory The Hunger Games Banyak Lagi

papar berkaitan - pada 17/8/2020 - jumlah : 314 hits
Brie Larson pernah memenangi Anugerah Akademi untuk Pelakon Wanita Terbaik menerusi persembahannya dalam filem thriller Room yang diterbitkan pada 2015 Namun sebelum dia mengecapi kejayaan aktres berusia 30 tahun itu terpaksa berhadapan den...
Bank Islam Berwajah Baru Melalui Aplikasi Dan Web

Let S Not Return To The Old Ways Of Tight Media Control

Company Director Scammed Of Over Rm1mil By Inspector Harun

O G Firm Right To Dismiss Worker For Refusing Covid 19 Jab Says Industrial Court

Bersatu Needs A Clear Agenda For Malaysians Says Wan Saiful

Kathryn And Sydney S Fantastic Pantyhose Adventure Part One

Orang Tua Sekarang Membunuh Anaknya Secara Halus

Seorang Sahaja Zul Ariffin Tersasul Doa Minta 4 Isteri


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


12 Perkataan Baharu Yang Dimasukkan Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka

Lirik Lagu Kamu Tak Sendiri Jemimah Cita

Dayana Amerda Jatuh Cinta Chord

Selamat Tahun Baru 2025 Contoh Ucapan Kata Motivasi

Pahang Mencatatkan Kejayaan Yang Luar Biasa Dengan Jumlah Jualan As 63 9 Juta Di Mihas Dubai

The Youth Who Could See The Wind En Magisk Resa Genom Frankrikes 17 E Hundrade