In case korang lupa macam mana rupa tuan blog ni. Hai korang!
Ni lah hotel yang dimaksudkan! Dari luar dah nampak mewah. Kat Agoda tak sampai 3 rat pun tauuuu.
Lobby area
Living room
Dining area
Master bedroom and guest room. Setiap bilik ada tv (dalam 32 inch gitu), rak tv, study table, katil queen, wardrobe. Lengkap lah!
Setiap bilik ada ni. Bath robe pun ada (2 helai each room!)
Kitchen. Lengkap dengan electric stove and microwave untuk masak/panaskan food. Tapi microwave aku dapat tu rosak. Keras kejung pizza frozen aku lepas panaskan dalam tu. lol~ Fridge pun ada. Tu yang tinggi belah kanan tu. Nampak macam kabinet biasa je kan? Padahal peti ais tu. Atas chiller, bawah frozen. Wishlist lah fridge gitu. Haluu ketua keluarga. Menabung dari sekarang plisss
3 in 1, air mineral, kettle, pinggan, mangkuk, sudu garfu, pisau, even sabun basuh pinggan pun disediakan. Datang bawak makanan je!
Toilet. Dalam master bedroom ada bath tub. Tapi tempat tutup air tu rosak kot, tak boleh nak tadah air. Sian anak² aku. huhu~ Kabinet dalam toilet pun laffff sangat! Kemain besar! Towel ada 2 each toilet.
Laundry room terletak betul² depan kitchen.
Washing machine (WM) 2 in 1 (termasuk dryer) disediakan. Sabun basuh baju pun disediakan!! wohoaa! First time aku basuh baju masa holiday. Biasa campak dalam plastik je baju² basah lepas swimming. TAPIIII WM yang aku dapat tu rosakkk! Dia punya dryer tak boleh pakai. Jenuh setting dari tengah malam, membawak ke pagi duk pusing² tapi baju selai pun tak kering. choi! Penyidai tu canggih woo! Lampu and penyidai dalam laundry room boleh control thru remote je. Ya ampun jakun gila kitorang. hahaha~ Wishlist jugak lah laundry room macam ni.
Pool Level 18, Fraser Place. Sejukkkk berangin!!
Seronok bebudak berendam. Sejuk gigil² pun bahagia jugak. Janji main air. Masuk bilik sambung berendam dalam bath tub pulak. haha!
Breakfast! Actually kalau korang amek pakej yang include breakfast, ada je cafe kat tingkat bawah. NO buffet. Semua kena order nanti dorang bagi menu. Aku punya pakej tak include breakfast. Pastu laki cakap nak order je makan dalam bilik. Harga aku tak pasti, sebab bukan aku yang bayar. hahaha apoo review tapi tak tau harga ni sis?
Anak paling lasak. haha~ Dah mandi dah tu. Memang saja tak pakaikan baju. Biasa lepas makan mesti comot. Tak kuasa aku nak stress pepagi. Spoil mood nanti. Dah nak check out baru pakaikan baju cecantik. Benda boleh releks buat apa nak pening kepala? 
|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |