Bercuti Ke Selangor Untuk Cuti Penutup Tahun 2022
Bercuti Ke Selangor Untuk Cuti Penutup Tahun 2022 | Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Akhir-akhir tahun 2022, media sosial rakan-rakan meriah dengan perkongsian percutian mereka. Pada asalnya memang tak ada perancangan untuk bercuti memandangkan sedang berjimat cermat utnuk projek tahun 2023.
Tapi bila pengasuh anak cakap nak minta cuti, jadi Sha pun terpaksa mohon cuti rehat juga. Alang-alang sudah cuti, suami Sha pun mohon cuti juga dan mulalah kami merancang.
Tak tahulah kenapa dalam banyak-banyak tempat Sha pilih untuk ke Morib, Selangor. Dalam kepala ingatkan Morib sebelah Perak sahaja rupanya jauh juga. Bukan apa, Sha tak pernah pergi sana tapi selalu dengar pasal Gold Coast la apa la kan. Suami pun tak pernah sampai, sebab itu lah kami pilih ke sana.
Kali ini Sha yang tempah penginapan, pada mulanya Sha memilih untuk menginap di Gold Coast Morib, atas sebab mereka ada taman tema air. Tapi akhirnya suami pilih untuk layan kolam biasa dan pantai yang santai di Villea Morib.
Memilih Bercuti Di Villea Morib, SelangorVillea Morib ini suatu ketika dahulu dikenali sebagai Impian Morib. Terletak tidak jauh daripada Gold Coast Morib dan juga Rumah Peranginan Persekutuan Morib. Paling penting Villea Morib berhampiran dengan Pantai Morib.
Memandangkan cuti tak lama kami hanya bercuti di sini dua hari satu malam sahaja. Tetapi rasanya cukup untuk melayan anak-anak bermain air dan makan-makan. Tambah pula Sha dan suami ada kerja yang perlu diselesaikan, jadi sekejap sahajalah keluar rumah.
Perjalanan Ke Villea MoribKami bergerak dari Ipoh pada pukul 6.00 pagi, dengan rancangan untuk singgah makan di Ikea Cheras. Maklumlah masa untuk check in Villea adalah pukul 3.00 petang. Jadi selepas sarapan, kami berjalan-jalan terlebih dahulu dalam Ikea.
Selepas lepak di Ikea, kami ke J&T yang terletak di kawasan Cheras untuk suami drop barangan pelanggan dia. Selepas itu barulah kami bergerak ke Morib yang mana mengambil masa lebih kurang satu jam setengah.
Kami sampai di Villea Morib mengikut jangkaan masa google maps iaitu lebih kurang pukul 2.30 petang. Oleh kerana suami yang memandu dari rumah, dia mengantuk jadi Sha ambil alih memandu sehingga sampai ke Villea Morib.
Alhamdulillah bila sampai, petugas kaunter depan menyambut dengan senyuman. Memandangkan bilik pun sudah sedia jadi kami check in awal sikit.
Jenis Bilik Di Villea MoribDi sini terdapat dua jenis bilik iaitu bilik biasa dan juga chalet. Bilik yang Sha ambil adalah bilik biasa, tapi setiap bilik memang terdapat satu katil besar dan satu katil bujang.
kedudukan bilik kami di tingkat bawah. Parkir kereta pun mudah, memang mengadap bilik
Katil di bilik kami
Kemudahan Yang Ada Di Bilik Villea MoribKemudahan yang ada di Villea Morib ini rasanya cukup selesa untuk kami 4 beranak. Dilengkapi dengan satu katil king dan satu katil single.
Bilik air yang luas dilengkapi pemanas air dan juga set sabun, shampoo dan losyen. Tuala mandi dan tuala lap kaki juga disediakan.
Jika ke sini tak perlu minta papan seterika dan seterika kerana memang telah disediakan dalam bilik. Selain itu ada peti ais kecil, sejadah, flat tv dan mesin pengering rambut untuk kegunaan kami.
Cuma kami punya cerek pemanas air rosak, nak buat air tak boleh.
Dari tingkap bilik yang luas bila selak langsir memang boleh nampak terus kolam mandi. Memang merontalah jiwa anak-anak nak mandi kolam.. huhu..
Kolam mandi Villea Morib
Tapi hari pertama memang tak sempatlah nak bagi anak-anak mandi kolam. Bila sampai kami rehat sekejap, kemudian barulah kami ke bahagian chalet yang tak jauh dari bilik untuk melihat Pantai Morib.
Sha ingatkan kami boleh turun ke bawah, rupanya ada benteng tinggi di belakang Villea Morib ini. Jadi kami hanya lepak santai atas benteng sambil tengok anak ketam berlari-lari.
Lepak Di Pantai MoribMemandangkan tak boleh turun, kami balik bilik dan bersiap untuk ke Pantai Morib yang hanya 3 minit sahaja dari Villea. Ramai juga lepak sini sementara tunggu matahari terbenam.
Seronok juga lepak sini, ramai orang. Sambil tengok orang kutip pepahat dari jauh dan juga melihat kebesaran Allah SWT yang mencipta alam juga kejadian indah matahari terbenam dan air pasang.
Jika korang fikir nak makan mana, korang jangan risau di Pantai Morib ini memang banyak kedai makan. Korang pilih sahaja nak makan apa. Tapi malam itu suami bawa makan di kedai saranan kawannya yang terletak di Sepang, tak jauh dari Avani Sepang.
Memang datang belah Morib target nak makan makanan laut. Jadi kali ini kami makan lebih sikit dari biasa. Kami makan nasi putih, Sotong Celup Tepung, kerang rebus, tom yam, telur dadar, sayur kailan ikan masin dan juga ayam paprik. Sebelum itu kami cari ATM dulu.
Hari Kedua Di Villea Morib SelangorSarapan Dan Santai di Villea MoribSemasa check in kami dapat baucher sarapan untuk 2 orang, jadi untuk 2 orang anak kami kena tambahlah Rm17.00 seorang. Nak cakap awal-awal pilihan makanan di Coffee House di Villea Morib ini tak banyak sangat pilihan, tapi ok sahaja.
Antara sarapan yang ada adalah seperti : Nasi goreng, kuew teow goreng, ayam goreng kunyit, kentang goreng, sosej, kacang panggang, roti bakar, bihun sup, bihun tom yam, bijirin susu, salad, buah-buahan dan pilihan air kopi seperti latte, capucinno, kopi 0 dan air oren.
Selepas sarapan suami masuk bilik sambung buat kerja sikit, jadi Sha bawa anak keluar mandi kolam terus. Kesian budak-budak tak tahan tengok air.
Bila suami siap kerja dan keluar ke kolam, Sha pula masuk bilik untuk selesaikan dateline tugasan. Bila dah siap Sha keluar balik tengok anak-anak mandi bersama kawan-kawan baru mereka.
Pagi itu memang bagi anak main air sehingga pukul 11.30. Lepas itu masuk bilik mandi dan kemas barang masuk kereta. Siap check out, Sha mintak suami singgah Pantai Morib terlebih dahulu kemudian barulah kami gerak ke GM Klang.
Singgah Makan Di Sabak BernamSelepas sarapan di Villea Morib Sha sekeluarga memang tak singgah makan mana-mana hanya singga beli air dan kerepek di stesen minyak. Bukan apa, suami Sha dah cari tempat makan di Kuala Selangor untuk kami sekeluarga makan puas-puas.
Lebih kurang pukul 6.30 petang, memang guna google maps sepenuhnya untuk ke sini. Suami cakap dia teringin ke sini kerana kedai ini mendapat rating 4.5 di google. Memang komen yang baik-baik sahaja, jadi Sha ikutkan sahaja
Seperti yang korang nampak di atas, inilah menu pilihan Sha sekeluarga. Untuk pengetahuan korang, inilah kali pertama Sha makan mentarang. Selepas cuba mentarang ini, suami cakap tak apa nanti kita cari duit lagi kita datang lagi makan di situ
Inilah kedai yang Sha makan, jadi korang kalau nak ke sini boleh google maps sahaja. Kalau nak tahu buka ke tidak korang boleh hubungi nombor-nombor di atas.
Penutup Percutian Tahun 2022
Alhamdulillah ada juga rezeki bawa anak-anak bercuti walaupun percutian ringkas sahaja. Moga tahun 2023 nanti masih ada rezeki menikmati ciptaan Allah SWT di negeri lain yang Sha tak pernah singgah. Panjang umur kita kongsi-kongsi lagi
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.shalimaryusof.com/2023/01/pengalaman-bercuti-di-villea-morib.html