Bercuti Ke Alor Setar Kedah


Kami sekeluarga bermusafir ke Negeri Kedah Negeri Jelapang padi seminggu sebelum puasa hari tu. Lebih tepat kami ke Alor Setar.


Ke sana atas sebab menyantuni jemputan perkahwinan kawan satu pejabat waktu Diah bekerja dulu. Kebetulan cuti sekolah jadi ambil kesempatan bawa anak-anak berjalan. Kiranya dua dalam satu.
Sibuk betul dengan urusan hidup. Baru hari ini dapat berkongsi dalam blog. 
Percutian kali ini amat bermakna sebab anak-anak semakin membesar dan dah mula faham dengan apa yang jadi di sekeliling. Semoga memori percutian kali ni mereka akan ingat sampai bila-bila. 



Bercuti Ke Alor Setar, KedahRezeki kami sekeluarga. Dapat makan nasi minyak & nak beri pengalaman anak-anak bercuti di Alor Setar amat lancar. Sungguh la weh kawasan Utara panas lit lit. 
Cuaca panas terik sepanjang kami berada di sana. Alhamdulillah kami semua tak demam. Sedaya upaya paksa semua minum air yang cukup supaya tak dehidrasi.
Perasan la juga ada sawah yang terbakar menambahkan lagi panas dan memburukkan cuaca sedia ada. Terus jadi jerebu. Salute kepada pasukan Bomba & penyelamat yang sentiasa bersedia berkhidmat memadam kebakaran tak kira waktu. 


 



Pengalaman Bercuti di Alor Setar, 3 Hari 2 Malam

Seperti biasa Diah bertanggungjawab menyediakan jadual perjalanan percutian 3 Hari 2 Malam di Alor Setar.

Dari tempahan hotel sehingga ke tempat kami nak pergi lawati. Bila dah siap survey baru terangkan pada suami dan anak-anak.

Malas nak serabut kepala dan biasanya suami akan beri komen kalau ada perkara yang tak bersesuaian. Rancangan kami buat semua di saat akhir.

Hotel Diah tempah tiga minggu sebelum tarikh kami ke sana. Alhamdulillah semua smooth je. Kami menginap di hotel Grand Alora.





Review Hotel Grand Alora Diah akan buat dalam entri yang berlainan. Banyak sangat nak cerita terutama tempat makan dekat depan hotel. 
Waktu buat carian, Hotel Grand Alora antara hotel yang dapat banyak review yang baik dan paling penting harga dia berbaloi dengan bilik yang kami dapat.  
Seronok bercuti di Alor Setar, cuma kelemahan Diah tak suka travel jauh-jauh. Nak naik flight macam mahal sangat jadi memang drive dari Kuala Lumpur ke Alor Setar. Perjalanan pergi ambil masa tujuh jam.

Itu pun hanya berhenti di RNR bila perlu sahaja. Perjalanan pergi agak lancar walaupun ada beberapa tempat mengalami kesesakan lalu lintas. Kami bertolak pada pagi Jumaat.

Tapi perjalanan balik pada hari Ahad memang menguji iman ya. Kami tersekat dalam kesesakan dan suami memandu lebih Sembilan jam baru sampai rumah.



Kenangan Manis Jumpa TikToker Terkenal, Dr. Malar Santhi Santherasegapan Rezeki juga berjumpa TikToker terkenal dekat hotel yang kami inap. Waktu tu kami dalam lift yang sama menuju ke lobi hotel untuk urusan check out. 
Dr. Malar pula ada program kesedaran kanser dan dijemput untuk bagi ceramah.  Mesra sangat orangnya. Tak lokek dengan senyuman dan lembut je dia tunaikan permintaan Diah nak bergambar. 
Walaupun muka Diah sembap tapi gigih juga nak ambil gambar. Peluang sekali seumur hidup lah kiranya. Belum tentu dapat jumpa lagi di masa depan. 
Dr. Malar Santhi Santherasegapan merupakan seorang pegawai perubatan berbangsa India dan beragama Hindu tapi sangat fasih bertutur dalam bahasa Melayu. 
Dikenali dengan Celoteh Dr Malar di TikTok, ramai suka dengan cara penyampaian Dr. yang bersahaja tapi tegas bila bercakap tentang kesihatan. 


Tempat Menarik Di Kedah Jalan-Jalan Ke Pekan Rabu

Selesai menghadiri majlis perkahwinan kami, petang tu kami teruskan aktiviti percutian ke Pekan Rabu.

Selama ini Diah bayangkan bila orang sebut Pekan Rabu merujuk kepada tempat jual beli macam Pasar Tani atau Pekan Sehari Temerloh tu. Noob ya.

Bila dah sampai jauh berbeza dengan gambaran dalam fikiran. Rupanya Pekan Rabu hampir menyerupai Pasar Payang di Kuala Terengganu.

Bangunan kedai bertingkat penuh dengan peniaga yang menjual hasil produk tempatan dan juga produk dari negara jiran.





Rambang mata bila datang sini. Banyak kedai jual makanan seperti kuih tradisional peneram, dodol dan bahulu, kekacang, jeruk, serta banyak lagi makanan ringan lain.

Meriah juga kedai yang menjual pakaian dan aksesori lain. Seronok sebab banyak pilihan. Kaum ibu mesti suka datang ke sini.



Tak banyak kami beli, cukup sekadar buat rasa. Suami beli kuih peneram, beli juga kuih bahulu yang dimasak depan mata, kekacang yang jarang Diah jumpa dan beli juga Kurta Raya untuk suami. 




Jalan-Jalan Ke Menara Alor Setar

Kami ke sini memandangkan waktu singkat dan lokasi dekat dengan hotel. Kiranya tak silap la pilihan sebab kami semua puas hati.

Rasa rugi pula kalau tak melawat monumen kebanggaan Negeri Kedah. Entah bila lagi dapat ke sini. Ada beberapa pilihan untuk naik Menara Alor Setar.



Semestinya ada beza setiap pakej. Untuk detail Diah ada kongsikan dalam entri khas kami jalan-jalan ke Menara Alor Setar.

Terpaksa buat entri berasingan sebab panjang sangat nak kongsi. Selesai melawat menara kami teruskan perjalanan.



Lunch Di Ayam Gepuk Pak Raden, Jalan Sultanah
Sebelum balik, niat nak cari Nasi Kuning Kedah tapi hampa. Oleh sebab tak mahu tangguhkan perjalanan jadi kami berhenti makan di Ayam Gepuk Pak Raden HQ.

Tak menyesal makan dekat sini. Sotong dia saiz King dan ayam dia sedap. Nanti Diah cerita lebih apa kami makan. Lepas makan kami bergerak pulang.


Seperti dijangkakan memang kematu punggung punya lama hadap kesesakkan lebuh raya. Apa pun seronok sangat dapat habiskan masa berkualiti dengan keluarga.

Moga Allah murahkan rezeki kami lagi.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.rodiahamir.com/2023/04/bercuti-ke-alor-setar-kedah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Musim Tecoma Lebat Berbunga Di Alor Setar

Musim Tecoma Lebat Berbunga Di Alor Setar

papar berkaitan - pada 11/4/2023 - jumlah : 179 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera Pusing pusing bandar Alor Setar teruja sungguh la tengok bunga Tecoma lebat berbunga di kiri kanan jalan Nama lain bagi tecoma ramai yang anggap bunga ni seakan bunga Sakura Tecoma atau nama saintifiknya ...
Data On Kedah Malay Reserve Land Decrease Was For 2022 Minister

Data On Kedah Malay Reserve Land Decrease Was For 2022 Minister

papar berkaitan - pada 6/4/2023 - jumlah : 194 hits
Natural Resources Environment and Climate Change Minister Nik Nazmi Nik Ahmad said data on Malay reserve land in Kedah which he presented at the Dewan Rakyat last week was from last year The data was obtained from the Department of the Dire...
Mahfuz Sanusi Pemfitnah Nombor Satu Kedah

Mahfuz Sanusi Pemfitnah Nombor Satu Kedah

papar berkaitan - pada 6/4/2023 - jumlah : 398 hits
KIM SYAZIEPengerusi Pakatan Harapan Kedah Datuk Mahfuz Omar menyelar Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor sebagai pemfitnah nombor satu Kedah Beliau berkata demikian selepas Sanusi diarah Mahkamah untuk membayar ganti rugj ...
Laung Azan 2 Minit Awal Masjid Di Kedah Mohon Maaf

Laung Azan 2 Minit Awal Masjid Di Kedah Mohon Maaf

papar berkaitan - pada 9/4/2023 - jumlah : 140 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Pentadbir Masjid Jame Badlishah di Pekan Yan Kedah memohon maaf kerana melaungkan azan Maghrib dua minit lebih awal sebelum masuk waktu sebenar pada 30 Mac lalu Timbalan Pengerusi masjid Ahmad Nasir berkata kesila...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri