Bercuti Dua Minggu Di Pakistan




Bila bercuti ke negara empat musim, saya suka memilih musim panas. Berbeza citarasa dengan pelancong yang suka ke negara bermusim yang indah di musim bunga, luruh dan salji. Musim panas mempunya masa yang panjang di siang hari dan berbagai aktiviti luar beroperasi. Penghujung July 2025, saya bersama enam orang teman bercuti ke Pakistan selama dua minggu.

Disebabkan dua kali penerbangan kami ditunda dan dijadualkan semula, kami sampai lewat di Islamabad sekitar jam 03:00 pagi. Kami bermalam di bandar Islamabad dan keesokkan paginya kami meneruskan penerbangan ke Skardu. Kami mengambil pakage percutian di sana dan sebuah van dengan pemandu untuk memudahkan pergerakan kami semasa bercuti. Kerana perjalanan ke Skardu mengambil masa dua hari, kami menaiki kapal terbang, manakala bag kami dihantar dengan van yang akan digunakan sepanjang percutian. Kami sampai di Skardu pada tengahari dan terus menuju ke Hotel Qayyam untuk menginap selama dua malam



Mendarat di lapangan terbang Skardu, dunia sedikit berbeza bila diturunkan di tengah padang pasir. Kami kemudian menaiki bas airport untuk ke Pejabat Imirgresen.


Petang itu kami dibawa ke Chunda Valley. Kami menikmati pemandangan perkampungan dari atas bukit di Lembah Chunda ini. Sepertimana yang diketahui, Skardu merupakan kawasan gunung ganang dengan bentuk muka bumi yang berbatu dan kelihatan tandus, namun sebenarnya terdapat lembah-lembah yang subur dengan air sungai yang mengalir dari salji yang cair. Kami berehat dan bergambar dengan penduduk tempatan yang ramah menyapa kami. Sebelum pulang, pemandu membawa kami melawat ke perkampungannya.






Hari ketiga kami ke Shangrila Lake. Kami bergambar di tasik yang terkenal dengan bentuk hati jika dipandang dari atas. Tasik ini dijaga rapi dengan pokok-pokok bunga dan pokok buah-buahan seperti apel, anggur, apricot dan berbagai lagi. 



Kemudian kami ke Kachura Lake. Dari tapak parkir kami berjalan ke bawah sekitar 20 minit untuk sampai ini. Kami menaiki bot sekitar 30 minit bersiar di Tasik Kachura yang dikeliling pokok Rhu dan gunung ini


Tengahari itu kami makan di Safari Resort Soq Valley. Resort ini memelihara ikan Trout yang hanya sesuai hidup di negara beriklim sejuk. Dalam perjalanan ke sana kami singgah sebentar di sungai yang deras untuk merakam gambar. Arus sungai yang deras menghentam batu-batu besar ini mengingatkan saya suasana Huka Fall  di New Zealand




Selesai makan kami ke Fairy Land. Perjalanan ke Fairy Land mengambil masa sekitar dua jam menaiki pacuan empat roda melalui jalan kecil berbatuan. Masalah akan timbul bila kenderaan bertembung, di mana salah satu kenderaan terpaksa mengundur mencari ruang untuk berselisih. Perjalanan ke sana seolah menggoncang seluruh badan dan kami semua melepaskan ketawa setibanya di sana apabila teman saya memberitahu ikan Trout yang dimakannya tadi berkelahi di dalam perut kerana merebut tempat yang selesa. Kami berehat, makan dan bergambar di tepi sungai deras yang mengalir dari cairan salji. Kawasan Fairy Land dikelilingi gunung ganang yang dilitupi salji sepanjang tahun 




Fairy Land mengakhiri lawatan hari ketiga dan kami kembali ke Qayyum Hotel untuk bermalam. Hari keempat kami checkout awal selepas sarapan dan tempat lawatan kami yang pertama adalah Sadpara Lake. Tasik semulajadi kebiruan ini membekalkan air untuk penduduk di Lembah Skardu. Selain membekalkan air, Sadpara Lake juga merupakan Dam janakuasa eletrikhidro.


Setelah bergambar dan menikmati panorama Tasik Sadpara ini, kami bergerak ke Sarfaranga Desert. Terdapat berbagai berbagai aktiviti di padang pasir dingin ini seperti pacuan empat roda, menunggang kuda, ATV, paragliding dan lain-lain lagi. Seorang teman saya mencuba paragliding di Sarfaranga Desert ini



Kemudian kami ke Shigar Fort. Kota tua yang terletak di Bandar Shigar berusia lebih 400 tahun ini dibina pada kurun ke 17. Kami makan tengahari di Shigar Fort



Selesai makan kami meneruskan perjalanan ke Manthokha Waterfall. Menurut Ammar guide yang menemani kami, Manthokha Waterfall adalah air terjun buatan. Airnya dialirkan dari Dam melalui paip besar dan diterjunkan setinggi 55 meter dari tebing tinggi untuk mencipta salah satu tempat tarikan pelancong



Kemudian kami meneruskan perjalanan ke Cascade Resort untuk bermalam. Perjalanan ke Cascade Resort mengambil masa sejam 30 minit. Kami menikmati pemandangan indah sepanjang perjalanan ke sana apabila menyusuri jalan selari Sungai Indus dan matahari semakin menundukkan cahayanya lewat petang itu.


Cascade Resort ini penginapan separuh mewah dan masih baru. Terletak di tepi Sungai dengan udara yang dingin kerana dikelilingi gunung-ganang.



Hari kelima kami checkout awal selepas sarapan dan tujuan hari ini adalah mendaki ke Masoor Rock. Dalam perjalanan ke Bandar Hussainabad, kami singgah di pertemuan Sungai Indus dan Sungai Shyok. Kami bergambar di sini sebentar



Kemudian kami meneruskan perjalanan ke Bandar Hussainabad. Kami berempat singgah untuk mendaki manakala tiga lagi meneruskan perjalanan ke penginapan kami malam itu. Masoor Rock merupakan batu terjelir di ketinggian sekitar 3727mdpl seiras Trolltunga di Norway. 



Selesai mendaki Masoor Rock lewat petang itu, kami kembali ke hotel dan bergabung semula dengan tiga teman lain untuk keluar makan malam di sebuah restaurant.

Hari keenam kami bergerak ke Hunza. Dalam perjalanan kami singgah di papan tanda Skardu untuk bergambar sebentar. Disebabkan kami ke Pakistan di musim panas, terdapat banyak buah-buahan terutamanya mangga dan apricot sedang musim berbuah. Kami singgah di pasar-pasar sepanjang percutian kami







Dalam perjalanan ke Hunza, kami singgah di perhentian View Point Rakaposhi. Di sini kami minum petang dan rehat sebentar di restaurant tepi air terjun. Malam itu kami bermalam di Roomy Dastaan Hotel

 
Hari ketujuh kami ke Altit Fort. Kubu Kota lama ini didirikan sekitar 1000 tahun lalu atau sekitar kurun ke 11. Ia merupakan tempat tinggal pembesar dan keturunannya yang dikawal oleh tentera. Altit Fort juga merupakan bangunan tertua di Gilgit






Kemudian kami ke 1000 Years Old Historic Ganish Settlement. Ia merupakan perkampungan atau tempat tinggal pertama di laluan sutera dan mendapat pengiktirafan dari UNESCO Asia-Pacific Award. Terdapat beberapa keluarga yang masih tinggal di dalam bangunan tersebut dan di sini kami diperkenalkan dengan air semulajadi dari gunung yang dinamakan Shilajit. Shilajit Hunza merupakan mineral semulajadi yang mengalir di celah-celah batu di pergunungan Wilayah Hunza dari cairan salji. Air mineral ini dipercayai berkhasiat dan menyumbangkan kepada factor memanjangkan usia penduduk Hunza selain baik untuk kesihatan dan kecantikkan





Tengahari itu kami dibawa ke Offto Resort untuk makan tengahari. Sementara menunggu makanan siap disediakan, pengurus resort membawa kami melawat pokok epal dan apricot di kebun belakang resort. 


Selesai makan kami meneruskan lawatan ke Hopper Glasier. Dari tapak parkir kami mendaki sekitar 15 minit ke atas bukit untuk ke View Point Hopper Glasier yang beku sepanjang tahun. Hopper Glasier juga dikenali Black Ais, popular di kalangan pendaki sebagai tempat merakam gambar





Tempat terakhir lawatan kami hari itu adalah Duikar Hill yang terletak di Kampung Duikar sekitar 11 kilometer dari Bandar Karimabad. Dari tapak parkir kami mendaki sekitar 15 minit ke atas Bukit Duikar, di puncaknya terdapat bongkah-bongkah batu besar. Dari atas bukit ini kami menyaksikan Gunung Rakaposhi, Diran dan puncak Lady Finger. Kami berehat agak lama di puncak Bukit Duikar ini menunggu matahari terbenam sambil merakam gambar







Turun dari Duikar Hill kami kembali ke Hotel Roomy Dastaan. Malam itu kami  membeli belah di Bandar Karimabad



Hari kelapan selepas sarapan kami checkout dan meneruskan perjalanan ke Sost Town, bandar terakhir Pakistan di sempadan China. Dalam perjalanan ke Bandar Sost, kami singgah di Tasik Attabad yang indah membiru. Tasik Attabad dibina setelah kejadian bencana tanah runtuh pada 4 January 2010 yang mengorbankan nyawa 20 orang






Kami menyusuri terowong yang dibina dengan kerjasama antara negara Pakistan dan China di Lebuhraya Karakoram. Sepanjang perjalanan ke Bandar Sost, kami singgah beberapa kali di tempat yang kami nampak indah untuk merakam gambar. 






Di Bandar Sost, kami membeli sekadarnya. Kebanyakan barang yang dijual adalah keluaran negara China dan kami makan tengahari di bandar sempadan China ini. Dalam perjalanan pulang kami singgah bergambar di Passu Corn dan Pasu Glacier




Kemudian kami ke Hussaini Suspension Bridge. Jambatan gantung Hussaini ini melintangi Sungai Hunza dan awalnya dibina untuk tujuan kegunaan penduduk setempat. Ia merupakan antara jambatan berbahaya di dunia dan menjadi popular sebagai tarikan pelancong kerana kedudukan dan binaan yang menarik perhatian. Kami menyeberangi Sungai Hunza dengan meniti Jambatan Hussaini ini dan pulang semula ke sebelah sana dengan menggunakan flying fox





Kemudian kami kembali ke Attabad Lake. Kami menaiki bot di Tasik Attabad petang itu. Malam itu kami bermalam di Horizon Resort tepi Tasik Attabad





Hari kesembilan, jadual kami mendaki ke Boskochi. Disebabkan kemarin jadual kami padat, ramai yang keletihan dan kami setuju untuk membatalkan pendakian ke Boskochi. Kami mengambil kesempatan berehat di resort tepi Tasik Attabad ini selepas sarapan. 


Memulakan perjalanan hari itu sekitar tengahari, tempat pertama kami singgah adalah Borith Lake. Tasik Borith ini popular dikalangan penduduk tempatan sebagai tempat riadah dan aktiviti air seperti kayak, memancing, berenang dan camping.
 


Tengahari itu kami makan di Yak Bugger. Yak binatang seperti kerbau tetapi berbulu lebat dan agak panjang. Selalunya saya menjumpai binatang ini di kawasan pergunungan yang tinggi bila saya mendaki di luar Malaysia



Malam itu kami kembali ke Hunza dan aktiviti malam kami adalah membeli belah di Bandar Karimabad kerana semalam kami tidak puas menjelajah kedai-kedai di sana. Hari kesepuluh kami bergerak dari Hunza ke Minapin Village di Lembah Nagar. Disebabkan lawatan kami ke Fairy Meadow dibatalkan kerana tanah runtuh, Guide Ammar menyusun jadual lawatan kami ke Minapin Village. Kami sampai di Minapin sekitar waktu tengahari dan tinggal di sini untuk dua malam




Minapin merupakan perkampungan kecil dengan penduduk sekitar 150 keluarga. Minapin beroperasi sebagai tempat rehat atau persediaan jika mendaki Gunung Rakaposhi bagi pendaki. Suasana kampung ini damai dan tenang, redup dan dipenuhi tumbuhan buah-buahan sangat sesuai sebagai tempat berehat. Selepas makan tengahari, saya dan dua orang teman bersedia untuk trekking ke Miacher Kho Meadow dan yang lain memilih untuk menghabiskan masa berehat di Resort Minapin yang nyaman ini



Miacher Kho Meadow lebih popular di kalangan pendaki luar berbanding pendaki tempatan. Kami menaiki pacuan empat roda ke Base Camp Miacher Kho Meadow sekitar sejam lebih dan berehat di sana sebentar. Kemudian kami meneruskan pemanduan sekitar 15 minit hingga ke perhentian terakhir yang boleh dilalui kenderaan. Dari sini kami mendaki sekitar 30 minit dan kami sampai di padang hijau Miacher Kho Meadow. Suasana di atas banjaran pergunungan di Nagar ini sungguh tenang dan nyaman menyambut kedatangan kami




Kami berehat di Miacher Kho Meadow yang tinggi, sunyi, sejuk dan terbuka ini agak lama. Jika cuaca cerah kita dapat melihat Puncak Rakaposhi dan Puncak Diran serta kedua-dua basecamp. Jika waktu malam pasti taburan bintang di langit menjadi wayang percuma. Selesai mendaki Miacher Kho Meadow, kami pulang semula di Minapin dan petang itu kami habiskan waktu melawat pokok buah-buahan di sekitar resort




Hari ke sebelas kami berehat di sebelah pagi kerana setelah 10 hari bercuti dengan aktiviti yang padat, ramai yang keletihan dan kami mengambil peluang untuk berehat. Resort di Minapin ini berada dalam kebun buah-buahan dan redup. Kami bersantai dan bersiar di sekitar kebun buah- buahan ini sehingga waktu makan tengahari






Di sebelah petang kami dibawa ke Natural Criket Stadium. Stadium Criket Semulajadi ini berada di atas banjaran yang dikelilingi gunung. Perjalanan ke sana mengambil masa sejam lebih menaiki kenderaan melalui jalan zig-zag yang tidak berturap




Dari tapak parkir kami berjalan sekitar 15 minit sehingga kami sampai di kawasan terbuka. Di sana Padang Criket di atas gunung yang dikelilingi banjaran tinggi kelihatan amat luar biasa. Berlatar belakangkan Gunung Rakaposhi, Stadium Criket Semulajadi ini pasti hebat jika digunakan untuk pertandingan antarabangsa. Jika pertandingan criket diadakan di sini, dan pasukan pilihan kita kalah, kita pasti berlapang dada kerana dibayar dengan pemandangan yang berbaloi





Terdapat beberapa buah gerai di tepi padang tersebut yang menjual makanan dan minuman ringan. Kami berehat semahunya di kawasan tenang dengan suasana santai ini sambil memesan beberapa gelas minuman ringan sebagai sumbangan kepada peniaga kecil di sana




Petang itu selepas pulang dari Natural Criket Stadium, kami melawat perkampungan Minapin dan membeli cenderamata dari peniaga tempatan




Hari ke duabelas, jadual kami ke Nagar. Setelah sejam lebih perjalanan, kami sampai di Nomal Village dan menukar kenderaan pacuan empat roda untuk ke Naltar Valley yang dikenali sebagai Mini Kashmir. Kami dibawa ke Naltar Lake dan perjalanan ke sana mengambil masa lebih sejam melalui jalan tanpa turap dan sekali sekala melintasi perkampungan dan sungai







Mata saya terpukau sepanjang perjalanan ke sana. Memang sesuai ia dinamakan Mini Kashmir. Mata saya lebih terpukau bila kenderaan kami tiba di tujuan pertama. Sebuah tasik hijau jernih seperti zamrud terbentang tenang di atas gunung. Di dalam tasik tersebut rumpai air hidup subur





Tasik Naltar berada di ketinggian melebihi 3000 mdpl dan sekitar 35 kilometer dari Bandar Gilgit. Masa sesuai ke sini adalah dari bulan May hingga October. Di musim sejuk kenderaan agak mustahil sampai di kawasan ini kerana diliputi salji tebal




Kami bergambar sepuasnya di tepi tasik sambil mengelilingi tasik ini. Di sesetengah bahagian tasik berwarna biru turquoise dan kelihatan pasir di dasar tasik





Kemudian pemandu mengajak kami meneruskan perjalanan untuk ke tasik kedua. Sekitar 15 minit kami sampai ke tasik kedua yang berwarna kebiruan





Selain bergambar di tasik biru ini, pemandu kami mengajar cara membaling batu di permukaan air supaya batu tu melantun beberapa kali sebelum tenggelam. Nampaknya permainan percuma masa kecil itu diamalkan di seluruh dunia





Bergambar sepuasnya di tasik biru, kami kemudian bergerak balik. Naltar Valley terkenal dengan tasik dan kerana ketinggian Naltar Valley melebihi 3000mdpl, di sini juga merupakan salah satu tempat bermain ski di musim salji






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://jalankegunung.blogspot.com/2025/10/bercuti-dua-minggu-di-pakistan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Petua Simpan Sayur Dalam Peti Ais Dua Minggu Masih Fresh

Petua Simpan Sayur Dalam Peti Ais Dua Minggu Masih Fresh

papar berkaitan - pada 4/10/2025 - jumlah : 104 hits
Petua Simpan Sayur Dalam Peti Ais Dua Minggu Masih Fresh Tidak semua orang akan membeli bahan masakan setiap hari kerana mungkin sibuk bekerja Bahan masakan seperti sayuran kebiasaannya akan dibeli ketika hujung minggu dan digunakan dalam t...
Identiti Objek Misteri Yang Meluncur Laju Merentasi Sistem Suria Diketahui Dalam 2 Minggu Lagi

Identiti Objek Misteri Yang Meluncur Laju Merentasi Sistem Suria Diketahui Dalam 2 Minggu Lagi

papar berkaitan - pada 12/10/2025 - jumlah : 88 hits
KOSMO GAMBAR fail objek misteri 3I ATLAS Foto NASA ESA HubbleWASHINGTON Identiti sebuah objek misteri yang meluncur laju merentasi sistem suria akan diketahui dalam masa dua minggu lagi lapor portal berita Daily Star semalam nbsp Seorang pr...
Hujung Minggu Pun Tiba

Hujung Minggu Pun Tiba

papar berkaitan - pada 11/10/2025 - jumlah : 139 hits
11 Oktober 2025 Sabtu Akhirnya hujung minggu pun tiba Selepas lima hari berperang dengan kerja barulah terasa sedikit lega Hujung minggu ni aku cuba elak dari sebarang gangguan atau interaksi dengan dunia luar cukup sekadar duduk di rumah L...
Aktiviti Siri Minggu Ke 19 Berkebun Di Kebun Bandar Villa Puteri Ppim 04 10 2025

Aktiviti Siri Minggu Ke 19 Berkebun Di Kebun Bandar Villa Puteri Ppim 04 10 2025

papar berkaitan - pada 6/10/2025 - jumlah : 121 hits
Projek Kompos Kebun Bandar Villa Puteri Langkah Hijau ke Arah Baja Organik Alhamdulillah aktiviti berkebun pada minggu ini berjalan dengan baik dengan fokus kepada projek bahan kompos Projek ini menggunakan sisa makanan dan sisa bahan dapur...
Rombongan Bodonk Koplo Kasih Tau Mama Malam Minggu Chord

Rombongan Bodonk Koplo Kasih Tau Mama Malam Minggu Chord

papar berkaitan - pada 2/10/2025 - jumlah : 124 hits
G A Bm G Baby Bm Opo koe krungu G Aku bosan menunggu G Buang buang waktuku A Bm Don t know what to do G I promise you tunggu dulu Bm Jangan pergi tunggu dulu G Pegang aku rasakan dulu G Yang ku butuh cuma waktu Bm Jangan buru buru G A Bm G ...
Liverpool Umpama Dilanda Krisis Selepas Dua Kekalahan Berturut Turut

Liverpool Umpama Dilanda Krisis Selepas Dua Kekalahan Berturut Turut

papar berkaitan - pada 2/10/2025 - jumlah : 112 hits
Liverpool umpama dilanda krisis selepas dua kekalahan berturut turut SLOT memberi arahan kepada Dominik Szoboszlai ketika perlawanan dengan Galatasaray FOTO REUTERS Liverpool Liverpool memulakan musim dengan tujuh kemenangan berturut turut ...
Rockolusi Kuasa Dua Kristal X Azlan The Typewriter Gegar Zepp Kl 1 Februari 2026

Rockolusi Kuasa Dua Kristal X Azlan The Typewriter Gegar Zepp Kl 1 Februari 2026

papar berkaitan - pada 2/10/2025 - jumlah : 135 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraRepublic Mokhmah Records membuka pentas penganjuran daripada syarikatnya di tahun 2026 dengan sebuah kolaborasi pemuzik terbaik yang pernah dan masih relevan dalam belantika muzik tempatan Kristal X and Az...
Utm Menang Dua Anugerah Ideers 2025 Di Taiwan

Utm Menang Dua Anugerah Ideers 2025 Di Taiwan

papar berkaitan - pada 4/10/2025 - jumlah : 118 hits
UTM Menang Dua Anugerah IDEERS 2025 Di Taiwan JOHOR BAHRU Universiti Teknologi Malaysia meraih dua anugerah berprestij pada pertandingan antarabangsa Introducing and Demonstrating Earthquake Engineering Research 2025 yang berlangsung di Nat...
Ktmb Sedia Dua Tren Ets Tambahan Sempena Deepavali

Ktmb Sedia Dua Tren Ets Tambahan Sempena Deepavali

papar berkaitan - pada 4/10/2025 - jumlah : 116 hits
KTMB Sedia Dua Tren ETS Tambahan Sempena Deepavali KUALA LUMPUR 4 Okt Keretapi Tanah Melayu Berhad akan menyediakan perkhidmatan tambahan dua unit tren elektrik bagi laluan Padang Besar ke Kuala Lumpur Sentral dan sebaliknya sempena sambuta...
Full Acquisition Of Genting Malaysia For Rm6 7 Bil Will Bolster Global Gaming Expansion

Let Gang Rape Suspects Take Spm After Trial Says Maria

Wan Saiful Saya Terima Surat Pemecatan Malam Tadi Surat Tidak Disertakan Alasan Terperinci Punca Dipecat

Ingin Jadi Content Creator Yang Bagus

The Invisible Battle When Emotional Abuse Hides In Plain Sight

Ref Gio Rural Lucas Fernandes Arquitetos Itajobi S O Paulo Brazil

Pening Menggigil Tak Larat

Kadir Jasin Rape Incident In Melaka School Isn T A Test From God But Man Made Calamity Waiting To Happen


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kereta Breakdown Tepi Jalan Waktu Hujan Lebat

Jenna Ortega S Legs And Feet In Tights 34

Penggunaan Ayat Call To Action Dalam Kempen Pemasaran Beserta Contoh

Eu Asean Komited Perkasa Pendidikan Tinggi Tumpu Pembangunan Bakat Amp Kemahiran

Siasat Dakwaan Pelajar Tikam Berulang Kali Kerana Cinta Tak Dibalas

Jiran Dengar Jeritan Sebelum Dua Beradik Ditemukan Maut