Bercuti Di Sugeh Hill Exclusive Eco Resort Bersama Seluruh Keluarga



Sempena 'fully vaccinated', aku dan sekeluarga membuat keputusan untuk rentas daerah dan pergi bercuti. Ini merupakan destinasi eco pertama iaitu di Sugeh Hill Exclusive Eco Resort milik Dato' Aliff Syukri di Janda Baik.

Sebenarnya ini bukanlah destinasi pertama percutian aku selepas lengkap vaksinasi, tetapi destinasi ketiga dan yang pertama untuk destinasi eco. Sebelum itu, aku pergi berkelah di Pantai Sepat, Kuantan dan juga bermalam di Cameron Highland.

Tapi pastikan dah ambil 2 dos vaksin dan ikut SOP semua tau...
Selepas di pantai laut, kemudian naik ke tanah tinggi diikuti dengan hutan belantara pula. Jadi kami buat keputusan buat pertama kali untuk bercuti dan bermalam bersama seluruh keluarga di Sugeh Hill Exclusive Eco Resort, Janda Baik pada hujung minggu.


Ini merupakan kali pertama aku datang di Janda Baik dan pertama kali juga aku bercuti dan bermalam disini walaupun duduk di Pahang. Jadi untuk awalannya, aku tak dapat bayang bagaimana keadaan Janda Baik ni dan yang pasti dalam hutan dan dipenuhi sungai-sungai.
Ternyata bayangan aku tersebut tepat dimana memang dikelilingi oleh hutan belantara, kampung-kampung dan sungai semula jadi.
Sugeh Hill Exclusive Eco ResortSugeh Hill Exclusive Eco Resort terletak di Janda Baik, Pahang dan jika dari Temerloh ambil masa 1 jam sahaja dan jika dari Kuala Lumpur, lebih kuran 20-30 minit sahaja. Untuk sampai ke betul-betul resort tersebut, jaraknya lebih kuran 10 km dari kampung cina tepi highway tersebut.
Sugeh Hill Exclusive Eco Resort menyediakan pelbagai jenis bilik penginapan sesuai dengan bilangan ahli yang datang dari 2,3,4 hingga 80 bilangan ahli. Juga terdapat vila dengan private pool tau. Kolam mandi kat rumah, tak perlu nak kongsi pun.


Pada hari tersebut, kami bermalam untuk 3 bilik iaitu di bilik Jenis Kuku Garuda, Lidah Buaya dan Semalu dengan harga masing-masing RM200+, RM200+ dan RM170+. Jadi bagi aku, harganya berpatutan sesuai dengan perkhidmatan dan fasiliti yang disediakan. Harga weekdays lebih murah berbanding weekend.
Boleh tengok dan dapatkan tawaran hotel dengan harga istimewa DISINI alert-info
Untuk tempahan, anda boleh terus buat di laman web mereka di www.sugehecoresort.com atau hubungi 012-327 8133

Aku boleh cakap, eco resort ini menyediakan semua fasiliti lengkap. Semua yang anda nak, anda boleh dapatkan disini. Mood cuti anda tidak akan terbatas walaupun hanya duduk sahaja di resort ini seharian. Anda boleh buat banyak perkata.
Untuk pengetahua, kawasan resort ini line internet tidak kuat dan pengguna U Mobile memang tiada sambungan internet terus. Jadi jika anda ingin dapatkan internet, anda boleh pergi ke lobby sahaja. Boleh la lepak situ kejab, update instagram, status facebook semua.

Kelebihan Yang Disediakan Oleh Sugeh Hill Exclusive Eco ResortTerdapat banyak aktiviti yang anda boleh lakukan di dalam kawasan eco resort ini dan bagi aku paling menarik adalah River Bathing atau mandi sungai. Yes! dalam kawasan resort ini terdapat satu kawasan sungai yang mengalir deras, sejuk, nyaman dan menyegarkan. Sungai semula jadi yang air datang dari bukit.


Mereka cantikkan sekeliling sungai ini, sesuai untuk penghuni resort ini berkelah dan bermandi-manda bersama keluarga. Bukan itu sahaja, berhampirannya juga terdapat beberapa jenis bilik penginapan untuk anda tempah. Jadi anda boleh bermalam dengan ditemani bunyi desuran air sungai mencelah batu-batuan.



Anda boleh mandi bila-bila masa sahaja. Tapi malangnya pada hari aku datang tu, hanya sempat mandi pada hari pertama sahaja. Pada keesokannya hari hujan dan air sungai tersebut menjadi deras, dimana sangat tidak sesuai untuk mandi dan berbahaya.
Tapi bagi yang takut untuk mandi sungai, jangan risau Sugeh Hill Exclusive Eco Resort juga ada menyediakan kolam mandi yang boleh digunakan pelanggan disana. Sesuai untuk kanak-kanak dan dewasa berenang dan mandi di kolam tersebut.

Selain itu, terdapat juga peralatan trampolin disediakan di dalam taman untuk kegunaan orang ramai. Tak silap, ada 3-4 trampolin yang boleh digunakan sehingga 90kg. Melompat la anda bila-bila masa secara percuma.

Untuk kelebihan dan aktiviti lain yang disediakan di Sugeh Hill Exclusive Eco Resort ini seperti :

ATVFlying FoxMini ZooGymKaraokeJoggingBerbasikalMenunggang kudadan banyak lagi


Jika anda lapar, disini juga disediakan kafe untuk anda menjamu selera. Tapi pastinya harga sedikit mahal la. Jika anda rasa terlalu mahal, anda boleh keluar ke kawasan kampung berhampiran untuk beli makanan. Tak jauh pun.
Aktiviti utama yang kami lakukan di Sugeh Hill Exclusive Eco Resort ini adalah aktivit bakar-bakar atau barbeku. Disini memang disediakan port tempat bakar atau tempat untuk anda buat bbq dengan secara 'first-come first serve'. Tapi jangan risau, memang banyak disediakan port tersebut.


Untuk bahan-bahan daging, ayam, ikan, sosej, sos cili, mayonis, sos bbq dan arang semuanya dibawa khas dari Temerloh. Memang dah buat preparation awal pun. Tapi jika tiada arang, boleh beli di kafe. Bahan-bahan lain rasanya takda jual.


Disebabkan ianya dikelilingi oleh hutan belantara yang cantik, takda masalah sangat untuk membakar disini. Tak ganggu pun pengunjung lain, sebab malam memang semua dalam bilik sahaja. 
Jadi pada malam tersebut, memang keluarga aku je yang berada di luar bilik dengan lakukan aktiviti barbeku ni. Harap memang tak ganggu la ek. hehe Buat lepas maghrib, lepas insyak dah selesai.
Balik bilik, tenangkan fikiran dan tidur sahaja dengan ditemani bunyi cengkerik dan bunyi alam sahaja. Bilik tak guna aircond, kipas pun dah sejuk weh.


Pada hari aku datang tu, pengunjung tak terlalu ramai. Ye la kan, sebab masih tidak dibenarkan untuk rentas negeri. Jadi kesemuanya pasti orang Pahang sendiri. Suasana lebih tenang, tak crowded sangat ketika mandi sungai atau mandi kolam. Penjarakan masih selamat la. Kalau datang nanti, ramai-ramai kena jaga SOP juga tau.
Selain itu, untuk yang suka bergambar, disini terdapat banyak port atau bahagian yang disediakan untuk bergambar, tambahan pula dengan berlatar belakangkan dengan flora dan fauna serta bukit bukau. Boleh la ootd dan update instagram.

Kekurangan SikitWalaupun bagi aku, tempat ini dah cukup baik untuk anda bercuti bersama keluarga, tetapi pada hari kami datang terdapat juga beberapa kekurangan yang mungkin boleh Dato Aliff Syukri perbaiki masa akan datang.
Pada mula-mula datang dan masuk bilik, kami dapati lantai tandas basah dan tidak dicuci serta lapik kaki dalam tanda pun tiada. Bukan itu sahaja, plastik sampah dalam tong sampah tidak disediakan. Jadi bagi aku tandas dalam bilik aku pada hari tersebut, sangat tidak memuaskan.

Remote kipas tak jumpa beb! semalam tidur dengan angin sejuk. Tapi bukanlah masalah besar, boleh selimut kan. Tapi sediakan remote tu juga lain kali.
Di bahagian sungai, aku tak pasti keadaan sebenar tetapi buaian yang diikat pada pohon kayu dah tiada seperti tidak dijaga, sekali gus mengurangkan attraction tempat tersebut. Yang ada hanya tali sahaja. Perbetulkan dilain hari dan pastikan ianya selamat digunakan.
Staff tidak mencukupi. Sebagai contoh tiada petugas berada di bahagian flying fox. Adik aku dah siap-siap untuk terbang, tengok tiada orang jaga sampai sudah. Staf di kaunter pun tiada. Jadi tak dapat la naik. Mungkin isu ini perlu dilihat semula.
Not Bad Bermalam Di Sugeh Hill Exclusive Eco ResortItulah ungkapan selepas semalaman bermalam di sini walaupun datang pertama kali. Secara keseluruhannya, agak memuaskan walaupun ada beberapa kekurangan disitu.
Untuk harga pun tidaklah terlalu mahal berbanding dengan kualiti yang reka bentuk, keselesaan, keindahan yang disediakan. Ini mungkin kerana aku datang waktu weekdays (ahad - isnin). Katanya jika bermalam waktu hujung minggu, ianya naik sekali ganda.
Mungkin juga, akan menjadi destinasi boleh repeat jika datang di Janda Baik sekali lagi selepas ni. Bagi yang tak tahu nak bermalam dimana bila datang Janda Baik, boleh bermalama di Sugeh Hill Exclusive Eco Resort.

Maksud Sugeh atau Sugih itu Kaya tau. Pandai juga Alif Syukri ni bagi nama... Katanya juga, resort Bonda ada di Jandan Baik juga, kena try juga ke?...



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aimanabdullah.com/2021/09/bercuti-di-sugeh-hill-exclusive-eco-resort-janda-baik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Geng Kayangan Betul Ni Hairul Azreen Dan Keluarga Dijemput Naik Kapal Mewah Pula

Hiburan Geng Kayangan Betul Ni Hairul Azreen Dan Keluarga Dijemput Naik Kapal Mewah Pula

papar berkaitan - pada 18/10/2021 - jumlah : 262 hits
Pelakon Hairul Azreen serta isteri Hanis Zalikha bersama anak anak mereka baru baru ini ada menjadi bahan bualan netizen apabila keluarga itu dilaporkan telah bercuti ke Pulau Redang dengan menaiki helikopter ARTIKEL BERKAITAN Advertisement...
Keluar Bertiga Dari Malaysia Keluarga Malaysia Www Zunar My

Keluar Bertiga Dari Malaysia Keluarga Malaysia Www Zunar My

papar berkaitan - pada 18/10/2021 - jumlah : 457 hits
Keluar Bertiga dari Malaysia KELUARGA MALAYSIA Please Share More www zunar my keluargamalaysia lawak KerajaanGagal2 PandoraPapers
Pm Ajak Keluarga Malaysia Berganding Bahu Pulihkan Negara

Pm Ajak Keluarga Malaysia Berganding Bahu Pulihkan Negara

papar berkaitan - pada 19/10/2021 - jumlah : 394 hits
KUALA KUMPUR Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengajak rakyat berganding bahu sebagai Keluarga Malaysia untuk memulihkan negara selain menyesuaikan diri dengan norma baharu dalam mengharungi krisis berkembar ekonomi dan kesihatan yang mencaba...
Jeligho Molek Hidang Menu Kelantan Dari Resipi Keluarga

Jeligho Molek Hidang Menu Kelantan Dari Resipi Keluarga

papar berkaitan - pada 17/10/2021 - jumlah : 279 hits
Mungkin ada yang masih belum sempat balik ke kampung di pantai timur usah risau jom rasa menu Pantai Timur sedap belaka setiap suapan menggamit memori Terubat rindu nak makan kat Kelantan Nasi kerabu tradisi dengan kuah tumis pekat dan dagi...
Tak Dapat Banyak Memadai Rm1 Sehari Sedekah Subuh Seisi Keluarga Dapat Ganjarannya

Tak Dapat Banyak Memadai Rm1 Sehari Sedekah Subuh Seisi Keluarga Dapat Ganjarannya

papar berkaitan - pada 16/10/2021 - jumlah : 209 hits
Jika kita tahu keistimewaan sedekah subuh pastinya kita tidak akan mensia siakan waktu berharga ini selain untuk beribadah Ini kerana dalam rezeki kita terdapat hak orang lain yang harus diinfakkan atau disedekahkan Apa lagi kalau kita sede...
Kpi 100 Hari Pm Untuk Keluarga Umno Atau Keluarga Malaysia

Kpi 100 Hari Pm Untuk Keluarga Umno Atau Keluarga Malaysia

papar berkaitan - pada 16/10/2021 - jumlah : 278 hits
agendaily com16 10 2021Keluarga UMNO atau Keluarga Malaysia menjadi keutamaan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Beberapa berita gembira kebelakangan ini nampaknya lebih memihak pemimpin UMNO berbanding memberikan kegembiraan ke...
Jadi Penjamin Rakan Beli Traktor Lelaki Keluarga Terdesak Mahu Jual Mata Buah Pinggang Demi Selamatkan Rumah Ladang

Jadi Penjamin Rakan Beli Traktor Lelaki Keluarga Terdesak Mahu Jual Mata Buah Pinggang Demi Selamatkan Rumah Ladang

papar berkaitan - pada 16/10/2021 - jumlah : 318 hits
BANGKOK Seorang lelaki dan keluarganya di wilayah Ubon Ratchathani cuba menjual mata dan buah pinggang dalam usaha menyelamatkan rumah dan ladang mereka lapor portal berita The Thaiger semalam Lelaki tersebut bersama isteri dan dua anak lel...
Ismail Sabri Juangkan Keluarga Malaysia Zahid Hamidi Tetap Dengan Umno Sahaja

Ismail Sabri Juangkan Keluarga Malaysia Zahid Hamidi Tetap Dengan Umno Sahaja

papar berkaitan - pada 16/10/2021 - jumlah : 290 hits
Umum mengetahui pendekatan Keluarga Malaysia yang diperkenalkan oleh Datuk Seri Ismail Sabri adalah sesuatu yang amat diperlukan pada masa ini Semua rakyat Malaysia berganding bahu menghormati Perlembagaan Persekutuan dan tidak bersikap men...
Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation