Setelah beberapa malam menginap di Telok Cempedak, saya dan seorang teman meneruskan percutian ke Cherating. Seorang teman turut serta dan kami bertiga menghabiskan masa tiga hari dua malam di sana. Dalam perjalanan ke Kampung Cherating, kami singgah merakam gambar di Batu Penyu dan minum Astaka Pantai Batu Hitam. 
Kami bermalam di Backyard Cabana Cottage & Studio di Kampung Cherating Baru. Petang itu setelah check in kami berehat dan kemudian kami ke Kampung Cherating Lama kerana malam itu kami mengambil pakage aktivity melihat kelip-kelip.
Sementara menunggu waktu malam, kami melawat Kampung Cherating Lama. Sebelum memulakan aktiviti menyusuri Sungai Cherating, kami dan pengunjung lain diberi taklimat ringkas sekitar 20 minit. 









Kami pulang semula ke jetty Pulau Ular sekitar jam dua petang. Keesokan paginya kami menyaksikan matahari terbit sebelum berangkat pulang ke destinasi masing-masing.
Contact:|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |