Bercuti Di Betong Thailand





Perjalanan saya dan seorang teman kali ini bertujuan menjelajah Selatan Thailand bermula dari Betong dan berakhir di Narathiwat secara santai. Kami memulakan perjalanan dari Penang menuju ke Pengkalan Hulu sekitar jam 9:00 pagi pada akhir September 2024. Dalam perjalanan ke Pengkalan Hulu, kami singgah makan tengahari di Baling. Kedai makan sebelah kiri selepas bulatan menghala ke Pengkalan Hulu ini memang sering saya singgah jika lalu dan saya cadangkan juga pada pembaca yang suka selera kampung menjamu selera di sana. Selesai makan kami meneruskan perjalanan ke sempadan Malaysia-Thailand. 

Kami singgah membuat insurant kenderaan dan membeli sim card Thailand sebelum memasuki Thailand. Kenderaan yang ingin memasuki Thailand dari sempadan Pengkalan Hulu perlu membawa geran original kenderaan. Sekiranya hanya membawa salinan geran, pemandu harus mendapatkan cop kebenaran di Balai Polis Pengkalan Hulu. Jika pemilik kenderaan tidak turut serta dalam kumpulan rombongan, surat sumpah kenderaan diperlukan untuk membawa kenderaan masuk ke Thailand. Selesai proses memasuki Thailand, kami meneruskan pemanduan ke Bandar Betong sekitar 15 minit. Disebabkan kami sampai awal, kami ke Pasar Betong dahulu untuk membuang masa.




Kemudian kami check in di Hotel Butterfly untuk dua malam. Lewat petang itu kami mengurut badan dan makan malam di kedai Hafiz Seafood di hadapan hotel



Hari kedua di Betong, kami keluar awal pagi sekitar jam 5:30 pagi menuju ke Ai YerWeng. Perjalanan mengambil masa hampir sejam melalui jalan yang berbelok-belok dan kadang kala berkabus. Kami sampai di tapak parkir untuk ke menara Ai YerWeng sekitar jam 6:30 pagi. Dari sana kami menaiki tuk-tuk dengan tambang 50 Bath pergi dan pulang



Perjalanan menaiki tuk-tuk mengambil masa sekitar lima minit dan dalam perjalanan ke atas, kami melihat hamparan awan terbentang luas. Semakin tinggi kami menuju puncak bukit, semakin luas kawasan awan yang terbentang. Setelah sampai di menara melihat pemandangan di puncak bukit, kami diturunkan dan penumpang bebas balik mengikut masa yang dikehendaki.



Kami tiba agak lewat, matahari telah terbit dan ramai pengunjung yang sampai awal kelihatan masih ghairah merakam gambar. Naik ke menara bertingkat dikenakan bayaran 200 Bath seorang dan setiap pengunjung yang naik ke menara dikehendaki memakai sarong kasut yang berharga 20 bath sepasang




Kami berada agak lama di menara ini, merakam gambar dari setiap tingkat hingga ke tingkat kawasan pelantar berkaca. Kemudian kami turun dan menuju ke satu lagi kawasan melihat pemandangan. Kawasan kedua ini berada di sisi kiri menara




Setelah puas merakam gambar, kami bergerak turun dan singgah minum di gerai tapak parkir sebagai menyumbang ekonomi penduduk tempatan. Kemudian kami meneruskan perjalanan ke Air Terjun Chaloem Phra Kiat King Rama. Masuk ke air terjun ini percuma dan jarak tapak parkir ke air terjun ini sekitar 400 meter. Jalur jelas dan terdapat penjaga dan kemudahan asas seperti tandas. 




Kemudian kami bergerak ke Air Terjun Pelangi. Masuk ke Spray Rainbow Waterfall ini dikenakan bayaran 100 Bath seorang. Jarak dari tapak parkir ke air terjun sekitar 400 meter. 


 Sebaik waktu datang ke Spray Rainbow Waterfall ini adalah sebelum pukul 11:00 pagi. Pelangi yang terbentuk dari bias cahaya matahari yang memancar ke air terjun sangat besar dan jelas. Lokasi kawasan pelangi adalah di pelantar tingkat 3. Datang ke sini pada hari bekerja amatlah dicadangkan untuk mengurangi kesesakkan



Selesai melawat Spray Rainbow Waterfall kami bergerak ke Betong Hot Spring. Setelah makan tengahari, kami memasuki kawasan kolam air panas ini. Tidak berhasrat merendam kaki di kolam panas pada masa ini kami kemudian bergerak ke destinasi seterusnya. Masuk ke kolam air panas ini percuma



Destinasi kelima lawatan kami hari ini adalah Piyamit aTunnel. Masuk ke kawasan sejarah peninggalan komunis ini dikenakan bayaran 80 Bath seorang. Pelantar berbumbung disediakan untuk memudahkan pelawat melawat hingga ke atas. Terdapat juga muzium barang peninggalan tentera komunis










Saya juga merakam gambar di sepohon pokok yang dicanangkan berusia seribu tahun di dalam kawasan Piyamit Tunnel ini. Pokok ini ditanda sebagai Piyamit Milenium Tree


Kemudian kami bergerak ke tempat lawatan seterusnya, iaitu Winter Flower Garden. Masuk ke sini dikenakan bayaran 100 Bath seorang termasuk menaiki bas di kawasan taman bunga ini




Selesai lawatan di Winter Flower Garden kami pulang ke hotel. Di sebelah malam kami ke Betong Night Market. Pasar malam di Betong ini tidak semeriah pasar malam di Hatyai. Mungkin kerana kami datang ke sini pada hari bekerja





Setelah selesai makan dan melawat Bandar Betong pada waktu malam, kami balik berehat dan keesokan paginya kami meneruskan perjalanan ke Bandar Yala



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://jalankegunung.blogspot.com/2024/10/bercuti-di-betong-thailand.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wanita Ditahan Cuba Seludup 140kg Gula Pasir Ke Thailand

Wanita Ditahan Cuba Seludup 140kg Gula Pasir Ke Thailand

papar berkaitan - pada 10/10/2024 - jumlah : 143 hits
FMT ReportersKomander Briged Tenggara PGA Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata suspek dipercayai menjadi penghantar untuk menyeludup gula pasir itu ke Thailand PETALING JAYA Seorang wanita ditahan semalam kerana disyaki cuba menyeludup gula p...
Ole Ole Thailand

Ole Ole Thailand

papar berkaitan - pada 4/10/2024 - jumlah : 156 hits
Ole Ole Thailand Bulan lepas ramai betul nieyl tengok orang pergi melancong ke Thailand Salah seorangnya anak buah nieyl dia dengan kawan kawan tempat kerja dia pergi ke Krabi 3 hari 2 malam Balik tu adalah dia bagi nieyl ole ole dari Krabi...
Penjenayah Rakyat Malaysia Bersembunyi Di Dannok Thailand Ditahan

Penjenayah Rakyat Malaysia Bersembunyi Di Dannok Thailand Ditahan

papar berkaitan - pada 20/10/2024 - jumlah : 158 hits
Nor Azizah Mokhtarbhnews bh com myTangkapan ke atas suspek berusia 32 tahun itu hasil kerjasama antara PDRM dengan pihak berkuasa Thailand Isnin lalu selepas suspek dikesan bersembunyi di sebuah hotel Tangkap layar video tularKUALA LUMPUR P...
Bercuti Di Cherating Pahang

Bercuti Di Cherating Pahang

papar berkaitan - pada 8/10/2024 - jumlah : 185 hits
Setelah beberapa malam menginap di Telok Cempedak saya dan seorang teman meneruskan percutian ke Cherating Seorang teman turut serta dan kami bertiga menghabiskan masa tiga hari dua malam di sana Dalam perjalanan ke Kampung Cherating kami s...
Khairul Aming Tak Kisah Belanja Hampir Rm1 Juta Bawa Staf Pergi Bercuti

Khairul Aming Tak Kisah Belanja Hampir Rm1 Juta Bawa Staf Pergi Bercuti

papar berkaitan - pada 20/10/2024 - jumlah : 134 hits
Usahawan dan personaliti media sosial Khairul Aming tak kisah berbelanja dan menanggung kerugian apabila kilangnya ditutup selama beberapa hari bagi membawa pekerjanya bercuti bersama Khairul Aming berkata demikian sebaik menerima soalan me...
Tak Sedar Sedang Hamil Ketika Bercuti Tya Arifin Dedah Pernah Alami Keguguran Januari Lalu

Tak Sedar Sedang Hamil Ketika Bercuti Tya Arifin Dedah Pernah Alami Keguguran Januari Lalu

papar berkaitan - pada 16/10/2024 - jumlah : 98 hits
Usahawan muda Tya Ariffin yang kini sedang hamil anak ketiganya mendedahkan dia pernah mengalami keguguran ketika bercuti ke Dubai tahun lalu Rezeki untuknya dan suami untuk menimang cahaya mata ketiga mereka ketika itu tidak kesampaian dek...
Baru Lepas Bercuti Askar Meninggal Dunia Ketika Latihan Tinggalkan Isteri Dan Bayi

Baru Lepas Bercuti Askar Meninggal Dunia Ketika Latihan Tinggalkan Isteri Dan Bayi

papar berkaitan - pada 23/10/2024 - jumlah : 110 hits
Tular di media sosial kisah askar meninggal dunia ketika latihan yang membuatkan orang ramai sebak kerana pemergiannya turut meninggalkan seorang isteri dan anak yang masih kecil Menerusi satu hantaran di TikTok hakakloreng telah memuat nai...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa