Bercuti Di Avani Sepang Goldcoast Resort


 Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca budiman.
Semoga kalian beroleh kesejahteraan dan dirahmatiNya selalu.
Hujung minggu lalu, cuti agak panjang ditambah cuti sambutan Hari Krismas dan tambahan cuti ganti hari ini, yeeehhhhaaaa.. Memang seronok bila dapat cuti tambah-tambah cenggini..  Bahagian yang kurang seronok bila kita keluar bersiar-siar, sana sini jem.. Kenderaan sesak di jalanraya

Disempatan ini ibubapa juga mengambil peluang untuk bercuti dengan anak-anak sempena cuti sekolah termasuklah saya.. Sepanjang cuti sekolah, saya masih belum berpeluang membawa anak bercuti. Kalau diikutkan kerja pejabat memang tak akan habis. Jadi untuk menghiburkan hati, saya ambil cuti hari Jumaat lepas (23.12.2016) dan bawa keluarga, mak dan anak saudara pergi bercuti

Percutian saat-saat akhir namun berbaloi. Destinasi yang ingin dituju di AVANI Sepang Goldcoast Resort.



Saya tempah penginapan malam sebelum hari Jumaat agak last minute. Perbandingan harga hotel saya rujuk laman web trivago Malaysia.  Alhamdulillah dipermudahkan, masih ada bilik hotel yang dihajati.
 
 
Sebelum bertolak, sempat membeli barang makanan dan keperluan. Bertolak dari Seremban jam 1.30 petang.. Tiba di hotel just nice, pukul 3.05 petang

 
 
Waktu check-in pukul 2.00 petang
Proses check-in berjalan lancar. Kakitangan hotel juga sangat membantu.

 
Yeayyy pass masuk sudah ditangan.. Sebelum menuju ke bilik, jangan lupa mengalihkan kenderaan dari ruang lobby ke kawasan parking di luar. Perkhidmatan parking hotel disediakan tetapi dikenakan caj RM20.00 dan jika keluar dan parking semula di dalam kawasan hotel akan dikenakan RM10.00 per entry
Saya cadangkan supaya pengunjung parking di depan kawasan bulatan, jadi tak perlu bayar. Parking berbayar pun konsep 1st come 1st serve dan selalu penuh, so tak perlulah membazir.
 
JOM RONDA AVANI SEPANG GOLDCOAST RESORT! 
Setelah dapat pass masuk, setiap pengunjung akan dihantar ke bilik menggunakan buggy.Perjalanan dari bilik hotel ke lobby memang menggunakan kenderaan ini sepanjang berada di sini.


Buggy akan menyusuri lorong seperti gambar di bawah ini hingga sampai ke bilik hotel
Seronok jugak naik buggy, hehehe

Saya tempah bilik jenis 2 Bedrooms Villa with breakfast (free wifi) untuk 5 orang dewasa dan seorang kanak-kanak. Bilik kami berada di Trunk 7 nombor bilik 725.  Ciri-ciri bilik hotel jenis ini : keluasan 122m3, 1 king size bed, 2 single beds, 1 sofa bed.  This luxurious 2-bedroom villa features uninterrupted sea views from a private balcony. A walk-in wardrobe, a study room and a living room are included. The marble en suite bathroom has sunken bathtub.


Villa facilities: Balcony, Sea view, Pay-per-view Channels, Telephone, Satellite Channels, Safety Deposit Box, Air Conditioning, Iron, Desk, Ironing Facilities, Seating Area, Fan, Sofa, Hardwood/Parquet floors, Shower, Bath, Hairdryer, Toilet, Bathroom, Minibar
Free WiFi is available in all rooms.

Trunk tu nama bagi pelepah kelapa sawit yang bercabang-cabang. Main trunk bahagian batang lurus kelapa sawit dari lobby. Tengah-tengah bangunan putih tu restoran dan pool


Beginilah rupa bilik Family Villa 2 bilik tidur
 

Bila masuk bilik hotel, sebelum kuak lentang atas katil tu, kita baca dulu terma dan syarat-syarat pihak hotel.. AVANI Sepang Goldcoast Resort tidak membenarkan pengunjung memancing di balcony hotel bagi menjaga hidupan laut.     
 Ruang pantry kecil, coffee yang disediakan bagi coffee addict memang tak cukup jadi kita bawa extra. 
 
Jom saya bawa pembaca meninjau apa yang menarik di sini.. 
Gambar bawah ni rupa atap bilik yang diperbuat dari jerami. Walaupun bilik hotel di tengah laut, tapi kita langsung tak rasa bahang panas. 
 
Gambar berikut dari balcony hotel..  Seeloknya tempah bilik merokok walau pun kita tak merokok. Bilik jenis ini terbuka, jadi kita puas menikmati pemandangan sekeliling

 
Terdapat ruang untuk bersantai, menikmati coffee sambil menghirup udara segar
Sungguh mendamaikan. 
Selepas rehat sebentar, at about 5.30 petang, kami keluar makan. Pencarian makanan di kawasan ikan bakar Bagan Lalang yang terletak lebih kurang 500 meter dari hotel. Part dinner ikan bakar saya akan cerita di entry seterusnya..
Semasa berjalan keluar ke tempat buggy, pengunjung akan melalui kawasan kolam dan spa di kawasan terbuka dan gym di salah satu ruang menghadap laut.. 
   
Cuaca hari itu pula redup dan sangat sesuai untuk beriadah


Gambar di bawah kawasan luar hotel menghala ke restoran ikan bakar Bagan Lalang. Kenderaan pengunjung banyak diletakkan di kawasan ini kerana tiada bayaran letak kereta dikenakan, free of charge seperti saya ceritakan di atas. Tak perlu menapak, buggy akan datang mengambil anda masuk ke kawasan hotel.

Suasana petang di sini..
Jadual aktiviti pantai yang diadakan sepanjang hari di AVANI Sepang Goldcoast Resort

 
DAY 2 : Breakfast @ AVANI Sepang Goldcoast Resort
Keesokan hari, seawal pukul 7.30 pagi kami keluar ke Restoran Bila-Bila untuk sarapan pagi. Restoran ini terletak di bahagian tengah pelepah kelapa sawit bersebelahan kolam hotel

 
Restoran luas dan pemandangan sekitar restoran juga menarik
Menu yang disediakan seperti di bawah

 
  Walaupun suasana restoran best, tapi makanan yang disediakan amat mengecewakan, tasteless.. Variety makanan juga kurang dan agak tidak menarik

 Ini sahaja makanan yang boleh ditelan.

Selesai breakfast lebih kurang pukul 10.50 pagi, kami meronda-ronda kawasan sekitar hingga ke hujung trunk.

  Bilik hotel paling hujung dan mungkin antara paling mahal.. Seketul sahaja memang privacy.
 
Landscape dan tanaman hiasan di sini subur dan menghijau.

 Sunset
 
Kami check-out pukul 11.30 pagi.Waktu check-out di sini pukul 12.00 tengah hari
Just nice, ketika itu masih belum ramai check-out jadi urusan kami berjalan lancar tak perlu tunggu lama.. Bye-bye AVANI Sepang Goldcoast Resort. We had a very great stay there.Alhamdulillah, percutian singkat membawa kenangan indah bersama keluarga.

Di sini saya ingin berkongsi tips percutian singkat. 
1. Survey hotel (baca reviews pengunjung) dan check facilities yang ditawarkan di internet supaya tak membebankan apabila tiba di hotel nanti (cth. parking rate, waktu check-in & check-out, caj-caj yang dikenakan);
2. Survey kawasan tumpuan menarik berdekatan hotel (cth. tempat makan dan shopping complex). Jadi masa lapang di hotel boleh digunakan untuk bersiar-siar.
3.  Pastikan facilities hotel mesra keluarga, semua orang boleh turut serta dan gembira. 
Jadi dengan tips di atas saya tidak membuang masa dan hanya mengikut perancangan yang telah dibuat sebelum tiba di tempat percutian. So far alhamdulillah berjalan lancar

Okay kita sambung cerita... Lepas meninggalkan AVANI kami menuju ke Mitsui Outlet Park KLIA untuk mencari sesuatu yang menarik di sana.. Kata orang alang-alang dekat, kita singgah.. Cerita tentang Mitsui Outlet Park KLIA pernah saya post di entry ini.


Ini sahaja cerita saya.. Bagaimana pula cuti anda? Jom kita kongsi cerita.. Jangan lupa komen di bawah atau share link entry percutian anda di ruang komen untuk kunjungbalas.
Terima kasih, semoga ukhuwah yang dibina berkekalan.
Wasalam.




Note : Sebahagian gambar diambil dari website agent pelancongan, harap maklum. 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://whateverapa-apasahaja.blogspot.com/2016/12/tips-percutian-singkat-avani-sepang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Glory Beach Resort Port Dickson Atau A Famosa Resort Mana Lagi Best

Glory Beach Resort Port Dickson Atau A Famosa Resort Mana Lagi Best

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 553 hits
Glory Beach Resort at Port Dickson atau A Famosa Resort Hai semua Lama UA tak bersiaran di blog ni kan busy kalah menteri Ni pun curi masa terkocoh kocoh menulis di blog yang dirindui selalu huhu Disebabkan terlalu sibuk dari awal tahun lag...
10 Ide Dekorasi Kamar Bertema Pantai Suasana Tidurmu Jadi Serasa Liburan Di Resort Nih

10 Ide Dekorasi Kamar Bertema Pantai Suasana Tidurmu Jadi Serasa Liburan Di Resort Nih

papar berkaitan - pada 16/6/2019 - jumlah : 187 hits
Yang pengen tidur di resort dekat pantai tapi belum juga kesampaian dekor kamar aja deh
Bercuti Raya Bersama Didi Friends Rileklah Di Quill City Mall Kuala Lumpur

Bercuti Raya Bersama Didi Friends Rileklah Di Quill City Mall Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 3/6/2019 - jumlah : 1030 hits
Rileklah Rileklah Sempena sambutan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri 2019 kali ni Quill City Mall Kuala Lumpur mengadakan kempen Raya yang bermula dari 23 May hingga 9 Jun 2019 dengan destinasi mesra keluarga merasmikan kempen Rileklah Raya ...
Terasa Rindu Nak Pergi Bercuti Ke Cameron Highland

Terasa Rindu Nak Pergi Bercuti Ke Cameron Highland

papar berkaitan - pada 3/6/2019 - jumlah : 803 hits
Dua tiga hari ini saya asyik teringat dan terbayang suasana dan pengalaman percutian yang pernah saya lalui ketika berkunjung ke Cameron Highland Mungkin sebab cuaca di Kuala Lumpur yang tak menentu sejak kebelakangan ini dan kadang kadang ...
Raya Ketiga Mandi Manda Di Golf Resort Bukit Jana Taiping

Raya Ketiga Mandi Manda Di Golf Resort Bukit Jana Taiping

papar berkaitan - pada 12/6/2019 - jumlah : 390 hits
RAYA KETIGA MANDI MANDA DI GOLF RESORT BUKIT JANA TAIPING Raya ketiga 5 dari 7 adik beradik sebelah suami dah ada Seperti biasa aktiviti depa setiap kali berkumpul akan buat aktiviti memancing Tapi sebelum depa pi mancing Semua akan bawa bi...
Liburan Mewah Syahrini Di New Zealand Menginap Di Resort Dan Jalan Jalan Naik Heli

Liburan Mewah Syahrini Di New Zealand Menginap Di Resort Dan Jalan Jalan Naik Heli

papar berkaitan - pada 9/6/2019 - jumlah : 344 hits
Momen libur lebaran menjadi waktu yang tepat untuk berlibur Hal itu pula yang dilakukan pasangan Syahrini dan Reino Barack Keduanya diketahui sedang menghabiskan waktu untuk bulan madu di New Zealand
The Roots Eco Resort Untuk Mereka Yang Mahu Percutian Ala Desa

The Roots Eco Resort Untuk Mereka Yang Mahu Percutian Ala Desa

papar berkaitan - pada 1/6/2019 - jumlah : 691 hits
The Roots Eco Resort Jika mahu mencari dan merasai pengalaman percutian suasana desa maka tempat ini adalah destinasi penginapan yang sesuai untuk anda Lokasinya terletak di pinggiran bandaraya Ipoh berdekatan Chemor jauh daripada kesibukan...
Jail Should Be Last Resort Says Drug Policy Reform Advocate

Jail Should Be Last Resort Says Drug Policy Reform Advocate

papar berkaitan - pada 2/6/2019 - jumlah : 285 hits
PETALING JAYA A drug policy reform advocate has raised concerns over the 12 month jail sentence handed to a 17 year old in Marang Terengganu over his ketum addiction Lawyer Samantha Chong is of the view that a jail sentence should only be c...
Riang Ria Berhari Raya Bersama Pengurusan Felda Sungai Mas Kota Tinggi Di Lotus Desaru Beach Resort Spa

Riang Ria Berhari Raya Bersama Pengurusan Felda Sungai Mas Kota Tinggi Di Lotus Desaru Beach Resort Spa

papar berkaitan - pada 3/6/2019 - jumlah : 971 hits
RAMADAN YANG KE 28Pejam celik pejam celik antara sedar dengan tidak kita sudah menjalankan kewajipan ibadat berpuasa selama 28 hari dan tidak lama lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri Bagaimana dengan uoll Ada yang dah balik kampun...
Konsert Cinta Di Awan Siti Nurhaliza Tambah Lagi Sehari

Lelaki Miang Tanggal Seluar Budak Direman

Dibunuh Kerana Tak Mahu Rujuk Selepas Bercerai Mayat Disumbat Dalam Bagasi

Saya Harap Isu Aliff Aziz Tak Jejaskan Saya Cari Rezeki Di Malaysia Aaron Aziz

From Dreadful To Delightful Conquering Gear Engagement In Dodge Transmissions

Biasa Dari Negeri Yang Tak Pernah Lihat Kepesatan Negeri Yang Lebih Maju Dia Nampak Kedai Proses Ayam Ja

Sustainability And Metal Buildings A Data Driven Approach To Eco Friendly Construction

Contoh Inspirasi Poster Ucapan Selamat Hari Pekerja 2024



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


Henry Ridley Kuala Tembeling Jerantut 1911

10 Toner Untuk Kulit Berminyak 2024

Mesyuarat Negara Negara Asean Dalam Bidang Sains Dan Teknologi Kuantum

Drama Framed Lakonan Mimi Lana Meerqeen

Sarapan Pagi

Pas Quashing Of Zafrul S Affidavit Raises Concerns About Govt S Integrity