Riang Ria Berhari Raya Bersama Pengurusan Felda Sungai Mas Kota Tinggi Di Lotus Desaru Beach Resort Spa
RAMADAN YANG KE 28
Pejam celik...pejam celik...antara sedar dengan tidak kita sudah menjalankan kewajipan ibadat berpuasa selama 28 hari dan tidak lama lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Bagaimana dengan uoll? Ada yang dah balik kampungkan? Mestilah teruja masing-masing nak balik kampung...tu...yang ada kampunglah!! Heee...orang KL tetap orang KL beraya di KL jugaklah nampaknya. Macam Seri Wangi no problem balik raya dekat jer...nun..kat Melaka cuma beberapa jam perjalanan...biasanya setiap tahun memang Seri Wangi balik kamoung suami di Melaka sebab keluarga semua ada di Kuala Lumpur. Namun tahun-tahun sebelumnya tidak sama suasana sekarang sebabnya kedua ibubapa Seri Wangi dan juga arwah kedua mertua sudah tiada lagi, jadi kami semua balik ke kampung sebab kakak ipar masih ada di kampung...anak-anak pun memang suka beraya di kampung tapi...tak lama cuma dua tiga hari ajer...lepas tu dah sibuk nak balik beraya di Kuala Lumpur.
Lagu Raya pun dah berkumandang di radio, memang sedih dengar lagu raya yang meruntun jiwa hendaknya bila teringatkan kedua orang tua kita yang sudeah tiada. Dah ucap Selamat Hari Raya? Kalau dulu-dulu kita sibuk beli Kad Raya...tapi sekarang zaman dah pun berubah semua ucapan dah tukar trend ke internet, wsssap dan FB. Dorang sebenarnya tak tau betapa seronoknya kalau dapat kad raya sebab itu menunjukkan orang ingatkan kita...lepas tu gantung kad kat dinding, pokok buat hiasan...korang ada? Haaaa...dulu Seri Wangi memang suka hias kad raya kat ranting kayu.
PENGURUSAN FELDA SUNGAI MAS BERAYADI LOTUS DESARU BEACH RESORT & SPA
Sempena Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri jejaka-jejaka handsome dan puterI bongsu dari Felda Sungai Mas, Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor nak ucapkan Selamat Hari Raya kepada sanak saudara, warga Felda Sungai Mas dan juga kepada rakan taulan yang mengenali mereka. Betapa bahagianya dorang beraya dan bersantai di tepi pantai Lotus Desaru yang sememangnya cantik pemandangan pantainya, apatah lagi menikmati hidangan berbuka puasa dengan suasana nyaman dan hening di malam hari.(baca juga: Menikmati bufet ramadan)
Kalau uoll nak tau mereka ni terdiri dari: Abdul Rozak Marzuki - Pengurus Felda Sg Mas.Hasbullah - PenyeliaMuhammad Hassan - PenyeliaMohd Farhan - PenyeliaMuhamad Ashahri Husaini - PenyeliaNurul Atiqah - SDAMuhamad Fazreen - Pembantu TadbirMohamad Saffuan - PemanduMemang happening bila berada di Lotus Desaru Beach Resort & Spa sebab kawasaannya luas dan cantik serta pelbagai aktiviti yang uoll boleh join, jadi tidak hairanlah jika semua staf-staf Pengurusan Felda Sg Mas enjoy menikmati suasana di sana ketika bercuti dan berhari raya di sini. Banyak pilihan penginapannya yang menarik dan ada juga Lotus Suria Spa untuk relek dan Water Park berendam dalam kolam mandi.(baca juga:Menikmati keindahan Lotus Desaru)
Semoga semua staf Pengurusan Felda Sg Mas, Bandar Penawar, Kota Tinggi gembira menikmati keindahan Lotus Desaru Beach Resort & Spa ketika menyambut Ramadan dan Hari raya.
SELAMAT HARI RAYA
Untuk maklumat lanjut berkenaanLotus Desaru Beach Resort & Spa
WEBSITEhttp://www.lotusdesaru.com/
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.keunggulanwanita.com/2019/06/riang-ria-berhari-raya-bersama.html