Berbuka Puasa Di Jiboi
Bismillahhirahmannirrahim...
As Salam and greetings to dear readers.
Berbuka Puasa Di Jiboi. On Sunday family side Mr. A pula berkumpul berbuka sama-sama di Jiboi. Baca whatsApp di group family Jiboi. Leadernya adalah family Along katanya jom ramai-ramai berbuka di Jiboi. Menu secara potlucks dimulailah dengan menu family Along kemudian adik-beradik lain sambung menu family masing-masing. Walaupun pada mulanya Mrs. A macam berat nak join disebabkan ada kerja yang perlu diselesaikan tapi jiwa macam tak tenang pulak kerja tu biarlah dulu family comes first gittewww..
Berbuka Puasa Di Jiboi.
Used car, used car katanya 😆😆😆
Meriah betul time sebelum berbuka tu al-maklumlah boleh dikatakan semua hadir kecuali anak-anak masing-masing yang sedang menuntut ilmu. Bagi family Mrs. A si Along takde ada di IKTBN Alor Gajah. Family Along pulak Im takde ada di SDAR. S.i.l pulak sorang anak dia takde menuntut ilmu di SMAP Labu. 😊😊😊Family Ateh 2 orang je hadir cause anak perempuannya tak sihat so mama dia terpaksalah temankan dia.
Orang sibuk senduk nasi. Mrs. A sibuk snap gambar 😛
Subahallah Alhamdulillah banyak lauk hasil potlucks masing-masing. Family Mrs. A bawa rendang daging dengan buah tembikai jerrr... Entah macam mana s.i.l masak sambal terunglah pulak adoiila... bila masing-masing tengok menu tu bergenang air mata teringat arwah m.i.l (Al-Fatihah dibaca) cause itu adalah lauk terakhir m.i.l masak sebelum dia jatuh pengsan dan tak sedar terus 😭😭😭 tapi masing-masing diam je tak bersuara.
Tapi bila dah habis buka Along (b.i.l) cakap Along tadi bila tengok terung ni Allahuakbar terus teringat arwah mak. Sedih! betul bila diingat-ingatkan katanya. Mrs. A pun tengok muka s.i.l sambil dia tersenyum kelat cakap, orang tadi dah tak tahu nak masak apa, tu yang masak tu katanya huhuh...Habis laku keras sambal terung s.i.l tu semua pun nak makan sedap pun ya ada sikit macam cara m.i.l masak pun ya..
Selepas berbuka masing-masing ambil masa sendiri napping. Itu yang solat maghrib sendiri. Solat Isyak yang selalunya berjemaah kemudian akan terus solat terawih yang diimamkan oleh f.i.l. Tapi tulah on Sunday 10042022 tu Mrs. A tak join pun solat berjemaah. Selepas Mrs. A solat maghrib terus mohon pulang dulu cause ada kerja office yang perlu disiapkan huwaaa...waaa... kekdahnya Monday by hook or by crook kena email juga kalau tak naya pak karim gittewww... [ha! tulah padan muka ko Mrs. A sape suruh buat kerja last minute] 😓😓😓
Sampai rumah aje teruslah Mrs. A mengadap laptop #thestruggleisreal. Syukur alhamdulillah berjaya settlekan kerja lebih kurang pukul 11.00 malam. Pagi esok tu sampai office double check apa yang patut terus email seperti biasa
Okay itu sahaja kisah berbuka puasa di Jiboi. Selamat berpuasa hari ke 10 dear readers semoga amal ibadah kita diterima olehNYA
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mrsablogstori.blogspot.com/2022/04/berbuka-puasa-di-Jiboi.html